Penipuan Keahlian RCC Stevia

"Assalamualaikum Puan.
Sy nak order stevia dgn puan. Masalahnya sy tak tahu sama ada sy ini ahli ke tidak. Tahun lepas, sy ada beli secara online drp suatu website terkenal, pakej beli 3 botol dapat jd ahli. 3 botol dh dapat tapi sy tak dapat apa2 maklumat tentang keahlian itu. Sy cuba tanya kat website tu, tapi takde jawapan. Jd bagaimana nak cek? Ada beza ke sy beli dr puan sebagai ahli atau tidak ahli? TK."


Luahan seorang pengguna stevia yang telah ditipu. Ini bukan kali pertama ya.


Sedih untuk saya nyatakan tetapi mengapa kita semua gagal menjadi seorang peniaga yang jujur, amanah dan bertanggungjawab?

Khasnya bagi semua agen dan stokis bagi produk rcc stevia?

Kita semua sedar dunia bisnes kini terlalu mencabar. Permainan harga, penipuan barangan tiruan malah menipu duit pelanggan terlalu ramai.

Menipu pelanggan satu perkara, tetapi tidak amanah kepada pengeluar sebenar produk juga merupakan satu etika yang sangat serius.

Produk rcc stevia didatangkan dengan pakej keahlian kepada pelanggan. Dan keahlian ini membolehkan anda iaitu ahli berdaftar untuk layak membeli produk-produk keluaran syarikat rcc pada harga ahli.

Dengan pakej keahlian paling rendah iaitu RM140 sekotak (mengandungi 3 botol stevia) anda sudah layak menjadi ahli berdaftar.

Selepas pembelian pakej ahli rcc stevia, anda boleh membeli stevia pada harga ahli. Harga ahli rcc stevia ialah hanya RM60 satu set. Di mana satu set ini mempunyai 2 botol stevia.

Selain harga stevia yang amat murah. Antara kelebihan lain sebagai ahli rcc stevia ialah:-

1. Setiap pembelian ulangan produk keluaran rcc, anda mendapat mata ganjaran percuma. Contohnya;

- 1 set rcc stevia mendapat 30 mata ganjaran.
- 1 kotak kopi kapucino mendapat 30 mata ganjaran.
- 1 set kecantikan wajah rcc beautyline mendapat 50 mata ganjaran

Apabila dikumpulkan, mata ganjaran ini boleh ditebus sebanyak 2 kali dalam masa setahun iaitu pada bulan 6 dan bulan 12.

Terdapat banyak baucer, produk yang boleh ditebus malah ianya sangat berbaloi dan lumayan.

Paling menarik hati saya ialah jika kita berjaya mengumpul 22, 000 mata ganjaran kita boleh tebus dengan pakej umrah. Ini bermakna anda hanya gunakan mata ganjaran ini sebagai tiket percuma umrah kalian.

Bagus bukan?

2. Tabung kebajikan ahli
Tabung ini khas buat ahli sahaja iaitu apabila berlaku musibah pada diri anda seperti rumah anda terbakar, kemalangan mahupun anda dilanda musibah bencana alam seperti banjir, dan lain lain.

3. Khairat kematian ahli dan keluarga kandung ahli
Apabila berlaku kematian sama ada diri anda, isteri, anak kandung atau pun ibu bapa kandung. Anda layak memohon khairat kematian yang telah disediakan buat anda.

Namun untuk anda sebagai ahli layak mendapat tabung kebajikan dan khairat kematian, anda harus patuhi syarat yang telah syarikat tentukan iaitu,

1. Membeli produk rcc stevia sama ada stevia atau kopi atau set kecantikan beautyline pada setiap bulan. Kelayakkan tuntutan dikira backdated 3 bulan terakhir. Tidak cukup 3 bulan tak sah ya
2. Anda harus mengesahkan pembelian tersebut di laman akaun persendirian masing-masing setelah pembelian berlaku.
3. Telah jadi ahli berdaftar selepas 3 bulan. Maknanya kelayakan ini sah selepas 3 bulan anda jadi ahli. Dalam tempoh 3 bulan ini, anda tidak layak jadi untuk membuat sebarang tuntutan. Walau bagaimanapun, kiraan belian setiap bulan telah bermula dari bulan pertama anda mendaftar. 

Okay mungkin ramai tidak tahu atau tidak faham,

Apabila anda telah menjadi ahli berdaftar ini bermakna, syarikat akan mengenal pasti kad pengenalan anda.

Anda akan ada USERNAME dan PASWORD bagi mengakses akaun peribadi anda di laman website rcc2u.com.

Apabila anda masuk ke laman akaun peribadi anda, akan tertera butiran peribadi anda.

Okay.

Saya beritahu tadi, anda akan dapat mata ganjaran percuma bukan? Juga harus mengesahkan pembelian. Kenapa?

Ini kerana dengan mengesahkan pembelian anda, barulah syarikat mendapat maklumat mengenai pembelian anda dan dengan itu barulah anda akan mendapat MATA GANJARAN dan BUKTI BELIAN BULANAN bagi MELAYAKKAN diri anda tabung kebajikan dan khairat kematian.

Panjang lebar penerangan saya mengenai kes ini, diharap agar semua ahli yang membaca jangan ambil mudah perkara ini ya.

Ingat, pembelian haruslah di sahkan. Setelah pembelian dibuat, stokis akan memberikan anda pengesahan pin yang perlu anda sahkan kemudiaannya di laman akaun peribadi anda.

Gagal buat demikian, anda gagal mendapat semua faedah yang seharusnya anda wajib dapat.

Jadilah pengguna yang celik, jangan harapkan agar semua stokis dan agen faham anda. Kerana itulah anda mudah ditipu. Banyak sangat kes berlaku, tetapi tanpa bukti. Syarikat tidak dapat lakukan apa-apa.

Harap entri ini dapat membantu kalian semua. 


Catat Ulasan

0 Ulasan