Berhati-hati Jika Anda Suka Spam Di Whatsapp. Rugi atau Untung? Nak Tahu?



Isu spam rakan-rakan di whatsapp ialah isu biasa. Walaupun jarang terkena namun tetap ada ketika beberapa orang yang tidak dikenali menghantar mesej produk jualan mereka. Pernah tak kalian terkena sebegini?


Persepsi kita tentang gangguan peribadi di applikasi whatsapp sangat berbeza dengan sms marketing. Kita sudah tahu sms digunakan pelbagai cara termasuklah marketing. Sekejap promosi, sekejap notis hingga kita sendiri jarang menggunakan applikasi tersebut. Namun, kita tetap membaca mesej bukan? 


Antara cara menghubungi pelanggan adalah melalui whatsapp broadcasting, namun kebiasaannya kita dihubungi atau menghubungi mereka yang kita kenali atau pernah berurusan dengan kita. Mereka kenal kita, dan mereka tahu apa kita lakukan. Namun demikian, ada caranya dan ada waktunya yang kita boleh gunakan broadcasting ini. Tidak bermaksud anda kenal mereka, anda boleh ganggu mereka setiap hari atau setiap minggu tentang jualan anda. Apa pula kata pelanggan tersebut kan? Dah gila sangat nak buat sale ke apa. Disebabkan whatsapp kini salah satu dan satu-satunya medium peribadi yang digunakan oleh rakyat Malaysia, ianya sangat peribadi untuk kita terjah tanpa usul periksa. Sudahlah tidak kenal, diganggu pula dengan iklan-iklan pelbagai produk. Nak delete satu hal, tersimpan gambar satu cerita lain. hehe


Oleh itu, jika anda mahu ganggu rakan-rakan anda di whatsapp khasnya mereka yang anda memang tidak kenal. Pastikan anda kenali mereka dahulu. Anda boleh mulakan di group whatsapp dan biarkan mereka mengenali anda, status anda jika anda seorang peniaga. Maka, bila anda perlu prospek dan mahu gunakan whatsapp personal untuk menghubungi kesemua rakan group whatsapp anda. Mulakan dengan cara perkenalan paling terbaik yang anda boleh fikirkan. Fikirkan perasaan rakan anda diganggu, dan harus mendelete chat anda apabila membacanya. Mungkin dengan cara ini dapat membantu anda membuat skrip writing yang lebih baik. 


Dan tolonglah, jangan ganggu rakan-rakan di whatsapp secara personal dengan menghantar terlalu banyak notis dan iklan anda. Teruk jika nombor telefon anda direpot dan akhirnya nombor anda disekat oleh pihak Whatsapp. Oleh kerana terlalu ghairah ingin menjual, terus disekat atau diban. Bukankah sudah sangat mengharukan?


Semoga entri ini dapat membuka mata kalian mengenai spamming rakan-rakan di whatsapp ya. 

Catat Ulasan

0 Ulasan