Peristiwa Israk Mikraj

Assalamualaikum..

Peristiwa israk mikraj iaitu pengembaraan rasulullah s.a.w bertemu Allah dan diberikan kewajiban bersolat ke atas Nya.

Mari sama-sama kita baca apa peristiwa yang telah berlaku dan dialami oleh rasulullah itu sendiri.


Nota di bawah merupakan nota perkongsian Uztaz Fahmi dari keluarga NGO Amal till Jannah.

Isra mikraj...hikmah dan maksud tersirat..

~ Bulan rejab merupakan.bulan yang dinantikan.oleh semua.umat islam didunia..kerana.didalamnya ade.pelbagai rahsia dan kejadian yang berlaku yang menjadi tanda aras.ketakwaan kita..
Antara peristiwa yang berlaku dalam.bulan.ini.ialah :

1) peristiwa isra dan mikraj( 27 rejab)
2) kefardhuan.solat 5.wkt
3) perang tabuk( 9 hijrah).. perang yang menguji keimanan org islam.kerana kekurangan persediaan.perang dan.cuaca panas.

~ dalil ttg isra mikraj ade disebut dalam.al.quran surah isra dalam.ayat 1 juzu 15

~ hadis dari sahih bukhari no 3598( hadis ni panjang ttg isra mikraj)

~ apakah hikmah terbesar peristiwa isra mikraj ni??

1) ia sebagai kayu ukur.kpd keimanan bg kita sendiri ttg kekuasaan allah taala .

2) ketika.mana diceritakan kpd suku kaum bani.kaab ibnu.lu'ay..mereka terpinga-pinga dan mendustainya...akan tetapi ada yang percaya.

Ini menunjukkan bagaimana kita sbg org islam meyakini dan mempercayai peristiwa yang direnanakan oleh allah taala.

~ antara peristiwa yang nabi saw alami ialah:

1) nabi saw melihat satu kaum sdg bercucuk tanam dan menuai hasil tanaman mereka.
Mereka inilah kaum.yg berjihad dijalan.allah.

2) nabi saw melihat sekumpulan manusia memecahkan kepala mereka dengan batu.
Mereka itulah yang enggan sujud iaitu.solat.

3) nabi saw melihat sekumpulan manusia hanya.menutup kemaluan ( qubur dan dubur) dengan sehelai kain.mereka memakan.bara api dari neraka.jahanam..
Mereka itulah yang tdk.mahu.keluarkan zakat dari.harta mereka.

4) nabi saw melihat satu.kaum mencakar muka dan dada mereka dengan.kuku tembaga.
Itulah mereka yang suka mengumpat dan menjatuhkan maruah ,menghina,mengejek.

5) nabi saw didatangi seorang perempuan dengan dulang yang penuh berisi pelbagai perhiasan .mereka itulah dunia.seandainya nabi saw memberi perhatian kpd dunia nescaya umat nabi saw akan utamakan dunia.

6) nabi saw terserempak.dengan seorang perempuan tua yg bongkok tiga lalu menahan.nabi saw utk bertanyakan sesuatu.
Itulah gambaran umur.dunia yang sgt tua ..menanti.saat kehancuran hari kiamat.

** ini antara peritiwa yang dialami.oleh rasullah saw semasa isra.mikraj.


Catatan dari atj family - ustaz fahmi


Catat Ulasan

0 Ulasan