Tuesday, May 03, 2016

Rumahtangga Bahagia 01 - Ustaz Ebit Lew

Publish on : Tuesday, May 03, 2016 There is : 0 Comments Labels : , ,

Tadi balik dari penang ke kl jalan jem. Ada seorang wanita jumpa di RNR Tapah 3.30 pagi bertanya dalam nada sedih. Saya selalu mengamuk di rumah. Marah tak tentu pasal pada anak-anak. Saya tengok muka suami rasa nak marah jer...dia menangis...24jam asyik marah jer..menjerit. marah dan pukul anak-anak..
Lepas tu saya rasa bersalah.

Bila saya dengar begini saya faham dia salah tapi dia jadi begitu kerana tekanan dan dia perlukan sokongan suaminya..saya sedih bila lihat wanita macam tu. Ya Allah...kasihan anak-anak..

Mana suami puan. Di belakang tu. Suaminya datang salam saya..suaminya cium tangan saya. Dia orang baik. Saya tak biasa orang cium tangan saya...

Hari ini isteri abang diuji oleh Allah. Abang juga sedang diuji. Segala yang berlaku kerana Allah sayang. Dia simpan kebaikan disebalik ujian dalam rumahtangga.

Saya bawanya ke belakang dan bercakap berdua..Allah sayang abang. Dia ketemukan kita. Saya dapat rasa betapa sayang isteri abang pada abang..bantulah isteri abang. Dia benar-benar perlukan abang waktu ini..

Sunnah bawa bahagia. Rasul saw yang amat kita cintai teramat menghargai wanita. Dan melayan mereka dengan baik..

Abang peluk isteri setiap hari dan cium sebelum pergi kerja. Peluk lama sikit kepala bersandar dan kata ya Allah saya sayang isteri saya. Sayangilah dia. Berilah syurga yang tinggi buatnya..

Mandi bersama isteri. Berdua-duaan dalam hidup. Rajin bantu isteri. Sebenarnya isteri perlukan sokongan dan kasih sayang suami. Sama-sama kita kahwin. Anak kita sama-sama jaga. Didik dan kasihi anak sama-sama..

Bantu cuci najis anak. Bantu jaga anak supaya isteri dapat rehat. Beri isteri rehat. Jika dapat tengok wajah isteri tidur nyenyak atau berdengkur kita gembira. Sebab itulah isteri kita yang banyak korban untuk kita..masa tu kita bantu but kerja rumah. Sekali sekala mereka bangun setelah penat urus rumahtangga sepanjang hari, lihat rumah dah kemas. Sampah dah dibuang. Mainan anak-anak dah dikemas. Letak bunga sebelah kepala isteri. Tulis kad terima kaseh sudi terima abang yang tak tiada apa-apa. Terima kaseh jadi isteri abang yang setia.

Buat Ta'lim dalam rumah bersama isteri anak-anak. Tarik rahmat Allah dalam rumahtangga. AL-Quran dan Hadis memberi nur dalam keluarga..
Baca denga cinta dan sayang..

Paling utama jadi pendengar isteri dengan baik. Mereka benar-benar memerlukan seseorang untuk mendengarnya bila berbual dan meluahkan. Mereka tiada sesiapa melainkan kita..dengar dengan cinta dan perasaan. Dengan jiwa..pandang wajah isteri. Tenung mukanya. Pegang tangannya. Sediakan bahu jika mereka menangis. Biarkan mereka menangis sambil usap kepalanya. Gosok belakangnya.

Jangan biarkan isteri merajuk tanpa dipujuk. Peluk dia lama-lama. Buat kejutan dalam rumahtangga setiap hari...isteri yang dibiarkan tanpa dipujuk biasanya mereka akan menjauh hati dan diri. Tidur mungkin masih sekatil tapi mimpi lain-lain.

Kasihan ramai isteri jadi over stress , sakit jiwa. Sakit. Kurus...dan ditimpa penyakit kerana tekanan dalam uruskan anak-anak..

Belajarlah sayangi dan hargai mereka. Siapa tahu kerana kita buat baik pada isteri, Allah maafkan kita dan masukkkan kita dalam syurga..dia redha dengan kita. Biarlah apa orang nak kata queen control ke. Takut isteri ke. Kita buat kerana Allah dan kerana mencintai Nabi saw. Sebab tu kita diciptakan menjadi lelaki untuk memahami, menyayangi dan melindungi isteri..

Abang tu kata terima kaseh ustaz..syukur Allah temukan kita dalam jem ni. Tak larat nak gerak dah jalan jem sangat. Rupanya ada rahmat Allah. Saya akan perbaiki diri dan bantu isteri. Saya tak tahu puncanya. Baru saya faham. Terima kaseh.

Kerana kebaikan abang dan isteri Allah temukan kita. Kerana Allah tahu abang suami isteri orang baik. Tak patut orang baik dibiarkan hidup tanpa bahagia.Allah jaga orang jaga agama...-ebit lew


No comments:

Post a Comment