Sudut Ofis di Rumah (SOHO)

Apabila kita mahu pekerjaan kita lebih efisien. Teratur. Maka kita akan perlukan satu sudut di mana kita dapat melakukan kerja harian kita.

Contoh paling mudah, jika kita diberi satu pekerjaan di sebuah syarikat. Mestilah kita membayangkan kita akan diberikan satu meja, kerusi serta alatan untuk kita melakukan kerja betul?

Jadi samalah kita surirumah atau mana-mana pihak yang mahu menjadikan rumah sebagai ofis anda. Takkan nak buat kerja beralaskan tilam yang empuk? Konfirm layu je mata ye tak?

Jadi sepertimana bekerja di sebuah syarikat anda juga perlukan ruang SOHO ini untuk diri anda sendiri.

Di rumah ni saya memang ada banyak meja tulis dan kerusi. Tetapi tidaklah spesifik di mana tempat saya. Nak tempat yang tidak panaslah, ada kemudahan itu inilah. Tidak mahu dekat dengan televisyen lah. Dan kemudian mudah memantau anak-anak semasa kita sedang leka membuat kerja harian. Ini penting ya. Bekerja di rumah bermaksud anda bekerja sambil menguruskan anak-anak. Kebiasaannya surirumah yang bekerja di rumah tidak menghantar anak ke taska. Kita jaga sendiri sambil melakukan kerja harian.

Sambil bekerja, kitalah pengasuh anak, mengemas rumah, memasak dan sebagainya. Maka sudah semestinya satu tempat di mana kerja anda boleh beroperasi diperlukan. Jadual harian juga perlu disusun agar perjalanan harian anda berjalan dengan lancar.

Jadi secara sederhana sahajalah saya menyusun sudut kerja saya di rumah.

Apa yang saya perlukan?

1. Meja
2. Kerusi
3. Rak bagi meletakkan dan menyimpan buku, dan peralatan kerja
4. Nota@jadual ataupun notis board

Cukuplah ini sahaja dulu. Tidak perlu terlalu cantik. Cukuplah untuk saya melakukan kerja dengan lebih teratur dan selesa.

Ruang kerja ni saya buat di bilik tidur saya sendiri berdasarkan beberapa faktor

1. Aircond
2. Memantau anak juga mudah
3. Bilik tidak terlalu panas
4. Privasy bermakna kalau anak-anak tengok tv ker..bermain ka.. mereka akan bermain diruang tamu jadi tidak terlalu bising untuk saya


Ruang tamu sebenarnya sangat panas jika bukan musim tengkujuh. Saya rimas juga. Juga tiada ruang sesuai untuk meletakkan sudut kerja. Jika diletak kurang sesuai juga bagi tetamu-tetamu yang hadir.


Cantikkan meja dengan wallpaper stiker ni. Nampaklah lain sikit kan?
Notis board untuk nota harian, jadual dan apa-apa sahaja yang anda nak lekat. Saya gunakan wallpaper stiker juga sebagai latar notis board

Ringkas sahaja kan?

Anda juga boleh buat lagi cantik.

Cuma satu lagi saya perlukan ialah lampu meja,  bilik ni agak gelap bila waktu siang dan malam memang patut ada lampu meja jika mahu bekerja hingga lewat malam.

Suami juga boleh gunakan ruang ini tuk kerja-kerja dan menulis tesis nanti. Suami suka guna ruang ni pada waktu malam, jadi haruslah saya membeli lampu meja tu secepat mungkin. :)

Jom, siapa bilang surirumah tidak boleh berpendapatan sendiri? Sentiasa boleh!


Catat Ulasan

0 Ulasan