Tuesday, August 15, 2017

Definisi Amalan Semasa Berpantang

MANDIAN HERBA


Definisi:
• Mandian air rebusan herba, dedaun, akar-akar kayu dan rempah
• Tempoh mandi herba adalah selama tempoh berpantang (44 hari)

Kebaikan:
• Menyegarkan dan mengembalikan tenaga
• Mengeluarkan angin
• Menghapuskan bau badan, darah nifas dan rembesan lain
• Melegakan bisa-bisa urat
• Mengecutkan otot yang bengkak air

Daun-daun yang boleh digunakan:
:herb:Daun Pandan
:herb:Serai Wangi
:herb:Daun Belimbing
:herb:Daun Lengkuas
:herb:Daun Pisang Kelat
:herb:Daun Kunyit
:herb:Daun Mengkudu
:herb:Daun Limau Purut
:herb:Daun Jambu Batu
:herb:Daun Inai


BERTANGAS


Definisi:
• Memanaskan diri dengan wap herba ( bahagian cik feminin)
• Tangas terbahagi kepada dua iaitu
• Tangas kering
• Tangas basah
• Dilakukan dengan meletakkan tangas dibawah kerusi dengan mendekatkan tempat sulit

Kebaikan:
• Merawat cik feminin dan mengecutkan peranakan
• Menghilangkan bau hanyir
• Membantu menyembuhkan luka jahitan
• Mengurangkan risiko keputihan/berair
• Mengeluarkan darah bayam


BERTUAM/ BERTUNGKU


Jenis-jenis tungku:
• Batu sungai
• Besi
• Tanah Liat
• Herba/ Garam/ Pasir

Definisi:
• Tuaman panas di seluruh badan
• Bertungku khas untuk bahagian perut sahaja
• Tempoh bertungku adalah selama tempoh berpantang (44 hari)

Kebaikan:
• Mengecutkan rahim dan urat yang kembang
• Mengeluarkan darah beku
• Memecahkan lemak dan buang angin
• Melancarkan darah/ susu
• Membantu mendapatkan bentuk badan yang asal

No comments:

Post a Comment