Berniaga itu Mendekatkan Diri kepada Pemberi Rezeki

Bismillah..

Assalamualaikum semua,

Jarang juga menulis entri di blog, adakalanya seperti kehabisan idea. Saya sepertinya sedang mengalami satu kejatuhan. Keadaan di rumah yang havoc setiap hari dengan tangisan, pertengkaran, jeritan membuatkan diri kita sedikit goyah. Namun saya berharap saya dapat teruskan usaha dan terus berpositif dalam setiap perkara yang diusahakan.

Sekarang saya cuba menumpukan perhatian pada google adwords, masih belajar sebenarnya. lagi separuh video perlu dilihat dan masih belum bermula. Pakej kombo DMS pula saya masih belum upload di DMS website shopping cart.

Saya berharap dapat meningkatkan lagi sale sebagai stokis DMS. Semoga saya dapat memakmurkan insan lain dengan produk DMS. Doakan ya. Owh, jika kalian perasan, ada beberapa produk baru yang saya turut niagakan. Produk dari Libo Spa, saya merupakan agen Platinum dan sebenarnya founder merupakan rakan seperguruan di FAV Academy. Saya berharap agar saya dapat menjayakan bisnes spa dan sauna ini  sebagaimana bisnes DMS360.

Jika kalian yang sedang membaca ini sedang merancang untuk berniaga, saya doakan agar kalian berjaya bukan sahaja di dalam dunia bisnes tetapi kehidupan anda jua. Apa yang saya pelajari sejak berniaga hampir 8 tahun ini, berniaga mendekatkan diri kita kepada Pencipta, Pemberi Rezeki. Itulah yang terbaik. Kembali kepada Allah. Insha Allah. Aamin

0 Comments