Amal Till Jannah:
PROGRAM KIT KASIH ANAK YATIM & ASNAF 2017.
#1KIT RM80 UNTUK PELAJAR YANG LAYAK TERIMA.
#1KIT RM80 ( BEG SEKOLAH, ALAT TULIS, BAJU SEKOLAH, STOKIN )
1KIT = RM80.
TARGET = 100 KIT
DANA TERKINI = RM3,090
DANA DIPERLUKAN = RM8000.
SUMBANGAN KE AKAUN MAYBANK
AMAL TILL JANNAH - 512183340641
Namun, kami mensasarkan 50 kit untuk 50 orang pelajar.
Berbaki 11 kit lagi
Jumlah diperlukan kini lagi RM 910.
Bantu kami supaya dapat kami sampaikan sumbangan ini buat anak-anak pelajar yang tidak berkemampuan.
Insha Allah
Karpet patchwork 3D kami ada 2 jenis, iaitu mix cotton dan 100% cotton.
Perbezaan dari segi saiz dan ketebalan.
Karpet patchwork 3d 100% cotton didatangkan dengan saiz lebih besar iaitu king saiz dan ianya lebih tebal dan berat berbanding size queen.
Sudah tentu harganya turut berbeza.
CARPET 3D
Karpet patchwork 3d
Size:200/230cm- 7'x9'
King Saiz
Mat: Full cotton
Anti Slip
Washing machine wash
Anti dust
Easycare
Tebal & tahan lasak
Harga:Rm 130 sem/ rm 140 ss
Untuk terus menempah,
Whatsapp gambar ke 0189100852
Karpet patchwork 3D ni merupakan pengganti bagi mereka yang sukakan kelainan karpet jenis bulu. Selain tidak mudah berhabuk ianya mempunyai reka bentuk yang seolah-olah hidup.
Namun harus saya katakan corak bagi karpet patchwork 3D ini agak terhad.
Karpet patchwork 3d
Size M atau Queen
160cm x 210cm
Material cotton mix polyester
Tahan lasak
Tebal daripada karpet patchwork biasa
Tidak berhabuk
Boleh basuh mesin
Anti slip (anti gelinciran)
Ready stok ya.
Harga pula bagi saya jimat dengan kualiti terjamin.
RM 85 semenanjung / RM 95 Sabah sarawak
(Harga sudah termasuk postage)
Assalamualaikum semua,
Berdebar tak tahulah bagaimana nak diluahkan. Akhirnya tarikh bagi presentation final master saya telah ditetapkan.
Hujung bulan 12 ni insha Allah. Rahsialah tarikhnya. Hehe.
Pada hari tersebut, supervisor, seorang external examinar dan seorang internal examinar akan mengadili seluruh projek master.
Setelah 9 semester, bayangkanlah.. dan 4 kali mengandung termasuklah keguguran 1 kali. Beginilah saya sebagai pelajar master research sepenuh masa. Bukan mudah perjalanan sarjana ni. Tangisan, stress tanpa henti. Perselisihan faham, siap ada pihak yang menikam dari belakang. Semua kisah ada.
Hujung bulan nanti usia kandungan sudah meningkat ke 33 minggu. Saya harap bayi tidak meragam dengan kontraksi. Sebenarnya berdiri lama pon sudah payah pada usia 30 minggu ni. Semoga saya dapat berdiri selama 1 jam insha Allah demi menghabiskan dan meraikan bak kata Dr. Ganthi akan kejayaan menghabiskan kajian setelah bertahun menyiapkan.
Doakan saya ya pembaca semua. Semoga saya lulus pada presentation viva voice dan akhirnya dapat graduasi pada bulan Oktober 2017. Aamin.
Pada entri yang lepas, saya ada maklumkan antara salah satu keperluan ruang ofis SOHO saya masih memerlukan lampu meja.
Dengan kemudahan lampu meja, dapatlah jimatkan kegunaan lampu bilik di siang hari dan tidak perlu tidur dalam keadaan lampu terpasang apabila belajar hingga lewat malam. Iya kan?
Meja kerja ni kami letakkan di bilik utama, digunakan oleh saya hampir sepenuh masa juga suami. Kebiasaannya suami akan gunakan ruang kerja ni hingga lewat malam. Disebabkan ketiadaan lampu meja maka terpaksalah saya tidur dalam keadaan lampu bilik terpasang. Pedih mata hendak tidur. Tidur juga tidak lena dibuatnya kan?
Hendak keluar mencari lampu meja memang tiadalah. Apa lagi kita beli sahaja secara online.
Kebiasaannya saya shopping di lelong.com.my. lebih suka membeli belah secara online di lelong berbanding lazada. Pembelian adalah lebih cepat dan semuanya ready stok di Malaysia. Jika di lazada, kebanyakkan barangnya dari luar negara.
Godek punya godek. Tertarik dengan lampu meja ni. Comel pun ya. Saya ambil yang basic sahaja.
Saya sebenarnya tidak perasan yang lampu ni tanpa wayar. Dah sampai baru tahu. Bagus juga. Lebih menjimatkan elektrik. Hanya perlu recas apabila bateri lampunya habis.
Lampu ni sangat comel. Nipis dan tidak makan ruang yang banyak. Menggunakan lampu jenis LED. Terdapat dalam 3 jenis pencahayaan. Malap, sederhana dan terang. Tetapi ianya tidak menyakitkan mata.
Menarik kan?
Amat berpuas hati sebenarnya.
Dipendekkan cerita,dapat sahaja lampu ni. Lampu dapur rosak pula. Malap sahajalah dapur tu nak masak semalam.
Apalagi teringat lampu ni dah ada. Pasangkan terus semasa memasak. Tidak memerlukan wayar untuk digunakan amatlah membantu. Lega tahu masak :)
Romantik gitu suasana di dapur.
Jika kalian rasa lampu ni sangatlah best, bolehlah ke lelong.com.my dan search lampu meja atau table lamp. Boleh juga cari kata kunci jenama lampu tersebut.
Saya tidak tahulah harganya murah ke mahal sebenarnya kerana tidak membuat survey harga sebelum membeli.
Ada 3 jenis pilihan lampu ni, saya pilih yang paling basic. Harganya dalam RM 30 ke atas. Maaflah nampak sangat saya dah lupa harganya.
Manalah tahu anda juga sedang mencari lampu meja seperti mana saya. :)
4D Foundation 360 dari Dermax Superskin 360 teramatlah istimewa.
Ia boleh dijadikan sebagai set lengkap rawatan wajah bersama set asas dms360 dan serum. Boleh digunakan begitu sahaja sebagai pengganti bedak.
Apa yang membuatkan 4d foundation 360 ini menjadi pilihan terbaik bagi penggemar foundation atau yang tidak suka berbedak ialah:
1. Muka tampak pinkish dan natural seperti tidak bermekap
2. Anti jeragat
3. Sunblock dengan spf45
4. Melembapkan dan melembutkan wajah
5. Mampu mencerahkan wajah
6. Mesra solat dan mudah dicuci
7. Glowing ketika berpeluh
8. Sebotol tahan 3 hingga 4 bulan penggunaan
Krimnya sangat wangi tau.
Saya sendiri setiap kali menggunakan 4d foundation ni masya Allah bau mawar semerbak. Wangi dan harum gitu.
Baunya tidak terlalu kuat dan tajam tetapi lembut. Anak-anak pasti akan tercari-cari bau apa yang wangi tu. Hehe
Paling penting 4d foundation ni anti jeragat. Jadi selain kita gunakan foundation sebagai pengganti bedak, kita lindung dan jaga muka dari penambahan jeragat atau pigmen hitam pada wajah. Penting tau!
Memandangkan muka saya senang sangat naik jeragat terutamanya bila terdedah kepada cahaya matahari. Dengan perlindungan tambahan dari 4d foundation selain krim siang dms360. Nak keluar rumah tu jadi lebih yakin.
Selepas disapu 4d foundation. Lebih cerah, lembap juga nampak glowing dan berseri. Bayangkan kalau pakai pada wajah macam mana? Nak sapu pon mudah je tau. |
Saya suka pakai 4d ni. Mungkin sebab muka nampak glowing dan natural seakan tak berbedak. Muka pon pinkish. Takde lah muka kusam je tanpa bedak.
Saya kurang gemar gunakan foundation tebal yang jenis matte. Atau bedak kompak. Two way foundation juga saya tidak suka. Alasan utama akan nampak seperti ada layer bedak tebal yang adakalanya bercapuk.
Mempunyai kulit jenis kering. Bedak ni memang bukan mencantikkan, dari jauh mungkin. Dekat cuba tengok. Ada je tak kena terutama bahagian hidung. Huhu. Sungguh tak berkenan.
Dengan 4d foundation, jenis liquid berasaskan air ni. Walau kulit sedang menggelupas, ianya menutupi permukaan yang tidak baik malah melembapkan lagi. Calitan foundation ringan dan tidak bercapuk.
Moh tengok sikit lah saya pakai 4d foundation ni. Tolong jangan amik gambar ni ye. Jika saya jumpa anda bakal disaman. Gambar saya di blog ini hanya untuk persendirian dan rujukan bacaan sahaja. Harap maklum.
Dipakai semasa keluar dari rumah. Wajib pakai foundation dengan cuaca tak menentu dan terik. Masa ni saya dah pakai selama beberapa jam. Waktu tengah hari ni. Langsung tidak bercapuk. I loike. |
Dah jatuh cinta dengan 4d foundation?
Wajib dapatkan satu tuk diri sendiri. Huhu.
Kalau dah tak sabar tu, mehla order tuk diri sendiri, bestie, mak, kakak-kakak biar semua orang cantik mulus.
Harganya cuma RM 100 sahaja.
Amat jimat dengan pelbagai kelebihan. Bukan sekadar cantik je tau. Siap merawat, mencerah dan melembapkan wajah. Paling penting, ingat ni.. anti jeragat.
Boleh klik kat website dms ni. Mana tahu anda pula lepas ni tidak berpaling dah pada foundation atau bedak yang lain.
http://stokiscerminseri.blogspot.com/2016/06/foundation-dms360-4d-foundation-360.html
Selamat mencuba.
Sehingga bertemu lagi di entri akan datang.
Meningkat 30 minggu usia kandungan minggu ni. Kesihatan dirasakan semakin merundum. Kedudukan rahim yang agak jatuh dan berat di bahagian bawah perut menyukar apa jua aktiviti tidak kira mengemas rumah, berdiri lama apatah lagi menundukkan badan.
Adakalanya terasa sukar untuk duduk mahupun baring.
Dalam kepayahan, tetapi saya tetap bersyukur Allah memberi nikmat sabar supaya saya dapat terus berusaha menjadi ibu dan isteri buat anak-anak dan suami tersayang.
Mungkin disebabkan lelah melakukan apa jua aktiviti termasuklah berjalan kaki. Maka separuh hari sahaja, saya sudah mengah dan merasa amat penat seolah-olah telah melakukan segunung pekerjaan berat. Allahu, saya berharap agar Allah tetap memberi saya kekuatan bagi menghadapi hari-hari mendatang.
Isnin lepas, akhirnya anak saya dihantar pulang dari kampung. Demam. Mungkin rindu, mungkin juga kerana hujan berpanjangan di kampung. Anak kedua juga tidak sihat terkena jangkitan kuman,badannya habis dipenuhi bintik-bintik merah yang gatal. Selesai kakak demam, anak yang kedua pula menyusul.
Lagi kasihan,mak dan abah yang menghantar anak-anak turut tidak sihat dan demam. Syukur juga walau saya tidak sihat sepenuhnya, saya tidak dijangkiti demam. Jika tidak siapa pula mahu menjaga mereka semua. Menyîapkan makanan yang sihat.
Bila anak-anak kurang sihat, sup menjadi lauk terbaik. Lebihkan halia. Dimakan atau dihirup panas-panas. Mengembalikan kesegaran badan. Alhamdulillah, kakak makan dengan bersungguh dan mula pulih. Asbab sahaja supnya. Allah sudah rencanakan kesihatan kakak mula pulih petang selasa semalam.
Dalam pelbagai ujian, Allah tetap memberi rezeki melalui blog atau website dms saya. Apabila kedai berada di alam maya, tidak kira apa jua berlaku di belakang tabir. Kedai tetap terbuka selama 24 jam tanpa tutup. Walaupun ada kelewatan dari pihak saya menjawab dan mengambil tempahan. Janji Allah itu benar, jika rezeki itu milik kita,cepat atau lambat pastinya tetap milik kita.
Jangan pula kerana lewat terus kita abaikan pelanggan. Itu tidak baik. Santuni mereka dengan baik, dan layani pertanyaan mereka. Insha Allah. Allah Maha Baik.
Mengapa saya suka berkongsi 'ilmu' dan bantu orang?
- Kerana saya tidak tahu berapa lama saya hidup.
- Didoakan Allah permudahkan kehidupan keluarga saya apabila saya sudah tiada di bumi ini.
- Juga supaya ibu bapa mendapat pahala. Juga supaya guru guruku mendapat pahala atas ilmu bermanfaat.
- Juga supaya dipermudahkan urusan saya di akhirat dan di kubur.
- Juga supaya orang lain boleh hidup dengan lebih baik, positif, bermotivasi dan sentiasa dalam redha Allah.
C n P sahaja..semoga bermanfaat utk semua ikuti☺
Nota penulis:
Berkongsi dan mencatat di blog sama ibaratnya meninggalkan jejak buat semua orang tanpa limitasi.
Internet ini tiada penghujungnya.
Anda kongsi di facebook,mungkin cuma segelintir yang dapat membacanya. Kemudian terkubur dengan pelbagai newsfeed. Lain pula jika anda menggunakan blog.
Ianya ibarat warisan.
Wasiat.
Ilmu yang tidak akan terputus apabila dikorek dan dijajah oleh pembaca yang lain. Kerana medium blog dan carian enjin, ianya tidak akan terpadam walau berapa lama sekalipun selagi anda tidak delete akaun la yer.
Pahala berterusan apabila ilmu dan pesanan ini dibaca dan diamalkan walaupun anda sudab tiada kelak.
Belajar dengan kami bagaimana untuk menulis blog. Jadikan blog sebagai tapak catatan anda, perniagaan anda serta apa sahaja manfaat yang dapat anda kongsikan.
Kelas berlangsung secara online sahaja. Jimat masa bergerak. Sesiapa sahaja boleh sertai kelas ini.
Ingin tahu bagaimana caranya?
Hubungi saya pengurus online ABDR
Insha Allah,
0189100852
Apabila kita mahu pekerjaan kita lebih efisien. Teratur. Maka kita akan perlukan satu sudut di mana kita dapat melakukan kerja harian kita.
Contoh paling mudah, jika kita diberi satu pekerjaan di sebuah syarikat. Mestilah kita membayangkan kita akan diberikan satu meja, kerusi serta alatan untuk kita melakukan kerja betul?
Jadi samalah kita surirumah atau mana-mana pihak yang mahu menjadikan rumah sebagai ofis anda. Takkan nak buat kerja beralaskan tilam yang empuk? Konfirm layu je mata ye tak?
Jadi sepertimana bekerja di sebuah syarikat anda juga perlukan ruang SOHO ini untuk diri anda sendiri.
Di rumah ni saya memang ada banyak meja tulis dan kerusi. Tetapi tidaklah spesifik di mana tempat saya. Nak tempat yang tidak panaslah, ada kemudahan itu inilah. Tidak mahu dekat dengan televisyen lah. Dan kemudian mudah memantau anak-anak semasa kita sedang leka membuat kerja harian. Ini penting ya. Bekerja di rumah bermaksud anda bekerja sambil menguruskan anak-anak. Kebiasaannya surirumah yang bekerja di rumah tidak menghantar anak ke taska. Kita jaga sendiri sambil melakukan kerja harian.
Sambil bekerja, kitalah pengasuh anak, mengemas rumah, memasak dan sebagainya. Maka sudah semestinya satu tempat di mana kerja anda boleh beroperasi diperlukan. Jadual harian juga perlu disusun agar perjalanan harian anda berjalan dengan lancar.
Jadi secara sederhana sahajalah saya menyusun sudut kerja saya di rumah.
Apa yang saya perlukan?
1. Meja
2. Kerusi
3. Rak bagi meletakkan dan menyimpan buku, dan peralatan kerja
4. Nota@jadual ataupun notis board
Cukuplah ini sahaja dulu. Tidak perlu terlalu cantik. Cukuplah untuk saya melakukan kerja dengan lebih teratur dan selesa.
Ruang kerja ni saya buat di bilik tidur saya sendiri berdasarkan beberapa faktor
1. Aircond
2. Memantau anak juga mudah
3. Bilik tidak terlalu panas
4. Privasy bermakna kalau anak-anak tengok tv ker..bermain ka.. mereka akan bermain diruang tamu jadi tidak terlalu bising untuk saya
Ruang tamu sebenarnya sangat panas jika bukan musim tengkujuh. Saya rimas juga. Juga tiada ruang sesuai untuk meletakkan sudut kerja. Jika diletak kurang sesuai juga bagi tetamu-tetamu yang hadir.
Notis board untuk nota harian, jadual dan apa-apa sahaja yang anda nak lekat. Saya gunakan wallpaper stiker juga sebagai latar notis board |
Ringkas sahaja kan?
Anda juga boleh buat lagi cantik.
Cuma satu lagi saya perlukan ialah lampu meja, bilik ni agak gelap bila waktu siang dan malam memang patut ada lampu meja jika mahu bekerja hingga lewat malam.
Suami juga boleh gunakan ruang ini tuk kerja-kerja dan menulis tesis nanti. Suami suka guna ruang ni pada waktu malam, jadi haruslah saya membeli lampu meja tu secepat mungkin. :)
Jom, siapa bilang surirumah tidak boleh berpendapatan sendiri? Sentiasa boleh!
ABOUT ME
Blog seorang Suri Rumah Sepenuh Masa, Suka belajar tentang Online Marketing, Buat Website dan Menjual Al Quran Digital & Jam Azan. Juga merupakan seorang aktivitis NGO Suri Rumah Rahmah (SRR) & Charity Amal till Jannah
Jumlah Paparan Halaman
POPULAR POSTS
Label
- Agama (10)
- Al Quran Digital (6)
- Blog Marketing (4)
- catatan pengalaman (27)
- Catatan Travel (6)
- Dealer Emas (13)
- Homestay Malaysia (12)
- Jam Buruj (6)
- Online Marketing (2)
- Servis (1)
- Suri Rumah (14)