Tuesday, July 25, 2017

KRITERIA WANITA CANTIK MENURUT AL-QURÀN DAN SUNNAH :

Publish on : Tuesday, July 25, 2017 There is : 0 Comments Labels : ,


KRITERIA WANITA CANTIK MENURUT AL-QURÀN DAN SUNNAH :

1. Sentiasa menjaga pandangan agar kelihatan sopan dan terpuji.
(Surah an-Nuur: 24/31)

2. Tidak bergaul bebas dgn kaum laki² bukan mahram, kecantikan dipelihara tanpa dipertontonkan.
(HR. Bukhari)

3. Pembawaan diri sopan, tegas, dan bersahaja.
(Surah al-Qasas: 28/25)

4. Senantiasa bercakap dgn nada suara tidak dimanja²kan dan tidak dilembut²kan.
(Surah al-Ahzab: 33/32)

5. Menjauh gaya tabarruj, penggayaan diri yg mengganggu fitnah lelaki hingga menarik kpd dirinya.
(Surah al-Ahzab: 33/33)

6. Berpakaian membawa identiti wanita mukminah.
(Surah al-Ahzab: 33/59)

7. Senantiasa bersih dan berbau segar. Tidak memakai parfum
(HR. Bukhari)

8. Tidak mengubah ciptaan Allah seperti pembedahan plastik, membuat tato, mencukur alis, dan sebagainya.
Surah an-Nisaá : 4/19
(Hadith Bukhari, Muslim, Abu Daud, dan at-Tirmidhi)

9. Tidak meniru penampilan kaum lelaki dari cara berpakaian, bercakap serta pembawaan diri.
(HR. Ibnu Abbas)

Perempuan Selalu Lupa Tiga Perkara:

1) tangan adalah aurat.
2 ) kaki juga adalah aurat.
3) dada adalah aurat, jd wajib melabuhkan tudung mrk drpd dada.

Perempuan selalu alpa dua perkara:

1) pandang remeh dgn aurat di pergelangan tangan.
2) tidak memakai stokin.

Dan perempuan leka ttg dua perkara:

1) aurat mrk adalah maruah mrk.
2) kecantikan bukan pd muka, tp pd hati.

Dan Perempuan seringkali lupa bhw menutup aurat adalah UNDANG² ALLAH, bukan manusia.

"Perempuan"
Dia tengah tidur, tp Malaikat tulis dosa dia.
Dia tengah solat, tp Malaikat tulis juga dosa dia.
Dia makan, belajar, mandi, tp Malaikat tetap juga catit dosa dia.
Dia tak buat apa² pun Malaikat tetap catit dosa dia.

Ehh.... apa salah dia?

Ohh, rupa2 nya byk mata sedang melihat gambarnya yg tidak menutup aurat di media sosial.

Walaupun hanya lengan bajunya terangkat sedikit hingga melebihi pergelangan tangannya...

Setiap kali ada lelaki yg melihat, setiap kali itulah dosanya bertambah.

Semoga bermanfaat..

CnP
@muslimahcircle 🍄


Read More...

Sunday, July 23, 2017

Cara Wanita Bersedekah.

Publish on : Sunday, July 23, 2017 There is : 0 Comments Labels : ,

CARA WANITA BERSEDEKAH

Bagaimana wanita boleh bersedekah, sedangkan mereka adalah suri rumah dan mereka juga tidak punya gaji atau gaji tidak seberapa untuk disedekahkan?

Apabila seorang wanita mendengar tentang keutamaan sedekah, ada yang merasa sedih dan berandaikan dengan berkata: "Bagaimana, sedang aku tak punya duit?" Walaupun demikian, kita wanita diperintahkan untuk bersedekah.

Rasulullah SAW  bersabda:

"Wahai setiap wanita, bersedekahlah, dan perbanyaklah istighfar, sebab aku melihat kalian sebagai majoriti penghuni neraka."

Dan sabda beliau itu menambah khuatir dan rasa takut pada diri kita. Dan solusinya?

Sebenarnya mudah, sesungguhnya kurnia dan kemurahan Allah Ta'ala begitu luas dan tiada henti.
Dia menjadikan sedekah bukan hanya pada harta sahaja. Namun, setiap pintu kebaikan adalah sedekah.

Berikut contoh-contohnya:

Sedekah itu beraneka ragam:

1. Setiap tasbih dan tahmid adalah sedekah.

2. Setiap takbir dan tahlil adalah sedekah.

3. Amar ma'ruf nahi munkar anda (menganjurkan yang baik dan mencegah yang buruk) adalah sedekah.

4. Bukalah Whatsapp, FB, Instagram dll anda setiap hari, bersedekahlah dengan cara mengirim ucapan-ucapan yang baik kepada semua yang anda kenal, dan setiap kalimat yang baik adalah sedekah.

5. Senyum anda kepada suami dan anak-anak anda, serta kepada sesama kaum muslimat adalah sedekah.

6. Dua rakaat Dhuha menyamai 360 sedekah.

7. Tahanlah diri anda dari keinginan untuk berbuat buruk, itu pun sedekah.

8. Singkirkanlah setiap bentuk gangguan yang dapat mencelakakan orang dijalan, itupun sedekah.

9. Ucapkanlah salam kepada siapa saja yang anda temui, itupun sedekah.

10. Berilah makan kepada jiran atau sesiapa pun dengan makanan yang juga anda dan keluarga anda makan, itupun sedekah.

11. Berilah makan pada kucing, burung atau binatang lainnya atau manusia, itupun sedekah.

12. Muliakanlah tamu di rumah anda yang melebihi 3 hari, itupun sedekah.

13. Berusahalah menolong dan membantu orang lain, samada org Islam ataupun bkn Islam, itupun sedekah.

14. Tuntutlah ilmu agama, ajarkan dan sebarkan, baik dengan cara mendengar, membaca, atau menulis sesuai kemampuan anda, itupun sedekah.

15. Seteguk air yang anda berikan untuk orang yang haus adalah sedekah.

Milik Allah lah segala puji dan kurnia.

Kaedah Penting:

Lakukanlah secara ikhlas dan tanpa mengharapkan balasan dari siapapun...

Kaum kerabat lebih utama untuk mendapat kebaikan kita (kedua orang tuamu, suami, dan anak-anakmu). Mereka yang paling utama.... yang paling dekat, kemudian yang terdekat.

Perlu diingatkan bahawa;
"Sedekah itu menghapus dosa, sebagaimana air mematikan api".

Sebarkanlah info ini, supaya menjadi sedekah untuk anda, dengan izin Allah.

Aamiin Ya Robbal 'Alamin....  (mengirimkan/menyebarkan artikel ini juga adalah sedekah).

Wallahu a'lam...

Ustaz Iqbal Zain
#muslimahcircle🥀


Read More...

24 Tanda-Tanda Hati Kotor

Publish on : Sunday, July 23, 2017 There is : 0 Comments Labels : ,

24 TANDA-TANDA HATI KOTOR
(Pesanan Ustaz Abd Wahid, KUIN)

1. Gelisah walaupun tiada masalah

2. Selalu berbangga dengan diri sendiri

3. Angkuh dengan pandang hina terhadap semua orang

4. Sombong dan bongkak

5. Selalu mengintai keaiban orang dan menyebarkannya

6. Suka mengumpat dan membuka aib orang lain

7. Gembira melihat orang lain susah dan rendah dari dirinya.

8. Lidah yang tajam atau tidak menjaga hati orang.

9. Suka menyakiti hati orang dengan sindiran

10. Berlagak alim semata - mata untuk dipuji orang

11. Menyampaikan ilmu dengan riak

12. Menganggap diri lebih hebat daripada orang lain

13. Berpakaian elok untuk dipuji

14. Derhaka kepada kedua-dua ibu bapa

15. Talam dua muka (manis di depan tapi jahat di belakang)

16. Suka menjatuhkan dan memijak orang dengan kuasa yg ada

17. Solat yang tidak boleh khusyuk

18. Kagum terhadap diri sendiri

19. Selalu mencari salah orang

20. Cinta kepada duniawi dan materialistik

21. Mudah bersangka buruk terhadap orang

22. Membesar besarkan hal yang remeh temeh

23. Suka bergosip dan menabur fitnah

24. Menggunakan agama dan berdengki atas perkara duniawi

- muhasabah diri utk kebaikan bersama.

CnP


Read More...

Tuesday, July 18, 2017

Mak Harus Sihat Jika Mahu Jaga Keluarga

Publish on : Tuesday, July 18, 2017 There is : 0 Comments Labels : , ,

Menjadi ibu kepada 4 orang anak yang masih kecil. Kesihatan saya harus diutamakan. Kita sebagai ibu kena kuat, pemakanan harus dijaga, ambil masa untuk urus tekanan. Ini semua perlu. Namun bukanlah bermaksud meninggalkan segalanya demi waktu "me time".

Saya suka bawa anak-anak bersama. My "me time" is actually always with the kids. Ianya pilihan kita. Melepak. Berbual bersama-sama. Makan makanan yang disukai contohnya ais krim! Haha. Ini juga bagi saya satu kebahagiaan. Walau lepas tu, menjerit pada anak sebab baju dah kotor dan muka comot dek mood baik jadi belikan mereka ais krim coklat. Derrr

Me time bagi saya mungkin berhenti membuat kerja rumah. Kita bukan robot. Sehari tak duduk diam buat pelbagai kerja. Dari menyapu, mop, mengelap, menyidai, melipat baju bertimbun-timbun, memasak lagi. Senarainya tak berhenti. Ini belum masuk jaga dan melayan karenah anak-anak. Bagaimana jika anda ada bayi pula? Huhu. Saya ada bayi yang baru berusia 5 bulan dan menyusu badan sepenuhnya. Malah terkini sudah pandai menangis bila saya menghilang di matanya. Chewah.... Ini memang payah. Huh. Nak kejar buat kerja rumah, sebab apa tahu... Mindset tu kerja nak disiapkan. Rumah nak bersih sekurang-kurangnya lantai bersih. Atau ada kerja-kerja rumah yang harian. Iaitu memasak dan mengemas dapur ialah rutin harian. Melenting melihat bilik anak dara bersepah juga sudah biasa. Huhu. So mungkin sebab tu, saya mula sakit sedikit.

Doktor kata saya over stressed which is im like.. What? Bila? Macam tak stress kan? But berita baik, turun 2 kilo lagi. Kini berat badan 47 kilogram. Yahoo. Bad news, jeragat agak sukar dihilangkan sejak ambik cucuk depo ni. Sakit kepala juga menjadi-jadi. Nampaknya habis tempoh cucuk depo, kena pilih antara normal saya amalkan pil perancang ataupun iucd.

Disebabkan saya mula mengalami sakit-sakit kepala, perut pedih, dada berdebar. Doktor menyuruh saya berehat mengambil segala supplemen dan kafein. Hmmm, ketagih jugalah. Maybe hormon saya juga sedang tak seimbang sekarang ni. Elok juga berehat dari pengambilan mana-mana supplemen kan. Saya berharap simptom-simptom ni akan hilang secepat mungkin. Supaya saya dapat berikan tumpuan lebih baik kepada keluarga, bisnes dan kurang moody.

Ibu-ibu di luar sana, jaga diri ya. Sentiasa positif. Sentiasa tersenyum. Anak tu pelbagai karenah kita akan jumpa, tak kurang juga pasangan kita. Tetapi kitalah center kepada kebahagiaan utama keluarga kita. Kan kan?


Read More...

Friday, July 14, 2017

Rezeki dari Blog

Dengan blog, pelanggan menjumpai entri anda. Hubungi no anda untuk tempahan. Urus niaga berlaku dengan mudah kerana segala maklumat yang mereka mahukan telah mereka dapat dari blog tersebut.

Dengan belajar dalam kelas asas blog, ini yang bakal anda pelajari.

Kelas Asas Blog dan Penulisan:
1) Belajar menulis blog berpengaruh.
2) Belajar menulis dengan idea yang berterusan dan konsisten.
3) Belajar menulis mengikut fokus produk.
4) Belajar menulis entri yang menarik lebih ramai rakan dan trafik.

Kelas Asas Mula Bisnes Online
1. Belajar bina kedai online asas berdasarkan jenis produk/servis.
2. Belajar menulis secara fokus mengikut lima label utama.
3. Belajar bina borang tempahan.
4. Khusus untuk mereka yang benar-benar zero tentang urusniaga online juga kepada yang tahu berblog tetapi zero tentang marketing blog.
5. Mahu mula bisnes tetapi tidak tahu cara.
6. Mahu mula bisnes tetapi tidak ada produk? ABDR mempunyai produk digital (ebook) dan produk servis (pakej kelas online dan sewa tapak iklan)
7. Sudah ada shopping cart, juga boleh bina blog khusus untuk aliran pembaca kepada pelanggan.

YURAN 1 - RM250 Kelas Asas Blog Bisnes
Ebook:-
1 Belajar Asas Blog
2 Super WAHM, Super Mom
3 Panduan Mula Bisnes Butik
4 101 Idea Home-Based Bisnes
5 Yeah! Mama Sudah 'Resign'
6 10 Langkah Mudah Bina Kedai Online (Edisi 1)

YURAN 2 - RM300 Kelas Asas Blog Bisnes Penulisan Serentak
Ebook:-
1 Belajar Asas Blog                                                                                                                                                       2 Super WAHM, Super mom
3 Panduan Mula Bisnes
4 101 Idea Home-Based Bisnes
5 Yeah! Mama Sudah 'Resign'
6 10 Langkah Mudah Bina Kedai Online (Edisi 1)
7 44 Resepi Berpantang Tradisi Melayu
8 Panduan 44 Hari berpantang Traditional & Moden
9 Rahsia Bisnes Khadijah (belum terbit)
10 Panduan Rakan Niaga (belum terbit)

Sebulan pengambilan pelajar hanyalah 10 ke 15 orang sahaja. Untuk menempah kelas anda, hunungi saya di 018-9100 852.


Read More...

Thursday, July 13, 2017

Hidup Biar Sentiasa ada Perancangan

Dalam zaman yang serba mencabar, nilai matawang yang semakin kecil. Berbisnes semestinya menjadi satu keperluan bagi menjana pendapatan. Tidak kiralah pendapatan utama atau kedua.

Saya suka berniaga khususnya dalam talian online. Dengan menggunakan blog sebagai tapak jualan, alhamdulillah masa untuk beriklan menjadi lebih teratur. Saya tidak perlu terlalu kerap beriklan seperti di facebook. Malah, setiap hari saya mendapat tempahan dari pelanggan melalui blog. Tidak kiralah produk dms360, tudung, malah dari produk-produk jualan online yang lain.

Bagusnya kaedah blog ni, anda boleh semak di mana kedudukan entri anda di carian google. Kumpul followers. Apa lagi ya. Berukhwah sesama blogger dan menang pelbagai hadiah tahu. Haa, giveaway. Menarik kan?

Tak henti-henti saya share kelebihan blog ni kerana kepentingan blog sebagai kedai online anda sangat penting jika anda nak serius berniaga. Anda boleh buat banyak affiliate dengan blog, letak iklan lazada, join nuffnang, join google adsense..ni semua pendapatan pasif bagi anda sendiri. Rugi sangat jika tak mulakan dari hari ini.

Mana nak belajar blog?

Saya tahu! Anda boleh sertai kelas asas blog akademi bekerja di rumah. Kelasnya secara online sahaja. Pelajar juga tidak ramai pada setiap satu sesi jadi anda boleh fokus pada kelas anda.

Jika anda berminat, kelas ini bermula dengan yuran RM250 sahaja dan bonus 6 buku yang pastinya berguna untuk dalam dalam berniaga. Tidak kiralah sama ada anda baru mula berniaga ataupun baru sahaja.


Read More...

Wednesday, July 12, 2017

30 Panduan Untuk Hidup Yang Lebih Baik

Publish on : Wednesday, July 12, 2017 There is : 0 Comments Labels :

En Ahmad Zamri 47 tahun, seorang Pensyarah Sains Komputer dari Malaysia Dia meninggal dunia disebabkan oleh kanser pankreas pada 2008, tetapi dia menulis buku "The Last Lecture" pada 2007. Suatu legasi yang dia tinggalkan.

Dalam suratnya kepada isteri dan anak-anaknya, Didi Lokman, dan Cici dia menulis satu panduan yang sangat baik, "Panduan Untuk Hidup Yang Lebih Baik" untuk isteri dan anak-anaknya.

Bagaimana untuk memperbaiki hidup anda.

1. Jangan bandingkan hidup anda dengan orang lain. Anda mungkin tidak tahu bagaimana perjalanan hidup mereka.

2. Jangan mempunyai pemikiran negatif terhadap benda yang kamu tidak boleh kawal. Sebaliknya, tumpukan tenaga anda terhadap benda yang positif yang anda miliki pada masa ini.

3. Jangan terlebih buat apa yang anda mampu. Cukuplah setakat yang anda mampu.

4. Jangan terlalu serius terhadap diri anda. Tiada siapa yang berbuat demikian.

5. Jangan bazirkan tenaga anda terhadap gossip.

6. Berfikir lebih jauh bila anda masih terjaga.

7. Iri hati adalah sia-sia. Kamu sudah mempunyai semua yang kamu perlukan.

8. Lupakan perkara yang sudah lepas. Jangan ungkit kesilapan pasangan anda di masa lampau. Ianya akan menghancurkan kegembiraan anda di masa kini.

9. Hidup ini terlalu singkat untuk membenci sesiapa. Hindarkan daripada membenci sesiapa.

10. Berdamailah dengan masa lalu kamu supaya ia tidak akan merosakkan masa sekarang kamu.

11. Tiada siapa yang mengawal kegembiraan kamu selain dari kamu sendiri.

12. Ketahuilah bahawa hidup ini ialah seperti sekolah dan kamu di sini untuk belajar. Masalah ialah salah satu dari kurikulum yang akan muncul dan pergi seperti kelas algebra, tetapi pengajarannya akan kamu pegang seumur hidup kamu.

13. Senyum dan tertawa selalu.

14. Kamu tidak perlu menang setiap pertengkaran. Setuju untuk tidak setuju.

15. Hubungi keluarga kamu selalu.

16. Beri sesuatu yang baik untuk orang lain setiap hari.

17. Maafkan orang lain.

18. Luangkan masa untuk orang yang berumur 70 tahun ke atas dan 6 tahun ke bawah.

19. Pandangan orang lain terhadap kamu bukan urusan kamu.

21. Pekerjaan kamu tidak akan menjaga kamu bila kamu sakit tetapi keluarga kamu akan menjaga kamu. Selalu berhubung.

22. Dahulukan Allah dalam segala yang kamu fikir, katakan dan buat.

23. Allah itu penyembuhan.

24. Buat perkara yang betul.

25. Bagaimana baik atau buruk pun situasi sekarang, ia akan berubah.

26. Bagaimanapun yang kamu rasa, bangun, salin pakaian dan pergi.

27. Yang terbaik akan datang kemudian.

28. Buang apa yang tidak berguna atau yang tidak menggembirakan.

29. Bila kamu terjaga di waktu pagi, bersyukur kepada Allah.

30. Kalau kamu kenal Allah kamu akan gembira selalu. Jadi, bergembiralah selalu.

Apabila kamu mengamalkan kesemua di atas, kongsikanlah pengetahuan ini dengan orang yang kamu sayangi, orang di sekolah kamu, orang yang kamu selalu bermain bersama, orang yang kamu kerja bersama, dan orang yang tinggal bersama kamu. Bukan sahaja ianya akan memperbaiki hidup anda, tetapi juga orang di sekeliling anda.

Menarik utk dikongsikn bersama...🤗🤗


Read More...

Tuesday, July 11, 2017

Restok Set Tilam Toto Baby Patchwork

Publish on : Tuesday, July 11, 2017 There is : 0 Comments Labels : , , , , ,

Ready stok set tilam toto baby patchwork
Kualiti kain 100% cotton
Isi dalam fiber

Harga sangat rendah hanya RM 100 sahaja termasuk postage bagi semenanjung. Sabah sarawak tambah RM 10 ya.

Untuk tempahan
Whatsapp 018-910 0852

Read More...

Wednesday, July 05, 2017

2 Tahun Jana Pendapatan Melalui Blog. Alhamdulillah

Publish on : Wednesday, July 05, 2017 There is : 0 Comments Labels : , , ,

Sedar atau tidak rupanya sudah masuk tahun kedua saya menjana pendapatan seratus peratus melalui blog. Gilerlah! Jujurlah ye, saya sebenarnya berblog untuk jana pendapatan ni dari tahun 2011 lagi. Dan setiap kali bertukar-tukar nama blog. Saya sendiri pada masa tu tak pasti kenapa harus blog?

Kenapa nak buat blog? Namun, saya tetap berniaga melalui facebook. Ha, bukan tiada. Pada zaman tu, boleh tahan jugalah berfacebook. Aktif terlebih. Tapi mesti nak jugak buat kedai blog. Salah satu sebabnya saya fikir, blog ibarat sebuah website jika kita google carian itu akan bawa kita ke blog kedai kita. Kedua, saya juga salah seorang yang aktif melakukan carian di google. Maka saya meletakkan diri saya sebagai pengguna. Namun, silap saya ialah saya tidak tahu bagaimana caranya meletakkan blog saya di carian utama google. Nak semak balik dan cuba dapatkan keyword blog juga tidak pandai. Menulis aje caca merba.

Patutlah takde hasil!!

Selepas masuk je kelas online blog bisnes. Masya Allah, clear jalan. Idea mencurah-curah. Dalam masa 1 bulan, berjaya dapat balik modal kelas blog dengan blog itu sendiri! Ingatkan saya je, rupanya pelajar-pelajar lain pun mula rancak berbisnes dengan blog. Alhamdulillah. Tak rugi malah berbaloi-baloi kerana hasilnya.

Dengan blog, setiap manusia di Malaysia malah muka bumi ni dapat order dengan kita. Dengan blog, takde kes terpadamnya iklan kita. Itulah kuasa blog. Dan google ialah sepakatan dengan blog! Bagus atau tidak?

Bagus kan?

Alhamdulillah. Sekarang bulanan pendapatan saya berniaga melalui blog sahaja 5 angka. Syukur alhamdulillah.

Kelas blog bisnes online. Dibimbing dari ilmu kosong kepada pandai berblog. Anda pasti boleh. Untuk berjaya berhenti berikan alasan.


Read More...