Bagaimana Jadi Dropshipper Berjaya (Finale)

F I N A L E
#IamEXCLUSIVEdropship

cukup 7 part dikongsikan termasuk finale ini.
saya doakan semoga setiap part yang dikongsikan memberi manfaat pada setiap yang membaca.

Dan secara tak langsung memberi semangat untuk peniaga2 baru yang bermula sebagai dropship berazam dan yakin bahawa dia pun boleh berjaya suatu hari nanti.

Dan yang paling penting, praktikkan apa yang dikongsikan part 1-part 7.
Andaikata tak ingat, boleh klik #iamexclusivedropship dan akan keluar semua part.klik save post tersebut untuk rujukan akan datang. saya izinkan untuk berkongsi dengan dropship2 anda ilmu tersebut.

Yang penting follow saya di fb hahahaha =P

Lumrah manusia, kita suka bersaing. kita nak menjadi yang terhebat. Pilih untuk bersaing secara sihat. Dalam group kita, kita ajak dropship2 lain bersaing dengan kita tengok sapa yang berjaya upgrade naik ejen dulu.

Selain tu, siapa yang dah berjaya naik ejen , jangan kondem yang masih dropship.keep on bagi semangat !

finale part ni saya nak setiap dropship rancang untuk masa depan.
Bukan bisnes setakat main2.Tak nak sekadar jadi dropship sahaja.

Apa yang perlu dilakukan sekarang untuk kegunaan masa depan?
1- Setkan tarikh last untuk diri sendiri jadi dropship. Sampai tarikh tu,dia kena dah ejen dah. Pasang strategi ikut part 2 yang saya kongsikan.

2- simpan database pelanggan.Sebab masa dropship ni,kita banyak berurusan direct pelanggan. simpan database BUKAN di dalam contact hp sahaja. kena ada hardcopy dan softcopy jugak.

ssediakan satu buku khas untuk pelanggan sahaja,
kalau softcopy simpan dalam excel ja.

bil I nama I no telefon I negeri I produk

produk apa yang dia beli dengan kita supaya bila kita dah upgrade ejen, mudah kita nak fup dia untuk aproach dia jadi dropship produk tersebut.

3- Bina engagement dengan pelanggan dengan cara yang simple seperti bila dia pm kita, kita kata..boleh kita sembang di wassap? lebih senang kan..

tujuan untuk dapatkan database dia.
dan bina engagement walaupun dia tak beli atau tak repeat order dengan ucapkan selamat hari raya, selamat berpuasa, jaga kesihatan di cuaca yang panas ni..

bawah tu pastikan letak nama facebook kita yang kita brandingkan.

kalau guna facebook, bina engagement dengan like serta komen di wall dia.

4- Rekod kewangan kita.
Jaga simpanan kita, simpan dulu perangai nak shopping yang kononya rewards diri tu. rewards diri bila capai target hanya sekali sahaja. tapi jangan sampai rewards sampai habis simpanan untuk masa depan bisnes kita!

dan jangan sampai setiap minggu rewards diri last2 duit nak rolling bisnes takda!

Ramai peniaga lemah sangat2 bab ni. kalau nak bisnes long term,untuk masa depan kena start dari dropship rekod kewangan , dan jaga aliran keluar masuk . nak lebih detail kena banyak membaca dan belajar daripada orang yang ada simpanan banyak. Banyak strategy yang boleh follow. ikut keserasian kita nak pilih strategy mana.

ok semua?
suka dengan finale part ni?

boleh dapat 1k like ke posting ni?
;)


Catat Ulasan

0 Ulasan