Tuesday, January 31, 2017

DMSOne Selamat Untuk Ibu Hamil

Publish on : Tuesday, January 31, 2017 There is : 0 Comments Labels : , , , , ,

Sudah hampir sebulan saya mencuba produk kecantikan DMSOne dari Dermax superskin360 (DMS36O) ini.

Sebelum ini saya gunakan set asas DMS360, kemudian pengasas mengeluarkan produk terbaru iaitu DMSONE dermax skinworks yang berasaskan dari ramuan ekstrak buah-buahan dan tumbuhan yang kaya dengan vitamin untuk penjagaan kulit wajah.

Perubahan paling ketara yang saya rasa ialah kulit muka ni sangatlah licin dan lembut. Nak kata muka jadi sangat cerah itu tidaklah kerana produk DMS ni terdiri dari bahan semulajadi. Maka segala proses rawatan dan pemulihan wajah berlaku secara semulajadi jugalah.

Saya tidaklah pakai secara konsisten sebenarnya. Mengandung ni ikut mood juga,  ada masa saya rajin adakalanya berhari tidak memakai. Dan disebabkan saya seorang surirumah dan cuaca pula mendung sentiasa, saya juga jarang memakai krim siang. Ampun ya..

Namun DMSONE tetap memberikan hasil yang amat memuaskan bagi saya. Muka tampak lebih berseri sehingga ramai menegur perubahan ketara yang berlaku.


Gambar dua ini tiada edit ya. Hanya menggunakan sedikit pencahayaan sahaja.


Apa yang istimewa tentang produk terbaru DMSONE ni?


Dmsone merupakan salah satu dari set asas DMS360.

Jangan salah sangka pula. Kini DMS ada 4 set asas yang boleh anda pilih. Paling top ialah 3 set asas iaitu DMS360, DMSONE dan GLOWING SPEED 24K GOLD.


Mahu dapatkan produk-produk terbaik keluaran DMS360?

Dapatkan produk yang original dan sah sahaja dari pengedar DMS yang berdaftar.


Nak dapatkan lebih info tentang produk keluaran DMS360?

 www.dms360original.com 

Klik link di atas ya.

Anda juga boleh terus hubungi saya, stokis leader DMS360 DMSONE.

Emme Marina
Id: 1648
0189100852





Read More...

Tudung Labuh Koleksi Around The World (ATW) ESCARVES

KOLEKSI AROUND THE WORLD (ATW)

Pengeluar tudung labuh instant, ESCARVES sekali lagi mengeluarkan sebuah design berkaler pastel yang amat memikat hati.

Tudung instant dengan inner yang terus dijahit bersama kain chiffon berkualiti tinggi ini amat labuh.

Menggugat iman betul.

Ternyata koleksi tudung labuh ESCARVES Around the World (ATW) amat ekslusif, bergaya malah menjadi pilihan ramai.

Apa yang perlu anda tahu tentang Koleksi ATW Escarves ini?

✔Material berkualiti tinggi Custom Printed Panora Chiffon
✔Instant shawl so sangat EASY TO WEAR.
✔Siap sedia dengan SOFT AWNING yang sesuai untuk semua jenis bentuk muka.
✔Sesuai untuk yang bertudung litup
Ukuran

Saiz L (2.2m x 0.80m)
Saiz XL (2.4m x 0.8m)

✔5 corak AROUND THE WORLD yang berlainan, RARE dan sejuk mata memandang.

Setiap unit ini didatangkan dengan kotak khas ekslusif daripada ESCARVES.

HARGA L : RM85
HARGA Xl : RM 95 EXCLUDED POSTAGE


Pelanggan bakal mendapat kotak istimewa sebagai tanda ekslusif dari ESCARVES

Mari lihat 5 koleksi RARE dan LIMITED koleksi ATW


Comel sungguh kaler dari koleksi ESCARVES Around the World ni kan?

Kami sudah pun dapat feedback dari pelanggan ATW.

Jom cuci mata ;)


Tudung Extra Labuh Ekslusif untuk anda

Harga RM85 (L) dan RM 95 (XL) tidak termasuk postage ye.

Postage; RM 8 SEM/ RM 11 SS

Hubungi saya untuk menempah,
0189100852


Read More...

Sunday, January 29, 2017

Koleksi Warna Pastel Tudung Labuh Instant Nayla 3.0

Check out this blog "Tudung Labuh Instant Nayla 3.0 by Escarves" http://www.emmemarina.com/2017/01/tudung-labuh-instant-nayla-30-by.html

Assalamualaikum semua,

Mari kita lihat koleksi warna-warna yang amat menarik ni dari pengeluar tudung labuh instant shawl.

Sudahlah tidak perlu berpin dan berlilit. Mudah dipakai dan digayakan.

Bila dipakai labuh menutup syariah dan anggun pula. Saya juga amat gemar memakai dan menggayakan tudung labuh jenis instant ini kerana tidak perlu memakan masa yang lama untuk digayakan.

Sarung sahaja, siap dan cantik!


NAYLA SERIES 3.0 INSTANT SHAWL

Material : Panora Chiffon (body) + Soft Cotton (Awning)

Ukuran : Bidang 60
Saiz L (2.0m x 80cm)
Saiz XL (2.2m x 80cm) 1st Batch
2nd Batch 2.4m x 80cm

Jahitan : Fully Baby Seam

✅ Tidak Jarang (Opaque)
✅ Tidak Panas
✅ Flowy
✅ Labuh
✅ Inner terbentuk elok
✅ Pinless
✅ Minima Iron
✅ Inner Dalam Labuh menutupi leher.
✅ Didatangkan dengan 10 pilihan warna yang menarik (CANDY COLOUR)

Harga Retail : RM59 (L) & RM69 (XL 2.2m x 80cm)


Ini pula Koleksi dari Nayla 2.0

Untuk tempahan,
Boleh hubungi saya terus ya

Pembelian lebih dari 5 helai insha Allah ada diskaun istimewa buat anda semua.

0189100852


Read More...

Saturday, January 28, 2017

Tudung Labuh Instant Nayla 3.0 by Escarves

Assalamualaikum,

Tudung labuh instant Nayla series keluaran Escarves kini muncul dengan version ke 3.0. Insha Allah ready stok selepas cuti raya Tahun Baru Cina (CNY 2017).

Keterangan mengenai produk terbaru ini ialah;

NAYLA SERIES 3.0 INSTANT SHAWL

Material : Panora Chiffon (body) + Soft Cotton (Awning)

Ukuran : Bidang 60
Saiz L (2.0m x 80cm)
Saiz XL (2.2m x 80cm) 1st Batch
2nd Batch 2.4m x 80cm

Jahitan : Fully Baby Seam

✅ Tidak Jarang (Opaque)
✅ Tidak Panas
✅ Flowy
✅ Labuh
✅ Inner terbentuk elok
✅ Pinless
✅ Minima Iron
✅ Inner Dalam Labuh menutupi leher.
✅ Didatangkan dengan 10 pilihan warna yang menarik (CANDY COLOUR)

Harga Retail : RM59 (L) & RM69 (XL 2.2m x 80cm)

Kos pos;  RM 8 Semenanjung / RM 11 Sabah Sarawak

Ini adalah senarai warna yang bakal keluar hari ini,


1. Rosewood
2. Flamingo Fuschia
3. Amethyst Plum
4. Lilac Grey
5. Seaglass Bamboo
6. Jade Pine
7. Navy Taupe
8. Olive
9. Dandlion
10. Peach Blush


Menurut HQ,  mereka akan launch 10 kaler tersebut hari ini iaitu pada 28 Januari 2017.

Jadi nantikan saya upload gambarnya ya. Insha Allah anda semua pasti jatuh hati dengan koleksi terbaru Nayla 3.0 ni.

Untuk tempahan boleh hubungi saya,
Emme Marina
0189100852


Read More...

Thursday, January 26, 2017

Hamil 37 Minggu

Publish on : Thursday, January 26, 2017 There is : 0 Comments Labels : , , , , ,

Masa semakin menghampiri. Terasa berdebar dan trauma akan kesakitan bersalin anak ketiga terasa masih segar di ingatan.

Semalam, gerak bayi agak perlahan. Terasa seperti tidak wujud untuk seketika. Merisaukan. Pada mulanya sudah maklumkan pada suami selepas maghrib akan ke hospital tiba-tiba jam 6 petang bayi terus aktif dan rancak hingga ke malam.

Sebenarnya bayi memang agak kurang aktif pada waktu siang, jika anak-anak sebelum ni pada jam 1 ke 2 petang sudah cukup pusingan 10 kali gerak, kali ini bayi biasanya cukup gerak pada jam 2 ke 4 petang. Malam pula seperti baru mendapat kekuatan dan aktif seaktifnya.

Secara logik, mama berfikir alahai anak ini adakah selepas lahir mama tak dapat tidur malam lagi?

Dari anak kedua, kami suami isteri memang berjaga malam dari sehari bayi kami lahir hinggalah selepas pantang malah lebih lama.

Doa saya kali ini, agar anak ini memberi kami sedikit nafas untuk berehat dan saya dapat berpantang sebaiknya.


Posing sedikit.

Saya kuat melaram mengandung kali ini. Tudung labuh jenis instant memang pilihan paling tepat. Mudah dan cepat digayakan.

Apabila keluar, saya hanya pakai krim siang DMSONE skinworks, 4d foundation DMS360 dan calit nipis lipstik jenis matte dari Mary Kay.

Saya tidak gemarkan penggunaan mekap. Kelihatan natural lebih digemari.

Jika nak cuba produk DMS360 bolehlah hubungi mama hamil ni. Hehe

Alhamdulillah, selesai urusan pagi ni di klinik. Sehingga berjumpa lagi ya.

Terlupa pula, sambil berurusan di klinik. Whatsapp dari pelanggan dms melalui blog tidak henti-henti. Ada seorang pemborong nak dapatkan produk DMS360 dengan harga murah. Terpaksa ditolak demi menjaga amanah dan nama kami sebagai pakar kecantikan sah yang berdaftar rasmi di bawah syarikat DMS360.

Maaf ya.

Kami tidak sokong perniagaan yang tidak sihat apatah lagi menjadi supplier kepada permainan harga produk DMS di luar sana.


Mahu sertai team konsultan kecantikan produk dms360? Hubungi saya jom


Read More...

Tidak Jatuh Sakit Lagi

Publish on : Thursday, January 26, 2017 There is : 0 Comments Labels : , ,


Dr Raymond Francis menulis 3 buku :
1. Tdk pernah sakit lagi
2. Tdk pernah lagi takut kanser
3. Tdk pernah gendut lagi

Doktor tersebut menulis buku itu setelah meneliti dan sakit, yang para doktor lain pun menyerah dgn penyakitnya.

Di usia 75 tahun, sang Doktor hanya terkena penyakit flu dan itupun hanya sekali. Yang beliau bicarakan dlm buku tsb adalah :

*Jauhi gula selamanya* ditambah berolah raga dan mengatur pola makan secukupnya.

Gula penyebab influenza

Makan sesudu gula menurunkan imuniti tubuh 50%

Minum segelas Cola menurunkan imuniti tubuh 6-8 jam krn cola mengandung banyak gula

Gula penyebab alzeimer

Gula merupakan makanan bagi sel kanser dan sbg pencegahan serta penyembuhan nya adalah dgn menghindari gula

Gula penyebab segala penyakit jantung

Gula penyebab bertambahnya berat badan

Gula penyebab penimbunan lemak

Segala penyebab penyakit manusia ada hubungan dgn gula

Doktor Raymond berkata : para ayah melarang anak² mereka merokok dan minum alkohol tetapi memberikan manisan² yg lbh berbahaya dari pd rokok dan alkohol

Kesimpulannya - tinggalkanlah gula

Doktor Raymond memenangkan karya ilmiah di Univ Frankfurt tentang kesehatan makanan yaitu :

☘Yoghurt merupakan sumber kalsium tertinggi krn kandungan segelas yoghurt 450mg kalsium, maka jadikanlah menu harianmu yoghurt
Dan yg terbaik adalah yoghurt yg rendah lemak

☘ Daun mint adalah ubat utk menguatkan jantung dan peredaran darah. Jika meminum daun mint spt teh biasa, dpt melancarkan perut dan usus, mengurangi penyakit serta menyegarkan bau mulut

☘ Utk menyembuhkan gastric anacidity, minum segelas rebusan daun mint panas tanpa tambahan gula

☘ Daun mint boleh menghilangkan gas, menguatkan ginjal, pankreas dan meredakan batuk, menenangkan saraf dan perasaan marah, menghilangkan insomnia, meningkatkan diuretik dan penghancur makanan yg terbaik

☘ Minuman bergas menambah besar ukuran pinggang wanita walaupun tdk menambah berat badannya

☘ Minuman bergas menyebabkan : osteoporosis, masalah² jantung dan ginjal, obesitas & penyakit gula dan gigi karies

☘ Bahaya kesihatan dgn minuman peningkat energi bagi anak² : mempercepat denyut nadi, kejang-kejang, stroke, kematian mendadak

☘ Teh hijau atau kopi hitam pahit : bagus krn ada antioksidan yg menjaga dari kanser

☘ Ikan salmon, apel, anggur, ceri, bluberry, bayam merupakan jenis makanan yg menjaga sel otak dan menguatkan ingatan

☘ Kesilapan besar yg menyebutkan bahwa minum air ketika sedang makan dan stlh makan menyebabkan buncit dan menyulitkan proses pencernaan

☘ Yg betul: Air tdk menyebabkan buncit dan membantu mencerna lbh baik dari yg lain

☘ Berjalan selama 30 menit sehari dlm jangka 5 hari seminggu menjagamu dari : penyakit² jantung, penyakit gula, depressi, penyakit² tekanan darah, kolesterol

☘ Bawang putih: membantu mengurangi peluang dijangkiti kanser krn bawang putih mampu meningkatkan imun

☘ Pengambilan halia suam pd waktu petang membantu membakar lemak dan mengeluarkan racun dr tubuh

☘ Usahakan minum segelas air stlh bangun tidur utk mengembalikan cairan yg hilang waktu tidur serta utk membersihkan racun di tubuh

☘ Doktor Raymon berkata Saya telah mengambil manfaat dari ini dan gembira sekiranya ia bermanfaat bagi semuanya

In syaa Allah info ini bermanfaat bagi kesihatan tubuh kita. Aamiin.

(Utk manfaat lbh banyak dan detail, sila baca bukunya atau lihat tayangan youtube dgn judul: Never be a sick again
https://m.youtube.com/watch?v=ISgt71CRG2I )


Read More...

Tuesday, January 24, 2017

Surirumah Jana Pendapatan dari Medium Blog



Pendapatan melalui blog semata-mata. Databased pelanggan juga adalah lebih tepat kerana mereka merupakan pelanggan yang sememangnya mahukan produk dan khidmat bagi menyelesaikan masalah mereka. Dari google pelanggan menjumpai blog anda dan seterusnya menjadi prospek pelanggan dengan kadar belian yang lebih tinggi berbanding prospek di medium facebook.

Assalamulaikum semua,

Kita sudah menghampiri penghujung bulan Januari bagi tahun baru 2017. Saya pasti kita semua mempunyai azam dan matlamat yang ingin dicapai pada tahun ini. Begitu juga saya walaupun cuma seorang surirumah.

Dahulu, saya agak khuatir dengan masa depan saya sebagai seorang peniaga online. Kekangan masa untuk beriklan, masa yang amat penuh dengan menguruskan rumah tangga, anak-anak yang masih kecil serta pada masa sama bertungkus lumus menghabiskan pengajian di peringkat sarjana amatlah mengambil banyak dari masa saya untuk beriklan dan mempromosikan produk-produk jualan yang saya ceburi.

Namun, saya amat bersyukur akan peluang bertemu rakan-rakan serta guru di Akademi Bekerja di Rumah (ABDR). Saya mula belajar di kelas asas blog ini pada bulan Julai 2015. Medium blog ini amat sesuai bagi saya kerana saya dapat menggunakan masa sebaiknya untuk beriklan dengan tips dan pembelajaran dari guru bertauliah menyebabkan saya terpaksa mendapat pelanggan dari blog. Pelanggan dari blog datang dari hasil carian google, interaktif sesama blogger dan beberapa cara yang boleh dilakukan. Tetapi blog yang fokus adalah lebih efektif bagi mendapatkan pelanggan yang khusus. Semua ini diajar di dalam kelas asas blog kelolaan ABDR.

Sejujurnya, saya membayar yuran kelas ini sebanyak 3 kali secara ansuran. Saya nampak kelas dan pembelajaran belajar blog sebagai peluang bisnes bagi surirumah seperti saya yang sukar untuk keluar dari rumah. Hanya perlu fokus semasa pembelajaran dan memahami bagaimana blog dan google beroperasi untuk mendapatkan pelanggan. Ianya amat berbaloi kerana pembelajaran kelas blog ini dijalankan secara online sahaja malah yurannya amat murah berbanding yuran-yuran kelas blogger yang lain. Malah satu-satunya kelas blog secara online buat masa ini yang ada di Malaysia.

Bagus bukan?

Tahun 2016 saya mula beroperasi sepenuhnya dari blog. Blog emmemarina.com ini saya jadikan sebagai blog bisnes personal di mana saya kongsikan pelbagai kisah catatan harian, bisnes serta beberapa produk jualan lain. Manakala produk jualan utama saya iaitu produk DMS360 saya asingkan sepenuhnya, anda boleh klik link ni untuk lihat blog yang telah bertukar ke website iaitu www.dms360original.com. Blog DMS ini diasingkan dan digunakan hanya sebagai kedai blog bisnes sahaja iaitu saya fokus kepada pengenalan produk dan masalah berkaitan produk tersebut.

Kini, dengan medium blog sahaja. Saya sudah memiliki 12 stokis dibawah pengurusan saya sendiri yang hanya beroperasi secara online. Juga saya terpaksa memulakan lejar dengan lebih teliti supaya dapat fokus dan mempunyai matlamat lebih besar bagi perniagaan secara online ini. Walaupun cuma seorang surirumah. Saya amat bersyukur dengan kewujudan platform kelas blog ini. Ianya amat membantu bagi surirumah seperti saya. Belajar berniaga, belajar mengenal produk malah bagaimana mengenali pelanggan juga turut diajar.

Bukan sahaja kami pelajar-pelajar ini belajar kelas blog semata-mata tetapi diberikan ebooks-ebooks berguna buat peniaga online dan surirumah yang boleh kami adaptasi mengikut kemahiran masing-masing. Malahan, jika anda tidak ada idea juga boleh mendapatkan pelbagai jenis bisnes idea dari ebooks keluaran Akademi Bekerja dari Rumah (ABDR) ini.

Terlalu berbaloi. Terlalu rugi untuk tidak belajar dan mengambil peluang belajar mempromosikan produk jualan anda dan berniaga melalui medium internet yang lebih luar iaitu google dan blog.

Jika kalian ingin tahu lebih lanjut, dan berminat untuk belajar di kelas blog ini boleh terus hubungi saya juga sebagai pengurus kelas ini,

0189100852
Read More...

Update Stok Tudung Labuh Nayla 2.0

Assalamualaikum,

Alhamdulillah permintaan tudung labuh instant double loop keluaran escarves iaitu nayla series 2.0 sangat menggalakkan.

Ramai yang repeat order sehingga 3 helai sekaligus.

Terbaru ni pelanggan saya melalui google sendiri telah membuat tempahan nayla 2.0 series sebanyak 5 helai sekaligus. Katanya, ingin berhijrah. Alhamdulillah,  mulanya cuma tempah satu helai sahaja tetapi selepas terima bungkusan dari kami, beliau amat berpuas hati dan terus menempah 5 helai tudung labuh keluaran escarves ni.

Syukur alhamdulillah.

Saya update stok nayla 2.0 untuk hari ini 24 januari 2017 ya.

stok  24/1/2017☃☃☃☃

nayla 2.0

black charcoal - 3 pcs
going grey - 2 pcs
espresso - 5 pcs
handsome hunter - 1 pcs
lovely lilac - 2 pcs
pale plum - 2 pcs
cremy caramel - 2 pcs
blush blossom - 2 pcs
pool blue - 3 pcs
melon mambo - ❌
cappucino - 1 pcs

NAYLA 2.0 SERIES INSTANT SHAWL

DIDATANGKAN DENGAN 11 PILIHAN WARNA YANG BOLD BUT CANDY ️

KENAPA WAJIB MEMILIKI NAYLA 2.0 SERIES INSTANT SHAWL ?

================================
✅ KELABUHANNYA MENEPATI SYARIAH (2.0m x 80cm) & (2.2m x 80cm - UPON REQUEST)
✅ 11 PILIHAN WARNA YANG MENARIK
✅ MATERIAL YANG SANGAT BEST DAN TIDAK JARANG (Panoora Chiffon + Soft Cotton)
✅ JAHITAN BABY SEAM + TEPI yang DIJAMIN KEMAS dan selesa bila dipakai.
✅ SOLAT READY
✅ LABUH , BERALUN & TIDAK JARANG
✅ INNER ATTACHED (Inner dilekatkan sekali) so tak perlu pakai inner dah.
✅ SESUAI UNTUK SEMUA AKTIVITI

RM 59 EXCLUDE postage

Untuk tempahan,
Boleh hubungi saya Puan Emme Marina

0189100852

Read More...

Ampaian Berguna Semasa Musim Hujan

Publish on : Tuesday, January 24, 2017 There is : 0 Comments Labels : , , , ,

Hujan lebat mula turun sejak sabtu pagi yang lepas. Saya terjaga seawal jam 4 pagi, guruh dan kilat menggoncang sedikit sehingga saya terjaga. Mujur anak-anak tidak terjaga, lena sahaja.

Ampaian ini saya tempah sendiri mengguna duit hasil bisnes online melalui blog. Alhamdulillah, memang sudah lama saya idamkan untuk memiliki ampaian ini.

Apabila miliki rumah bawah dan berbumbung, anak-anak bertambah memang tidak cukup memakai ampaian yang jenis sangkut. Sebenarnya ampaian kami sebelum ni bukanlah ampaian baju pun. Ianya tempat menggantung baju-baju saya tetapi disebabkan tiada bajet untuk menempah ampaian khas maka impian itu ditangguhkan.

Alhamdulillah, apabila saya mula mempunyai pendapatan sendiri sebagai surirumah. Saya mula menyediakan senarai keperluan barangan rumah yang saya rasakan amat perlu untuk kami miliki.

Ampaian ini agak mahal. Apabila survey, harganya sekitar RM 300 ke RM 500. Memang mahal kan?

Mungkin juga rezeki anak dalam kandungan ni, ampaian sepanjang 8 kaki dan 2 tingkat mempunyai 3 sidaian atas dan bawah kiri dan kanan menjadikan jumlah sidaian sebanyak 12 sidaian beserta tambahan sidai untuk digantung semuanya RM 200 sahaja. Allahu. Murah rezeki. Menurut supplier tersebut, biasanya ampaian ni hanya 6 kaki sahaja. Tetapi rezeki dari Allah, saya dapat dengan harga yang amat murah. Memang bersyukur sangat-sangat.

Dengan kelahiran anak ke empat beberapa minggu lagi insha Allah. Sekarang saya sudah 37 minggu, pasti memerlukan lebih luas ampaian buat kami sekeluarga.

Kalian bagaimana ya? Suka ampaian yang begini juga?


Read More...

Wednesday, January 18, 2017

Sarapan Penting untuk Kecergasan Anak-anak di Sekolah

Publish on : Wednesday, January 18, 2017 There is : 1 Comments Labels : , , ,

BREAKFAST

Setiap pagi sama ada cepat atau lewat bangun..
5.30 atau 6.00 pagi…
Anak-anak wajib makan sebelum ke sekolah.
Kakak perlu bawa bekal air dan makanan..

Dah 2 hari kedua mereka disuap supaya cepat habiskan sarapan pagi, dan cepatlah ke sekolah������

Aduhai mama..

#catatanharian #abdr #wahmlife

Belajar menulis di facebook juga suatu latihan yang berkesan. Kemudian taipkan semula di entri blog.

Jika terlalu pendek, tambahkan sedikit perisa supaya penulisan lebih menarik dibaca.

Mudahkan?
Yup. Amat mudah sebenarnya


Kelas penulisan dan bisnes bagi blog telah dibuka. Seramai 15 orang pelajar telah mulakan pengembaraan pembelajaran bagi masa depan merela sebagai bisneswomen. Jangan salah faham, encik-encik pun ramai sertai kelas kami ni.

Setiap bulan kuota dibuka seramai 10 orang sahaja. Tetapi jika sambutan menggalakkan,  kami tetap terima penyertaan kalian.

Belajar memaksimakan pendapatan melalui blog. Tidak perlu iklan setiap masa sepertimana anda lakukan di facebook.  Tidak memerlukan kos pengiklanan.

Apa yang diperlukan ialah fokus jualan, label serta bagaimana menulis tajuk yang memberi impak carian kepada iklan anda pula.


Jika kalian puan,  tuan berminat untuk belajar memasarkan jualan di google melalui blog. Mari belajar bersama-sama kami di Akademi Bekerja di Rumah.

Think global, not local


Siapa saya?
Sayalah pembimbing anda, Puan Emme Marina
Pengurus Online bagi sesi akademik kelas asas blog ini.
Hubungi saya 0189100852



Read More...

Thursday, January 12, 2017

Didik Anak Bertanggungjawab dari Kecil Lagi

Publish on : Thursday, January 12, 2017 There is : 0 Comments Labels : , , ,

Didik anak menjadi "Hamba"

Acap kali kita terlihat. Si ibu bersusah payah mengemas rumah, mengemas bilik, menyapu sampah, mengemop lantai, membasuh baju, memasak, basuh pinggan dan pelbagai lagi

+ Sedangkan si anak dara bersenang lenang di depan tv, menghadap laptop, dan bermain smartphone

+  Bila disuruh tolong merungut, tak reti, malas dan ada yang buat cincai2 sebab terpaksa.

+  Tak kurang juga anak lelakinya, mana mahu nak buat kerja2 perempuan?

Budaya anak menjadi RAJA semakin berleluasa sekarang.

Sebab apa?. Sebab mereka tidak dididik menjadi "hamba" sedari kecil

+ Mereka tidak diajar untuk mengerti kesusahan dan kepayahan ibu bapa mereka

+ Mereka tidak diajar untuk memamahami bagaimana keadaannya bila ditempat ibu bapa mereka

Alasannya?

+ "Kesian anak tu kecik lagi.."
+ "Tengok Timah tu, nak dera anak ke apa?"
+ "Ish, janganlah bagi budak tu buat, dah jadi macam orang gaji je.."

Jika beginilah alasannya, bersiap sedialah untuk menjadi "hamba" anak sampai ke tua.

+ Dah kahwin beranak pinak pun bila balik kampung masih nak menyusahkan mak pak. Ini terjadi dalam dunia masa kni

+ Baju laki bini anak beranak mak basuh
+ Makan laki bini anak beranak mak masak

Anak yang tidak dididik dengan kesusahan kerja sedar kecil, mereka akan kekok untuk melakukannya bila menginjak dewasa

+ Mereka akan buat secara terpaksa

+ Mereka akan buat hanya bila disuruh kerana tiada kesedaran dalam diri mereka

Dan yang akan menjadi hambanya ialah mak pak mereka.

+ Sementara sianak sedap menggoyang kaki

Jadinya. Sedari umur anak 2 tahun, pupuklah mereka perlahan-lahan sesuai dengan usianya.

Bila besar mereka akan mampu berdikari

+ Usah terlalu kasihankan anak
+ Jangan terlalu memanjakan anak

+ Ajar mereka erti susah payah sejak kecil
+ Ajar mereka tentang kerja rumah
+ Ajar mereka erti kehidupan
+ Pupuk kesedaran dalam diri mereka

+ Yang perempuan didik mereka kerja-kerja mengemas, memasak, mencuci rumah dan segala macam kerja rumah. Didik mereka tentang pentingnya kebersihan

+ Yang lelaki, ajar mereka buat kerja seperti mencuci kereta, mengangkat barang. Ajar mereka kerja-kerja perempuan, tak salah itu. Malah lebih baik

Biarkan orang nak kata kita buat anak macam orang gaji atau hamba

Abaikan mulut-mulut puaka mereka-mereka yang hanya tahu mengata sedangkan mereka tidak berada di tempat kita

Sementara anak masih kecil, didiklah anak menjadi HAMBA. Agar besar nanti dia tidak menjadi RAJA.

---------------------------------------------------------------------

Jika anda merasakan info/perkongsian kami ini berguna, LIKE dan SHARE page ini agar kami dapat kongsikan banyak lagi ilmu2 Parenting daripada admin2 yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Bahasa paling mudah dan sempoi kami guna agar anda tidak bosan baca panjang2

"Ramai Sebar, Ramai Dapat Manfaat"

Like kami: Ibu Bapa Prihatin


Read More...

Tuesday, January 10, 2017

Susah Hari Ini Untuk Kesenangan Masa Hadapan, berbaloi atau tidak?

Publish on : Tuesday, January 10, 2017 There is : 0 Comments Labels : , , ,

As a sidepreneur myself, I know the struggle. It’s a battle for your time everyday. However, persevering despite the struggle is one of the most satisfying things in the world. I was always told being an entrepreneur was the most difficult job in the world. If a sidepreneur has less freedom and time than an entrepreneur, then naturally it beats out the entrepreneur for this title.

Work hard, hustle, stay motivated, realize your passion and remind yourself on a daily basis why you are doing what you are doing. If it’s that important to you, you will find the time to work on your side business and hopefully make it become your full-time business if that’s what you eventually want. 

Pump up!!

Pagi-pagi dah baca motivated and very encouraging article.

Prepare today for future.  Sediakan hari ini untuk kesenangan masa hadapan.

Biar hari ni buat kerja tuk bisnes berjam-jam,  untuk 15 minit di masa hadapan.

Berkorban hari ini untuk hari di masa hadapan.

Simple jer,  tetapi berapa orang yang fikir macam ni dan sanggup buat macam ni?

Kita lebih suka mengomel dan memberi alasan kemudian jeles dengan kehidupan orang lain,  sedangkan hakikatnya diri kita sendiri yang tidak mahu berjaya.

Nak berjaya.  Berkorban.

Seperti mana anda bersekang mata belajar hari-hari,  pergi tuisyen mak ayah bayar,  tido jam 3-4 pagi stay up.  Untuk apa?

Untuk dapat straight A dalam peperiksaan.

Tetapi bila dah dewasa,  anda tidak mampu lakukan yang sama sedangkan apa yang anda lakukan hari ni adalah untuk kesenangan masa hadapan semata-mata.  Tiada yang lain, untuk diri anda sendiri dan keluarga anda.

Noktah.


Read More...

Monday, January 09, 2017

8 Jenis Rezeki yang Allah Janjikan buat Hamba Nya

Publish on : Monday, January 09, 2017 There is : 0 Comments Labels : , , ,

Assalamualaikum semua,  sahaja saya berkongsi kerana Allah taala. 

Janji Allah adalah pasti.  Setiap manusia telah dikurniakan rezeki mengikut bahagian masing-masing tanpa kita sedari. Rezeki bukan sahaja matawang semata-mata atau harta benda yang mewah. Tetapi paling penting setiap kurniaan kebahagiaan,  kesenangan dan kemudahan setiap urusan dan hari kita itu memperoleh keberkatan.

"Nikmat manakah yang kamu dustakan? "

Ayat ini disebut berulang-ulang dalam surah Ar-Rahman.

Janganlah kita bersedih dan mengeluh kesah akan kesusahan yang menimpa diri kita. Lebih baik kita muhasabah diri dari menyalahkan diri sendiri atau orang lain,  ini kerana tidak pernah ada kebaikkan dalam perbuatan menyalahkan orang lain akan sesuatu yang menimpa diri kita.
Mari saya kongsikan 8 jenis rezeki yang Allah berikan kepada kita dari saat kita dilahirkan.

LAPAN JENIS REZEKI

1. Rezeki Yang Telah Dijamin.

_"Tidak ada satu makhluk melatapun yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin Allah rezekinya"_
(Q.S.11:6)

2. Rezeki Kerana Usaha.

_"Tidaklah manusia mendapatkan apa-apa kecuali apa yang dikerjakannya"_ (Q.S.53:39)

3. Rezeki Kerana Bersyukur.

_"Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu"_ (Q.S.14:7)

4. Rezeki Tak Terduga.

_"Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya"_
(QS. At Thalaq :2)

5. Rezeki Kerana Istighfar.

_"Beristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyak harta”_ (QS. 71 : 10-11)

6. Rezeki Kerana Menikah.

_"Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak dari hamba sahayamu baik laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, maka Allah akan memberikan kemapanan kepada mereka dengan karunia-Nya.”_(QS. an-Nur : 32)

7. Rezeki Kerana Anak.

_"Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu karena takut miskin. Kamilah yang akan menanggung rezeki mereka dan juga (rezeki) bagimu.”_(QS. al-Isra 31)

8. Rezeki Kerana Sedekah.

_"Siapakah yang mau memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (infak & sedekah), maka Allah akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak"_ (QS. Al Baqarah 245)


Read More...

Lelong Tudung Labuh Extra Size Corak

Tudung labuh loose style printed

Tinggal 4 design ni sahaja

Material;  chiffon buble printed
Instant shawl

Harga; RM33

Cod;  taman seri inderapura,  kuantan

Wassap 0189100852


Read More...

Friday, January 06, 2017

Megasale Khimar Raudhah Khas Buat Penggemar Tudung Labuh

Assalamualaikum,

Jualan besar-besaran bagi peminat dan pemakai tudung labuh yang sedang mencari tudung labuh extra. Lebih labuh,  lebih anggun dan kain yang amat berkualiti dengan harga yang amat berpatutan sekali.

Perkenalkan tudung labuh khimar raudhah.

Jualan besar-besaran ini bakal berlangsung sehingga 31.1.2017 tahu. 

Insha Allah.

Anda pasti tidak akan menyesal memiliki koleksi khimar raudhah ni. 


Harga ASAL : RM 38.00
HARGA SALE : RM 29.00 SAHAJA

Harga tidak termasuk postage.

Material : heavy chiffon

Selagi stok masih ada ya. 

Jom lihat testimoni pengguna khimar raudhah :)


Untuk tempahan segera,

Whatsapp 0189100852


Read More...