Thursday, December 08, 2016

Review 4d Foundation DMS360

Publish on : Thursday, December 08, 2016 There is : 0 Comments Labels : , , , ,

4D Foundation 360 dari Dermax Superskin 360 teramatlah istimewa.

Ia boleh dijadikan sebagai set lengkap rawatan wajah bersama set asas dms360 dan serum. Boleh digunakan begitu sahaja sebagai pengganti bedak.

Apa yang membuatkan 4d foundation 360 ini menjadi pilihan terbaik bagi penggemar foundation atau yang tidak suka berbedak ialah:

1. Muka tampak pinkish dan natural seperti tidak bermekap
2. Anti jeragat
3. Sunblock dengan spf45
4. Melembapkan dan melembutkan wajah
5. Mampu mencerahkan wajah
6. Mesra solat dan mudah dicuci
7. Glowing ketika berpeluh
8. Sebotol tahan 3 hingga 4 bulan penggunaan

Krimnya sangat wangi tau.

Saya sendiri setiap kali menggunakan 4d foundation ni masya Allah bau mawar semerbak. Wangi dan harum gitu.

Baunya tidak terlalu kuat dan tajam tetapi lembut. Anak-anak pasti akan tercari-cari bau apa yang wangi tu. Hehe

Paling penting 4d foundation ni anti jeragat. Jadi selain kita gunakan foundation sebagai pengganti bedak, kita lindung dan jaga muka dari penambahan jeragat atau pigmen hitam pada wajah. Penting tau!

Memandangkan muka saya senang sangat naik jeragat terutamanya bila terdedah kepada cahaya matahari. Dengan perlindungan tambahan dari 4d foundation selain krim siang dms360. Nak keluar rumah tu jadi lebih yakin.


Calitan krim 4d foundation pada tangan kiri. Krimnya tidak berminyak. Berwarna pink.
Sapu rata di seluruh atas tapak tangan. Warna putih pula kan?
Selepas disapu 4d foundation. Lebih cerah, lembap juga nampak glowing dan berseri. Bayangkan kalau pakai pada wajah macam mana? Nak sapu pon mudah je tau.
Tangan kanan tanpa 4d foundation. Kusam kan?

Saya suka pakai 4d ni. Mungkin sebab muka nampak glowing dan natural seakan tak berbedak. Muka pon pinkish. Takde lah muka kusam je tanpa bedak.

Saya kurang gemar gunakan foundation tebal yang jenis matte. Atau bedak kompak. Two way foundation juga saya tidak suka. Alasan utama akan nampak seperti ada layer bedak tebal yang adakalanya bercapuk.

Mempunyai kulit jenis kering. Bedak ni memang bukan mencantikkan, dari jauh mungkin. Dekat cuba tengok. Ada je tak kena terutama bahagian hidung. Huhu. Sungguh tak berkenan.
Dengan 4d foundation, jenis liquid berasaskan air ni. Walau kulit sedang menggelupas, ianya menutupi permukaan yang tidak baik malah melembapkan lagi. Calitan foundation ringan dan tidak bercapuk.

Moh tengok sikit lah saya pakai 4d foundation ni. Tolong jangan amik gambar ni ye. Jika saya jumpa anda bakal disaman. Gambar saya di blog ini hanya untuk persendirian dan rujukan bacaan sahaja. Harap maklum.


Ni saya pakai 4d semasa event malam. Glowing habis. Tapi natural je kan?
Dipakai semasa keluar dari rumah. Wajib pakai foundation dengan cuaca tak menentu dan terik. Masa ni saya dah pakai selama beberapa jam. Waktu tengah hari ni. Langsung tidak bercapuk. I loike.

Dah jatuh cinta dengan 4d foundation?

Wajib dapatkan satu tuk diri sendiri. Huhu.

Kalau dah tak sabar tu, mehla order tuk diri sendiri, bestie, mak, kakak-kakak biar semua orang cantik mulus.

Harganya cuma RM 100 sahaja.

Amat jimat dengan pelbagai kelebihan. Bukan sekadar cantik je tau. Siap merawat, mencerah dan melembapkan wajah. Paling penting, ingat ni.. anti jeragat.


Boleh klik kat website dms ni. Mana tahu anda pula lepas ni tidak berpaling dah pada foundation atau bedak yang lain.

 http://stokiscerminseri.blogspot.com/2016/06/foundation-dms360-4d-foundation-360.html 

Selamat mencuba.


Sehingga bertemu lagi di entri akan datang.


No comments:

Post a Comment