Bisnes Untuk Siapa dan Mengapa?

Teks: Emme Marina Mohamad

Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah, hari-hari ada sahaja rezeki dari Allah hasil dari perniagaan dari rumah yang saya jalankan. Ada pendaftaran pelajar baru kelas blog bisnes, ada tempahan produk kecantikan dms360, ada pendaftaran agen baru dan dropship dms360, ada pendaftaran ahli baru rcc stevia.. Allahu Allah. Syukur atas rezeki yang diberikan.

Duit hasil perniagaan ini saya gunakan untuk membayar bahagian saya setelah berhenti kerja beberapa tahun dahulu. Duit ptptnla, duit kereta, juga duit bayaran yuran pengajian ijazah sarjana di UMP.

Alhamdulillah, semuanya saya lakukan hanya dari rumah sahaja. Malahan rezeki bertambah baik sejak menyertai kelas asas blog bisnes dari akademi bekerja di rumah.

Seronok apabila dibimbing dan bersama-sama mereka surirumah yang turut berniaga dari rumah dan turut menjana pendapatan dari blog.

Ikutkan hati mahu sahaja saya mengadap laptop dan cuba aktif di facebook. Tetapi apakan daya, riuh anak dan kekangan masa amat sukar untuk dipenuhi bagi meraih idea dan mengikut masa facebook. Manakala di blog, saya boleh luangkan masa menulis tanpa had, dan berceloteh kerana blog ini ibarat nota kecil saya buat diri dan pembaca. Jika sampai nota ini kepada anda, alhamdulillah.

Berbalik kepada tajuk entri saya hari ini, anda berbisnes kerana apa?

Sejak dua menjak ini, saya mendapati saya banyak luangkan masa berdiskusi dan menasihatkan rakan tentang bisnes. Bukan mengenai bagaimana jadi kaya, atau teknik.capai jualan tersingkat. Tetapi bermula dengan diri kita dan pencipta.

Anda ingin jadi peniaga bagaimana?

Mahu perolehi rezeki yang berkat atau tidak?

Mahu makan duit haram atau halal?

Kenapa mahu bisnes? Adakah untuk kepentingan diri atau kebahagiaan keluarga tersayang?

Semua ini kita perlu catatkan dan muhasabah kembali. Anda kaya tetapi dari hasil menipu, menjual dengan harga lebih rendah dari pasaran walaupun sudah diberikan amaran, anda mengambil sambil lewa akan kebajikan pelanggan, apa lagi? Mempamirkan aurat wanita bagi tujuan keuntungan produk jualan anda.. itu juga satu kesalahan. Berkatkah?

Sebagai peniaga islam, semua itu harus anda fikirkan. Ambil kira, supaya akhirnya di akhirat duit yang kita dapat itulah yang akan dihisab. Betul?


Maka, janganlah kalian suka sambil lewa berniaga tanpa ada rujukan. Bila dapat hasilnya, sampai nisbahnya berzakatlah. Juga sedekahkanlah sebahagian dari rezeki itu. Ini kerana rezeki yang disedekahkan pasti Allah akan balas dengan lebih baik. Rezeki kita juga semakin berkat.

Boleh ya?
Inshaa Allah, saya yakin kalian semua boleh.

Saya doakan kalian yang membaca entri ini menjadi seorang peniaga yang kaya raya, pemurah, jujur dan sentiasa berada dalam lindungan Allah s.w.t.

Amin


Catat Ulasan

0 Ulasan