Rezeki Itu Bukan Terletak pada Paras Rupa

Teks: Emme Marina Mohamad
Sumber: Felinna Fattah

Bismillahirrahminirrahim.

Dari grup Nuraysa beauty, saya mendapat perkongsian ini. Puan Felinna Fattah atau dikenali dengan panggilan manja, Kakfel. Cukup disegani, melihat beliau membuatkan saya rasa masya Allah kerdilnya aku. Terutamanya apabila kita merasakan usaha kita tidak sepadan dengan rezeki pemberian Allah. Atau pun sudah cukup berusahakah aku?

Kakfel banyak berkongsikan tips perniagaan beliau terutamanya dari segi konsep perniagaan dalam islam.

Hari ini beliau kongsikan lagi tips yang membuatkan saya rasa terkedu. Kerana benar, seketika dahulu sememangnya saya pernah merasakan dan menganggap begini.


Jahilnya saya.....



mari baca dan muhasabah diri bersama.


"Bertuah la dia muka cantik jual apa pun semua laku "
.
Pernah baca atau tulis status begini? Cepat cepat istighfar jika kita pon beranggapan macam tu.
.
Di situ kepercayaan kita pada rezeki bukan lagi terletak pada Allah, tapi paras rupa, bagaimana kita boleh menilik nasib seseorang yg cantik itu senang menjual manakala yg buruk itu susah menjual? Dan siapa kita utk menyatakan si dia cantik dan si dia buruk, bukankah Allah ciptakan kita semua INDAH?
.
Masa mula nak berniqab, kakfel ada tanggapan tu, susahlah aku nak jual barang lepas ni, aku tak leh dh tunjuk muka aku floles, takleh nak tunjuk aku punya mekap pakai yg bagus, nak promote kata skin makin cerah. POINT TU BUAT KAKFEL AMBIK MASA NAK PAKAI PURDAH! (Nyesai nya)
.
Then kakfel tanam dalam hati, rezeki milik Allah , di mana aku berada, apa aku buat dan pakai kalau tu mmg rezeki aku mmg akn jadi hak aku, kalau bukan rezeki aku tapi rezeki org lain maka aku akan perbaiki diri, ramai je kakfel tgk org2 yg simple2, takde nak bersiap sgt.. Jualan nya laku keras, ha ni caner? Ni lah bukti bahawa bisnes bukan sbb paras rupa shj, mantapkan skills lagi, kalau asik cari point nak tuding kat org, point nak cover kita tak berjaya makanya mmg di aitu ajalah tempat kita..
.
Orang bijak dia belajar dari org berjaya bukan dia cari kesalahan org berjaya. #tipsfelinnanadea


Catat Ulasan

0 Ulasan