Thursday, October 27, 2016

Jom Berwakaf! Projek Wakaf Selipar

Publish on : Thursday, October 27, 2016 There is : 1 Comments Labels : , , , ,

Assalamualaikum,

Sukacita memaklumkan kami telah pun membuka sebuah projek wakaf khususnya selipar wakaf untuk diwakafkan di masjid, surau malah di rumah tahfiz.

Menariknya selipar ni ada ditulis WAQAF tau.

Jadi mungkin dengan adanya, tulisan ini kurang lah aktiviti pencurian atau tersalah ambil selipar.

Atau sekurangnya bila meminjam, segera kita pulangkan kepada masjid atau surau tersebut.

Walaupun hanya sekadar selipar di mata kita.

Namun, ianya mempunyai nilai fungsi yang memang kita akan cari setiap kali nak berwuduk di masjid-masjid ni kan?

Setuju?

Jadi, saya ajak rakan-rakan pembaca semua, sertai projek wakaf selipar ini bersama kami di Amal till Jannah.


Inshaa Allah, pahala berwakaf ini akan mengalir selagi mana ianya diwakafkan.. Allahu.

Untuk info lanjut, klik link di bawah ya.

Check out this blog "Projek Wakaf Selipar"  projek wakaf selipar 


Read More...

Wednesday, October 12, 2016

Gula untuk Para Ibu Mengandung

Wanita yang mengandung sering dikaitkan dengan risiko terkena penyakit Kencing Manis. Sama ada anda menghidapi penyakit ini sementara atau kekal.

Ia merupakan satu ancaman kesihatan yang amat tidak sihat untuk diri anda dan anak di dalam kandungan anda.

Apa yang berlaku jika anda disahkan menghidap penyakit kencing manis ketika mengandung/ hamil?

Menurut sumber artikel ini,

Apakah kesan kencing manis pada kehamilan saya?

Kebanyakan ibu yang menghidapi Diabetes ketika mengandung ini tidak mempunyai masalah sepanjang proses kehamilan dan rata-rata melahirkan bayi yang sihat dan comel, tetapi terdapat segelintir kes Diabetes ini membawa masalah yang serius pada ibu dan juga bayi, lebih-lebih lagi jika Diabetis tidak dikesan awal dan dirawat dengan optimum. Kebolehan untuk mengesan awal Diabetes ketika mengandung dan mengawal atur paras gula dengan optimum dapat mengurangkan banyak risiko serta komplikasi yang berkaitan.

Amatlah penting ibu-ibu sekalian memastikan paras glukosa di dalam darah terkawal. Jika paras gula di dalam darah ibu kekal tinggi dan tidak terkawal, bayi akan memberikan respon kepada paras gula yang tinggi ini dengan menghasilkan lebih banyak insulin, di mana bayi anda akan membesar secara berlebihan di dalam rahim, seterusnya anda akan diminta untuk bersalin lebih awal daripada tarikh dijangka bersalin (induction), juga terdapat risiko berakhir dengan pembedahan caesaerean akibat daripada bayi besar ataupun kegagalan proses induksi (induction). Jika anda bersalin biasa pula, risiko bahu bayi tersangkut ketika kelahiran normal dan kecacatan saraf mungkin berlaku.

Risiko kematian bayi di dalam rahim (in utero death) secara mengejut juga meningkat jika paras gula di dalam darah tidak dikawal.

Bayi anda yang menghasilkan lebihan hormon insulin tadi turut akan mengalami paras gula rendah pula selepas kelahiran. Maka, bayi anda perlu dimasukkan dalam wad rawatan rapi bayi untuk pemerhatian oleh pakar paediatrik.

Bayi yang dilahirkan oleh ibu yang mempunyai kencing manis juga mempunyai risiko menghidap kencing manis dan masalah kegemukan bila ianya meningkat dewasa kelak.

Maka, ibu-ibu perlu mengawal paras gula di dalam darah dalam proses kehamilan dan proses kelahiran untuk mengurangkan risiko dan komplikasi pada ibu dan juga bayi anda.

 http://www.mmgazette.com/diabetes-ketika-hamil-punca-kesannya-dr-muhammad-izzat/ 

Berhenti sepenuhnya gula dan kemanisan mungkin perkara yang sukar dilakukan. Terdapat gula dalam pelbagai jenis makanan dan minuman. Belum dikira lagi gula yang tersembunyi.

Maka, apa yang disyorkan ialah mencari alternatif pilihan gula yang selamat diamalkan dan tidak membawa ancaman kepada diri anda juga anak di dalam kandungan.

Pakar-pakar mengesyorkan bertukar ke gula yang sihat iaitu gula stevia. Gula ini manis rasanya seakan gula biasa. Tetapi kemanisannya tidak memudaratkan malah amat menyihatkan tubuh badan.

Bagi ibu mengandung pula, gula stevia ini mengandungi kandungan vitamin C dan asid folik yang amat diperlukan oleh bayi anda. Jangan salah faham ya, gula ini bukan ditambah dengan vitamin C dan aisd folik tetapi kandungan semulajadi yang sudah ada di dalam tumbuhan gula stevia tersebut.

Maka, semestinya inilah gula yang paling selamat malah membantu anda semua memelihara kandungan juga.


Gula stevia ini dijual dalam bentuk cecair ekstrak. Untuk gunakannya hanya titiskan sahaja ke dalam minuman, masakan mahupun kuih muih.

Berapa harganya?

Sebotol hanya RM50 sahaja. Tetapi lebih jimat dengan pembelian 3 botol anda jimat, RM 140. Ia juga dikenali sebagai pakej keahlian, selepas itu anda dapat membeli gula stevia ini dengan harga RM60 pada 2 botol.

Jimat bukan?

Kesihatan adalah nilai yang tidak mampu kita bayar, apatah lagi jika kita hamil. Usah berdebat akan harga sebotol stevia, tetapi tidak mampu menjaga kandungan anda dari ancaman bahaya gula biasa yang berharga RM 3 sekilo itu.

Untuk dapatkan produk ni, hubungi saya..

0189100852


Read More...

Tuesday, October 11, 2016

Cara Tangani Pelanggan Minta Harga Murah atau Diskaun!

Publish on : Tuesday, October 11, 2016 There is : 0 Comments Labels : , , ,

CARA TANGANI PROSPEK KOMPLEN MAHAL DAN MINTA HARGA MURAH
prospek mahal

“Prospek saya selalu komplen harga mahal dan minta diskaun. Diorang bandingkan dengan harga orang lain.”

Tuan AA, salah seorang audiens No Monday Blues tanya soalan ini.

“Ok,” saya mulakan jawapan, “Tuan cakap begini pada prospek tu… Bla bla bla bla bla…”

Tuan AA tekun mendengar apa yang saya sampaikan. Dengan mata bercahaya ting ting ting!

Apa benda saya cakap dengan Tuan AA tu? Kejap lagi kita tengok ye.

Dua tiga minggu selepas itu…

Tuan AA jumpa saya dengan semangat dan gembira tersenyum girang riang gembira cakap:
“Memang berkesan la trik tu! Terus prospek tak komplen dah pasal harga. Senang je saya close diorang.”

Mahu tahu apa yang Tuan AA jawab kepada prospek apabila mereka komplen mahal dan bandingkan dengan harga lain yang kononnya lebih murah?


Cara jawab perbandingan harga
Di bawah ini ialah perbualan antara penjual dan prospek. Ini ialah cara untuk jawab apabila prospek komplen mahal.

PENTING:
Jangan tiru ayat ini bulat-bulat.

Sebaliknya, cuba faham apa yang berlaku di sebalik perbualan ini. Fahamkan inti yang anda perlu korek daripada perbualan ini.

Apa yang anda akan dapat daripada perbualan ini:

1. Memahami dengan jelas nilai yang pelanggan mahukan daripada produk/servis

2. Beritahu dengan jelas dan yakin nilai yang pelanggan akan dapat daripada produk/servis anda

Hasilnya:
Prospek nampak jelas nilai yang diberi dan, jika kena dengan nilai yang dicari, mereka sanggup beli WALAUPUN harga yang kita beri LEBIH MAHAL.

Teruskan baca perbualan antara Tuan AA dan prospek beliau…

Buat perbandingan konkrit
Prospek: Mahalnya harga. Tak boleh kurang ke?

Penjual: Mahal cemana tu Puan? Mahal banding dengan apa?

Prospek: Mahal la kalau banding dengan penjual lain. Ada penjual lain tu akak tengok jual murah lagi.

Penjual: Sama ke apa yang dijual tu Puan?

Ini saya nak beritahu Puan ni, untuk mudah Puan buat keputusan. Apa-apa keputusan Puan buat, pastinya itu yang terbaik pada Puan.

Tapi Puan kena dengar dulu apa saya mahu beritahu ni.

Prospek: Apa dia?

Ada apa di sebalik harga murah
Penjual: Biasanya yang tawar harga murah tu, Puan, sebab dia kurangkan margin dia. Bila kurang margin dia, dia sendiri takkan cukup modal untuk beri servis yang sepatutnya Puan dapat.

Prospek: Cemana tu?

Penjual: Takkan semata-mata murah je yang Puan nak? Apa lagi yang Puan nak dengan produk ni?

Apa yang prospek mahukan selain harga murah?
Prospek: Mesti la nak servis bagus. Benda ni nak pakai lama. Kena sentiasa tip top. Akak tak nak la nanti kalau ada problem dengan benda ni nanti, ejen akak tu hilang tak tau ke mana.

Penjual: Ye betul tu, Puan. Itu apa yang saya risau. Biasanya yang jual murah ni, Puan, jenis yang ejen saja-saja nak cari duit tambahan.

Ejen yang serius untuk kekal lama, mesti dia dah kira berapa dia kena ada untuk layan terbaik pelanggan macam Puan ni.

Memang saya beri harga mahal sikit.

Tapi apa Puan dapat ialah Puan tak perlu risau saya menghilang nanti. Insya-Allah saya buat benda ni serius dan dah lama, Puan.

Puan boleh tengok track record saya. Puan boleh tanya pelanggan saya yang saya masih jaga bertahun-tahun sampai sekarang.

Cemana Puan?

Puan nak tak dapat servis bagus dan bila Puan perlukan bantuan nanti, saya akan ada bantu Puan. Tak payah Puan susah-susah cari tempat lain.

Sahkan kemahuan pelanggan
Prospek: Eh, mesti la nak.

Penjual: Saya tak minta banyak, Puan. Dapat saya ada modal sikit untuk buat kerja saya dengan baik, dapat bantu Puan kasi tenang tak payah pening bila Puan perlu bantuan nanti.

Saya cakap terus terang ni, Puan. Puan tambah sikit je, Puan boleh elakkan pening kepala dan rugi lagi banyak kemudian hari.

Bagaimana anda akan handle komplen harga mahal selepas ini?
Situasi anda berlainan.

Gunakan perbualan di atas sebagai panduan.

Selamat mencuba!


Nota: Saya sendiri sangat suka akan cara penulis iaitu Tuan Bukhari Ramli. Beliau amat realistik dalam mempersembahkan dan menjelaskan kepada kita apa itu bisnes.

Banyak skrip jualan yang saya hasilkan ialah dari beliau dan saya masih mengikuti beliau hingga ke hari ini.

Bagi peniaga yang mahu mengikuti Tuan Bukhari Ramli boleh follow beliau juga di channel Telegram BRC.my


Read More...

Friday, October 07, 2016

Sunnah-Sunnah Hari Jumaat

Publish on : Friday, October 07, 2016 There is : 0 Comments Labels : ,

Dr Rozaimi Ramle's Channel:
Sunnah-sunnah Hari Jumaat.

1⃣ Berselawat kepada Nabi.

Rasulullâh SAW bersabda :
" Perbanyaklah selawat kepadaku di hari Jumaat dan malam Jumaat. Barangsiapa membaca selawat untukku satu kali, maka Allah berselawat (memberi rahmat) kepadanya sepuluh kali."
📒Hassan, lihat : As-Sahihah Mukhtasarah (lll/397, Asy-Syamilah.

2⃣ Mandi Jumaat dengan tatacara mandi Jinabat.

Waktunya boleh dilakukan setelah Subuh hingga adzan Jumaat.

▶ Diriwayatkan dari Abu Said Al-Khudri bahawa Rasulullah bersabda :
"Mandi hari Jumaat adalah wajib atas setiap muslim yang sudah baligh"
(Hadis riwayat Bukhari) (lafaz wajib menguatkan pendapat yg mewajibkan mandi Jumaat)

▶ Dari Samurah bin Jundab, bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda :
"Barangsiapa hanya berwudhu' di hari Jumaat, maka soleh dan baik, dan barangsiapa mandi, maka mandi itu lebih utama."
📒Sahih: Lihat: Sahih wa Dhaif Sunaan Tirmizi (l/497,asy-Syamilah.)

3⃣ Memperbanyakkan Zikir dan Doa.

Kerana pada hari Jumaat, terdapat saat-saat mustajab doa sepertimana yang diisyaratkan Rasulullah bahawa pada saat itu, ia tidak ditolak.

▶ Asy-Syaukani berkata, "Nas-nas telah datang secara mutawatir bahawa pada hari Jumaat terdapat satu saat di mana tidaklah seorang hamba meminta sesuatu kepada Rabb-nya kecuali akan diberikan kepadanya".

▶ Terdapat lebih dari 40 pendapat, tetapi Asy-Syaukani telah menghitungnya, dan dinukil dari al-Muhibb At-Thabari, bahawa ia berkata.
"Paling Sahih di antara hadis-hadis yg menerangkan tentang hal ini adalah hadits Abu Musa bahawa ia mendengar Rasulullah bersabda :
"Saat itu terjadi antara duduknya Imam (ketika khutbah Jumaat) hingga solat (Jumaat) ditunaikan"
📒Hadits riwayat Muslim.

▶ Selepas waktu Asar sebelum Maghrib berdasarkan hadis Nabi :

يَوْمُ الجُمُعة ثِنْتَا عَشْرَةَ سَاعَةً ، لاَ يُوجَد فِيهَا عَبْدٌ مُسْلِمٌ يَسْأَلُ الله شَيْئاً إِلاَّ آتَاهُ إِيَّاهُ ، فَالْتَمِسُوهَا آخِرَ سَاعَةٍ بَعْدَ العَصْر

Erti : Hari Jumaat ada 12 bahagian masa yang mana tiada seorang hamba muslim berdoa padanya kecuali akan diberikan (maqbul), maka CARILAH IA di HUJUNG WAKTU SELEPAS ASAR"
📒Hadis riwayat Abu Daud- hadis Sahih.

❗❗Yakinlah akan dimaqbul doa sewaktu berdoa dan muhasabah diri akan hal yang boleh menggugat kemaqbulan doa seperti harta haram dan dosa-dosa yang belum bertaubat dan istighfar.

Wallahua'lam.

Page Ustaz Dr Rozaimi - Hadith


Semoga sharing ini bermanfaat. Jangan tidak diamalkan ya pembaca semua


Read More...

Thursday, October 06, 2016

Pekerjaan Kedua Amal till Jannah dot com

Publish on : Thursday, October 06, 2016 There is : 0 Comments Labels : , , ,
Assalamualaikum pembaca sekalian,

Di kala masa lapang dengan erti kata sebenarnya anak kurang meragam dan internet boleh dicapai dengan notebook lama ini. Inilah masanya laju tangan menaip buat entri di blog kesayangan saya ini.

Program infak secara istiqomah yang dianjurkan oleh NGO Amal till jannah telah pun bermula sejak September 2016 yang lepas. Sebulan telah berlalu dan hasrat kami untuk mengumpulkan 500 jemaah ini masih jauh lagi. Tetapi ianya bukanlah suatu perkara yang mengecewakan. Ini kerana setiap program yang telah disusun di dalam program infak istiqomah sebanyak RM40 sebulan ini berjaya dijalankan oleh pihak Amal till Jannah.

Walaupun kekurangan separuh jemaah yang diperlukan, namun program ini tetap dijalankan kerana ianya merupakan amanah terbesar yang pernah dijalankan bagi pihak Amal till Jannah sendiri.

Apa sebenarnya program infak istiqomah ini ya? Mungkin ada yang tertanya-tanya mengenai program infak ini dan apa kaitannya dengan blog saya ni.





BANTU KAMI UNTUK BANTU ORANG LAIN.

Program : 1 Rumah 1 Tabung ATJ.

.
Istiqomah menabung / sedekah / infaq RM40 sebulan. RM40 dari setiap 500 jemaah akan disalurkan pada 10 TABUNG dibawah 👇
.
1) Sedekah jumaat setiap minggu.
.
2) Tahlil arwah khas untuk ibu bapa / pasangan / kerabat ahli keluarga yang telah meninggal dunia setiap minggu.
.
3) Wakaf 1 kerusi roda setiap bulan.
.
4) Tajaan umrah seorang jemaah asnaf setiap bulan.
.
5) Bayaran bil air dan elektrik 1 masjid, 1 rumah anak yatim, 1 maahad tahfiz dan 1 keluarga asnaf setiap bulan.
.
6) Bekalan makanan masjid, 1 rumah anak yatim, 1 maahad tahfiz dan 1 keluarga asnaf dan oku setiap bulan.
.
7) Bekalan 500 botol air mineral ke pusat tahfiz terpilih setiap bulan.
.
8) Wakaf buku agama setiap bulan.
.
9) Tabung kebajikan manusia.
.
10) Tabung khairat kematian ahli keluarga jemaah ATJ.

RM40 sebulan sahaja anda bersedekah melalui Amal till Jannah sebagai penderma berdaftar. 


Kenapa perlu berdaftar?

Ini kerana terdapat 2 keistimewaan di dalam 10 tabung ini yang khas untuk penderma yang mendaftar iaitu Bacaan Tahlil buat keluarga jemaah dan Tabung khairat kematian. 


Apakah yang dimaksudkan INFAK secara ISTIQOMAH?

Istiqomah dalam bahasa melayunya dikenali sebagai konsisten. Dalam bahasa akaunnya, sedekah jariah ini dilakukan secara aktif pada setiap bulan. Dengan bahasa yang mudah difahami, apabila anda berminat lalu mendaftar dengan program ini anda bakal menderma sebanyak RM40 setiap bulan ke akaun Amal till Jannah di bawah program INFAK RM40 ISTIQOMAH. 

Berapa lama tempoh istiqomah ini berlanjutan?

Sehingga akhir hidup kita semua. Inshaa Allah. Hanya RM40 sebulan. Selagi mana kudrat kami atas izin Allah menjalankan amanah anda semua bagi mencapai cita-cita 10 tabung aktiviti tersebut pada setiap bulan dan mingguan. 

Bolehkah saya mengetahui ke mana aliran wang derma yang telah disedekahkan pada setiap bulan itu?

Boleh. Tentu sahaja boleh. Bagi jemaah yang mendaftar anda akan dimasukkan ke dalam sebuah grup whatsapp khas bagi jemaah yang telah mendaftar dengan program ini. Pembentangan bulanan akan dibuat bagi carta aliran keluar masuk program infak. Juga setiap minggu, setiap admin yang menguruskan tabung-tabung ini akan kongsikan perjalanan program di grup. 

Bagaimana boleh saya tahu jika saya sudah berjaya mendaftar di dalam program infak ini?

Admin program kami akan menghubungi anda melalui whatsapp atau sms daripada butiran pendaftaran anda. Dan anda akan diberikan no keahlian sebagai bukti anda sebagai salah seorang penderma di dalam program ini. 

Baiklah, Saya berminat! Bagaimana boleh saya sertai program infak ini?

Alhamdulillah, anda boleh terus hubungi saya untuk pendaftaran ya. Jika masih ada kekeliruan yang belum terungkai. Juga boleh diutarakan.


Setiausaha Amal till Jannah
Emme Marina 
No ahli: ATJ 03
0189100852
Read More...

Jatuh Cinta dengan Blog Sendiri Ulasan Pelajar ABDR

Publish on : Thursday, October 06, 2016 There is : 0 Comments Labels : , , ,
Saya mula berblogging sejak tahun 2009. Saya masuk kelas blog Encik Google. PERCUMA je. Tapi dah ada 10 blog kot yang saya bina. Lepas tulis entri 4-5 kerat saya delete blog. Tulis lagi, delete lagi. Geram. Tulis penat-penat. Siapa pun tak nak singgah. Tulis pun merepek je. Pasal marah bos. Marah kawan. Marah pakwe-pakwe. Eh? Hehe.

Akhirnya pada tahun 2014. Saya nekad melabur untuk ilmu. KELAS ASAS BLOG ONLINE ABDR. Buat pertama kalinya saya merasa cinta kepada blog saya. Setiap hari rasa rindu nak mengutuskan kata-kata cinta buatnya. Rasa cinta semakin kuat bila ramai sahabat menghantar mesej di FB, Whatsapp, bahawa mereka mengikuti blog saya dan mereka sukakan pengisiannya. Alhamdulillah.Terima kasih Akademi Bekerja Di Rumah atas bimbingan dan panduan yang berterusan. (Ulasan Pelajar BLOG ABDR)


Pendaftaran Kelas Online Blog masih dibuka dengan kekosongan 9 pelajar lagi.

Jadilah 10 peserta terawal mendaftar.

Sebulan kami menghadkan 10 pelajar sahaja bagi sesi kelas online blog bisnes ini.


Untuk ketahui lebih lanjut mengenai kelas ini,

Hubungi saya Pengurus Online ABDR
Emme Marina
0189100852
Read More...

Blog = Long term dan short term Bisnes

Blog atau website menggunakan platform Google sememangnya bukanlah satu pelaburan yang rugi. Malah anda yang menjadi rugi kerana tidak menggunakan kemudahan platform percuma ini dengan baik khasnya jika anda seorang peniaga.

Untuk memiliki sebuah website mungkin agak sukar kerana ianya memerlukan modal yang tinggi, kecekapan menguruskan html, css dan segala coding yang sukar untuk kita fahami. Hal ini boleh menyebabkan anda kecewa dan berputus asa sebelum bermula.

Tetapi, terdapat satu lagi platform bagi membina kedai online anda secara percuma dan tidak kurang juga sangat digemari oleh Google. Ianya Blogger.

Membina blog adalah sangat mudah. Applikasinya ringkas dan sangat senang dioperasikan. Tidak melibatkan coding atau kepakaran IT yang tinggi. 

Namun, jika anda bertujuan untuk membina sebuah kedai online dengan fokus jualan yang tinggi. Tidak kira sama ada, anda mahukan blog bisnes sahaja atau blog bisnes dengan campuran berunsurkan peribadi, anda perlukan guru untuk membimbing anda.

Dan ilmu inilah yang menjadikan ianya mahal serta memerlukan komitmen anda bagi melengkapkan blog bisnes anda.


Anda tiada masa untuk menghadiri bengkel kelas blog bisnes?

- Kami lakukannya secara online sahaja dengan masa yang amat fleksibel.

Anda tidak yakin dengan penggunaan blog kerana tiada kepakaran IT?

- Kami membimbing anda dari kosong ilmu kepada mahir blog hanya di dalam kelas online sahaja. Dengan modul yang amat mudah difahami serta kesabaran guru blog yang tinggi mengajar anda sehingga dapat. Nota toturial bergambar lengkap disediakan.

Apakah modul bagi kelas asas blog bisnes ini?

1. Bina kedai online asas berdasarkan apa produk atau servis. Contoh produk pakaian, makanan, butik, produk kesihatan, kecantikan.
2. Kelas ini khusus untuk mereka yang benar-benar zero tentang urusniaga online.
3. Mahu mula tetapi tidak tahu cara.
4. Mahu mula tetapi tidak ada produk. ABDR menyediakan beberapa produk piihan, produk sunnah, buku, pakej ebook, ruang periklanan. (Pilihan jika anda mahu berniaga tetapi tiada produk jualan)
5. Belajar jana pendapatan melalui blog.
6. Asas kedai online, borang tempahan, lima label utama.
7. Sudah ada shopping cart, juga boleh bina blog khusus untuk aliran pembaca kepada pelanggan.
8. Mahu simpan stok boleh, tidak mahu simpan stok juga boleh. (Apabila anda berniaga atau mempunyai kedai secara online, maka semua orang boleh memiliki kedai online ini walaupun anda seorang dropshipper).

Jana pendapatan tanpa perlu keluar rumah. Insya-Allah.
Bila kelas ini dibuka untuk pendaftaran?

- Dahulu kami buka pendaftaran setiap hari tanpa had. Namun, kerana pelajar bagi kelas online blog bisnes ini semakin ramai. Kami menghadkan setiap bulan hanya 10 orang sahaja. Siapa yang mendaftar dahulu berpeluang mengikuti kelas online ini pada bulan tersebut.

Berapakah yuran yang diperlukan bagi kelas online blog bisnes ini?

Terdapat 3 jenis pakej pilihan anda:-

1. Pakej Blog Bisnes (Fokus kepada pembinaan kedai online)

- RM200
- Bonus 4 ebook (ebook blog, super wahm super mom, mula bisnes butik, 101 idea home based bisnes)

2. Pakej Blog Penulisan Rakan Niaga ABDR (Fokus kepada mereka yang tiada produk jualan tetapi mahu berniaga dan menjana pendapatan)

- RM250
- Anda menjadi rakan niaga bagi ABDR sebagai pengurus online ABDR yang sah.
- Bonus 6 ebook (ebook blog, super wahm supermom, ebook mula bisnes butik, ebook 101 idea bisnes, ebook yeay mama sudah resign, ebook 10langkah mudah bina kedai online)

3. Pakej Blog Bisnes dan Penulisan Serentak Rakan Niaga ABDR (Anda fokus pembinaan kedai online juga pada masa sama bertindak sebagai Rakan Niaga)

- RM300
- Anda menjadi rakan niaga bagi ABDR sebagai pengurus online ABDR yang sah.
- BONUS 10 EBOOK - ebook blog, ebook mula bisnes butik, ebook 101 idea bisnes, ebook panduan berpantang, ebook resipi berpantang, ebook super wahm supermom, ebook rahsia khidmt pelanggan, ebook yeay mama sudah resign, ebook 10langkah bina kedai online, ebook panduan rakn niaga blum terbit)


Berminat untuk mendaftar di dalam kelas online blog bisnes kami?

Hubungi saya segera untuk pendaftaran,
Jadilah antara 10 peserta pertama pada bulan ini. (Oktober 2016)

Kelas masih memiliki 9 tempat kosong ketika saya menulis entri ini.


Pengurus Online ABDR
Emme Marina
0189100852
Read More...