Review Foundation Miracle Flawless Mira Filzah dan 4D Foundation DMS360

Assalamualaikum, alhamdulillah sampai stok foundation miracle flawless MIRA FILZAH ke kita. Sebenarnya dah dalam pantang ni,masa parcel dapat tu baru sahaja selepas bersalin. Alhamdulillah, suami ada di rumah. Kalau tak, tak dapatlah nak review awal foundation ni.

Kalau nak tahu, Mira Filzah dah pun keluarkan tau foundationnya yang tersendiri. Boleh baca entri tentang foundation ni di link ni ye -" foundation miracle flawless mira filzah "

Saya cuba dua cara, satu tanpa 4D DMS360 foundation dan satu lagi dengan kehadiran 4D foundation.

Saya ceritakan sedikitlah tentang 4D Foundation DMS360 ni. 4D foundation ni merupakan produk dari syarikat DMS360. Bila pakai nampak muka natural seperti tak pakai apa-apa tau namun muka glowing gitu.

Contoh saya pakai 4D sahaja (gambar bawah).


Ni pakai 4D sahaja tau.

Haa, gitulah. Tak macam berbedak kan? Natural je gitu.

Tapi bagi yang suka nak buat finishing untuk basic foundation ni, boleh tutup dengan mineral loose powder atau foundation yang lebih pekat.
Sebab tulah, saya cuba Miracle Flawless Mira Filzah ni. Kawan baik sayalah ni, berkerja di syarikat yang buat foundation tu. Jadi saya pon joinlah sekali dalam team agen jualan foundation Miracle Flawless Mira Filzah ni. Haruslah mencuba produknya kan?

Ada dua jenis kaler. Saya pilih kaler white pink. Mira Filzah pun pakai kaler ni juga tau.




Alhamdulillah, dalam pantang pon melawa tau. Saya pakai selepas krim siang DMSONE.

Dari segi teksturnya, memang licin tidak kesat bermakna mudah disapu. Saya calitkan ke muka dan sapu rata seluruh muka dengan jari sahaja. Alhamdulillah, memang sangat mudah dipakai, ringan dan tidak melekit!

Walaupun, mula-mula rasa was-was. Bukan apa, saya pernah cuba satu foundation seperti ni juga. Natural kaler, memang ringan bila dipakai namun masalahnya seperti kesat dan tidak menutup cela dengan baik. Muka juga rasa tidak selesa. Harganya mahal sedikit daripada harga asal Foundation Miracle Flawless Mira Filzah ni.


Pakai MF tanpa 4D foundation
Pakai MF dengan 4D foundation

Cara memakai foundation jenis compact ni, cara yang betul ialah mula-mula pakai krim siang atau pelembap. Supaya muka tidak terlalu kering. Jadi bila dipakai, muka nampak sekata dan tidak bercapok ataupun pecah.

Bagi saya, saya pilih memakai foundation Mira Filzah dengan kehadiran 4D foundation. Tampak lebih glowing dan memang tidak berminyak kedua gabungan ni. Sebabnya saya pakai foundation ni dari pagi hingga petang tanpa cuci muka. Yala, berpantang mana solatkan. He

Nak cuba?

Belum cuba belum tahu ;-)



Catat Ulasan

0 Ulasan