Pengalaman Membeli Cadar Patchwork Murah

Cadar patchwork sememangnya menjadi pilihan ramai wanita kerana cadar ini amat mudah dijaga dan dirapikan.

Dengan pilihan-pilihan corak design yang semakin moden dan banyak. Rambang mata dibuatnya tau.

Pada awal saya kenal cadar patchwork ni memg teruja sangat. Tetapi masa tu harga cadar patchwork hanya untuk 3 pcs sahaja iaitu 1 cadar dan 2 sarung bantal dalam lingkungan RM 150 ke atas. Mahal la jugakkan?

Tetapi sekarang kita boleh dah jumpa cadar patchwork berkualiti dalam lingkungan harga RM 90 ke RM 120 untuk 3 pcs ni.

Dalam kita berkira-kira sebenarnya kesilapan yang kita buat ialah terperangkap dengan tawaran harga cadar patchwork yang amat rendah. Saya apa lagi. Terbeliak mata bila ada kawan offer RM 50 bagi 3pcs cadar patchwork. Tidak berlengah terus saya order.

Terus buat pesanan.

Apabila sampai secara jujurnya saya memang tidak pandai melihat kualiti material kain. Bagi saya okay.

Malangnya baru seminggu cadar patchwork itu digunakan saya perasan kalernya luntur terlalu berbeza pula tu. Bahagian atas tilam dan tepi tilam ada 2 tona kaler berbeza. Lebih-lebih lagi anak gemar melompat atas katil agaknya la.. Cadar ini belum dibasuh lagi tahu. Namun keadaan yang luntur serta mula berbulu kasar. Menyakitkan hati juga.

Kulit saya sensitif pada kain yang berbulu. Baju, selimut, tidak kiralah memang saya tidak akan pakai kerana bila memakai kain yang berbulu seperti itu badan akan mula rasa gatal. Jadi solusinya apabila saya tidur berselimut, selimut itu juga akan dialas di bawah badan saya. Haa, jadi tidaklah menyiksa saya ketika tidur.

Suatu pembaziran.

Apabila anda dah terbeli barangan yang tidak elok namun anda memerlukannya, maka anda terpaksa membeli yang baru bukan?

Lalu saya carilah yang baru, berjumpa lah juga. Memang kali ni habis penjual-penjual itu ditanya, disoal selidik sebelum saya buat keputusan untuk membeli.

Menurut seorang supplier juga pembekal patchwork, kain patchwork yang berkualiti seperti gred AAA adalah dari China manakala yang tidak berkualiti dari Bangladesh. Aduhai, dan memang bagi kita yang tidak kenal kain ni, akan sentiasa terperangkap dan tertipu.

Lebih baik anda membeli yang agak mahal berbanding terlalu murah. Ini kerana cadar.ni boleh digunakan amat lama. Ramai yang memiliki patchwork menggunakan produk ini hingga 2 ke 3 tahun tau. Tidak luntur atau berbulu. Bayangkanlah.

Nasihat saya buat anda semua, kita semua nakkan harga yang murah tetapi harus ingat. Terlalu murah untuk sesuatu produk padahal bila survey harganya adalah lebih berbeza maka fikir-fikirkanlah. Risau yang murah nampak sama tetapi kualiti jauh beza.

Sedihkan? Namun selepas itu,saya hanya yakin dengan seorang supplier. Walaupun harga 2x lebih mahal tetapi amat berbaloi. Dah basuh pon kaler tidak luntur malah tidak berbulu. Alhamdulillah


Catat Ulasan

0 Ulasan