Suri Professional

Suri Professional

Rasanya inilah gelaran paling sesuai buat saya kini. Saya merupakan seorang surirumah, menguruskan 3 orang anak dara dari pagi ke malam serta berniaga dari rumah secara online.

Jadi sebenarnya, pekerjaan kedua selepas menjadi pengurus rumahtangga ialah seorang peniaga? Ye la kan... gitu.

Medium perniagaan saya ialah secara online (internet aka alam maya) secara sepenuhnya. Tiada COD mahupun kedai. Sepenuhnya dari rumah sambil bersilat, bergempur dan bermain bersama 3 anak dara dan bayi yang bakal lahir. Yang ni pun tak keluar lagi, tak menang tangan saya dibuatnya, sedikit kerja sahaja saya sudah lelah.. tua dah rasanya bila badan asyik sakit.

Allahu.. sakit sebelum sihat :)

Aktiviti harian memandangkan secara rasminya, saya buka kedai dari jam 9 pagi hingga 9.30 malam, sebenarnya lebih kepada menguruskan ajen-ajen, melayan customer, order dan akhirnya seperti biasa process order untuk diposkan keesokkan harinya. Inilah rutin harian, selain update blog (heeee... )

Tidak mustahil untuk kita semua sebagai suri ini turut membantu suami dari segi kewangan. Tidak salah untuk kita berdikari secara kewangan kerana nasib kita esok lusa tiada siapa tahu kan? Paling best bila kita sekali sekala dapat belanja suami, jika sebelum ni hanya dia sahaja belanja kita. Bertambah erat kasih sayang ye tak?

Jadi, jangan putus asa apabila anda menghadapi pelbagai cabaran apabila baru bermula berniaga. Kegagalan ialah satu proses bagi mengajar kita menjadi manusia lebih baik.

Banyak lagi nak dikongsi tetapi cukup dahulu setakat ini buat entri saya pagi ini.

Sebelum saya akhiri, apa produk jualan saya ya? Inshaa Allah jika kalian mengkehendaki produk-produk ini termasuklah berminat dalam kelas blog boleh hubungi saya ya.

Emme Resources Sdn Bhd
RCC Stevia
DMS360
Tudung Instant ESCARVES
Pengurus Pendaftaran Kelas Online/Offline Blog for Bisnes

No tel untuk dihubungi
018 9100852

#berniagaonlinesepenuhmasa
#suriprofessional
#emmemarinamohamad

Catat Ulasan

0 Ulasan