Saturday, April 22, 2017

Sambutan Hari Jadi Qaireen dengan Kek Red Velvet yang amat Sedap dan Murah!

Publish on : Saturday, April 22, 2017 There is : 0 Comments Labels : ,

Tanggal 21 haribulan April merupakan tarikh anak ketiga saya. Diberi nama Qaireen. Sangat comel, tetapi nakal dan gengster budak sorang ni. Hehe

Sebenarnya tidaklah merancang untuk menyambut hari jadi Qaireen cumanya mencari jugalah kek sebagai tanda meraikan hari tersebut. Tanya kawan yang saya selalu order kek dengan beliau, katanya jika order kek hantu saiz 7 inci RM65. Jika red velvet pula premium mencecah harga RM90. Aduhai, mahal tahu.

Dalam fikiran ni anggaran sebuah kek yang saya mahu belikan ialah dalam jangkaan RM 30 ke bawah. Bukan kedekut. Haha. Tapi bermulanya hari jadi Qaireen selang 2 minggu berikutnya dan berikutnya lagi ada lagi 2 hari jadi nak disambut. Suami dan anak kedua pula.

Dipendekkan cerita, Allah maha baik mendengar dan memakbulkan doa saya. Tiba-tiba sahaja semasa saya browse di grup facebook. Ada ternampak iklan kek, kek kukus tu lah. Kek hantu la, kek coklat moist la. Ada banyaklah dia jual. Harga juga murah dan kebetulan disebut area cod kek tu memang di area rumah saya. Ha. Terus wasap rakan ni.

Disebabkan banyak pilihan kek yang dijual ada kek kukus dan cheesekut, jadi saya pilih 4 jenis kek saiz kecil, harganya RM 6 sahaja. Bolehlah tu kan. Mana tahu sedap boleh order lagi. Lagi pula kami anak beranak sangat suka makan kek.

Hari jumaat semalam memang sibuk, saya mula memasak awal kerana tengah hari akan keluar untuk urusan Sedekah Jumaat di rumah anak-anak yatim. Pagi-pagi tu dah buat banyak kerja, memasak tengah hari supaya suami dan anak-anak dapat makan awal apabila saya tiada nanti di rumah. So, dalam jam 4 gitu baru kek sampai. Jadi okaylah.

Pagi tu ada request dari rakan ni dan bual dengan dia pasal nak sambut hari jadi anak. Dia pun beritahulah ada dia buat kek saiz besar harga pun masya Allah murah! Saya tengok dari gambar dia bagi memang tak boleh nak imagine saiznya bagaimana. Setuju ajelah. Saya tukar kek red velvet cheesecake tu kepada saiz besar dan request untuk tulis sebenarnya. Tapi dia tak reti lagi sebab baru juga mulakan bisnes kek ni. Kita pun fikir-fikir, okaylah apa kata buat bentuk love di atas kek ni. Jadilah kan?

Dapat je petang tu, memang cantik deko yang dia buat. Siap bagi lilin 3 batang dan "happy birthday" tu. Terharu juga tahu.

Memang besar saiz kek ni. Sebab tu saya kata murah sangat-sangat. Rasanya? Sedap. Memang sedap. Kek red velvet biasanya padat dan berat tetapi moistkan? Krimnya masam-masam.

Korang lihat ye, saya potong keknya.


Amacam? Seriusly saiz kek ni sangat besar dan harganya sangat murah dengan rasa yang menepati citarasa saya. Bagi saya setanding dengan rasa kek velvet yang biasa saya makan. Biasanya satu slice sudah mencecah RM 10 ke RM 13. Saya tidaklah kata kek ni sama tarafnya sebab tetap berbeza dengan kek red velvet premium. Tetapi sebab rasanya yang sedap, padat dan krim yang menepati rasanya. Mengujakan. Insha Allah, memang konfirm repeat order.

Akhirnya, kami raikan hari jadi Qaireen di Old Town White Coffee. Dah lama tak makan di sana. Teringin pula nak makan noodle. Ada Pan Mee sup apalagi.. Makanan kegemaran saya tu tau. Pan mee sup. Rindu pula kenangan makan Pan Mee sup di Midvalley Megamall. Dekat sini memang sedap-sedap makanannya.

Alhamdulilah. Semalam memang hari yang amat seronok. Nanti saya kongsikan tentang program sedekah jumaat anak yatim kami ya?

Tunggu..


Read More...

Kad Astro Rosak

Publish on : Saturday, April 22, 2017 There is : 0 Comments Labels : , ,

Assalamualaikum, minggu lepas televisyen kami rosak. Dijadikan cerita harus hantar tv baiki jadi buat seketika kami tidak memiliki tv untuk melihat siaran astro. Ada pula sahabat suami yang baik hati pinjamkan kami tv disebabkan weekend kan bosan pula tiada siaran. Jadi bila dah pasang kelengkapan tv dam astro. Tiba-tiba, tiada siaran yang keluar. Yang keluar 2 benda ni:

1) Skrin jadi biru & ada segi tiga kuning kat atas belah kiri camni ⚠️
2) Tertulis di bawah skreen "Sila masukkan Kad Pintar Astro yang betul dengan anak panah menghala ke atas (S2)". Dah try 3,4 kali keluar masuk kad pun still sama.

Kemudian saya ambil pemadam dan bersihkan cip kad tersebut. Cuba lagi masih tak berjaya. Pada masa sama, cuba telefon pihak astro. Ya Allah, 3 kali telefon masa menunggu lebih kurang 4 ke 7 minit satu panggilan tiada siapa pon menjawabnya!

Disebabkan kelewatan customer servise astro akhirnya saya google untuk cari solusi. Dan terjumlah beberapa cara. Tunjukkan pada suami. Dia pon buat.

Di blog tersebut ada tunjukkan cara lihat sama ada kad astro ini boleh dikenalpasti atau tidak oleh decoder. Caranya untuk semak ialah pergi ke Home > Setting > STB Diagnostic > tengok Smart Card No > 0000 0000 0000 (means decoder tak detect kad tu)

Memang nampak la nombor Smart Card Astro tu kosong. Takkan rosak pulak?

Apa suami saya buat. Dia tekan reboot pada sistem astro tu. Di STB diagnostik.

Alhamdulillah!

Terus dapat siaran! Jadi kepada anda semua, jika ada masalah kad astro tiba-tiba tidak dapat detect, cuba dulu reboot astro. Jika tidak kemungkinan anda diberitahu kad rosak dan perlu diganti. Kad baru berharga RM30 tahu dan ambil masa lama untuk diposkan paling cepat ke kaunter Astro Services tapi jika boleh cuba solusi ni lebih baik. Jimat duit. Huhu


Read More...

Friday, April 21, 2017

Dapat Nombor Saya Dari Mana? Google Sis

Bismillah.

Assalamualaikum semua

Alhamdulillah, cuba selagi mana kita mampu ke depan. Segala ilmu yang dicurahkan oleh guru blog saya sedaya upaya mempraktikkan sebaiknya. Modal sekali dikeluarkan namun pendapatan terjana berkali-kali.

Hasilnya modal RM300 ini membiak menjadi 10 kali ganda sepanjang saya mula fokus kepada pemasaran melalui blog. Allahu akbar! Tiada apa yang mampu saya ucapkan.

Allah lorongkan ilham untuk belajar kelas blog dan ternyata ia bukannya langkah yang salah. Dengan ilmu dan tunjuk ajar guru online blog, saya kini mempunyai pendapatan mencecah 5 angka hingga 6 angka sebulan.

KELAS ASAS BLOG PENULISAN:
1. Belajar asas blog (blogspot)
2. Belajar menulis berdasarkan apa FOKUS PENULISAN berdasarkan siapa PEMBACA SASARAN.
3. Tukar pembaca kepada PELANGGAN.
4. Belajar menulis secara konsisten.
5. Jadikan minat, kemahiran dan kepakaran sedia ada tukar dalam bentuk penulisan. Jadikan ia sebagai panduan.
6. Tukar blog yang tidak ada pembaca dengan membina 'kelompok' pembaca sasaran.
7. Apabila blog sudah mempunyai sasaran pembaca yang 'tepat', maka sudah boleh ditukar kepada pembeli.

2. KELAS ASAS BLOG MULA BISNES
1. Bina kedai online asas berdasarkan apa produk atau servis. Contoh produk pakaian, makanan, butik, produk kesihatan, kecantikan.
2. Kelas ini khusus untuk surirumah yang benar-benar zero tentang urusniaga online.
3. Mahu mula tetapi tidak tahu cara.
4. Mahu mula tetapi tidak ada produk. ABDR menyediakan beberapa produk piihan, produk sunnah, buku, pakej ebook, ruang periklanan.
5. Belajar jana pendapatan melalui blog.
6. Asas kedai online, borang tempahan, lima label utama.
7. Mahu simpan stok boleh, tidak mahu simpan stok juga boleh
Jana pendapatan tanpa perlu keluar rumah. Insya-Allah.


Read More...

Thursday, April 20, 2017

Jana Pendapatan 100% dari Blog

alhamdulillah. 100% pendapatan terjana dari medium blog.

bila saya mula berazam untuk fokus jualan online.
perkara pertama yang berada di minda ialah, bagaimana aku mahu kuasai pasaran online?

jadi perkara pertama saya fikir ialah google.
yup, kerana saya salah seorang yang amat suka menggoogle.

lalu bila saya google. google ini akan bawa saya ke sebuah laman yang penuh dengan informasi yang saya perlukan.

tidak kiralah website (dotcom) atau blog (blogspotdotcom) atau wordpress.

sejak itu saya belajar buat blog dan bagaimana menjana pendapatan melalui blog. bukan mudah rupanya. ada tekniknya. ada ilmunya.

terjumpa kelas asas blog secara online. yurannya pon berbaloi. alhamdulillah, sekarang saya di sini, betul-betullah namanya working at home mom.

hari-hari pelanggan masuk tanpa saya beriklan secara aktif. bila mana perlu, update blog semula, kemaskinikan informasi di entri, ubah tarikh kepada paling terkini.

adakalanya pelanggan kata, "saya nampak produk ni di facebook, saya pon google lalu jumpa blog sis"

alhamdulillah.


Read More...

Wednesday, April 19, 2017

Siapa Kata Bisnesmom Mudah?

Publish on : Wednesday, April 19, 2017 There is : 0 Comments Labels : ,
Kebelakangan ini terasa agak sakit di jari kerana terlalu banyak menaip agaknya. Mulalah terasa sukar untuk menaip entri di blog (alasan). Hehe. Almaklumlah saya seorang ibu yang suka membebel, maka setiap kali menulis di ruang blog ini pasti akan panjang berjela kan? Tahniah dan terima kasih pada kalian yang sudi membacanya dengan tekun.

Hari ini 19 April 2017, terlalu pantas masa berlalu dan terlalu banyak urusan ingin dilaksanakan. Baik buat untuk diri sendiri, keluarga mahupun insan lain, ianya seolah-olah masa itu terlalu mencemburui urusan seharian saya. Ada masanya saya terasa ingin rehat serehat-rehatnya, lelapkan mata sebaik sahaja suami kepergian ke tempat kerja. Rehat daripada menyiram pokok bunga, mengemas mainan anak-anak, atau apa sahaja tugasan pada waktu pagi dan bangun pada tengah hari dan makan sahaja. Malangnya ia adalah perkara yang tidak dapat saya lakukan. Setiap masa itu emas, malah amat berharga daripada nilai segram emas. 

Minggu ini saya dan team Sedekah Jumaat Amal till Jannah akan mulakan projek pertama kami menyantuni dan meraikan anak-anak yatim pada setiap hari jumaat. Semalam sudah pun selesai membeli-belah keperluan rumah jagaan anak yatim dan anak-anak yatim itu sendiri. Sedikit bekalan makanan kering dan barangan persekolahan mereka. Menu minggu pertama ini Nasi Ayam Istimewa insha Allah. Ada juga rakan team akan bekalkan kami kuih-muih bagi anak-anak yatim. Alhamdulillah. Tidak sabar juga rasanya ni nak bertemu dengan mereka semua. 

Sebagai peniaga online sepenuh masa, saya mula memikirkan apa lagi medium yang boleh saya masuki untuk menambah lagi pendapatan bulanan saya. Pendapatan inilah banyak membantu kami sekeluarga, beri pada mak dan abah setiap bulan, saving buat diri sendiri dan anak-anak. Alhamdulillah. Paling saya rasa bertuah apabila dengan pendapatan ini dapat menunaikan zakat dan bersedekah pada insan memerlukan. Betapa besarnya makna memberi itu, dan besar lagilah apa yang Allah berikan pada kami. 

Dengan bersedekah, ia mengajar supaya kita tidak cintakan harta benda. Rezeki ini milik Allah, ianya pinjaman untuk kita. Sebagaimana kita bijak berbelanja sebegitulah Allah menilai kita. Adakah kita hamba- Nya yang bersyukur? Atau adakah kita hamba -Nya yang apabila mula berduit mula lupa akan nikmat dan kebesaran Allah? Allahu rabbi. Mohon dijauhkan. 

Insha Allah sedang usahakan untuk memasuki Lazada dengan produk-produk jualan yang saya sedang uruskan sekarang. Doakan ya?

Semoga Allah merahmati dan merestui setiap usaha dan pekerjaan kita semua. Tidak kira apa jawatan anda, apa kerja anda asalkan anda ikut apa Allah suka dan jaga apa yang DIBENCI. Insha Allah kejayaan itu milik kalian.
Read More...

Thursday, April 13, 2017

Blouse Printed Size Plus 3XL - 6XL

Publish on : Thursday, April 13, 2017 There is : 0 Comments Labels : , , , , ,

Blouse Printed Murah Bersaiz Besar
3XL sampai 6XL tahu.

RM29 sahaja tidak termasuk postage.

Kain cotton
Tidak jarang
Tidak panas

Insha Allah anda cuba satu, repeat lagi😊

Untuk tempahan segera

www.emmemarina.wasap.my

Read More...

Rezeki dari Blog DMS360

Assalamualaikum..

Jika ada yang mengikuti saya di blog ini, blog jualan saya ialah mengenai produk DMS360. DMS360 merupakan blog kedai jualan khusus bagi produk DMS360.

Alhamdulillah, setiap hari ada sahaja pelanggan datang dari blog tidak kira untuk membeli produk atau membantu menyelesaikan masalah mereka.

Pagi-pagi ni bangun sahur, dapat whatsapp dari prospek pelanggan DMS360. Sudah bank in rupanya. Syukur alhamdulillah.


Saya gunakan apps colornote sebagai lejar tidak rasmi belian pelanggan.
Jumpa no saya dari internet. Mahu bertanyakam tentang produk DMS360
Akhirnya closing. Ini kerana pelanggan sudah pon membuat pembacaan di blog sebelum menghubungi saya. Alhamdulillah

Ilmu marketing blog ini saya pelajari dari kelas asas blog bisnes dan penulisan. Sejak itu, pelanggan setiap hari datang dari internet melalui Mr. Google.

Kronologi:

1. Pelanggan buka google
2. Taip kata carian
3. Blog saya tersenarai paling atas
4. Semua maklumat seperti no telefon, produk dan penyelesaian ada di blog.
5. Setelah pelanggan berpuas hati dengan isi produk dan yakin dengan blog barulah pelanggan menghubungi saya
6. Bertemu di whatsapp
7. Urusan jual beli terjadi

Modal kelas belajar blog bukan soalnya. Yang penting, modal itu dapat dijana kembali dengan pelanggan-pelanggan yang hadir.

Kuasai market google. Ianya lebih besar daripada media facebook. Mudah dan tidak memerlukan followers yang ramai.

Kunci kepada kejayaan blog ialah pengisian dan kata kunci.

Insha Allah.


Read More...

Wednesday, April 12, 2017

Kurta Sang Pujangga Buatan Ekslusif

Publish on : Wednesday, April 12, 2017 There is : 0 Comments Labels : , , , , ,

LAUNCHING - KURTA SANG PUJANGGA "TERBARU" KOLEKSI RAYA AIDILFITRI KHUSUSNYA BAGI YANG SUKA KEKEMASAN

.
Dituju kan khas kepada yang ingin tampil 'BERGAYA' dgn gaya MODEN dan EXCLUSIVE di HARI RAYA ini....

SEBELUM INI HANYA TUDUNG KELUARAN KAMI.. Kali ini ISMARD tampilkan kembali dengan sedikit kelainan yang lebih memukau!!..
.
Potongan SLIM FIT & TERLETAK dibahagian badan beserta LABUH memenuhi permintaan customer kami yg ingin tampil gaya SEGAK & KEMAS .. High quality material yang tidak panas dan tidak jarang. Selesa dipakai untuk perjalanan jauh. 
.
Perhatian ya, Buat kurta lovers ISMARD nak bg DISKAUN yg TERAWAL sahaja tau..TERAWAL SAHAJA..Uols akan tahu lbh lanjut lepas baca ayat terakhir dlm post ni tau..
.
Before tu, ISMARD nak kongsi kan sikit lah info dan keistimewaan yg uols dapat tentang KURTA SANG PUJANGGA ni..
.
-----------------------------
INFO KURTA SANG PUJANGGA
-----------------------------
(✔) Material Fabrik dari 100% cotton yang sangat berkualiti tinggi
(✔) mempunyai butang yang mudah dipakai
(✔) Wudhu' Friendly
(✔) 4 Warna  trendy dan up to date (EXCLUSIVE)
(✔) Ada Saiz S,M, L,XL & XXL
(✔) Limited in Quantity!!
(✔) Cutting Bahagian badan yang kemas
(✔) Hiasan BUTANG didada
.
-------------------------------------------
KEISTIMEWAAN KURTA SANG PUNJANGGA
-------------------------------------------
<3 Tidak Panas dan tidak jarang
<3 Mudah digosok
<3 Mudah untuk mengambil wudhu'
<3 Warna yg sedap di pandang
<3 Penggayaan yg lebih bergaya
<3 Labuh sehingga peha
<3 Kain yang mudah dan Senang Dijaga
<3 Kualiti jahitan setanding butik tersohor (JAMINAN 100%).
.Best kan... So, Jadi lah org terawal miliki KURTA SANG PUJANGGA ni..
.
ISMARD nk bgtau pasal offer apa yg Best sngt ni..
.
OFFER TERAWAL!!
.
Harga Ekslusif KURTA SANG PUJANGGA RM130, Tapi untuk 100 orang terawal sahaja, kami nak beri harga Pengenalan
Hanya RM110 sahaja! JIMAT RM20 u ols...

.
----------------------------------------------
NAK DISKAUN LAGI?? BETUL NI??
----------------------------------------------

LAST CALL "RM90" utk 70 org terawal yg buat pembelian ya !!..

Jadi BERTINDAK SEKARANG dgn Whatsapp team ismard di nombor seperti dibawah utk FAST RESPOND ya :)

Whatsapp "kurta" ke 018-910 0852
Whatsapp "kurta" ke 018-910 0852
Whatsapp "kurta" ke 018-910 0852



Read More...

Monday, April 10, 2017

Tudung Labuh Kanak-Kanak

Publish on : Monday, April 10, 2017 There is : 0 Comments Labels : , , ,


Koleksi muslimah dan muslimin semuanya bawah RM50 sahaja💜💜

join telegram channel tuk dapatkan details dan booking

kenapa harus join channel?
sebab semua stok limited edition😊😊😊
sape cepat dia dapat
semuanya fast item

https://t.me/muslimahbwhrm50

Read More...

Saturday, April 08, 2017

Blouse Nursing Friendly Plus Size

Publish on : Saturday, April 08, 2017 There is : 0 Comments Labels : , , , , ,

Pakaian Muslimah bwh RM50:
Blouse Nursing Frenly Super Plus Size dah masuk😱😱😱

1 size 1 corak sahaja😇
Ukuran Blouse
.
Material :
-Cotton Lycra
-Cutting A
-Sejuk Selesa di pakai
.
Ukuran 👇🏼👇🏼👇🏼
.
saiz M  =Bahu 14' Dada 36' lengan 16' labuh 34'
.
saiz L = bahu 15' dada 36' lengan 17' labuh 34.5'
.
saiz Xl=bahu 16' dada 38' lengan 18' labuh 34.5'
.
saiz xxl= bahu 16.5' dada 40' lengan 18' labuh 35'
.
3xl : Bahu17' dada 42' lengan 20' labub 35'
.
4xl: Bahu 17.5' dada 44' lengan 21' labuh 36'
.
5xl : bahu 18' dasa 48' lengan 22' labuh 36'

Harga RM29 sahaja😍😍😍😍

Tak masuk postage ye. 😊

nak tengok patern?

masuk telegram ye. semua corak kat sini.

sertai channel "pakaian muslimah bwh rm50"

koleksi bajet semuanya bawah RM50
jubah, blause, palazo, skirt, tudung labuh
stok sangat limited
join channel tuk dapatkan details dan booking
sape cepat dia dapat
semuanya fast item

https://t.me/muslimahbwhrm50

Read More...

Wednesday, April 05, 2017

Bawal Turkey Bidang 60

Bawal turkey
(bidang 60)

Harga jual : rm20
Postage : rm8sm/ rm11ss

#mudah dibentuk
#kain tak panas
#amat selesa dipakai
#mesra guna

Untuk tempahan
018-910 0852


Read More...

Belajarlah Berniaga melalui Blog

Sudah hampir 2 tahun saya fokus jualan produk di blog sahaja. Sehingga adakalanya media sosial saya seperti facebook dan instagram sepi. Menulis di blog bagi saya ibarat menulis diari. Meluahkan rasa hati dan pandangan. Menulis tanpa rasa resah akan mata yang melihat.

Jika keyword carian anda menemukan anda dengan blog saya, maka alhamdulillah. Kalian merupakan insan terpilih dan saya amat bersyukur apabila kalian dapat meluangkan masa membaca entri-entri saya di blog ini.

Sejak tahun 2014, apabila saya membuat keputusan berblog sebagai sumber pendapatan. Alhamdulillah, jadual harian dan tugasan sebagai surirumah dan ibu lebih tenang berbanding berniaga di media sosial. Tunjuk ajar dan bimbingan yang diberikan semasa kelas asas blog amat membantu malah tidak mustahil untuk menjana pendapatan dari blog! Nah, saya merupakan antara pelajar Akademi bekerja di rumah yang berjaya menggunakan blog sebagai sumber pendapatan utama!

Dahulunya sewaktu berniaga di facebook, saya menggunakan pengiklanan FB Ads untuk menjana pendapatan. Anda tahu menggunakan FB Ads? Selain itu, saya sendiri sangat aktif berniaga di facebook profile. Namun ia merupakan satu aktiviti yang amat penat bagi saya, belajar, menjadi surirumah sepenuh masa, menguruskan anak. Terkejar-kejar saya dibuatnya menguruskan pelanggan di facebook. Jika "pm" itu memang benar mahu membeli produk, baguslah. Ini kita meluangkan masa yang terhad untuk pelanggan yang tidak tahu hujung pangkal. Mahu "pm" hanya kerana sifat ingin tahu. Bukannya prospek sebenar. Walaupun sudah membuat jadual waktu beriklan, malangnya masa untuk diluangkan di waktu tersebut pula menjadi masalah.

Masa merupakan suatu perkara yang amat berharga. Jika tertinggal, kita tidak akan mampu berpatah balik!

Apa yang saya pelajari di kelas asas blog?

1. Menyiapkan sebuah blog kedai secara profesional.
2. Belajar akan keutamaan label di blog.
3. Belajar memahami kata carian di blog supaya blog dapat raih tempat pertama di carian utama iaitu google.
4. Belajar menulis secara konsisten dan berpengaruh.
5. Belajar niche atau fokus kedai blog supaya pembaca bakal bertukar menjadi pelanggan dan terus membuat jualan.

Bukan itu sahaja, semasa pendaftaran kelas, semua pelajar bakal mendapat BONUS EBOOKS dari Akademi bekerja di rumah.


Isi di dalam ebook amatlah bernilai. Ia membantu saya dalam pelbagai hal sama ada sebagai surirumah yang bekerja di rumah mahupun seorang usahawan.


Belajar sesuatu?

Jomlah sertai kami di akademi. Belajar blog secara online sahaja tau.

Sebulan 10-15 peserta sahaja diterima.


Mahu tahu lebih lanjut?

Hubungi saya
Emme Marina

018-910 0852


Read More...