Tuesday, March 14, 2017

Mula Berniaga di Shoppe

Bismillah.

Tahun 2017 kita mahu mendominasi pemasaran secara talian sepenuhnya. Online marketing.  Ianya tidak semudah atau sesukar yang disangkakan. Apa yang penting keinginan untuk mahu berjaya dan mengubah taraf kewangan keluarga ni kena kuat dan wajib kental. 

Tidak mengapa jika kita tidak pandai dan laju berfikir. Tetapi kerajinan dan rajin belajar itu bakal membawa kita ke arah kejayaan.

Menggunakan shoppe sebenarnya bukanlah di dalam senarai medium online yang saya gariskan. Mungkin kerana kita kurang pendedahan dan lebih teruja dengan Lazada. Sedangkan sebenarnya setelah join Shoppe ni, bagi saya kaedahnya adalah lebih baik berbanding Lazada.

Sebagai pembeli online tegar, menariknya mengenai Lazada ialah terdapat pelbagai koleksi barangan daripada barangan rumah, pakaian, elektronik dan bermacam lagi. Kaedah pembayaran juga mudah serta kebanyakkan barang adalah percuma penghantaran. Saya sendiri antara shoppers Lazada ni sebenarnya.

Apa bezanya Lazada dengan Shoppe Shop?

1. Apa yang Lazada tawarkan ada di Shoppe shop termasuklah servis penghantaran percuma dan jimat.
2. Shoppe shop memperkenalkan konsep mesra pembeli dan pelanggan di mana kita boleh berinteraksi secara terus.
3. Konsep followers yang menarik. Bermakna jika kita sukakan kedai tersebut dan mahukan update dari kedai,  kita boleh follow mereka.

Bagi saya konsep Shoppe ini sangat bagus kerana gabungan konsep Lazada dan Instagram.

Ada hashtag produk, followers dan chat. Dan kita sebagai penjual juga mendapati konsep Shoppe ini sangat membantu memasarkan produk jualan kita. Selain fungsi yang telah saya sebutkan, shoppe menawarkan fungsi "boost" produk secara percuma setiap 4 jam, rebate postage, dan anda boleh berniaga di Shoppe secara percuma sahaja!

Jadi tak perlulah tunggu tawaran seperti Lazada baru boleh masuk sebagai penjual kan?


Sudah mendaftar di Shoppe shop? Rugi tak daftar tahu.  Barangnya murah dan anda jika tidak yakin boleh terus hubungi penjual.  Hah. Bestkan?

Konsep belian secara terus, mudah dan selamat secara online.

 https://shopee.com.my/emmemarina 

Nak lihat bagaimana kedai online saya di Shoppe shop? Jomlah membeli belah di sini. Support saya tahu dengan klik follow :)

Terima kasih!


8 comments:

  1. Mudah tak untuk key in barang? Ada service charge ke? ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam wanie. maaf lewat reply. mudah sahaja proses di shopee. tiada hidden atau servise cas. bagi saya shopee mmg terbaik. urusan pengeluaran duit peniaga juga mudah. semuanya di depan mata anda :)

      Delete
  2. boleh bantu sy cara yg btl utk berniaga di shopee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai anizah, insha Allah boleh. Niza boleh terus whatsapp saya di 0189100852. Jika kelapangan nanti saya buatkan tutorial juga, insha Allah

      Delete
  3. kalau berniaga di shopee, pengeluaran duit peniaga akan diberi selepas brg sampai ke tgn penerima ke? maksudye kita perlu dulukan duit kita jika kita hanya dropshipper yg menjual di shopee?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika anda dropship anda harus dahulukan duit ke supplier. Paymen kepada anda akan direleasekan setiap hari rabu (perlu setting) dan hanya apabila pelanggan selamat menerima. Ada juga pelanggan yang tidak tekan butang terima namun kita sudah proses order dan lakukan pengeposan tetap duit akan dimasukkan ke akaun kita di shopee. cuma lewat atau cepat sahaja. Lagi cepat pembeli menekan received maka cepatlah anda terima wang tersebut. Namun, duit akan masuk dahulu ke ewallet kita di shopee dan barulah ke akaun bank kita.

      Delete
  4. Salam kenapa shoppe sy bermasalah bila orang nk bt pembayaran

    ReplyDelete
    Replies
    1. seharusnya tiada masalah sis. sebab cust direct ke shopee bukan akaun kita. selagi shopee tiada masalah selagi tu semua pembayaran berjalan lancar. mungkin pembeli yang tidak tahu caranya. ada banyak cara boleh dibuat di shopee

      Delete