Sunday, June 19, 2016

Belajar Blog Untuk Bisnes

Teks: Emme Marina Mohamad

Assalamualaikum semua,

Akan ada masa di mana konsistensi seseorang penulis itu terhenti oleh kerana pelbagai asbab. Tetapi konsitensi yang berlandaskan minat dan semangat untuk berkongsi adalah perkara yang terpuji. Masya Allah adakah kalian begitu?

Alhamdulillah, tahniah saya ucapkan.

Blog saya ini merupakan blog utama. Tetapi adakalanya saya juga menghadapi kegagalan cetusan idea hingga adakala terasa malas ingin menulis. Berat?

Naya sungguh kes ni kan?

Tetapi alhamdulillah, walaupun sudah kurang menulis. Tetapi traffik blog sentiasa naik dan tetap menerima pengunjung.
.

Besar sebenarnya harapan saya dengan blog ini. Ianya bukan sekadar sebagai blog bagi saya menjana pendapatan tetapi untuk saya kongsikan pelbagai ilmu pengetahuan yang saya ada. Ini termasuklah catatan harian yang mungkin dapat membantu kalian walaupun sedikit cuma.

Mudah-mudahan Allah merahmati impian kecil saya ini.

Berbalik kepada entri saya iaitu "blog untuk bisnes". Apa yang kalian faham tentang blog? Dan persoalan paling menarik ialah bagaimana blog boleh buat duit?

Soalan ni memang paling meletop, semua orang nak. Tetapi boleh ke?

Semestinyalah boleh.

Sesiapa yang kata tidak boleh, maka anda sedang salah faham atau ada dimana kefahaman yang mungkin tersangkut di mana-mana ni. Jangan marah ya. Teruskan pembacaan...

Anda tahu laman web? Bahasa melayunya, laman sesawang.

Mesti tahu bukan?

Paling senanglah, website google. Taip sahaja, www.google.com atau untuk malaysia, www.google.com.my. Apa gunanya laman web google ini?

Ya, untuk mencari.

✅ Nak cari produk
✅ Nak beli barang
✅ Nak cari maklumat
✅ Nak cari solusi bagi sesuatu masalah yang sedang dihadapi

Ini merupakan 4 sebab utama kenapa kita gunakan laman web google.

Dan harus saya salute pada rakan shaklee kerana kalau bab penyelesaian masalah dan perkaitan produk jualan mereka sangat hebat. Google sahaja masalah dan rawatan contohnya, selalunya saya akan dsambungkan ke blog mereka.
Maka apa? Tak semena saya membaca, mendapat penyelesaian dan mungkin terus tertarik untuk membeli produk mereka!

Anda nampak?

Begitu juga jika anda menjual sesuatu produk itu, anda nak blog anda jadi antara blog yang menjadi senarai teratas di carian google. Anda harus tahu, bagaimana memanfaatkan kata kunci supaya blog anda mampu tersenarai.

Inilah fungsi kelas asas blog bisnes yang kami buka. Bukan sekadar anda belajar buat blog, tetapi bagaimana memanfaatkan blog sepenuhnya bagi bisnes kalian. Belajar dengan kami di sini dimana kelas dijalankan secara online sahaja.

Tidak perlu hadir ke kelas offline. Masa juga adalah fleksibel. Mudah sahaja kan? Anak tetap dapat dijaga, kos pengangkutan dan penginapan dapat dijimatkan!

Saya tunjuk sedikit testimoni jualan dari blog saya sendiri ya. Juga bukti bahawa blog saya itu berjaya mendapat ranking utama carian google hasil saya belajar dalam kelas asas blog bisnes ini.

Untuk pengetahuan semua, saya mengambil pakej paling besar iaitu kelas asas blog bisnes dan penulisan serentak serta sebagai rakan niaga akademi bekerja di rumah. 3 dalam 1 ya.

Boleh dikatakan sejak saya menyertai kelas asas blog bisnes ini. Sememangnya pendapatan saya datang dari blog. Ini kerana saya sendiri sudah lama tidak beriklan di facebook.

Gara-gara kekangan masa yang sangat terbatas. Malah adakalanya ketandusan idea beriklan di facebook dan pelbagai lagi faktor dari algorith facebook sendiri. Membuatkan saya rasa sedikit lelah untuk mengejar dengan keadaan diri yang terlalu sibuk.

Apabila kita bekerja dari rumah sambil menjaga anak dan menguruskan rumah tangga, saya percaya inilah medium terbaik dengan mentor dan bimbingan yang pastinya menjanjikan anda pengurusan masa yang lebih effisien sambil bekerja dari rumah.

Mari jadikan blog sebagai sumber pendapatan aktif anda, tidak kira di mana anda berada.

Belajar cara memaksimakan produk jualan di laman internet sebaiknya.

Jika kalian sudah bersedia,
Hubungi saya untuk terus berdaftar

018 9100 852

No comments:

Post a Comment