Saturday, April 22, 2017

Kad Astro Rosak

Publish on : Saturday, April 22, 2017 There is : 0 Comments Labels : , ,

Assalamualaikum, minggu lepas televisyen kami rosak. Dijadikan cerita harus hantar tv baiki jadi buat seketika kami tidak memiliki tv untuk melihat siaran astro. Ada pula sahabat suami yang baik hati pinjamkan kami tv disebabkan weekend kan bosan pula tiada siaran. Jadi bila dah pasang kelengkapan tv dam astro. Tiba-tiba, tiada siaran yang keluar. Yang keluar 2 benda ni:

1) Skrin jadi biru & ada segi tiga kuning kat atas belah kiri camni ⚠️
2) Tertulis di bawah skreen "Sila masukkan Kad Pintar Astro yang betul dengan anak panah menghala ke atas (S2)". Dah try 3,4 kali keluar masuk kad pun still sama.

Kemudian saya ambil pemadam dan bersihkan cip kad tersebut. Cuba lagi masih tak berjaya. Pada masa sama, cuba telefon pihak astro. Ya Allah, 3 kali telefon masa menunggu lebih kurang 4 ke 7 minit satu panggilan tiada siapa pon menjawabnya!

Disebabkan kelewatan customer servise astro akhirnya saya google untuk cari solusi. Dan terjumlah beberapa cara. Tunjukkan pada suami. Dia pon buat.

Di blog tersebut ada tunjukkan cara lihat sama ada kad astro ini boleh dikenalpasti atau tidak oleh decoder. Caranya untuk semak ialah pergi ke Home > Setting > STB Diagnostic > tengok Smart Card No > 0000 0000 0000 (means decoder tak detect kad tu)

Memang nampak la nombor Smart Card Astro tu kosong. Takkan rosak pulak?

Apa suami saya buat. Dia tekan reboot pada sistem astro tu. Di STB diagnostik.

Alhamdulillah!

Terus dapat siaran! Jadi kepada anda semua, jika ada masalah kad astro tiba-tiba tidak dapat detect, cuba dulu reboot astro. Jika tidak kemungkinan anda diberitahu kad rosak dan perlu diganti. Kad baru berharga RM30 tahu dan ambil masa lama untuk diposkan paling cepat ke kaunter Astro Services tapi jika boleh cuba solusi ni lebih baik. Jimat duit. Huhu


No comments:

Post a Comment