Tidak Salah Untuk Jadi Kaya

Teks: Emme Marina Mohamad


Sejak dua menjak sehinggalah berbulan juga jadinya, marketing perniagaan saya agak perlahan dan semakin lama menjadi kurang.

Saya tercari-cari jawapan kepada titik dan niat mengapa saya berniaga.

Atas tujuan apa?
Atas nilai apa?
Atas niat apa?

dan di dalam pencarian ini, saya terpinga-pinga seorang diri kerana tiada mentor atau guru yang boleh saya rujuk.


Sudah agak lama, saya tidak beriklan di facebook. Status hampir kosong berhari-hari. Sepi.

Adakalanya, rentak beriklan menggunakan platform facebook akaun kita juga selalu berubah. Ini menjadikan saya kurang berminat dan hilang semangat. Lebih-lebih lagi dengan kecelaruan kekayaan.

Tidak mengapakah "aku" mohon kekayaan dari Pencipta?

Akhirnya, soalan ini terjawab semalam apabila saya mula berguru melalui kelas online #fav dan #fev. Sebuah kelas belajar ilmu agama Allah melalui guru, Tuan Uncle Kay atau nama beliau, Kawarakas Yahya.

Tidak salah untuk meminta kekayaan tetapi matlamat, niat haruslah hanya kerana Allah.
Bukan sahaja kekayaan, walau apa jua pun pekerjaan kita, semuanya merupakan satu ibadah yang amat terpuji dan tidak harus diambil enteng.

Berkerja tanpa curi tulang.
Bagi yang bekerja, jangan pula semasa kerja update status bisnes, jawab panggilan pelanggan sendiri.

Tawaduk dalam pekerjaan harian anda, kerana ini adalah kerja hakiki kalian.

Menurut UK lagi, mereka yang memilih berniaga ini, terus gaji kita datang dari Allah. Kerana kita tahu, yang memberi itu hanya Allah.


Masya Allah, semakin hari semakin bersyukur kerana walaupun kita masih merangkak berniaga. tetapi kita dapat rasakan kenikmatan dan kasih sayang yang diberikan oleh Nya.



Bagi surirumah, ibu-ibu pula, jalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri, ibu dan pengurus rumah sambil berniaga. Jangan pula, berniaga pertama yang lain semua ke laut. Haa, hilang pula redha suami nanti. Amarah yang dapat.

Marilah kita berniaga, tidak semestinya semua perniagaan perlukan modal yang tinggi. Carilah mentor kejayaan dan belajarlah berniaga. Ini amat penting bagi memastikan kalian berada di platform yang betul.


In shaa Allah.
Jika saya boleh jana pendapatan dari rumah, masakan tidak kalian?
Boleh bukan?




Semoga bertemu lagi di entri yang lain, Salam sayang dari saya, Emme Marina Mohamad,

Jika berniat menghubungi saya, hubungi saya di talian 0189100852.

Catat Ulasan

0 Ulasan