Friday, December 09, 2016

Tarikh Viva Voice Master Dah Konfirm!

Publish on : Friday, December 09, 2016 There is : 0 Comments Labels : ,

Assalamualaikum semua,

Berdebar tak tahulah bagaimana nak diluahkan. Akhirnya tarikh bagi presentation final master saya telah ditetapkan.

Hujung bulan 12 ni insha Allah. Rahsialah tarikhnya. Hehe.

Pada hari tersebut, supervisor, seorang external examinar dan seorang internal examinar akan mengadili seluruh projek master.

Setelah 9 semester, bayangkanlah.. dan 4 kali mengandung termasuklah keguguran 1 kali. Beginilah saya sebagai pelajar master research sepenuh masa. Bukan mudah perjalanan sarjana ni. Tangisan, stress tanpa henti. Perselisihan faham, siap ada pihak yang menikam dari belakang. Semua kisah ada.

Hujung bulan nanti usia kandungan sudah meningkat ke 33 minggu. Saya harap bayi tidak meragam dengan kontraksi. Sebenarnya berdiri lama pon sudah payah pada usia 30 minggu ni. Semoga saya dapat berdiri selama 1 jam insha Allah demi menghabiskan dan meraikan bak kata Dr. Ganthi akan kejayaan menghabiskan kajian setelah bertahun menyiapkan.

Doakan saya ya pembaca semua. Semoga saya lulus pada presentation viva voice dan akhirnya dapat graduasi pada bulan Oktober 2017. Aamin.


No comments:

Post a Comment