Wednesday, February 22, 2017

Tilam Bayi Patchwork 100% Cotton

Bismillah.

Ibu-ibu sedang mencari tilam baby murah dan berkualiti?

Jom cuba set tilam bayi patchwork ni 100% dari cotton berkualiti. Materialnya sejuk dan tidak panas tahu.

Harga yang saya tawarkan juga amat berpatutan!

Tilam fabrik yang sangat selesa, lembut dan sejuk untuk si manja anda. Amat bersesuaian untuk anak kesayangan anda tidur lena yang berkualiti.


✔ Fabrik 100% Cotton
✔ Isian Kapas Gebu
✔ 100% Original Patchwork
✔ Design Yang Terkini (warna yang soft menawan hati)


Apa yang ibu-ibu dapat dari set tilam baby murah yang berkualiti ini ye?..


✔ 1 Tilam Size 85×65cm
✔ 1 Selimut 85×65cm
✔ 1 Bantal 35×25cm
✔ 2 Bantal Peluk 35cm

Semua ni ready stok. Banyak pilihan set tilam bayi patchwork 5 dalam 1 ni untuk bayi lelaki mahupun perempuan!

Menarik kan?

Harga?

Harga yang ditawarkan amat murah.

Set tilam bayi 5 dalam 1 ini cumalah

RM 100 sahaja.

Percuma penghantaran dalam Semenjung, manakala Sabah Sarawak tambah RM 10 sahaja lagi.

RM 100 Semenanjung
RM 110 Sabah Sarawak


Untuk tempahan,

Hubungi saya
Emme Marina
0189100852


Read More...

Monday, February 20, 2017

Pemanis Stevia Lulus sebagai Pemanis No 1 di Malaysia

Bismilllah

Tahukah anda steviosin iaitu pemanis dari tumbuhan stevia telah diluluskan sebagai "bahan tambahan makanan."

Faedah Kesihatan:

1, kira-kira 200 kali kemanisan umum sukrosa, rendah kalori, larut dalam air, tidak meningkatkan beban pada badan kalori dan gula;
2, keletihan, menyesuaikan gula darah, melegakan mulut kering dan dahaga;
3, kolesterol dan trigliserida, tekanan darah tinggi, kencing manis, obesiti dan pesakit perlu menghadkan gula;
4, membantu penghadaman, menggalakkan pankreas dan fungsi perut;
5, menyuburkan hati, menyegarkan, pelangsingan kecantikan.

"Kesihatan perlu melindungi diri mereka, penyakit ini secara semula jadi kurang"
Hari ini ditinggalkan gula penggunaan pengganti gula Stevia penjagaan kesihatan semula jadi untuk kesihatan seseorang daripada "gula" bermula!

Pemanis stevia merupakan pemanis yang amat mujarab dan tidak membahayakan kesihatan.

Jika anda fikirkan harga gula pasir berbanding gula stevia. Ini kesilapan paling terbesar.

Tanya diri anda sendiri,

Nikmat yang manakah anda inginkan?

Kesihatan yang berpanjangan atau kesihatan sementara dan derita kemudiannya?

Apabila anda mula diserang pelbagai penyakit akibat pengambilan gula yang tidak sihat, kencing manis (diabetes), obesiti, saluran darah tersumbat, kegagalan fungsi buah pinggang dan pelbagai lagi penyakit barulah anda sedar akan bahayanya pengambilan gula pasir.

Murah tetapi membahayakan nyawa.

Saya syokrkan anda bertukar ke pemanis stevia keluaran RCC ianya berharga RM60 sahaja untuk 2 botol.

Sungguh jimat.

Malah stevia keluaran rcc ini tiada bahan kimia tambaham mahupun bendasing kecuali ro water dan ekstrak stevia sahaja.


Terbukti tiada sebarang toksin atau gula tambahan
Kerajaan juga turut mencadangkan pemanis stevia

Jom bertukar ke pemanis stevia

Hubungi saya
Emme marina
0189100852


Read More...

Thursday, February 16, 2017

7 Salah Faham Tentang Gula Stevia

INFO TENTANG TENTANG STEVIA  BAGI MENGURANGKAN KEKELIRUAN.

1. Ramai yang menganggap bahawa Stevia adalah ubat diabetes. Stevia bukanlah ubat yang menggantikan ubat diabetis. Oleh itu ia tidak seharusnya digunakan sebagai pengganti ubat mengawal gula dalam darah. Stevia adalah pemanis natural yang membantu pesakit diabetes untuk meninggalkan gula pasir jika masih tidak dapat menahan ketagihan gula. Dengan ini dapat mengurangkan kemasukan karbohidrate ringkas (atau gula dalam tubuh). Bila kemasukan gula dalam darah semakin sedikit dan terkawal, kawalan terhadap gula dalam darah semakin baik.

2. Ramai yang mengambil stevia, dalam masa yang sama mengambil gula pasir. Ini adalah suatu kesilapan. Ibarat kita mahu membersihkan kolam. Kolam akan tetap kotor jika masih lagi mengisikan dengan air kotor, walaupun kita telah menukarkannya dengan air bersih. Kita harus meninggalkan gula pasir terus. Dengan meninggalkan gula pasir (dan menggantikannya dengan stevia bila perlu), ia dapat memberikan kesan yang baik, terutama pada pesakit diabetis.

3. Stevia tidak perlu diambil seumur hidup. Ia harus diambil sehingga kita sudah biasa dengan hidup tanpa gula. Jika minuman kita terlalu pahit atau tawar dan kita tidak mampu minum atau makanan tanpa rasa manis, kita boleh letakkan setitik dua stevia. Jangan anggap kita perlu rasa manis seumur hidup dan perlu menggantikan gula dengan stevia selama-lamanya. Ramai pengguna stevia yang akhirnya menikmati makanan dan minuman mereka tanpa rasa manis setelah beberapa bulan mengamalkan stevia.

4. Untuk membiasakan minum atau makan tanpa gula pasir, saya cadangkan penggunaan stevia antara 4-6 bulan. Bila sudah selesa hidup tanpa gula dan boleh gunakan stevia sesekali jika perlu saja.

5, Stevia yang dijual adalah selamat. Ia lebih selamat dari aspartame dan gula pasir. Gunakan stevia dengan bijak. 

6. Ramai pesakit diabetes saya yang dapat mengurangkan gula dalam darah ke bacaan yang normal, apabila meninggalkan pengambilan gula dalam minuman dan makanan, dan menggantikan rasa manis dengan menggunakan stevia. Ia sangat berguna jika diambil bersama dengan konsep pemakanan diet Low Carbo High Fiber (LCHF).

7. Saya sendiri pengamal STEVIA dan sentiasa ada bekalan STEVIA dalam beg saya.

#dietdrzubaidi


Read More...

Review Foundation Miracle Flawless Mira Filzah dan 4D Foundation DMS360

Assalamualaikum, alhamdulillah sampai stok foundation miracle flawless MIRA FILZAH ke kita. Sebenarnya dah dalam pantang ni,masa parcel dapat tu baru sahaja selepas bersalin. Alhamdulillah, suami ada di rumah. Kalau tak, tak dapatlah nak review awal foundation ni.

Kalau nak tahu, Mira Filzah dah pun keluarkan tau foundationnya yang tersendiri. Boleh baca entri tentang foundation ni di link ni ye -" foundation miracle flawless mira filzah "

Saya cuba dua cara, satu tanpa 4D DMS360 foundation dan satu lagi dengan kehadiran 4D foundation.

Saya ceritakan sedikitlah tentang 4D Foundation DMS360 ni. 4D foundation ni merupakan produk dari syarikat DMS360. Bila pakai nampak muka natural seperti tak pakai apa-apa tau namun muka glowing gitu.

Contoh saya pakai 4D sahaja (gambar bawah).


Ni pakai 4D sahaja tau.

Haa, gitulah. Tak macam berbedak kan? Natural je gitu.

Tapi bagi yang suka nak buat finishing untuk basic foundation ni, boleh tutup dengan mineral loose powder atau foundation yang lebih pekat.
Sebab tulah, saya cuba Miracle Flawless Mira Filzah ni. Kawan baik sayalah ni, berkerja di syarikat yang buat foundation tu. Jadi saya pon joinlah sekali dalam team agen jualan foundation Miracle Flawless Mira Filzah ni. Haruslah mencuba produknya kan?

Ada dua jenis kaler. Saya pilih kaler white pink. Mira Filzah pun pakai kaler ni juga tau.




Alhamdulillah, dalam pantang pon melawa tau. Saya pakai selepas krim siang DMSONE.

Dari segi teksturnya, memang licin tidak kesat bermakna mudah disapu. Saya calitkan ke muka dan sapu rata seluruh muka dengan jari sahaja. Alhamdulillah, memang sangat mudah dipakai, ringan dan tidak melekit!

Walaupun, mula-mula rasa was-was. Bukan apa, saya pernah cuba satu foundation seperti ni juga. Natural kaler, memang ringan bila dipakai namun masalahnya seperti kesat dan tidak menutup cela dengan baik. Muka juga rasa tidak selesa. Harganya mahal sedikit daripada harga asal Foundation Miracle Flawless Mira Filzah ni.


Pakai MF tanpa 4D foundation
Pakai MF dengan 4D foundation

Cara memakai foundation jenis compact ni, cara yang betul ialah mula-mula pakai krim siang atau pelembap. Supaya muka tidak terlalu kering. Jadi bila dipakai, muka nampak sekata dan tidak bercapok ataupun pecah.

Bagi saya, saya pilih memakai foundation Mira Filzah dengan kehadiran 4D foundation. Tampak lebih glowing dan memang tidak berminyak kedua gabungan ni. Sebabnya saya pakai foundation ni dari pagi hingga petang tanpa cuci muka. Yala, berpantang mana solatkan. He

Nak cuba?

Belum cuba belum tahu ;-)



Read More...

Tuesday, February 14, 2017

15 Kelebihan Memakai Tudung Labuh

Menutup aurat dengan sempurna merupakan salah satu cabang iman yang wajib kita laksanakan sebagai seorang muslimah.

Cukuplah firman Allah telah menyebut;

Allah SWT berfirman:

وَقُلْ لِّـلْمُؤْمِنٰتِ يَغْضُضْنَ مِنْ اَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوْجَهُنَّ وَلَا يُبْدِيْنَ زِيْنَتَهُنَّ اِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَـضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلٰى جُيُوْبِهِنَّ ۖ  وَلَا يُبْدِيْنَ زِيْنَتَهُنَّ اِلَّا لِبُعُوْلَتِهِنَّ اَوْ اٰبَآئِهِنَّ اَوْ اٰبَآءِ بُعُوْلَتِهِنَّ اَوْ اَبْنَآئِهِنَّ اَوْ اَبْنَآءِ بُعُوْلَتِهِنَّ اَوْ اِخْوَانِهِنَّ اَوْ بَنِيْۤ اِخْوَانِهِنَّ اَوْ بَنِيْۤ اَخَوٰتِهِنَّ اَوْ نِسَآئِهِنَّ اَوْ مَا مَلَـكَتْ اَيْمَانُهُنَّ اَوِ التّٰبِعِيْنَ غَيْرِ اُولِى الْاِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ اَوِ الطِّفْلِ الَّذِيْنَ لَمْ يَظْهَرُوْا عَلٰى عَوْرٰتِ النِّسَآءِ ۖ  وَلَا يَضْرِبْنَ بِاَرْجُلِهِنَّ لِيُـعْلَمَ مَا يُخْفِيْنَ مِنْ زِيْنَتِهِنَّ    ؕ  وَتُوْبُوْۤا اِلَى اللّٰهِ جَمِيْعًا اَيُّهَ الْمُؤْمِنُوْنَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُوْنَ
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."
(QS. An-Nur: Ayat 31)

* Via Al-Qur'an Melayu https://goo.gl/bp3grQ

Saya kongsikan 15 Kelebihan Bertudung Labuh ya. Semoga entri ini bermanfaat dan dapat membuka hati dan iman para pembaca sekalian..

Masya Allah, hijrah itu indah sekali.

1. Bila kita cinta pada Allah, kita akan ikut suruhan Allah. Allah suruh kita patuh tutup aurat bila dah baligh. Jadi, pakai tudung labuh ni menepati saranan Allah. Bukan sahaja dapat tutup aurat, tapi Allah sayang juga.

2. Orang selalu kata, nampak macam panas sahaja pakai tudung labuh-labuh. Berlapis-lapis. Sebenarnya tidak. Bila ditanya pada para pemakai tudung labuh, mereka menjawab langsung tidak panas seperti yang disangkakan. Malahan, terasa nyaman sahaja dan cukup selesa. Mudah dipakai, ringkas, tidak perlu buang banyak masa pusing-pusing macam shawl dan pashmina.

3. Semestinya, bila kita ikut cakap Allah, Allah bagi kita pahala. Bila tutup aurat, dapat pahala tutup aurat. Bila tutup aurat dengan seikhlas hati pula, berlipat ganda pula ganjaran yang Allah bagi. Syurgalah akhirnya bila istiqamah, insyaAllah.

4. Sejuk mata memandang. Qurratu 'A'yun. Sejuk di mata dan di hati. Sekaligus label solehah tu ditampalkan sekali pada mereka yang bertudung labuh sempurna. Tidak hairan bila ada yang sampai labelkan sebagai ustazah. Mereka layak untuk itu. Sebab faham, agama Islam mesti tutup aurat. Faham ilmu agama. Jika dah faham ilmu agama, sampaikanlah. Baru real ustazah.

5. Bila dah tutup aurat, bukan sahaja sejuk di mata kita tapi juga menjaga maksiat mata. Menjaga mata lelaki dari bertambah dosa. Lelaki pun segan nak menatap dan memerhati orang yang mereka anggap solehah. InsyaAllah, lelaki jahat dan miang juga akan menafikan niat jahat mereka itu terhadap anda.

6. Ya. Siapa berani menidakkan kecantikan, keayuan, kejelitaan, kecomelan, kesopanan yang lebih terserlah bila memakai tudung labuh dan menutup aurat dengan sempurna? Ini bonus tambahan yang kamu dapat bila lakukan yang Allah suruh.

7. Ikut kata al-Quran bererti ikut syariat Allah. Syariat Allah pula ditaati oleh Rasulullah SAW dan perlu dipatuhi oleh seluruh umatnya. Bererti, kita bukan sahaja sudah ikut Allah, tapi ikut sunnah Nabi SAW. Tahniah.

8. Siapa kata hanya telekung solat sahaja boleh digunakan untuk bersolat. Tidak. Pakai tudung labuh, kemudian bahagian-bahagian lain tertutup dengan sempurna auratnya, maka boleh terus guna buat solat. Pastikan pakaian betul-betul suci dan bersih. Pakaian yang bersih tanda akhlak yang cantik.

9. Kita sentiasa mahu orang hormat kita. Tapi jika kita tak hormat diri kita dengan mendedahkan aurat, gedik, tidak jaga maruah, siapa akan hormat kita? Jadi, bertudung labuh ini boleh mendidik diri supaya lebih menghormati diri sendiri. Bila diri sendiri dah dihargai dan dihormati, nescaya orang sekeliling juga akan menghormati diri kita.

10. Seterusnya, menyihatkan badan. Dari segi kesihatan pula, boleh melindungi diri dari sinaran terik cahaya matahari yang boleh merosakkan kulit, menjaga warna kulit, mengelakkan dari debu dan kuman dan sebagainya. Anda lebih arif dari saya dari segi kedoktoran.

11. Malu itu bunga iman. Dengan menutup aurat dan bertudung labuh, bererti kamu masih ada rasa malu terhadap Allah. Malu terhadap diri sendiri, malu terhadap masyarakat sekeliling. Malahan malu dan bimbang Islam dimalukan kerana imej umat Islamnya yang gagal menjaga bab aurat.

12. Secara tak langsung, bertudung labuh dan berakhlak mulia insyaAllah menarik perhatian orang lain untuk mencintai Islam. Menjadi suatu cabang dakwah dengan perbuatan. Besarnya pahala bila niat untuk menyebarkan dakwah Islam kepada masyarakat sekeliling.

13. Mereka yang bertudung labuh, layak dijadikan isteri. Ciri-ciri yang sukar dicari di zaman penuh maksiat sekarang. Satu dalam seribu. Jika dia dah terbuka hati pakai tudung labuh, bererti dia mudah menerima nasihat agama. Orang yang mudah dan rela menerima nasihat agama adalah orang yang terbaik untuk dijadikan isteri.

14. Tanda-tanda dan amaran awal ke arah menjadi orang yang bertaqwa. Taqwa bermaksud takut pada Allah. Dia pakai kerana takutkan Allah, bererti dia sudah punya rasa taqwa dalam diri. Orang-orang bertaqwa disebut acapkali dalam al-Quran sebagai calon ahli Syurga.

15. Bukan nak tunjuk baik. Ya, bila kita pakai dengan ikhlas bermakna kita bukan nak menunjuk-nunjuk. Sebenarnya orang yang pakai tudung labuh ni, kebanyakannya nak berubah untuk jadi lebih baik. Salahkah untuk jadi orang baik? Tidak. Orang yang memperbaiki dirilah yang dinanti-nanti oleh Allah dan Rasulullah di akhirat untuk diberikan ganjaran Raudatul Jannah ( kebun-kebun Syurga ).


Read More...

Monday, February 13, 2017

Bagaimana Jadi Dropshipper Berjaya (Finale)

Publish on : Monday, February 13, 2017 There is : 0 Comments Labels : , , , ,

F I N A L E
#IamEXCLUSIVEdropship

cukup 7 part dikongsikan termasuk finale ini.
saya doakan semoga setiap part yang dikongsikan memberi manfaat pada setiap yang membaca.

Dan secara tak langsung memberi semangat untuk peniaga2 baru yang bermula sebagai dropship berazam dan yakin bahawa dia pun boleh berjaya suatu hari nanti.

Dan yang paling penting, praktikkan apa yang dikongsikan part 1-part 7.
Andaikata tak ingat, boleh klik #iamexclusivedropship dan akan keluar semua part.klik save post tersebut untuk rujukan akan datang. saya izinkan untuk berkongsi dengan dropship2 anda ilmu tersebut.

Yang penting follow saya di fb hahahaha =P

Lumrah manusia, kita suka bersaing. kita nak menjadi yang terhebat. Pilih untuk bersaing secara sihat. Dalam group kita, kita ajak dropship2 lain bersaing dengan kita tengok sapa yang berjaya upgrade naik ejen dulu.

Selain tu, siapa yang dah berjaya naik ejen , jangan kondem yang masih dropship.keep on bagi semangat !

finale part ni saya nak setiap dropship rancang untuk masa depan.
Bukan bisnes setakat main2.Tak nak sekadar jadi dropship sahaja.

Apa yang perlu dilakukan sekarang untuk kegunaan masa depan?
1- Setkan tarikh last untuk diri sendiri jadi dropship. Sampai tarikh tu,dia kena dah ejen dah. Pasang strategi ikut part 2 yang saya kongsikan.

2- simpan database pelanggan.Sebab masa dropship ni,kita banyak berurusan direct pelanggan. simpan database BUKAN di dalam contact hp sahaja. kena ada hardcopy dan softcopy jugak.

ssediakan satu buku khas untuk pelanggan sahaja,
kalau softcopy simpan dalam excel ja.

bil I nama I no telefon I negeri I produk

produk apa yang dia beli dengan kita supaya bila kita dah upgrade ejen, mudah kita nak fup dia untuk aproach dia jadi dropship produk tersebut.

3- Bina engagement dengan pelanggan dengan cara yang simple seperti bila dia pm kita, kita kata..boleh kita sembang di wassap? lebih senang kan..

tujuan untuk dapatkan database dia.
dan bina engagement walaupun dia tak beli atau tak repeat order dengan ucapkan selamat hari raya, selamat berpuasa, jaga kesihatan di cuaca yang panas ni..

bawah tu pastikan letak nama facebook kita yang kita brandingkan.

kalau guna facebook, bina engagement dengan like serta komen di wall dia.

4- Rekod kewangan kita.
Jaga simpanan kita, simpan dulu perangai nak shopping yang kononya rewards diri tu. rewards diri bila capai target hanya sekali sahaja. tapi jangan sampai rewards sampai habis simpanan untuk masa depan bisnes kita!

dan jangan sampai setiap minggu rewards diri last2 duit nak rolling bisnes takda!

Ramai peniaga lemah sangat2 bab ni. kalau nak bisnes long term,untuk masa depan kena start dari dropship rekod kewangan , dan jaga aliran keluar masuk . nak lebih detail kena banyak membaca dan belajar daripada orang yang ada simpanan banyak. Banyak strategy yang boleh follow. ikut keserasian kita nak pilih strategy mana.

ok semua?
suka dengan finale part ni?

boleh dapat 1k like ke posting ni?
;)


Read More...

Bagaimana Jadi Dropshipper Berjaya (part 6)

Publish on : Monday, February 13, 2017 There is : 0 Comments Labels : , , , ,

I AM EXCLUSIVE DROPSHIP
Part 6

Biasa dah sekarang ni ,dropship mesti diletakkan dalam satu group untuk mudah leader guide atau announce . Tak kira lah group telegram atau group wassap atau group facebook.

Majoriti suka masuk dan dengar ja apa yang disampaikan.
Tak da orang share, maka senyap la dia pun.
Tak pasti sebab kurang keyakinan diri kot .Bermula dari dropship kan.

Sebab tu dari part 1 saya tekankan apapun bermula dari diri sendiri.
sebab part 6 ni apa yang saya nak anda buat untuk jadi exclusive dropship adalah AKTIF dalam group support !

Aktif macam mana yang saya maksudkan
1- bila masuk dalam group ,perkenalkan diri dan mohon tunjuk ajar la kan.

2- kalau group facebook atau telegram yang boleh scroll, geledah dulu cari apa yang dikongsikan.

3- bila dah baca, klik like dan komen supaya admin group alert kita dah baca.

4- Biasa admin group adalah leader kita,kita nak leader kita tau kita memang dah baca dan kita bukan kategori semua benda nak tanya,padahal dah share dah.. ingat! leader cukup suka dropship kategori ni. berdikari !

5- Bila ada cara baru yang kita dapat kenalpasti atau dapat teknik baru closed sales yang kita sendiri dah aplikasikan menjadi, rajinkan diri berkongsi dalam  group! jangan kedekut ilmu ! Lagi kita share, lagi Allah murahkan rezeki kita tau! lagi satu leader semakin kenal kita! cuba bayangkan kalau dalam group tu ada berpuluh atau beratus orang, ingat leader nak cam ke sorang2?kita bukan nak raih perhatian untuk bodek ke apa..kita nak dia sedar kewujudan kita dan ketahuilah bila kita ni banyak memberi dalam group, leader akan ingat kita, doakan kejayaan kita, silap haribulan dia akan pm personally untuk bg coaching personally.

6- Bila ada members lain yang post dalam group tanya sesuatu, involve dalam pertanyaan dia.. kalau tak tau, komen la maaf tak tau.. kalau tau, jawablah.. kalau dia kongsi kejayaan dia closed customer ,raikan!
"celebrate small succses! " kalau kejayaan kecik pun tak reti nak raikan, ingat kejayaan besar nak datang?

Apa yang saya kongsikan, apa yang saya pernah buat.
kalau dalam group tu nak mengata kita . Biarkan ja, asalkan kita ni bukan nya jenis duk post apa yang orang tak suka.

tau apa yang orang tak suka?

1- meseg berantai-
2- meseg kondem leader
3- meseg negative

orang tak suka la,dan jangan buat kalau tak nak orang tak suka kita.
Manusia boleh berubah, kita ja degil tak nak berubah.
kalau sebelum ni tak pernah nak buat 1-6 tadi, latih paksa untuk buat,lama lama akan semulajadi nak buat.

sebenarnya ni bukan untuk dropship ja tapi untuk semua.
Tak kira ejen
tak kira stokis.

#IamExclusiveDropship


Read More...

Bagaimana Jadi Dropshipper Berjaya (part 5)

Publish on : Monday, February 13, 2017 There is : 0 Comments Labels : , , , ,

I. am Exclusive Dropship
Part 5

Saya nak ucapkan terima kasih pada yang setia follow topik i am exclusive dropship dari part 1- 5 ni.

Apa yang saya kongsikan, saya cuba refresh balik apa yang saya buat dulu. Percayalah, setiap orang yang mungkin di mata anda "senang" sekarang melalui perit yang amat suatu ketika dahulu.

So , jika sekarang anda lalui peritnya nak berniaga di facebook, mungkin itu tanda2 anda akan berjaya nanti�� dengan syarat, Teruskan usaha!

Ketika saya create facebook yang sekarang ni guna ni, dulu namanya Dms Showcase. kononya tak nak kawan2 nurse saya tau saya berniaga, dan nak asingkan personal dan berniaga, last last semua aktif dalam ni ja yang kini ditukar nama MMarziana Shukri

so apa yang saya buat untuk tambahkan kawan dalam facebook adalah , saya add 10 orang setiap hari.

Saya masuk dalam group yang related , saya add ja  10 orang setiap hari. ye la, kalau friends di facebook ada 1000 ja, dan yang nampak posting kita 10% daripada jumlah friends tu, baru 100 orang. Dan 100 orang yang nampak tu katakanlah 10% yang klik like posting kita, baru 10 orang, yang membeli keberangkalian seorang ja!

so nak potensi pelanggan ramai, kena ramai la kawan. Dan bila dah add friends, setiap hari luangkan masa dengan seorang kawan.

caranya macam mana?

Like posting dia,
Komen posting dia,
pm dan ucapkan terima kasih approve kita dan sembang2 la tanya duk mengenai masing2 TaNPA menjual!

Tapi biasanya nak pm ni awal2 ja saya buat, bila dah dapat pelanggan, saya akan luangkan sehari untuk seorang pelanggan. sebab tu lah majoriti kawan saya masa awal saya bisnes adalah pelanggan saya.

Dari pelanggan -> sahabat.

Ini kita kata bina engagement, dan silaturrahim tanpa niat menjual. Orang sekarang suka pm terus menjual! �� tu orang unfrienda balik tu!

Berdasarkan pengalaman saya, bila kita dah bina rapor yang bagus dengn pelnggan kita tadi, mudah untuk dia suggest pada kawan2 dia untuk beli dengan kita dan juga mudah untuk dia timbul minat dan nak berniaga dengan kita.

kalau tak percaya apa yang saya katakan, saya tag terus seorang ni yang kini ejen ssc, Kami mula kenal masa zaman saya berniaga sengkuang calit lagi!


kalau faham klik like ��
#IamExclusiveDropship


Read More...

Saturday, February 11, 2017

Bagaimana Jadi Dropshipper Berjaya (part 4)

#IAmExclusiveDropship
Part 4

Facebook profile ni kita anggap macam kedai kita.

dan wall kita tu ibarat muka depan kedai kita yang kita kena buat nampak menarik supaya orang suka lalu depan kedai kita dan bertuahnya dia akan masuk membeli.
Masuk membeli ni ibarat dia PM kita.

sebab kita nak nampak exclusive, kita bukan sekadar kena jaga gambar profile FB kita, malah status pun di ambil kira.

Saya rasa semua dah sedia tau waktu pagi sesuai posting kata2 motivasi .
waktu hampir lunch ,promosikan produk.
Waktu petang kongsikan sesuatu yang menarik seperti lawak jenaka dan malam boleh promosi dan juga sharing kerana malam trafik paling tinggi orang buka facebook.

isu paling biasa diterima ,
" kami tak tau nak buat ayat"

untuk kata2 motivasi dan lawak jenaka , anda google ja atau boleh copy paste dari page2 yang beratus ribu like @ juta like.

Macam saya sendiri, saya suka page prof muhaya dan dr fadzilah kamsah.

bila saya baca status beliau yang saya rasa "terkesan" dan sesuai untuk saya post di wall, saya akan post.

Letakkan credit atau tag nama fb beliau di bahagian bawah.  Walaupun mereka tak pernah isukan kenapa copy atau wajib kena kredit . kita letak juga sebab hormati idea yang diilhamkan. Tapi kalau ada yang memang tak suka kita copy dan credit, dia nak share ja boleh.. kita hormati apa dia nak , ok? ��

Bab nak promote produk ni , awal2 berniaga adalah normal untuk tak pandai karang ayat. Usah susah hati.

yang penting elakkan tanda seru dan tanda soal berulang kali  walaupun kita sangat teruja.

Dalam masa yang sama, setiap kali baca status orang lain promosikan produk yang ramai orang komen dan like cuba perhatikan cara dia posting.

Tak apa, ini adalah proses pembelajaran. Yang penting berani untuk mulakan. Lepas tu belajar la dari guru yang mahir dalam bidang copywriting��

lama2 kita akan mahir, Insyaallah. Doa pada Allah, ilhamkan idea pada kita dan buka minda kita supaya mudah faham dan boleh praktikkan terus.

semuanya dengan izin Allah. Kalau dah belajar dengan guru sehebat mana pun berkaitan copywriting tapi Allah tak buka minda kita untuk mudah faham, susah tu. Sebab tu bila belajar, kena tau adab berguru .

Memang ilmu yang guru kita beri tu , bukan milik dia, milik Allah . Tapi Kenapa Allah ilham kan pada dia bukan kita? ��

Hormati guru bukan bermaksud bodek, tapi jaga air muka guru, doakan guru, hargai apa guru beri idea pada bisnes kita, .

Guru manusia biasa yang kadang2 ada buat salah dan silap juga. Kita follow apa yang kita boleh follow. Tak perlu mengutuk guru. Kita bukan nak penghargaan dari guru tapi kita nak keberkatan dari Allah. Bila Allah berkat ilmu yang kita dapat, kita buat sikit ja.Hasil sangat superb.

bayangkan, kisah dropship exclusive ni, Allah ilhamkan saya ketika saya iron baju ja tau��. Allah nak beri ilham ni dekat mana2 pun boleh dan syukur boleh karang sampai part 4 ni pun Allah hadirkan ilham untuk menulis supaya anda yang baca ni dapat manfaatnya.

Hebat kan Allah? ��
Terima kasih Allah.
Percayalah, anda adalah insan yang Allah pilih untuk baca dan posting ni ��

jika terkesan dengan part 4 ni
komen bawah
Terima kasih Allah ��



Read More...

Bagaimana Jadi Dropshipper Berjaya (part 3)

I Am Exclusive Dropship
(Part 3)

Bila kita bermula berniaga online, kita kena setkan ini permulaan branding kita.

Kenapa perlu branding dari awal?
supaya orang ingat kita
supaya orang ingat kita
supaya orang ingat kita

apa jadi bila orang ingat kita?
✔️orang akan cari kita bila dia nak beli produk tersebut.
✔️Customer yang dah beli akan mudah rekeman kita dekat kawan2 dia .
✔️orang akan selalu masuk wall kita.

Kalau kita TAK bermula dari dropship branding diri, bila kita nak bermula?

Time stokis baru nak branding? Lambat dah...

kita kan suka cepat
nak duit pun nak cepat
so kena usaha dari awal la
kalau tengah baca ni tak mula lagi camna?
nak mula dari bila?

S E K A R A N G!

macam mana caranya?

Profile picture, letak lah gambar diri. Allah dah cipta wajah kita cantik, kenapa nak malu2 letak gambar kucing? Kenapa nak letak gambar kereta? Manusia ni suka tengok dengan siapa dia berurusan.

Melainkan kalau pakai niqab, dan memang tak nak letak wajah sendiri, letaklah logo nama. Buat dari awal logo nama sendiri. Saya dulu brandkan " dms showcase" sehingga facebook suruh tukar nama, saya terpaksa brandkan nama marziana shukri pula.

penting sangat ke  gambar facebook profile ni?
yup sebab tu first impression orang dekat kita. Bila kita komen di wall orang pun akan nampak muka dulu.

Ada orang yang memang setahun sekali ja tukar gambar profile picture dia . Sampai orang ingat nama dan gambar dia.

gambar profile picture sangat penting!
Satu part ja sentuh pasal gambar profile picture ni.

Kalau nak lagi exclusive, ambik gambar dari studio. Lagi orang rasa ni tak macam dropship ni..

boleh semua?
Bagi yang dah tau dan dah buat. Ni revision la ya. bagi yang belum ni sangat penting ya.

Next saya up pasal status plak ya.
Ramai dropship kata , " saya tak da idea nak up status apa"
"saya tak reti nak karang ayat"

Bersambung part 4



Read More...

Bagaimana Jadi Dropshipper Berjaya (part 2)

Publish on : Saturday, February 11, 2017 There is : 0 Comments Labels : , , , ,

I AM EXCLUSIVE DROPSHIP
(Part 2)

dah baca part 1?
kalau belum, kena baca part 1 dulu.

Saya perasan majoriti kesilapan dropship yang nak untung besar adalah jual banyak2 produk.

Dah jual produk A, lepas tu jual plak Produk B.Nampak plak ni margin produk C  tinggi,jual jugak. Esok lusa nampak produk D plak dah. Eh eh ada peluang baik ni, ambik la dropship produk E plak.

Last last pening tak tau nak promote yang mana satu��

ok sebenarnya tak salah nak jual produk lebih pada satu. Maximum saya bagi 3 ja untuk anda yang macam2 rasa best ni.

1 - pilih produk yang margin rendah tapi orang senang beli. Contoh keuntungan rm1 tapi orang sekali beli 5 dan orang tak ralat nak beli.

2- Cari produk yang margin tinggi,  walaupun sorang ja customer beli tapi sedap.

3- cari produk yang margin tengah2.

Saya faham dropship ni sebenarnya nak cari duit untuk bayar sewa rumah, untuk bayar kereta, untuk beli barang anak sebab saya pun pernah di situasi yang mana dapat profit dari dropship berapa ratus sebulan pun dah melompat seronok.

Dan saya faham bukan hangpa saja saja nak jual banyak2 produk, hangpa baru nak start meniaga, friends facebook pun baru berapa ratus, hat ada tu pun belum tentu lagi nak support kan.Dan hangpa perlukan duit untuk bulan tu, so hangpa rasa mana ja ada peluang, hangpa grab.Tapi bila berlambak sangat pun,  hangpa pun pening satgi.

Dan walaupun 3 produk tadi,  hangpa kena menjiwai apa pelanggan nak dengan produk tu.

Cara paling mudah, try dulu sendiri ok��.Masa saya awal2 jadi dropship, saya hanya jual 3 produk sahaja, Namun saya akan fokus promote pada produk yang mana satu senang dapat jualan.

lagi 2 produk tu backup dalam album photo.Buat asing2 album.

untuk produk mana satu dulu saya nak naik ejen, saya akan pilih produk yang selalu dapat customer, untuk dapatkan margin yang besar.

Biasa kategori produk A ni modal ejen tak tinggi sebab produk murah. Dalam lingkungan RM200-300

so kerja saya adalah rekod setiap kali ada customer beli. Berapa dia bayar, berapa modal bayar dekat suplier, berapa profit saya.

supaya saya alert berapa dah dalam saving saya.Dan saya mudah untuk buat pengiraan  Kalau saya nak naik ejen dengan cepat, saya kena dapatkan berapa orang pelanggan supaya profit tu cukup untuk saya upgrade ejen.

faham kan?
Dan saya tak aim rewards diri nak beli apa2 untuk saya.

TAK!

saya fokus untuk kumpul modal naik ejen.Kalau lah saya nak jadi ejen untuk produk A, dan nak tunggu profit produk A lambat sangat, profit produk B secara tak langsung membantu saya untuk cepatkan lagi upgrade ejen.

katakanlah profit produk A RM 1
sekali orang beli dapat RM5

produk B Profit RM50

produk C profit RM15

dan saya nak naik ejen untuk produk A dulu sebab kos ejen rendah iaitu RM100 dan selalu dapat pelanggan serta margin bila jadi ejen jual dekat pelanggan RM5.

maka saya hanya perlu dapatkan pelanggan produk B 2 orang sahaja.

faham kan contoh saya?

Bila matlamat  dan cara pun jelas. Kita  akan usaha untuk closedkan pelanggan.Kita takkan buat bisnes kita main main.

kalau dari dropship hangpa dah start merekod jualan dan disilpin bab kewangan serta teliti dengan perancangan apa yang hangpa nak jual.

Hangpa akan jadi stokis yang superb nanti sebab percayalah,  berapa ramai stokis yang tak rekod pun jualan depa. Ada yang rekod time rajin ja.. lepas tu gaduh,  awat la tak jadi jutawan.

Credit to Marziana Shukrikri



Read More...

Bagaimana Jadi Dropshipper Berjaya (part 1)

Publish on : Saturday, February 11, 2017 There is : 0 Comments Labels : , , , ,

I AM EXCLUSIVE DROPSHIP 
(Part 1)

kenapa kita nak orang nampak kita TAK macam dropship?
Kita kena faham, apa persepsi orang pada dropship.

✔promote macam2 tu, dia la tu.
✔ setakat layan gitu2 ja.
✔Tak banyak ilmu di dada.

so ,bila kita faham persepsi orang, kita kena TUKAR jadi luar biasa dan nampak exclusive. Biar orang pm tanya kita plak, ada nak ambik ejen tak?

dan kenapa kita kena bagi nampak luar biasa dropship?
Supaya orang lebih yakin untuk berurusan dengan kita.Orang rasa kita ni macam hebat,macam pakar dan bukannya syok sendiri claim diri pakar dan hebat.

Sebelum start dengan lebih detail part 2- part 7
kena faham semuanya bermula dari diri kita sendiri!
Bukan dari orang luar.

Bila diri sendiri dah dibajakan dengan semangat yang kental, matlamat yang jelas dan reason yang kuat.Biar apa orang kata, kita dah tak ambil peduli!

Majoriti dropship selalu down kan diri sendiri dengan
"aku tak da modal, dia boleh la suami kerja gaji tinggi"
"aku tak reti meniaga,dia tak pa la dulu belajar dekat u pasal bisnes"
"aku suri rumah ja, nak buat suka suka ja, "

bila masing-masing dah setkan benda ni dalam diri, memang macam tu la rezeki nak masuk pun! Sebab tak bersedia untuk menerima rezeki yang besar!

Tapi dalam hati nak jadi jutawan, buat kerja halai balai !

so, kalau dah bersedia nak step ke 2,
mulai sekarang, dah baca status ni kan?

setkan dalam minda,
setkan dalam hati,
setkan dalam jiwa,

✔walaupun aku takda modal sekarang, aku akan kumpul modal melalui dropship untuk naik ejen kemudian stokis!
✔walaupun aku BELUM reti berniaga, aku akan skodeng wall orang yang suka share ilmu, setiap hari supaya aku baca dan aku terus buat,kemudian aku dah ada modal lebih,aku akan belajar untuk bisnes aku!
✔walaupun aku suri rumah, tapi gaji aku besar daripada orang bekerja!

Kenapa aku kena upgrade jadi ejen kemudian stokis.
Bukan sebab aku gila pangkat.
1- aku nak keuntungan yang tinggi
2- aku boleh bina legacy aku , ada ejen bawah aku, ada dropship bawah aku.
3-bila aku ada dropship nanti, aku akan share plak apa yang aku dah buat dulu sebab aku yakin "bila aku bantu orang lain berjaya, Allah akan bantu aku "

Credit to :Marziana Shukrii


Read More...

Wednesday, February 08, 2017

Foundation Miracle Flawless by Mira Filzah


Foundation Miracle Flawless Mira Filzah by Bellessa


Berita baik buat semua penggemar foundation jenis matte
Kini terdapat foundation bakal terlajak laris iaitu
Foundation Miracle Flawless oleh Artis Terkenal Malaysia iaitu Mira Filzah

Siapa tidak kenal beliau bukan?


Foundation Mesra Wuduk 2 in 1 
ini dikatakan 


✓ Mampu melembapkan wajah,
✓ Dijamin pakai tidak "crack" bedak tersebut
✓ Lagi peluh, lagi glowing
✓ Menutup cela dan jeragat dengan sapuan nipis


WAJIB TRY DAN HIGHLY RECOMMENDED.😁👍🏻

Kiri: Natural, Kanan: White Pink (Mira Filzah pakai WP)

Harga : RM60 tidak  termasuk postage.

RM67 SM / Rm70 SS 
(harga siap postage untuk order 1-2pcs)

👉🏻 Warna foundation:
1. Natural - untuk kulit sawo matang/brown skin. 
2. White pink - untuk kulit cerah. ( Mira Filzah guna white pink )

👉🏻 Berat Foundation: 10gm
Made In Malaysia.
👉🏻 Lulus KKM.




👉🏻 Ramuan Utama Foundation Miracle Flawless:
1) Collagen
2) Vit A,C & E
3) Water Based
4) Serbuk Mutiara
5) Seed Anggur
6) Olive, Rose & Aloe.


Paling Penting Tiada PARABEN!
Tiada SILIKON!


👉🏻
Kenapa ANDA patut MEMILIH FOUNDATION MIRACLE FLAWLESS MIRA FILZAH by Bellessa?


1) Lulus KKM & Perlindungan UV dengan SPF 35.
2) Kulit kelihatan cerah sekata dan halus.
3) Foundation yang cepat meresap ke kulit.
4) Tidak berminyak/ menyerap minyak dan tahan lama.
5) Membantu menutup parut jerawat dan warna kulit tidak sekata.
6) Water Based berasaskan air foundation yang berasaskan air, mudah ducuci dan wudhu friendly (mesra solat).
7) Tekstur ringan dan halus,kalau senyum uolls jangan risau, takda "crack" kalau senyum. Heee
8) Wangi dan mudah disapu. Tak perlu nak "tepek" banyak2. Sapu nipis2 pun dah cover 1 muka.
9) Direka bukan sahaja untuk perlindungan, tetapi untuk membuat anda kulit kelihatan lebih muda,cerah, tak buat kulit cepat berkedut kerana kerap menggunakan solekan.
10) 2 warna foundation yang dikeluarkan tidak terlalu putih dan tidak terlalu gelap. Serasi dengan warna kulit asia. White pink tidak membuatkan kulit wajah anda kelihatan terlalu putih sehingga nampak perbezaan sangat ketara dengan tona kulit tangan.


Apa Kata PENGGUNA?



Nak Cuba FOUNDATION MIRACLE FLAWLESS MIRA FILZAH ni?


OOPSS Tunggu DULU

Berita Baik buat anda semua 


PROMO PRICE Miracle Flawless by Mira Filzah



HARGA PASARAN 1 PCS - RM60.
TIDAK TERMASUK POSTAGE.

HARGA PROMO 1 PCS - RM49
TIDAK TERMASUK POSTAGE.

RM56 SM / RM59 SS SIAP POSTAGE.



Untuk tempahan

Hubungi saya


Emme Marina
Wakil Jualan produk Miracle Flawless MF
018-9100852


Read More...