SOALAN SELALU DITANYA MENGENAI MANDIAN SAUNA

SOALAN SELALU DITANYA MENGENAI MANDIAN SAUNA


Adakah bersauna memang berkesan menurunkan berat badan? 

Ya, Sauna telah terbukti di seluruh dunia ia berkesan menurunkan berat badan.

Bagaimana amalan bersauna boleh menurunkan berat badan? 
Proses bersauna sebagai pemangkin bagi menggerakkan anggota dalaman badan
kita untuk melancarkan peredaran darah,proses mengeluarkan peluh yang menyebabkan badan kita sedang bersenan secara selamat dan istirehat.

Semasa proses sauna, tenaga diperlukan untuk menjalankan proses pengeluaran peluh dan peredaran darah. Setiap kali badan kita menggunakan tenaga maka ia akan membakar kalori..Semasa bersauna kalori akan membakar 700-1000KJ setiap sesi. Penurunan berat badan bukan kerana wap panas atau pemanas infrared tetapi kerana proses pengeluaran peluh dan peredaran darah semasa bersauna.

Oleh sebab itu selepas bersauna anda akan rasa jantung bergerak pantas dan berasa seperti baru lepas bersenam dan anda rasa lebih segar, tenang dan ringan.

Malahan bersauna bukan sahaja mengeluarkan peluh tetapi ia mengeluarkan toksik-toksik, garam-garam buangan yang tidak diperlukan dan lain-lain kotoran dalaman hasil daripada makanan yang jika berada lama dalam badan boleh menyebabkan pelbagai penyakit senyap seperti kanser, darah tinggi, kencing manis, heart attack dan sebagainya.

Rujukan:
http://ezinearticles.com/?Do-Saunas-...oss?&id=613099

Berapa kali saya perlu bersauna dalam seminggu? Adakah perlu hari-hari?
Setiap hari dianjurkan untuk permulaan. 3 kali seminggu untuk proses penurunan berat badan dan 1-2 kali seminggu untuk badan yang ideal. Sila minum air segelas selepas bersauna.

Bilakah masa yang sesuai untuk bersauna? 

Bila-bila masa anda FREE..Selepas bersauna, sejukkan badan dalam 15 minit sebelum mandi.


Siapakah orang yang boleh bersauna?
Sesiapa sahaja yang tidak mempunyai masalah kesihatan yang serius boleh bersauna. Kepada sesiapa yang mempunyai masalah kesihatan sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Bilakah waktu yang sesuai untuk bersauna?
Anda boleh bersauna pada bila-bila masa yang anda suka.

Adakah kanak-kanak boleh bersauna?
Kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke bawah tidak digalakkan untuk bersauna kerana kadar metabolisma mereka sudah tinggi. Untuk kanak-kanak yang obes, yang mahu bersauna, sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Adakah wanita mengandung boleh melakukan sauna?
Tidak. Wanita mengandung dilarang bersauna kerana takut akan mendatangkan mudarat kepada bayi yang dikandung.

Bolehkah wanita selepas bersalin bersauna dan bila waktu yang sesuai untuk melakukan sauna?
Wanita yang selepas bersalin digalakkan bersauna kerana bersauna boleh mengantikan tangas yang terbukti memberi kesan yang amat baik untuk menyembuhkan luka-luka selepas bersalin. Waktu yang sesuai untuk bersauna bagi wanita yang baru bersalin adalah sebaik sahaja luka-luka sembuh.

Bolehkah wanita yang melahirkan anak secara pembedahan melakukan sauna?
Ya. Amat digalakkan untuk melakukan sauna untuk mengembalikan kesegaran badan.

Bolehkan bersauna sewaktu datang bulan (haid)?
Sekiranya anda selesa untuk bersauna, anda digalakan bersauna kerana ia dapat melancarkan perjalanan darah.

Bolehkah pesakit jantung dan darah tinggi bersauna?
Pesakit jantung dan pesakit tekanan darah tinggi tidak digalakkan bersauna kerana apabila kita bersauna, darah akan bergerak dengan laju dan jantung terpaksa mengepam darah dengan lebih laju dan ini tidak baik untuk pesakit.

Bolehkah saya bersauna setiap hari.
Boleh. Tetapi pastikan anda minum air dengan secukupnya. Digalakkan kita bersauna 3 kali seminggu.

Bolehkah orang lelaki bersauna?
Boleh. Tetapi tidak digalakkan melakukan sauna secara kerap,memadai 2-3 kali seminggu. Pastikan anda memakai tuala ketika bersauna.

Bolehkah sauna menguruskan badan dan dapat membuang lemak di dalam badan?
Ya. Dengan bersauna secara berkala, anda dapat menguruskan badan. Tetapi pastikan anda mengambil makanan yang seimbang dan jauhkan makanan yang berlemak dan tinggi kalori untuk hasil yang lebih cepat.

Saya baru bersalin. Bila masa paling sesuai untuk bersauna semasa dalam pantang?
Sangat baik dalam tempoh seminggu selepas bersalin atau ikut kemampuan
badan anda.Sekiranya dalam seminggu masih lemah jangan bersauna lagi.
Pastikan anda sihat atau mampu bersauna.

Berat Badan saya dah turun, adakah saya perlu terus bersauna?
Ya, anda perlu terus bersauna untuk kekalkan berat badan ideal dan kesihatan dalaman. Anda boleh kurangkan kepada 1-2 kali seminggu sahaja.

Adakah bersauna beri kesan sampingan seperti kalau tak sauna badan naik mendadak? 
Sauna adalah kaedah paling berfaedah & selamat untuk badan ..Tiada Kesan Sampingan. Tetapi kepada anda yang mengalami masalah jantung atau penyakit kronik sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.


Mahu bersauna?
Ingin dapatkan konsultasi mengenai sauna di rumah?


Hubungi saya
Pakar sauna anda.
Emme Marina 
018-9100 852

Catat Ulasan

0 Ulasan