Tuesday, November 29, 2016

Mendaftar Lesen Perniagaan Online (SSM)

Publish on : Tuesday, November 29, 2016 There is : 0 Comments Labels : , , , , ,
Resit buat lesen perniagaan. Guna nama sendiri jer

Alhamdulillah. Semalam hubby ajak ke kuantan menemani beliau bermain bola sepak. Tidak tahu pula padang bola tu di sebelah UTC sahaja.

Apalagi, bila tengok sahaja bangunan UTC terus teringat yang saya sudah lama nak daftar baru perniagaan untuk lesen SSM ni. Kan pelbagai ura tentang wajibnya peniaga-peniaga online perlu ada lesen perniagaan. Jadi kenalah ada satu.

Saya hanya menggunakan pemilikan nama sendiri sahaja bagi lesen perniagaan ini. Murah. Hanya RM 40.60. Yup, RM 0.60 ialah cas GST. Tetapi katanya bila nak renew lesen nanti tiada GST, hanya RM 40.00.

Renew lesen perniagaan tidak perlu ke kaunter, anda boleh terus renew online melalui emel.

Tahukah anda bahawa pendaftaran perniagaan kini sudah tiada online? Anda wajib ke kaunter SSM untuk membuat lesen perniagaan yang baru. Menurut pihak SSM, ini kerana ramai pula "hantu" yang membuat lesen perniagaan apabila lesen ini boleh dibuat secara online.

Betul jugak kan?

Kita juga yang jadi mangsa penipuan ni nanti. Biarlah kita bersusah payah sedikit untuk mendaftarkan lesen perniagaan SSM ni. Lagipun UTC dibuka sehingga jam 10 malam. Maka, anda ada pilihan waktu lebih lama jika siang tidak sempat menguruskan pendaftaran lesen perniagaan SSM.

Adakah anda sudah mendaftar perniagaan anda? Tidak kiralah status bagaimana. Online ke offline ke. Walaupun dropship anda patut ada satu lesen perniagaan. Dengan lesen ini juga, pelanggan akan lebih yakin membeli dengan anda.


Read More...

Pengalaman Membeli Cadar Patchwork Murah

Cadar patchwork sememangnya menjadi pilihan ramai wanita kerana cadar ini amat mudah dijaga dan dirapikan.

Dengan pilihan-pilihan corak design yang semakin moden dan banyak. Rambang mata dibuatnya tau.

Pada awal saya kenal cadar patchwork ni memg teruja sangat. Tetapi masa tu harga cadar patchwork hanya untuk 3 pcs sahaja iaitu 1 cadar dan 2 sarung bantal dalam lingkungan RM 150 ke atas. Mahal la jugakkan?

Tetapi sekarang kita boleh dah jumpa cadar patchwork berkualiti dalam lingkungan harga RM 90 ke RM 120 untuk 3 pcs ni.

Dalam kita berkira-kira sebenarnya kesilapan yang kita buat ialah terperangkap dengan tawaran harga cadar patchwork yang amat rendah. Saya apa lagi. Terbeliak mata bila ada kawan offer RM 50 bagi 3pcs cadar patchwork. Tidak berlengah terus saya order.

Terus buat pesanan.

Apabila sampai secara jujurnya saya memang tidak pandai melihat kualiti material kain. Bagi saya okay.

Malangnya baru seminggu cadar patchwork itu digunakan saya perasan kalernya luntur terlalu berbeza pula tu. Bahagian atas tilam dan tepi tilam ada 2 tona kaler berbeza. Lebih-lebih lagi anak gemar melompat atas katil agaknya la.. Cadar ini belum dibasuh lagi tahu. Namun keadaan yang luntur serta mula berbulu kasar. Menyakitkan hati juga.

Kulit saya sensitif pada kain yang berbulu. Baju, selimut, tidak kiralah memang saya tidak akan pakai kerana bila memakai kain yang berbulu seperti itu badan akan mula rasa gatal. Jadi solusinya apabila saya tidur berselimut, selimut itu juga akan dialas di bawah badan saya. Haa, jadi tidaklah menyiksa saya ketika tidur.

Suatu pembaziran.

Apabila anda dah terbeli barangan yang tidak elok namun anda memerlukannya, maka anda terpaksa membeli yang baru bukan?

Lalu saya carilah yang baru, berjumpa lah juga. Memang kali ni habis penjual-penjual itu ditanya, disoal selidik sebelum saya buat keputusan untuk membeli.

Menurut seorang supplier juga pembekal patchwork, kain patchwork yang berkualiti seperti gred AAA adalah dari China manakala yang tidak berkualiti dari Bangladesh. Aduhai, dan memang bagi kita yang tidak kenal kain ni, akan sentiasa terperangkap dan tertipu.

Lebih baik anda membeli yang agak mahal berbanding terlalu murah. Ini kerana cadar.ni boleh digunakan amat lama. Ramai yang memiliki patchwork menggunakan produk ini hingga 2 ke 3 tahun tau. Tidak luntur atau berbulu. Bayangkanlah.

Nasihat saya buat anda semua, kita semua nakkan harga yang murah tetapi harus ingat. Terlalu murah untuk sesuatu produk padahal bila survey harganya adalah lebih berbeza maka fikir-fikirkanlah. Risau yang murah nampak sama tetapi kualiti jauh beza.

Sedihkan? Namun selepas itu,saya hanya yakin dengan seorang supplier. Walaupun harga 2x lebih mahal tetapi amat berbaloi. Dah basuh pon kaler tidak luntur malah tidak berbulu. Alhamdulillah


Read More...

Saturday, November 26, 2016

Radio Quran Digital 2150 Pengisian

Publish on : Saturday, November 26, 2016 There is : 0 Comments Labels : , , ,
Percuma hadiah selain radio quran
Hadiah percuma al quran mini dengan tafsir dan tajweed. Rm 45 sahaja jika anda mahu membeli secara asing. Tetapi beli radio quran 2150, quran ini percuma. (Sementara promosi ini masih berlangsung)

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, bertemu lagi kita dalam entri kali ni saya nak mengajak para pembaca sama-sama memiliki koleksi radio mini quran islamik.

Bukan sebarang radio. Saiznya yang comel, mudah dibawa ke sana ke mari. Siap boleh disimpan di dalam poket handbag anda. Begitu senangnya kan?

Membawa radio quran ini ke mana sahaja.

Boleh mendengar bacaan alunan al quran, nasyid, ceramah-ceramah dari para Ustaz yang mahsyur mengenai amalan seharian kita. Himpunan doa yang begitu banyak turut dimuatkan di dalam pengisian radio quran ini.

Alhamdulillah, saya sendiri bila tidak yakin akan sesuatu bacaan, amalan atau ingin menenangkan jiwa ni kita buka sahaja radio quran islamik. Insha Allah

Nak dengar channel radio fm? Masya Allah. Boleh sahaja.

Sama-sama kita dengarkan radio ikim.fm yer.

Penuh celoteh. Okay, ada terlalu banyak versi pengisian radio quran ini, ada yang hanya mengandungi bacaan alunan quran sahaja, ada yang diselitkan dengan tambahan surah-surah penting, ada yang berceramah, bernasyid juga doa-doa harian. Banyak sangat.

Dari serendah harga radio quran ini RM60 sehingga RM180.

Jangan salah faham ya. Lagi mahal bererti lagi banyak pengisian yang dipenuhi dalam radio quran islamik tersebut.

Yang saya akan perkenalkan kepada kalian semua ialah versi pengisian paling banyak iaitu sebanyak 2150 program.

*Radio Mini Quran Islamik 2150 Pengisian*

Method: No COD. POS ONLY
Harga: RM 180 free pos SEM/ RM 190 SS
*Price include Free gift*

Sahabat akan dapat:

⇢ FREEGIFT Tasbih Digital
⇢ FREEGIFT Doa Amalan Harian
⇢ FREE 1 NASKAH AL QURAN PELANGI COMEL

Nama: Emme Marina
Ahli: ATJ03
No tel: 0189100852

❤Kisah Anak Menggembirakan Hati Mak Ayah❤
.
.

❝Mak kejutkan Subuh, dia tengok radio tu COMEL, siap banyak surah. Tup-tup hilang dari radar radio tu,,mak amik,,mak dengar bilik sebelah, ingatkan saya pasang surah dalam fon. Alhamdulillah,,nanti nak beli lagi,,best sangat-sangat ❞ Azzika Kuching
.

❝The radio is FANTASTIC. AWESOME berabis sebab faezah expected surah-surah quran saja, kali ni ada hadith dan ceramah jua apa. MasyaAllah so COOL❞ Faezah.
.

❝Alhamdulillah. makin lama makin banyak family yang nak beli. Tu REPEAT ORDER. Dorang cakap bagus. BANYAK PENGISIAN. Boleh isi masa tengah berniaga ❞ Limbang.
.

❝Alhamdulillah BEST SANGAT guna radio Al-Quran ni. Mak Ayah pun suka, banyak manfaatnya. Dahlaa kecil comel, mudah sangat nak usung ke sana ke mari..hehe❞ Noorharyani Perlis
.
.
Insan tersayang juga mengalami situasi seperti di bawah?

➤Ingin membuat simpanan mp3 Al-Quran lengkap 114 Surah dalam phone anda tapi fail anda terlalu berat?
➤Ingin memperkukuhkan bacaan Al-Quran namun belum sempat ke kelas mengaji?
➤Tidak sempat membaca terjemahan Al-Quran kerana jadual yang padat?
➤Selalu ada gangguan ‘halus’ di rumah atau tempat kerja?

........................
RADIO POKET eNUUR !  2,150 ISI MENARIK
.........................

✔ Terdapat 2,150 ISI MENARIK
✔ Bacaan Lengkap Al-Quran & Tafsir (114 Surah)
✔ 1,100 Tajuk Ceramah Agama
✔ 372 Tajuk Soal Jawab Agama
✔ Yasin dan Terjemahan
✔ Nasyid Pelbagai Kumpulan
✔ Ulasan Hadis Imam Bukhari Ust Dr Abdul Basit
✔ Zikir Munajat, Zikir Selepas Solat, Selawat Syifa’, Zikir Nabi Yunus dll zikir
✔ Doa: Penenang Hati, Tahajud, Murah Rezeki, Pendinding Diri dan pelbagai Doa Amalan Harian
✔ Soal Jawab Solat: Cara Solat RAsulullah, Cara Solat Wanita, Bimbingan Solat Sunat dll
✔ Azan Masjid Nabawi, Masjidil Haram, Imam Muda Taufek
✔ Soal jawab oleh Ust Azhar Idrus, Ust Ahmad Dasuki, Dato’ Ismail Kamus, Ust Abdullah Khairi, Ust Syed Norhisyam, Dato’ Dr haron Din, Ust Nurudin Al-Banjari dll
✔ Ibadah Haji
✔ Dan Pelbagai Pilihan Lain Yang Pasti Memukau
.
.
LAGI KELEBIHAN RADIO POKET eNUUR UNTUK ANDA ツ

➽ Memory 8GB - 2,150 item
➽ Menggunakan Bateri Li-ion
➽ USB Cable
➽ Port Charger
➽ Port USB Pendrive
➽ 6 Page KOD Laminate
➽ Berfungsi sebagai Radio FM
.
.
KEISTIMEWAAN RADIO POKET eNUUR ツ

✔ Mudah di bawa ke mana-mana, hanya sebesar tapak tangan dan boleh disimpan di dalam poket (Poket Size)
✔ Boleh cas seperti handphone dan bateri tahan lama
✔ Boleh dengar menggunakan earphone
✔ Boleh loop, forward dan rewind
✔ Istimewanya kad memori 8GB yang telah dilengkapi 2,150 fail berformat MP3,
.
.
Susah ke senang nak guna? ツ

❤ Mudah didengar... dengan hanya memilih dari menu pilihan mengikut panduan laminate yang disertakan.
❤ Anda hanya tekan digit kod yang dihendaki dan mula mendengar dengan tenang.
.
.
Sesuai untuk mak ayah sahaja ka? Jangan risau sebab ianya flexibal untuk semua peringkat ツ
1 KELUARGA boleh guna

Boleh dijadikan sebagai hadiah / cenderahati kepada rakan-rakan.
Boleh dijadikan sebagai hadiah hantaran perkahwinan untuk pasangan.
Kanak-kanak boleh guna? Ya, inilah bahan terbaik untuk menarik anak-anak minat mengaji. Apa kata latih dari kecil. Latih anak menjadi seorang tahfiz sejak dari kecil lagi. Bagi GAJET SUPERCOMEL ini untuk anak anda.
Ibu-ibu mengandung tu, apa kata dengarkan dan biasakan alunan Al-Quran 24 jam di rumah. InsyAllah bakal anak itu nanti adalah anak syurga yang di idamkan.
.
.
Dan yang paling best ツ

Rasa nak tambah lagi koleksi ceramah agama@doa amalan@nasyid2 terbaru? Masukkan ja pengisian tambahan ke dalam pendrive dan anda akan bergembira mendengar kesemuanya.

Sangat senang kan?
.
.
Manfaat seisi keluargaツ

✌ Tenang rumah bila dikelilingi alunan Al Quran, zikir dan ceramah agama
✌ Aura positif sepanjang masa
✌ TERAPI MINDA untuk seluruh ahli rumah
✌ Tiada lagi masalah susah nak dengar ceramah agama lebih-lebih ibu bapa.
✌ 100% FOKUS dapat ditingkatkan kerana ianya mampu membawa kepada alpha state.
✌ Anak-anak tenang ditidurkan dengan alunan zikir sepanjang masa.
✌ Tidak memerlukan cd, radio & laptop untuk mendengar ceramah agama. Semuanya lengkap dalam Radio Poket eNuur.
.
.
Dan kami ada tawaran istimewa untuk anda ツ

Sahabat akan dapat:

⇢ FREEGIFT Tasbih Digital
⇢ FREEGIFT Doa Amalan Harian
⇢ FREE 1 NASKAH AL QURAN PELANGI COMEL
⇢ Dan FREE POSTAGE

Betol ka betol ni?
Iya ini bukan khayalan tapi kenyataan
Rugi xgrab sekarang! Nanti nyesal tak sudah
.
YANG TERAWAL sahaja!
.
Whatsapp ‘Radio eNuur’ ke

➨ ➨ +60189100852 Emme
➨ ➨ +60189100852 Emme
➨ ➨ +60189100852 Emme
Sekarang!

"..dengan mengingati ALLAH jiwa akan menjadi tenang"


Ingin dapatkan radio quran islamik untuk diri anda sendiri atau dihadiahkan untuk ibu bapa tersayang?


Harga paling jimat dengan 2150 pengisian dapat free gift yang amat berbaloi2 tahu..


Hanya RM 180 sahaja Semenanjung / RM 190 sabah sarawak.

Harga sudah termasuk postage :)



Hubungi saya
Emme Marina
0189100852

Ready stok ya


Read More...

Tuesday, November 22, 2016

Diari Catatan Surirumah Menjana Pendapatan hanya Melalui Blog

Publish on : Tuesday, November 22, 2016 There is : 0 Comments Labels : , , ,

Assalamualaikum,

Alhamdulillah kandungan selamat dan sihat. Sudah pun berusia 28 minggu pada minggu ni. Walaupun ada sedikit kerisauan mengenai uri yang menutup laluan peranakan tetapi masih awal untuk membuat sebarang keputusan. Kita doakan agar uri naik dan kepala bayi di laluan agar dipermudahkan urusan bersalin ya.. insha Allah

Hari ini seperti hari-hari biasa. Ada sahaja pelanggan baru dari website@blog dms360 yang menghubungi saya.

Sama ada untuk membuat tempahan, konsultasi mengenai produk mahupun menjadi agen atau dropship. Alhamdulillah, setiap hari ada sahaja pelanggan baru membuat tempahan atau menjadi prospek pelanggan saya.

Semua ini hasil dari blog bisnes. Saya tidak melakukan sebarang pengiklanan di facebook. Masya Allah. Atas kuasa Allah jua yang menggerakkan pelanggan-pelanggan ini.


Bagaimana blog ini membantu perniagaan anda?

1. Pasang tapak iklan anda di senarai carian google menggunakan medium percuma iaitu blogspot
2. Fokus pada produk atau masalah berkaitan produk seperti yang dibimbing di dalam kelas blog bisnes
3. Website atau entri anda bakal disenaraikan dalam carian enjin google
4. Pembaca mendapat info produk melalui blog
5. Pembaca bertukar menjadi pelanggan
6. No telefon anda dihubungi bagi proses pembelian

Dengan blog bisnes, pelanggan menggunakan carian enjin google bagi mendapatkan segala maklumat yang diperlukan dan sampai kepada anda sebagai penjual.

Beginilah yang diajar semasa kelas berlangsung. Alhamdulillah, kelas berjalan secara online sahaja.

Sambil-sambil hari ni juga, sesi pembersihan baju, tudung, karpet, cadar patchwork dibuat. Allah..banyak betul kerjanya. Setiap satu kerja ini dilakukan oleh mesin basuh baju berlainan kriteria berdasarkan jenis material kain. Saya jelaskan dalam entri lain ya.

Sempat jugak update 4 blog lain yang saya kendalikan. 1 produk 1 blog.

Cara ini lebih baik kerana berfokus.

Hehe.. alang-alang kami juga sempat berinai anak beranak. Inai kuku sahaja. Anak-anak tambah inai kat kaki.

Bahagia kan berbisnes sambil duduk di rumah? Walaupun agak penuh jadual dan perlu disiplin diri namun ianya amat memuaskan kerana tanpa orang atasan dan tidak perlu ikut masa yang ditetapkan.

Insha Allah


Usaha, rajin dan amanah pasti berjaya. Aamin


Sekian sahaja buat entri hari ni sebagai catatan harian surirumah menjana pendapatan melalui blog. Fuhh, semoga kita ketemu lagi ya


Read More...

Friday, November 18, 2016

Review Inai Celup by projecthenna

Publish on : Friday, November 18, 2016 There is : 0 Comments Labels : , ,

Seriously saya amat suka memakai inai. Aktiviti wajib semasa cuti sekolah rendah lagi mesti nak berinai. Masa tu, rumah maklong ada pokok inai. Haa, apa lagi. Asal balik Labis, Johor je berinai lah saya.

Menumbuklah kami dengan nasi, arang adakalanya letak perahan limau pada inai daun tersebut. Pelbagai resepi supaya inai kekal lama dan paling penting merah menyala!

Terima parcel dari abang posmen lebih kurang jam 2 petang tadi. Anak-anak dah tak menyabar. Haruslah melayan karenah mereka dahulu. Mulanya nak siapkan blog Amal till Jannah tetapi disebabkan internet kurang elok maka saya pon turut serta la sekali. Hehe

Amat tertarik dengan warna inai dari @projecthenna. Maka, saya pon orderlah rabu lepas. Khamis mereka pos, hari ni jumaat dah dapat.

Yippieee


Saya order inai celup untuk diri sendiri dan inai kuku untuk anak-anak
Siap! Yang bongsu kena settlekan dulu. Hehe. Kalau tak habislah kakak-kanak dikacaunya. Cantikkan?
Alhamdulillah. Semua anak-anak suka dengan kaler inai dr @projecthenna.

Memang senang nak apply inai kuku ni. Walaupun jari anak-anak ni kecil molek je. Tapi siap cepat je.

Giliran mama pula mencuba inai celup. 


Pertama kali saya cuba inai celup ni. Mak ai, kalernya terang gelap macam tu. Mula-mula nak pakai saletapkan dulu jari-jemari ni. Anak tolong jugak tau. Gengla katakan.

Memang saya tak reti pakai. Inainya cair. Jadi kenalah berhati-hati supaya inai tak jatuh pada kain atau karpet. Karang comot pulak.

Jakun gitu kan. Saya amik masa 1 jam lebih juga biarkan inai ni kering kemudian barulah membasuhnya dengan air paip biasa je.


Waduh. Cantik sangatkan kaler inai celup ni?

Hasilnya amat-amat memuaskan!

Harga pon murah tahu inai celup ni. Boleh pakai banyak kali. Suka sangat-sangat dengan kaler inai yang merah menyala. Rasa macam pengantin pulak.

Tengah mengandung ni galak melawa ye tak. Ampun...

Jika anda juga peminat inai, atau sedang cari inai ha. Saya rekomen orderlah dengan @projecthenna ni. Tak rugi sebab memang puas hati.

Korang tengok ig depa ni la ye.


Jangan segan-segan.

Saya saja je review ni sebab memang tak patut tak diberitahu.

Selamat mencuba dan bersuka hati u ols.

Jumpa lagi di lain entri ya. Terima kasih sudi baca entri projek menginai kami anak beranak. He


Read More...

Sampai Bila Mahu Bisnes Acah-Acah di Facebook?

Alhamdulillah...
Sejak awal tahun 2016
Fokus modus operandi hanya di blog sahaja
Berbekalkan modal bagi yuran kelas
Balik modal semula dalam 1 bulan sahaja
Yang paling penting bagi saya sendiri seorang surirumah aka pelajar
Bukanlah soal duit tetapi ilmu dan pembelajaran yg amat berguna
Hingga kini, apa jua bisnes@produk yang saya iklankan hanya menggunakan blog sahaja sebagai tapak iklan saya

Menurut Bill Gates

" in today's World, if  they can't find your website, your company doesn't exist " - Bill Gates

Fakta

644 Million Active Website in The internet - Netcraft's March 2012

7 Billion Worwide Internet User

28 Million Malaysian

17 Million Internet Users in Malaysia ( 60% )

Jika anda hari ini masih terkial-kial posting, scheduling dan adding rakan facebook yang mana hanya maksima 5,000 kawan sahaja di mana hanya beberapa peratus yang boleh lihat newsfeed anda.

Fikirkan semula😉

Mahu berniaga?
Berfikirlah lebih jauh, facebook, instagram hanyalah satu ruangan sosial ianya bukan tapak kedai anda.

Baik online ataupun offline.

Jika post ini menyedarkan anda tentang sesuatu, pm atau wassap saya 0189100852

Insha Allah

#workingathomemom
#bisnesonline


Read More...

Wakaf Kerusi Batu AmaltillJannah (ATJ)

Publish on : Friday, November 18, 2016 There is : 0 Comments Labels : , , ,

Alhamdulillah..

Serahan 5 buah kerusi batu telah berjaya dilaksanakan baru-baru ini di sebuah sekolah tahfiz, melaka.

Untuk ketahui lebih lanjut mengenai program wakaf kerusi batu ini. Sila klik link di bawah ya.

"Wakaf Kerusi Batu Amal till Jannah"  http://www.amaltilljannah.com/2016/11/wakaf-kerusi-batu-amal-till-jannah.html 


Read More...

Thursday, November 17, 2016

Rakyat Indonesia Monopoli Rangkaian Pemasaran Internet Berbanding Rakyat Malaysia

Publish on : Thursday, November 17, 2016 There is : 0 Comments Labels : , , ,

Tahukah anda apabila anda google mengenai tips kecantikan, pemasaran blog atau apa jua maklumat di internet. Majority carian enjin ini akan landing pada website atau blog indonesian.

Oleh kerana bahasa yang kita gunakan hampir serupa, iaitu bahasa melayu. Maka, tidak hairanlah setiap kali saya sendiri google memang website mereka lah yang selalu muncul di carian pertama.

Fuhh..

Mana perginya rakyat Malaysia ya?

Kenapa kita masih tidak sedar betapa besarnya market menggunakan medium internet iaitu carian enjin ini dan masih sibuk menggunakan medium facebook atau hanya instagram semata?

Apa yang saya maksudkan ialah, jika kita mahu memonopoli bisnes internet maka website atau blog ini ialah medium yang wajib anda gunakan dahulu.

Facebook dan instagram atau twitter ialah medium bersosial. Kita tetap boleh gunakan dan gabungkan kedua medium ini bersama. Namun, dengan meletakkan bisnes anda di website. Ianya boleh diakses dan disimpan kekal oleh jutaan orang yang menggunakan medium bahasa melayu.

Setuju?

" in today's World, if  they can't find your website, your company doesn't exist " - Bill Gates

Fakta

644 Million Active Website in The internet - Netcraft's March 2012

7 Billion Worwide Internet User

28 Million Malaysian

17 Million Internet Users in Malaysia ( 60% )

Masih hanya mahu fokus jualan melalui facebook sahaja?

Mahu tahu bagaimana kelas blog bisnes di ABDR dapat membantu perniagaan kalian?

Zoom dulu apa yang bakal anda pelajari melalui kelas blog ABDR ini

- Analisa dahulu untuk penentuan tajuk blog.
- Analisa dahulu untuk kenalpasti apa produk yang sesuai/minat/pengalaman.
- Perkenalkan diri/produk/servis kepada bakal pelanggan.
- Belajar bagaimana berkongsi minat/kemahiran/kepakaran itu..hardsell mahupun softsell.
- Belajar teknik penulisan blog.
- Belajar gunakan kata kunci/kata carian google menerusi blog.
- Belajar buat blog kedai online.
- Belajar menulis dengan konsisten.
- Belajar buat borang tempahan, jenis-jenis entri, fan page, pautan antara link dan fb.
- Belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.
- Membina rangkaian pengedar, mencari kenalan baru, mencari peluang bisnes baru melalui jaringan ABDR.


Mahu mendaftar dalam kelas Blog Abdr?

Hubungi saya
Emme Marina
0189100852



Ini blog bisnes saya bagi produk jualan dms360, lihat bagaimana pembelajaran kelas blog bisnes ini mampu membantu kalian www.dms360original.com 


Read More...

Wednesday, November 16, 2016

Perut Mengeras Ketika Hamil

Publish on : Wednesday, November 16, 2016 There is : 0 Comments Labels : , , , , ,

Assalamualaikum..

Ini merupakan kali ke empat kandungan saya yang berjaya hingga ke trimester kedua. Sudah memiliki 3 orang anak dan masya Allah semuanya Allah berikan pelbagai jenis pengalaman dan ujian.

Bercakap tentang perut mengeras ketika hamil ni, keempat-empat kandungan langsung tidak sama. Namun, harus saya notedkan kandungan kedualah paling menggugat kesabaran iaitu mula mengeras dengan terlalu kerap atau kontraksi sehingga dimasukkan ke dalam wad untuk tinjauan dan persediaan. Ketika itu, kandungan berusia baru 31 minggu. Alhamdulilah, kontraksi berjaya di kurangkan dan tidak bersalin awal. Tetapi, sepanjang selepas 31 minggu hinggalah bersalin pada 40 minggu saya mengalami kontraksi yang berat hampir setiap hari terutamanya pada waktu malam.

Berita baiknya, ia menjadikan kita sebagai ibu yang lebih bersedia, dapat tahan kesakitan bersalin dan benar seperti yang dikatakan mengenai Braxton Hicks ini ialah, ia melembutkan otot bagi memudahkan kita bersalin.

Kandungan sulong saya langsung tiada kontraksi sehinggalah saya bersalin. Lawaknya tentang kontraksi anak pertama, doktor pula bertanya kenapa kontraksi saya tidak diiringi dengan perut yang keras, tegang gitu kan.. Perut saya ketika itu walau sedang kerap kontraksi dan pada 4 cm bukaan, masih lembut dan tidak mengeras. Aduh, memang saya pon tidak tahu bagaimana mahu menjawab soalan doktor tersebut. Semuanya atas izin Allah.

Sekarang, kandungan kelima saya (ya, gugur bagi kandungan keempat tahun ini juga.... ) saya alami perut keras atau perut menegang ini sejak seawal 4 bulan lagi. Dan sekarang, sudah masuk ke 7 bulan makin kerap pula perut ini mengeras.

Apabila saya google informasi mengenai perkara ini. Rupanya kita ibu hamil sudah pun mengalami perut tegang seawal 6 minggu kehamilan lagi tetapi kita sahaja yang tidak menyedari.

Perut tegang atau mengeras juga dikenali dengan nama Braxton Hicks ini (pengecutan rahim) dan salah satu simtom kehamilan yang kerap terjadi kepada wanita hamil. Ia selalunya terjadi 2-3 kali setiap jam dan dalam 1-2 min setiap kali.

Bagaimana Rasanya Kontraksi Braxton Hick Ini?

Sesetengah wanita tidak merasa sakit langsung namun ada segilintir yang merasa BH yang lebih kuat. Selalunya ia tidak menyakitkan, atau wanita mungkin merasa sedikit tidak selesa dan memberi gangguan pada mereka. Semakin dekat kepada tarikh jangka bersalin, semakin kuat BH ini berlaku.

Kontraksi BH tidak teratur dan datang sekali-sekali dan selalunya dengan tiba-tiba. Ia datang dalam masa yang singkat dan jarang berterusan selama beberapa jam. Semasa kontraksi BH ini, perut menjadi tegang dan keras kadang-kadang ibu mungkin terasa sakit pada tengah perut hingga ke ari-ari.

Anda mungkin perasaan yang kontraks ini lebih kerap terjadi apabila:

* Bayi bergerak dengan aktif
* Semasa senaman atau membawa barang berat
* Mengurut perut
* Semasa hubungan seks
* Dehidrasi

Apa Yang Membezakan BH dan Kontraksi Kelahiran Sebenar?

Ramai wanita bimbang yang mereka tidak dapat membezakan BH atau tanda-tanda kelahiran. Ini adalah perbezaannya:

- Kontraksi BH tidak menjadi semakin kuat berbeza dengan sakit bersalin. Sakit bersalin menjadi semakin kuat dan kerap manakala BH akan hilang akhirnya.

- BH tidak teratur dan berlaku sekali-sekala. Sakit bersalin berlaku dengan lebih teratur dan semakin kuat.

- Kontraksi BH tidak menyebabkan kesakitan cuma tidak selesa tidak sebagaimana sakit bersalin

Tip Untuk Kekal Selesa Semasa Kontraksi BH

* Tukar aktiviti atau posisi sekiranya anda merasa yang kontraksi BH akan datang
* Rehat lebih lama. Minum air dan baring pada sebelah kiri badan
* Minum air secukupnya. Dehidrasi menyebakan otot mengecut dan menyebabkaan kontraksi BH
* Buang air kecil dengan lebih kerap. Pundi kencing yang penuh boleh menyebabkan BH.
*Amalkan teknik pernafasan. Pernafasan yang dalam dan berirama akan mengurangkan ketidakselesaan.

Pengalaman saya sendiri mengalami Braxton Hicks yang kerap dari kandungan kedua dan ketiga kini keempat pula ya.

Setiap kali mengalami kontraksi ini, ketegangan perut ialah bernafas dengan baik dan mengawal rasa sakit itu dengan tidak melawan kesakitan tersebut. Masalah yang saya rasakan kenapa saya kerap alami ketegangan perut ketika hamil oalah faktor dehidrasi yang tinggi. Setiap kali hamil, saya akan mengalami kesukaran makan akibat tiada selera makan sehinggalah selepas bersalin. Amat kurang mengambil air masak dan sangat aktif di siang hari. Sebab itulah mungkin, pada waktu malam ketika rehat, perut menegang.

Cuma mungkin kali ini juga, perkara yang sama lebih-lebih lagi saya menjaga 3 orang anak sekaligus sambil menjadi surirumah sepenuh masa. Anak-anak kecil akan sentiasa membuatkan kita aktif.

Buat semua ibu hamil, jangan khuatir jika perut anda mengeras. Walaupun anda tidak selesa atau terpaksa menahan kesakitan akibat kekerapan perut mengeras ini namun sebenarnya ianya sangat baik untuk penyediaan oto anda bersalin. Cuma jika sudah masanya pada trimester ketiga, sentiasa perhatikan tanda-tanda bersalin ya. Khuatir anda sudah pun sebenarnya sedang mengalami kesakitan untuk bersalin. :)


Read More...

Sunday, November 13, 2016

Cadar Patchwork Berkualiti 100% Cotton (3in1 pcs)

Assalamualaikum,

Alhamdulillah. Sebagai pengguna cadar patchwork, kita sedar yang cadar patchwork ni bukan murah tetapi nak memilih yang benar-benar berkualiti bukan mudah tau.

Saya pernah terbeli cadar patchwork dengan harga yang murah. Saya ingat ketika tu, harganya berbaloi. Rupanya, mendung di tengah hari.

Tidak sampai seminggu tanpa dibasuh lagi. Material kain cadar patchwork murah sudah kehilangan warna asalnya, luntur malah berbulu. Jika dilihat sudah seperti dipakai berulang kali sehingga lusuh.

Murah tetapi tidak berkualiti.

Bukan semua orang tahu nak mengenal pasti kualiti kain cadar patchwork ni kan?

Oleh itu, saya terpanggil untuk share dengan semua. Cadar patchwork yang amat berkualiti dengan harga mampu milik.

Cadar Patchwork 100% Cotton Berkualiti dan Mampu Milik

CADAR PATCHWORK HIGHQUALITY 3in1
100% COTTON SILK

-1 CADAR LABUH/FLAT BEDSHEET 230×250CM
-2 SARUNG BANTAL/PILLOWCASES 50×70CM

100% cotton
Sesuai untuk KING/QUEEN
Kualiti bagus
Tidak Berbulu
Kain Sejuk
Tidak Berkedut
Amat mudah untuk dijaga
Boleh dicuci dlm Mesin Basuh

HARGA HANYA RM100 FREE POSTAGE SM
(SABAH/SARAWAK +RM10)

Untuk tempahan,
Hubungi saya Emme Marina
0189100852

Ready Stok


























































































Read More...