Tips Kebahagian, Kekayaan dan Bisnes. Selamat Membaca

Teks: Emme Marina Mohamad

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum pembaca semua,


Bagaimana hari ini? Adakah anda mengisi hari anda dengan mengingati Allah?

Sudahkah laksanakan ibadah kesukaan Allah iaitu berpagian dan bersendirian dengan Nya. Ya, bertahajud,berzikir, bertahmid, melakukan solat fajar, solat awal waktu subuh, menunaikan solat dhuha dan akhirnya menunaikan segala pekerjaan tanpa sia-sia.


"Dua nikmat yang kebanyakkan manusia terlalai atau tertipu padanya adalah KESIHATAN dan MASA LAPANG" - Hadis Riwayat Bukhari.

Saya ABC minggu ini, cuba melakukan semuanya dengan setiap masa mengingati Allah, berselawat, menahan kemarahan, bersabar dengan melakukan segala pekerjaan di rumah sambil melayani karenah pelanggan dan juga beriklan.

Malam tadi sempat juga membaca beberapa helaian mukasurat buku, La Tahzan karya Dr. Aidh. Dan antara pengisian beliau yang amat berkesan di hati saya ialah, hidup lah kamu seperti kamu mati hari ini. Sebenarnya teramatlah benar apa yang beliau tuliskan, kita sebagai manusia tidak berkuasa terhadap hidup dan nyawa kita. Beranikah kamu untuk mengatakan aku akan hidup selepas saat ini? Selepas 30 minit kalian membaca entri saya ini?

Tidak bukan?

Jadi?

sebenarnya kalian mengakui bahawanya diri AKU tidak pernah BERKUASA menghidupkan dan mematikan dengan IZIN ALLAH SWT.

Saya menulis hari ini atas izin Allah. Idea yang mengalir ini, idea Allah. Saya hanya asbab dan sarung nyawa yang bertindak atas izin Nya.


Allahu..

Kata lagi Dr. Aidh, laksanakan hari ini sebaiknya tanpa sia-sia. Selalunya saya memang banyak melakukan perkara sia-sia. Apa dia? Tengok tv dan menangguh-nangguh. Masya Allah.

Tengok TV itu buang masa bukan? Tetapi jika kalian tengok tv sambil lipat baju rasanya terisi. alhamdulillah.
Tengok TV bersama keluarga tersayang kerana jarang melakukan aktiviti bersama-sama, apa salahnya.

Tetapi duduk sorang-sorang, tengok tv yang tidak berfaedah ceritanya tiada lakukan apa-apa dan menangguhkan perkara yang sepatutnya dilakukan saat itu, sudah tentu saya harus katakan ianya perkara yang teramatlah sia-sia.

Lakukan hari ini sebaik-baiknya kerana anda mungkin HANYA HIDUP UNTUK HARI INI.


HARI INI HARI ANDA.

Beribadahlah seolah-olah esok adalah hari kematian anda, bekerjalah seolah-olah esok anda sudah tidak mampu bekerja, senyumlah dan berbahagialah pada hari ini supaya anda tidur dan mati dalam keadaan yang anda sudah lakukan hari ini sebaiknya. Tidurlah dan serahkan diri anda sepenuhnya kepada Allah swt.


Allahu.. siapalah kita, hanya hamba Allah yang sentiasa inginkan syurga Nya.


Menu hari ini, nasi lemak biasa. Maksudnya, nasi lemak dan telur rebus. Alhamdulillah, bersyukur. anak makan tambah sampai 3 kali. Sukakan? Cuci tandas, basuh baju, sidai baju. Ya allah, memang saya paling malas nak sidai baju dan melipat sebenarnya. Banyak lagi baju nak dilipat ni.

Semalam, leader dms saya kata, "Emme, buatla sales laju-laju nanti akak naikkan lagi komisyen" alhamdulillah. Allah, bantulah aku supaya aku dapat naik satu lagi level dalam perniagaan dms ni.

Semalam juga, kata-kata semangat dari ceo marketing, Puan Zalila Omar buatkan saya bersemangat untuk berjuang mengajak lebih ramai rakyat malaysia bertukar ke gula sihat dan mengubah kewangan hanya dengan berbisnes gula sihat sahaja. Senang tahu.. Nak tahu marilah wassap saya 0189100852.

Hari ini, Allah berikan saya banyak ilham bagaimana untuk majukan lagi bisnes online stevia saya ni, bagaimana mahu kembangkan rangkaian saya, dan pelbagai lagi ilham mencurah-curah Allah berikan. Simpan nota siap-siap, draf dan buat.

kalau tak buat nota, maka saya tidak akan buat.
kalau saya bertangguh, maka saya merugikan diri sendiri.

Ini juga satu perbuatan sia-sia.


Anak-anak sedang lasak di rumah. Hilang fokus juga saya dibuatnya. Tidak mengapalah, Allah sedang berikan saya ujian.. huhu. Dah memang Allah yang beri, takkan kamu mahu marah Allah pula kan?


Saya bersyukur hari ini diberikan kesihatan akal dan fizikal yang baik.

Semoga dengan aset perniagaan rcc stevia ini saya bukan sahaja dapat menjana lebih banyak duit untuk keluarga dan diri sendiri tetapi untuk keturunan akan datang. Dengan adanya duit, maka lebih banyak sedekah dapat kita berikan. Dengan adanya duit, maka lebih ramai orang dapat kita bantu dan dengan duit, kita dapat berikan apa yang mak dan ayah kita hajatkan.

Impian saya tahun ini mahu bebas hutang dan mengerjakan umrah. Semoga impian ini Allah makbulkan. Bebas hutang melalui pendapatan rcc stevia, dan percuma 2 trip umrah daripada rcc stevia jugak.

In shaa Allah, Allah pasti akan makbulkan. Tawakkal, doa dan usaha.


Dan dengan adanya platform pembelajaran belajar asas blog melalui akademi bekerja di rumah, kini saya betul-betul bersyukur kerana pilihan saya melabur dalam kelas ini berbaloi.

Bagi yang mengikuti blog saya, kalian lihat pelanggan saya sendiri datang dari blog, facebook saya sangat jarang beriklan. Hanya update dan menulis entri di blog. Kata kunci amat lah penting. Belajar buat blog, belajar penulisan berpengaruh amat berkesan dalam teknik pemasaran.


Banyak input saya kongsikan hari ini.
Mana yang baik, kalian catatlah buat manfaat dalam kehidupan kalian.
Mana yang tidak, kalian jadikan sebagai bahan bacaan sahaja.


Lihat, lepas dan doakan.


Sekian, catatan saya buat hari ini. Jangan stress sangat kay? Jom minum secawan kopi kapucino rcc, sedap oooo, lazat berlemak dan jangan lupa titis stevia tuk kemanisan berganda. Paling penting, ianya sedap, ianya sihat, ianya tanpa kalori.

Ingat manis, ingat rcc, ingat Emme Marina. Hehe.



Semoga bertemu lagi di entri yang lain,
Salam sayang dari saya, Emme Marina Mohamad,

Jika berniat menghubungi saya, hubungi saya di talian 0189100852.

Catat Ulasan

0 Ulasan