7 Salah Faham Tentang Gula Stevia

INFO TENTANG TENTANG STEVIA  BAGI MENGURANGKAN KEKELIRUAN.

1. Ramai yang menganggap bahawa Stevia adalah ubat diabetes. Stevia bukanlah ubat yang menggantikan ubat diabetis. Oleh itu ia tidak seharusnya digunakan sebagai pengganti ubat mengawal gula dalam darah. Stevia adalah pemanis natural yang membantu pesakit diabetes untuk meninggalkan gula pasir jika masih tidak dapat menahan ketagihan gula. Dengan ini dapat mengurangkan kemasukan karbohidrate ringkas (atau gula dalam tubuh). Bila kemasukan gula dalam darah semakin sedikit dan terkawal, kawalan terhadap gula dalam darah semakin baik.

2. Ramai yang mengambil stevia, dalam masa yang sama mengambil gula pasir. Ini adalah suatu kesilapan. Ibarat kita mahu membersihkan kolam. Kolam akan tetap kotor jika masih lagi mengisikan dengan air kotor, walaupun kita telah menukarkannya dengan air bersih. Kita harus meninggalkan gula pasir terus. Dengan meninggalkan gula pasir (dan menggantikannya dengan stevia bila perlu), ia dapat memberikan kesan yang baik, terutama pada pesakit diabetis.

3. Stevia tidak perlu diambil seumur hidup. Ia harus diambil sehingga kita sudah biasa dengan hidup tanpa gula. Jika minuman kita terlalu pahit atau tawar dan kita tidak mampu minum atau makanan tanpa rasa manis, kita boleh letakkan setitik dua stevia. Jangan anggap kita perlu rasa manis seumur hidup dan perlu menggantikan gula dengan stevia selama-lamanya. Ramai pengguna stevia yang akhirnya menikmati makanan dan minuman mereka tanpa rasa manis setelah beberapa bulan mengamalkan stevia.

4. Untuk membiasakan minum atau makan tanpa gula pasir, saya cadangkan penggunaan stevia antara 4-6 bulan. Bila sudah selesa hidup tanpa gula dan boleh gunakan stevia sesekali jika perlu saja.

5, Stevia yang dijual adalah selamat. Ia lebih selamat dari aspartame dan gula pasir. Gunakan stevia dengan bijak. 

6. Ramai pesakit diabetes saya yang dapat mengurangkan gula dalam darah ke bacaan yang normal, apabila meninggalkan pengambilan gula dalam minuman dan makanan, dan menggantikan rasa manis dengan menggunakan stevia. Ia sangat berguna jika diambil bersama dengan konsep pemakanan diet Low Carbo High Fiber (LCHF).

7. Saya sendiri pengamal STEVIA dan sentiasa ada bekalan STEVIA dalam beg saya.

#dietdrzubaidi


Catat Ulasan

0 Ulasan