Perut Mengeras Ketika Hamil

Assalamualaikum..

Ini merupakan kali ke empat kandungan saya yang berjaya hingga ke trimester kedua. Sudah memiliki 3 orang anak dan masya Allah semuanya Allah berikan pelbagai jenis pengalaman dan ujian.

Bercakap tentang perut mengeras ketika hamil ni, keempat-empat kandungan langsung tidak sama. Namun, harus saya notedkan kandungan kedualah paling menggugat kesabaran iaitu mula mengeras dengan terlalu kerap atau kontraksi sehingga dimasukkan ke dalam wad untuk tinjauan dan persediaan. Ketika itu, kandungan berusia baru 31 minggu. Alhamdulilah, kontraksi berjaya di kurangkan dan tidak bersalin awal. Tetapi, sepanjang selepas 31 minggu hinggalah bersalin pada 40 minggu saya mengalami kontraksi yang berat hampir setiap hari terutamanya pada waktu malam.

Berita baiknya, ia menjadikan kita sebagai ibu yang lebih bersedia, dapat tahan kesakitan bersalin dan benar seperti yang dikatakan mengenai Braxton Hicks ini ialah, ia melembutkan otot bagi memudahkan kita bersalin.

Kandungan sulong saya langsung tiada kontraksi sehinggalah saya bersalin. Lawaknya tentang kontraksi anak pertama, doktor pula bertanya kenapa kontraksi saya tidak diiringi dengan perut yang keras, tegang gitu kan.. Perut saya ketika itu walau sedang kerap kontraksi dan pada 4 cm bukaan, masih lembut dan tidak mengeras. Aduh, memang saya pon tidak tahu bagaimana mahu menjawab soalan doktor tersebut. Semuanya atas izin Allah.

Sekarang, kandungan kelima saya (ya, gugur bagi kandungan keempat tahun ini juga.... ) saya alami perut keras atau perut menegang ini sejak seawal 4 bulan lagi. Dan sekarang, sudah masuk ke 7 bulan makin kerap pula perut ini mengeras.

Apabila saya google informasi mengenai perkara ini. Rupanya kita ibu hamil sudah pun mengalami perut tegang seawal 6 minggu kehamilan lagi tetapi kita sahaja yang tidak menyedari.

Perut tegang atau mengeras juga dikenali dengan nama Braxton Hicks ini (pengecutan rahim) dan salah satu simtom kehamilan yang kerap terjadi kepada wanita hamil. Ia selalunya terjadi 2-3 kali setiap jam dan dalam 1-2 min setiap kali.

Bagaimana Rasanya Kontraksi Braxton Hick Ini?

Sesetengah wanita tidak merasa sakit langsung namun ada segilintir yang merasa BH yang lebih kuat. Selalunya ia tidak menyakitkan, atau wanita mungkin merasa sedikit tidak selesa dan memberi gangguan pada mereka. Semakin dekat kepada tarikh jangka bersalin, semakin kuat BH ini berlaku.

Kontraksi BH tidak teratur dan datang sekali-sekali dan selalunya dengan tiba-tiba. Ia datang dalam masa yang singkat dan jarang berterusan selama beberapa jam. Semasa kontraksi BH ini, perut menjadi tegang dan keras kadang-kadang ibu mungkin terasa sakit pada tengah perut hingga ke ari-ari.

Anda mungkin perasaan yang kontraks ini lebih kerap terjadi apabila:

* Bayi bergerak dengan aktif
* Semasa senaman atau membawa barang berat
* Mengurut perut
* Semasa hubungan seks
* Dehidrasi

Apa Yang Membezakan BH dan Kontraksi Kelahiran Sebenar?

Ramai wanita bimbang yang mereka tidak dapat membezakan BH atau tanda-tanda kelahiran. Ini adalah perbezaannya:

- Kontraksi BH tidak menjadi semakin kuat berbeza dengan sakit bersalin. Sakit bersalin menjadi semakin kuat dan kerap manakala BH akan hilang akhirnya.

- BH tidak teratur dan berlaku sekali-sekala. Sakit bersalin berlaku dengan lebih teratur dan semakin kuat.

- Kontraksi BH tidak menyebabkan kesakitan cuma tidak selesa tidak sebagaimana sakit bersalin

Tip Untuk Kekal Selesa Semasa Kontraksi BH

* Tukar aktiviti atau posisi sekiranya anda merasa yang kontraksi BH akan datang
* Rehat lebih lama. Minum air dan baring pada sebelah kiri badan
* Minum air secukupnya. Dehidrasi menyebakan otot mengecut dan menyebabkaan kontraksi BH
* Buang air kecil dengan lebih kerap. Pundi kencing yang penuh boleh menyebabkan BH.
*Amalkan teknik pernafasan. Pernafasan yang dalam dan berirama akan mengurangkan ketidakselesaan.

Pengalaman saya sendiri mengalami Braxton Hicks yang kerap dari kandungan kedua dan ketiga kini keempat pula ya.

Setiap kali mengalami kontraksi ini, ketegangan perut ialah bernafas dengan baik dan mengawal rasa sakit itu dengan tidak melawan kesakitan tersebut. Masalah yang saya rasakan kenapa saya kerap alami ketegangan perut ketika hamil oalah faktor dehidrasi yang tinggi. Setiap kali hamil, saya akan mengalami kesukaran makan akibat tiada selera makan sehinggalah selepas bersalin. Amat kurang mengambil air masak dan sangat aktif di siang hari. Sebab itulah mungkin, pada waktu malam ketika rehat, perut menegang.

Cuma mungkin kali ini juga, perkara yang sama lebih-lebih lagi saya menjaga 3 orang anak sekaligus sambil menjadi surirumah sepenuh masa. Anak-anak kecil akan sentiasa membuatkan kita aktif.

Buat semua ibu hamil, jangan khuatir jika perut anda mengeras. Walaupun anda tidak selesa atau terpaksa menahan kesakitan akibat kekerapan perut mengeras ini namun sebenarnya ianya sangat baik untuk penyediaan oto anda bersalin. Cuma jika sudah masanya pada trimester ketiga, sentiasa perhatikan tanda-tanda bersalin ya. Khuatir anda sudah pun sebenarnya sedang mengalami kesakitan untuk bersalin. :)


Catat Ulasan

0 Ulasan