Kuasa Pemasaran Melalui Blog

Sumber: Munirah Yusof (pengurus online abdr)

1. Berniaga Tanpa Modal.
Tahun 2014 pernah cuba berniaga tudung produk sendiri. Guna duit dividen ASB. Konon kalau bisnes tak jadi tak adalah rasa ralat sangat. Akhir cerita memang ke laut sebab main terjah. Bak kata orang, pengalaman ciput tapi ada hati nak ada produk sendiri *hah.. padan muka :D *

       Lepas tu tak buat dah. Nak berniaga pun, jual novel preloved dengan tudung Aidijuma. Novel preloved adalah contoh berniaga tanpa modal. Guna apa yang ada dalam tangan. Tudung Aidijuma (AJ) contoh berniaga produk yang sedia ada di pasaran. Saya pun mula jual tanpa modal sebab jual tudung AJ sendiri. Lepas dapat rentak dan join grup-grup AJ, baru beli stok sikit-sikit. Beli stok-Jual-pusing modal.

2. Aktiviti Pemasaran
Awalnya saya mula di IG dan join grup FB. Tapi memang diakui aktiviti pemasaran yang saya lakukan turun-naik. Sebab saya utamakan pengajian Master. Kalau tengah sibuk dengan assignment, exam dan thesis, sebarang aktiviti bisnes saya letak jauh-jauh.

*Nampak sangat tak kuat nak buat 2 kerja dalam 1 masa.. ^_^ *�� Sekarang, dah habis Master *Alhamdulillah*. Jadi ini peluang nak 'kuda-ku-lari-gagah-berani'.

      
       Sejak join ABDR tahun lepas, baru nampak hala tuju untuk mula dari bawah dan jalan lurus nak capai matlamat. Dengan ABDR, baru tahu kuasa pemasaran melalui blog.

       Blog yang kemas, tersusun, sedap mata memandang, berinformasi - baru pengunjung datang baca berderu-deru. *terasa malu dulu ada blog yang tak matang *

      Setiap platform (IG-FB-BLOGSPOT) ada pasaran dan teknik tersendiri. Cuba guna macam-macam cara sampai dapat rentak yang baik. Alhamdulillah saya ada kawan-kawan yang bantu saya belajar cara pemasaran. Famili memang sedia membantu.

===========
Nota admin:

Kisah rakan P.O kita ni lebih kurang seperti saya juga. Saya pernah berniaga dengan modal, gagal dan kemudian berniaga lagi tanpa modal.

Tetapi kejap on, kejap off. Kerana seperti beliau, saya juga merupakan pelajar di sebuah universiti tempatan ketika ini.

Namun, sejak mengenali abdr dan belajar bagaimana menjadikan google sebagai salah satu medium bagi tapak iklan produk jualan saya. Sejak itu dan sehingga kini walaupun sudah tidak aktif berniaga di facebook, jumlah pendapatan saya di blog sahaja setiap bulan mencecah 4 angka.

Begitulah kekuatan mempelajari bagaimana cara memaksimakan blog sebagai medium pengiklanan produk dan servis kalian melalui sesi pembelajaran kelas asas blog bisnes.

Modal yuran hanya 1 kali sahaja tetapi mampu balik modal dalam masa yang singkat.

Paling penting, anda ada kesabaran dan kerajinan dalam menulis blog. Sehari 1 entri juga boleh, berlainan dengan facebook yang memerlukan pengiklanan yang terlalu banyak.


Catat Ulasan

0 Ulasan