Saturday, September 03, 2016

Kembali Berkongsi dan Menulis

Publish on : Saturday, September 03, 2016 There is : 0 Comments Labels : , ,

Teks: Emme Marina Mohamad

Sambil menaip entri kali ini, saya mendengar radio channel "little mix radio" dari aplikasi Jango. Buat masa ini, berkumandang lagu dari One Direction bertajuk One Thing. Lagunya agak funky tetapi mempunyai maksud yang mendalam. It's all about love right?

Apabila mendengar lagu berbentuk cinta, hati dan perasaan ia biasanya membantu penulisan itu berjalan dengan lebih lancar. Kita menulis mengikut hati. Tidak tersekat, jika sedang menulis di atas sekeping kertas, pastinya sungguh laju pena itu bergerak.

Sudah terlalu lama saya tidak membuka hati dan berkongsi. Sebenarnya, saya suka berkongsi ilmu, hati wanita dan kisah tentang perasaan. Ianya ialah subjek yang amat saya gemari. Inilah wanita bukan?

Sejak saya berhenti berkongsi di blog pelbagai perkara telah terjadi. Buruk, baik, ..... hingga satu saat saya merasakan yang semua perkara ini perlu dihentikan dan saya memerlukan masa saya sendiri. Namun, ia merupakan perkara yang paling mustahil untuk berlaku buat masa ni.

Oleh itu, saya merasakan inilah masanya untuk saya bangkit. Kesedihan dan menangisi sesuatu yang telah terjadi bukanlah kualiti seorang wanita yang kuat. Kita perlu bangun dan bangkit berjuang demi diri sendiri dan orang yang kita sayangi. Bangkit, dan maafkan serta lepaskan perkara yang lepas. Jangan sesekali biarkan bisikan halus yang negatif itu mempengaruhi hidup kita.

Tidak sesekali. Kerana apa?

Kerana Allah itu ada, dan Dia Maha Adil. Maha Mengetahui akan setiap perkara dan setiap ujian yang diberikan buat kita hamba Nya ialah kerana Dia tahu akan kekuatan diri kita. Ujian membuatkan kita lebih bersyukur, iman hati yang lebih teguh. Allahu, betapa kasihnya Allah akan kita, cuma kadang kita terlepas dan lupa akan Pencipta...

Semoga kita ketemu lagi di entri seterusnya.


No comments:

Post a Comment