Rezeki Cahaya Mata

Teks: Emme Marina Mohamad

Haid saya lewat 3 hari sebenarnya semasa saya lakukan pemeriksaan sendiri di rumah. Terasa di hati yang kemungkinan saya mungkin mengandung terlalu kuat. Lalu, semasa dalam perjalanan dari hospital ke rumah saya singgah sebentar di Guardian, Giant.

Saya beli upt yang paling murah yang ada di farmasi. Cukuplah untuk mensahihkan keraguan di hati. Allahu, dah lama tidak cek upt ni.

Mulanya mahu tunggu keesokkan hari untuk buat pemeriksaan kandungan tetapi seperti tidak sabar lakunya. Selepas maghrib saya pon cek terus. Dup dap.. dup dap jantung dirasakan..

Anak bongsu saya kini sudah mencecah 2 tahun, ia merupakan umur luar biasa bagi kami kerana ketiga-tiga anak saya semuanya selang 2 tahun. Di mana pada usia mereka setahun, saya disahkan mengandung. Tetapi kerana pengalaman lepas bersalin agak memeritkan dan trauma bagi saya dan suami. Kami agak berjaga-jaga untuk tidak mengandung lagi terutamanya dalam jangka masa terdekat seperti anak-anak yang lain.

Namun perancangan Allah itu lebih baik kerana Dia lebih mengetahui akan setiap sesuatu. Bila saya cek upt hari itu, sahlah saya mengandung. Kini anak keempat pula in shaa Allah. Kami gelarkan dia Muhammad. Dengan harapan Allah makbulkan doa kami agar dikurniakan zuriat lelaki. Tetapi pesan mak tetap diingati, doa ialah satu harapan tetapi Allah lebih berkehendak dan mengetahui akan isi dalamnya dan apa yang terbaik buat kita semua.

Semoga Muhammad menjadi bayi yang baik dan semoga saya juga dapat harungi tempoh 9 bulan ini lagi dengan penuh sabar, baik dan dengan izin Nya untuk lebih kuat melakukan ibadah.

Ada di antara kita yang sudah berusaha menginginkan cahaya mata tetapi masih tidak diberikan. Semasa upt naik 2 level ada terasa sayu di hati saya apabila teringat rakan-rakan yang terlalu inginkan cahaya mata. Sedangkan Allah berikan kami mudah sahaja. Saya berdoa agar kalian semua mendapat balasan yang lebih nikmat dan sesungguhnya Allah mendengar setiap doa dari hamba Nya.

Allahu Allah..

Saya juga berharap agar saya tidak take for granted atas kurniaan yang maha tidak ternilai ini. Kepada 3 orang anak gadis saya, Balqis, Qisya dan Qaireen.. Mama sayang sangat pada kalian bertiga. Peneman masa setiap masa.

Terima kasih kerana hadir dalam hidup mama.

Catat Ulasan

1 Ulasan