Wednesday, September 13, 2017

Terapi Spa Mandian Herba Buat Wanita

Publish on : Wednesday, September 13, 2017 There is : 0 Comments Labels : , , , ,

TERAPI SPA - Mandian Herba

"RAHSIA KECERGASAN WANITA DAHULU TELAH TERBONGKAR"

Kini tidak lagi menjadi rahsia apabila kami membawanya ke pintu rumah anda

Secara tradisinya, mandian herba dipercayai dapat membantu wanita-wanita:

🌿Mengembalikan tenaga
🌿Membuang angin dalam badan
🌿Menghapuskan bau
   daripada lokia (darah  
   nifas) dan rembesan lain;
🌿Mengurangkan sengal sendi akibat lepas bersalin
🌿 Mengatasi masalah MEROYAN ( tekanan perasaan) semasa dalam pantang
🌿 Mengeluarkan ketulan-ketulan darah nifas
🌿Tidur yg lebih lena
🌿Menghilangkan stress
🌿Menyegarkan dan mewangikan badan

Kandungan herba-herba tempatan seperti daun capa, meringan, serai wangi, sirih, balik angin, lemuni dan garam bukit. .

Kalau nak cari sendiri daun-daun ni balik rebus memang tak lah kan. . Ada Terapi Spa ni senang, rebus dan terus mandi. .

Macam tak percaya! Hanya terapi dengan ramuan herba badan rasa segar sangat. . Melegakan lenguh-lenguh urat saraf. . Memberi aura tenaga yang berpanjangan. . Tidur pun nyenyak. .

Cara guna:

Rebus bunjut mandian ini bersama 1 atau 2 liter air sehingga mendidih.
Tuang dalam baldi dan campurkan air sejuk sehingga menjadi suam dan bolehlah mandi.
Boleh diulang guna sehingga hilang bau dan warna.

Cara simpan:

Jemur kering atau simpan dalam peti sejuk

Boleh guna utk mandi atau sauna

Harga : RM19

Postage : RM8 SM / RM12 SS

Mahu dapatkan mandian terapi spa?
Kerana dirimu begitu berharga

Whatsapp 0189100852


Anda ada akaun shopee? Boleh juga dapatkan mandian terapi spa di sana.


 www.shopee.com.my/emmemarina 


Read More...

Saturday, September 09, 2017

Tujuan Berurut Selepas Bersalin

TUJUAN BERURUT

✔️Mengembalikan tenaga dan bentuk badan asal, memperbetulkan kedudukan rahim.
✔️Membuang angin, melancar perjalanan darah, membersihkan saki baki darah nifas
✔️Mengatasi masalah bentan (pada urat sum, iaitu urat yang besar di bahagaian pinggul
✔️Membantu proses membaik pulih saraf dan sistem pencernaan
✔️Melegakan bisa otot dan sendi
✔️Menyegarkan badan yang lesu
✔️Melancarkan pengeluaran susu

#libospa
#terapispa
#terapifeminin

Insha Allah. Selamat berpantang ibu2 semua


Read More...

Semangat Untuk Terus Berjaya

Publish on : Saturday, September 09, 2017 There is : 0 Comments Labels : , ,
Bismillah..

Semangat untuk berjaya. Semangat untuk terus maju. Semangat sahaja boleh ke? 

Salam sayang semua, sebagai wahm yang tidak tentu masa menguruskan bisnes online dan anak-anak tidak termasuk perkara yang tidak tersenarai dalam tugasan seorang isteri dan ibu. Alhamdulillah, sewaktu pagi tadi saya mendapat kesempatan untuk mengaji ilmu dari Prof Muhaya, mengenai bagaimana kita harus tingkatkan level kesedaran kita, cara percakapan kita, cara pemikiran kita apabila melihat apa jua situasi dan perkara yang menimpa diri kita. Ini kerana apa yang kita fikirkan, apa yang kita keluarkan dari otak kita menjadi sebuah percakapan ialah cerminan diri kita dan ianya melibatkan hasil kepada kehidupan kita. Refleks.

Jika rendahnya level kita berfikir maka hidup kita ini tidak maju, malah menjadi duri dalam daging kita. Sebagai contoh, sifat-sifat negatif, perkataan dan pemikiran negatif... membawa kepada kehidupan yang negatif. Dan ia mengingatkan saya kembali kepada kelas pertama saya bersama Tuk Guru UK dalam kelas potensi diri bersama FAV Academy. Iaitu syariat dan makrifatullah. Apabila kita tahu dan sedar bahawa setiap yang ditimpa itu ialah dari Allah. Dan kita mengaku mencintai Allah apabila kita ditimpa malang, buruk.. apakah kita akan marah pada Allah? Jawapannya TIDAK. Malah kita pandang perkara ini sebagai kasih sayang Allah. Nikmat pemberian dari Nya. Bukan mudah untuk kita ubah, dari seorang yang garang.. selalu marah-marah kepada sabar sepenuhnya dan mengerti bahawa setiap yang berlaku adalah kasih sayang Allah. 

Jadi baik setiap hari. Apa kita cakap, itu ialah cerminan diri kita. Cuba belajar bercakap dengan pasangan elok-elok, dengan anak-anak.. Jika masa itu rasa hangin satu badan. Berdiam dan berjauh diri lah dahulu.. Tenangkan diri. Supaya kata-kata yang terkeluar tidak menyakiti hati mereka.. Insha Allah ya.

Ada masanya saya ada masa untuk menulis perkara berkenaan diri sendiri. Namun benar kata rakan-rakan seperjuangan untuk menulis dan meluahkan itu tidak mudah. Copy paste itu mudah. Jadi bila copy paste silalah letak siapa kita rujuk supaya tidak berlaku plagarism. Melainkan ianya fakta yang tidak diubah. Jika boleh sehari 1 entri saya mahu terus konsisten menulis. Tidak kiralah iklan atau catatan harian, supaya blog ini tidak terkubur dan mampu memberi erti buat seseorang. Selain itu, menulis juga sebagai pengubat diri. Haa, istimewa ya menulis ni rupanya. 

Bulan september ini alhamdulillah , Allah berikan rezeki mengaji ilmu. Kelas adwords yang masih belum saya usik masya Allah. 4 Kelas bisnes dari FAV Academy yang telah pon berjalan pada 7 september 2017. Perlunya mengaji ini kerana kita hanyalah insan biasa yang sentiasa cetek ilmunya, kata-kata mentor saya, mengaji dan terus mengaji ilmu kerana kita mungkin pada satu masa tepu dengan ilmu-ilmu lama. Perlu refresh time ya. Bila mengaji ni, semangat itu datang laju. Nak buat kerja juga laju. Kerana apa? Kerana ilmu-ilmu baru yang harus dipraktikkan itu harus segera sebelum diri kita lemau. tak gitu?

Jadi jika kalian juga seperti saya, bila mengaji ilmu harus terus cepat-cepat praktikkan supaya kelas tu tak sia-sia. Pelaburan anda juga tak sia-sia.

Insha Allah. Kita semua pasti berjaya. 
Read More...