Bertemu Rakan Lama

Assalamualaikum

Hari ini tiba-tiba suami mengajak anak-anak bermain dan bermandi di kolam. Entah di manalah lokasi kolam di kawasan ini saya pun tidak pasti. Pantai memang dekat. Hendak mencari kolam untuk bermandi-mandi jauh biasanya.

Tetapi tetaplah saya siapkan pakaian anak-anak dan suami memandangkan saya memang tidak akan turut serta bermandi. Sudah siap semuanya kami berangkat pergi.

Hampir satu jam kemudian kami sampai. Ha, jauh jugakan? Rupanya ke sebuah resort. Terkejut jugalah kerana jarang suami mengajak untuk saja-saja ke resort ni. Walaupun tiba agak lewat, sekitar jam 6 petang tetapi anak-anak tetap gembira pastinya dapat bermandi-mandi di kolam.

Dalam saya menikmati pemandangan anak bermandi-manda bersama suami. Tiba-tiba saya terlihat seseorang yang amat saya kenali. Kelibat pertama saya ialah abang long saya, abang long MPP sebenarnya. Bila lihat kelibat beliau, perkara pertama yang terlintas di fikiran ialah mesti ada event ni. Politik sungguh pula pemikiran ni ye.

Tidak lama kemudian, saya mendekati suami dan anak-anak dari dekat. Sewaktu itu, suami maklumkan ternampak pula rakan saya yang suami turut kenali. Lagilah bertambah kuat instinct "event" saya tu. Dan benarlah, rupanya ada event alumni. Dan yang turut serta beberapa rakan yang saya turut kenali, dan amat mengejutkan bertemu dua rakan kelas saya sewaktu di universiti dahulu. Kami masing-masing memboyot, due date saya lagi seminggu sedangkan beliau lagi sebulan. Lawak sungguh lah.

Sambil menghabiskan masa berbual berdua. Sempat saya mengambil nombor telefon beliau. Alhamdulillah, sudah menjadi pensyarah rupanya. :)

Jam menunjukkan hampir 7 malam. Tirai siang hampir berlabuh. Kami perlu bersiap pulang. Dalam waktu pulang sempat menyinggah berjalan-jalan di tepi sungai, Riverside. Sempat juga anak-anak bermain lagi di taman permainan yang disediakan. Lihat orang ramai memancing ikan. Suasana yang tenang saya rasakan. Dalam hati pula, berharap agar saya dapat bersalin seawal mungkin. Apabila perut sudah semakin sarat dan tempoh matang kelahiran sememangnya kita mahu awal bersalin. Berat sungguh perut yang di usung. Lenguhnya amat terasa dari hari ke hari.

Tetapi apa pun jua harapan saya, doa yang paling saya pohon ialah agar saya selamat melahirkan anak ini. Dan semoga anak ini sihat walafiat dengan cukup sifat dan sempurna keenam-enam inderanya. Itu yang paling utama.

Doakan kami berdua ya. Semoga bertemu lagi di entri akan datang :)

Catat Ulasan

0 Ulasan