Pekerjaan Kedua Amal till Jannah dot com

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Di kala masa lapang dengan erti kata sebenarnya anak kurang meragam dan internet boleh dicapai dengan notebook lama ini. Inilah masanya laju tangan menaip buat entri di blog kesayangan saya ini.

Program infak secara istiqomah yang dianjurkan oleh NGO Amal till jannah telah pun bermula sejak September 2016 yang lepas. Sebulan telah berlalu dan hasrat kami untuk mengumpulkan 500 jemaah ini masih jauh lagi. Tetapi ianya bukanlah suatu perkara yang mengecewakan. Ini kerana setiap program yang telah disusun di dalam program infak istiqomah sebanyak RM40 sebulan ini berjaya dijalankan oleh pihak Amal till Jannah.

Walaupun kekurangan separuh jemaah yang diperlukan, namun program ini tetap dijalankan kerana ianya merupakan amanah terbesar yang pernah dijalankan bagi pihak Amal till Jannah sendiri.

Apa sebenarnya program infak istiqomah ini ya? Mungkin ada yang tertanya-tanya mengenai program infak ini dan apa kaitannya dengan blog saya ni.





BANTU KAMI UNTUK BANTU ORANG LAIN.

Program : 1 Rumah 1 Tabung ATJ.

.
Istiqomah menabung / sedekah / infaq RM40 sebulan. RM40 dari setiap 500 jemaah akan disalurkan pada 10 TABUNG dibawah 👇
.
1) Sedekah jumaat setiap minggu.
.
2) Tahlil arwah khas untuk ibu bapa / pasangan / kerabat ahli keluarga yang telah meninggal dunia setiap minggu.
.
3) Wakaf 1 kerusi roda setiap bulan.
.
4) Tajaan umrah seorang jemaah asnaf setiap bulan.
.
5) Bayaran bil air dan elektrik 1 masjid, 1 rumah anak yatim, 1 maahad tahfiz dan 1 keluarga asnaf setiap bulan.
.
6) Bekalan makanan masjid, 1 rumah anak yatim, 1 maahad tahfiz dan 1 keluarga asnaf dan oku setiap bulan.
.
7) Bekalan 500 botol air mineral ke pusat tahfiz terpilih setiap bulan.
.
8) Wakaf buku agama setiap bulan.
.
9) Tabung kebajikan manusia.
.
10) Tabung khairat kematian ahli keluarga jemaah ATJ.

RM40 sebulan sahaja anda bersedekah melalui Amal till Jannah sebagai penderma berdaftar. 


Kenapa perlu berdaftar?

Ini kerana terdapat 2 keistimewaan di dalam 10 tabung ini yang khas untuk penderma yang mendaftar iaitu Bacaan Tahlil buat keluarga jemaah dan Tabung khairat kematian. 


Apakah yang dimaksudkan INFAK secara ISTIQOMAH?

Istiqomah dalam bahasa melayunya dikenali sebagai konsisten. Dalam bahasa akaunnya, sedekah jariah ini dilakukan secara aktif pada setiap bulan. Dengan bahasa yang mudah difahami, apabila anda berminat lalu mendaftar dengan program ini anda bakal menderma sebanyak RM40 setiap bulan ke akaun Amal till Jannah di bawah program INFAK RM40 ISTIQOMAH. 

Berapa lama tempoh istiqomah ini berlanjutan?

Sehingga akhir hidup kita semua. Inshaa Allah. Hanya RM40 sebulan. Selagi mana kudrat kami atas izin Allah menjalankan amanah anda semua bagi mencapai cita-cita 10 tabung aktiviti tersebut pada setiap bulan dan mingguan. 

Bolehkah saya mengetahui ke mana aliran wang derma yang telah disedekahkan pada setiap bulan itu?

Boleh. Tentu sahaja boleh. Bagi jemaah yang mendaftar anda akan dimasukkan ke dalam sebuah grup whatsapp khas bagi jemaah yang telah mendaftar dengan program ini. Pembentangan bulanan akan dibuat bagi carta aliran keluar masuk program infak. Juga setiap minggu, setiap admin yang menguruskan tabung-tabung ini akan kongsikan perjalanan program di grup. 

Bagaimana boleh saya tahu jika saya sudah berjaya mendaftar di dalam program infak ini?

Admin program kami akan menghubungi anda melalui whatsapp atau sms daripada butiran pendaftaran anda. Dan anda akan diberikan no keahlian sebagai bukti anda sebagai salah seorang penderma di dalam program ini. 

Baiklah, Saya berminat! Bagaimana boleh saya sertai program infak ini?

Alhamdulillah, anda boleh terus hubungi saya untuk pendaftaran ya. Jika masih ada kekeliruan yang belum terungkai. Juga boleh diutarakan.


Setiausaha Amal till Jannah
Emme Marina 
No ahli: ATJ 03
0189100852

Catat Ulasan

0 Ulasan