Stevia Melindungi Buah Pinggang Anda

Teks: Emme Marina Mohamad

Sejak saya menggunakan stevia dan menyebarkan kebaikkan stevia kepada orang ramai, antara penolakan dan mitos yang sering disebut dan disalah erti ialah, stevia ini membawa kerosakan kepada buah pinggang. 

Sejauh mana kebenaran kata-kata mereka?

Betul ke yang pengamalan stevia ini mampu merosakkan buah pinggang kita?

Sejujurnya saya sendiri sudah mengamalkan stevia hampir 2 tahun, malah stevia telah diamalkan di jepun selama hampir 40 tahun dan di amerika selatan lebih berabad. Tiada pula kita mendapat sebarang makluman mengenai isu tersebut. (fikir-fikirkanlah, dari mana datangnya salah faham ini ya)


Saya ambil petikan dari sebuah website seorang doktor, mengenai isu ini. Mari kita baca sama-sama ya

Sumber: http://manissihat.com/index.php/2016/02/07/stevia-melindungi-buah-pinggang-anda/

Antara penyebab terbesar kerosakan buah pinggang ialah kencing manis. Bagi mereka yang mempunyai kencing manis, anda perlu mengawal kencing manis anda dengan teliti. Hari ini anda mungkin boleh bergembira meskipun kencing manis anda tidak terkawal, namun bila kerosakan buah pinggang terjadi, anda mungkin akan bersedih selamanya…

Namun berita baiknya bagi pengamal stevia adalah ia mempunyai sifat antioksidan, anti-diabetes dan pelindung buah pinggang bagi pesakit kencing manis.

Berikut adalah kajian dan kesimpulan hasil kajian yang dilakukan dan diterbitkan dalam The National Centre for Biotechnological Information (NCBI).

“Stevia mempunyai banyak ciri-ciri terapeutik yang telah terbukti selamat dan berkesan ke atas manusia selama beratus-ratus tahun.

Kami mengkaji kesan-kesan stevioside yang diekstrak dari daun stevia pada tikus diabetik. Hipotesis kami bahawa stevioside menyebabkan pengurangan diabetes dan komplikasinya.

Hasil kajian makmal menunjukkan pengurangan glukosa darah, ALT dan AST (enzim hati), dan kenaikan paras insulin. Ia juga meningkatkan status antioksidan melalui enzim antioksidan.

Keputusan ini menunjukkan bahawa daun stevia mempunyai peranan yang penting dalam mengurangkan kerosakan hati dan buah pinggang bagi pesakit kencing manis.”

Justeru, anda mempunyai harapan baru bagi melindungi buah pinggang anda. Amalkan saja stevia. Mudah-mudahan hidup anda akan terus sihat dan ceria.


Apa kata pengguna rcc stevia?

Testimoni dari Cikgu Atikah, Mersing

"Ibu saya pesakit buah pinggang. Dialisis 3x seminggu. Sehai max air boleh minum cuma 500ml, saya selalu pesan ibu minum titiskan semanis yang dia tahan. Contoh air 500 ml = 5 titis stevia. Mula-mula ibu tak percaya stevia. Bila dia mula jatuh sakit, warded, pakai pampers, punggung mula berkudis, kasi ubat sapu hospital bagi juga tidak baik-baik sebab dia ada diabetes, dan saya tawakal guna stevia rawat kudisnya, kering dalam 3 hari, baru ibu percaya stevia. Dulu dia tidak boleh bangun. Memang betul stevia beri tenaga, mengurangkan sakit lutut, menstabilkan gula, sekarang dia dah boleh ke bilik air sendiri. Baru tadi ibu call minta saya pos lagi stevia. Ibu macam dah ketagih, katanya. Saya bersyukur. Alhamdulillah, semuanya dengan izin Allah"



Semoga bertemu lagi di entri yang lain,
Salam sayang dari saya, Emme Marina Mohamad,

Jika berniat menghubungi saya, hubungi saya di talian 0189100852.

Catat Ulasan

0 Ulasan