Tuesday, January 30, 2018

Testimoni dan Feedback Pengguna Jam Tangan Azan Solat dan Auto Kiblat

Alhamdulillah.. Lagi pelanggan berpuas hati dengan memiliki jam tangan islamik.
.
.
Kelebihan #jamtanganislamik
🌹 Mencari arah kiblat secara automatik sepantas 2.79 saat seluruh DUNIA
🌹 Waktu solat seluruh dunia
🌹 Azan solat reminder (Beep)
🌹 Penanda Al quran
🌹 Boleh set NAMA PADA screen (7Huruf)
.
.
RARE kan?
.
.
Jangan takut laburkan wang anda untuk miliki Jam Tangan Menuju kejayaan. "SIAPA YANG MENJAGA SOLATNYA, ALLAH JAGA KEHIDUPANNYA... Insha Allah"😊😊😊
.
.
Miliki jam tangan islamik hari ini
.
.
Untuk belian terus,
Whatsapp ke 018-9100 852 atau click link di Bio kami.

#feedbackjamtanganislamik #jamrare #jamazan #jamtangansolat #solatawalwaktu #jomsolat #jamtangankiblat #kompaskiblat #jamtanganazan #koleksijamtangan #koleksijam #islam #muslimwear #jambranded #usrah #islam #malaysia #sayajualonline #bruneishop #singapore #ctdk #profmuhaya #igshop #shopeemy #buruj #jamburuj #casio #masaituemas #solatawalwaktu #dao #tipskejayaan

Read More...

Infak Al Quran dan Anak Pokok Cili di Tahfiz Nur Kasih, Klang Selangor

Publish on : Tuesday, January 30, 2018 There is : 8 Comments Labels : , , , , , ,

Alhamdulillah..syukur segala puji bg Allah. akhirnya kami digerakkan Allah ke Tahfiz Nur Kasih Klang utk penyerahan 50 Naskah Al Quran dan Infaq Tajaan Anak Yatim Tahfiz bulan Januari serta tajaan infaq anak pokok cili dr jemaah Amal Till Jannah
syukur sgt2..jazakallah semua yg menyumbang melalui tabung2 ATJ yg digerakkan..tq jga buat admin2 kita yg sgt cemerlang membantu pergerakan setiap pgram yg dilancarkan.

Semoga setiap pemberian sedekah kita diterima Allah. Aamin.

Bagi rakan-rakan yang berminat menyertai aktiviti amal dari Amal till Jannah boleh hubungi saya juga insha Allah. Kita buat amal sama-sama.

Sesungguhnya sedekah tidak mengurangi harta.

Read More...

Trauma Bius Gigi

Publish on : Tuesday, January 30, 2018 There is : 0 Comments Labels : , , , ,

Setelah berminggu menahan sakit gigi, bengkak gusi dan sampai kebas bibir. Akhirnya selamat gigiku dicabut pada hari khamis yang lepas. Malangnya, proses rawatan akibat bengkak gusi dan sakit gigi belum pulih sepenuhnya. Sepatutnya dilanjutkan lagi rawatan dengan pengambilan antibiotik dan biarkan saraf, gusi reda dari sakit tetapi kita tiada ilmu maka kita ingat takpelah. Dan kita cabut gigi tu.

Gigi tu apabila doktor ketuk memang tak sakit sangat. Dibius memang tidak dirasa. Jadi saya pun oklah, kita cabut. Namun, sebaik sahaja gigi dicabut terus terasa kesakitannya kembali. Saya pun pelik. Tapi sebab saya tahu sakit bengkak tu belum surut sepenuhnya jadi mungkinlah sebab tu sakit masih ada. Saya pasrah ajelah dengan pemikiran ianya akan baik kemudian.

Pemikiran tu meleset apabila sakitnya semakin terasa, bahagian dagu bengkak kembali. Denyutan masih terasa di area gigi. Jumaatnya saya menahan la kesakitan dengan ubat tahan sakit. Makan panadol sahaja. Masuk sabtu dan ahad, dah tak mampu dengan kepala sakit. Semua gigi bawah rasa sengal dan sakit. Demam tu macam nak sampai je. Haaa, derita jugak. Dan bila saya cek rupanya dah bernanah di gigi yang dicabut tu. Menangis je rasa. Allah. Dahla menahan sejak isnin 2 minggu lepas, nanah lagi bertambah lagilah masa menahan kesakitan ni.

Jadi, tadi saya berjumpa doktor gigi semula. Katanya urat saraf gigi tersebut dah terkena jangkitan. Dan disebabkan saya cabut gigi dalam keadaan yang belum sembuh menyebabkan jangkitan itu terus berlanjutan. Maka, solusi doktor, dia nak korek semula dan letak ubat dalam lubang gigi tu. Mak aii, term korek tu je dah menakutkan. Saya mulalah rasa seram sejuk. Asyik tanya doktor, sakit ke tak. Doktor kata, "kita bius". Ok.... Bab bius ni saya nak ceritakan kisah trauma saya yang sehingga hari ni menghantui hidup saya dan kisah tadi di klinik.

Alkisahnya, saya pernah disalah bius oleh doktor gigi pada 2 ke 3 tahun lepas hingga separa lumpuh muka sebelah kanan. Mata saya jatuh. Lidah saya kebas sepenuhnya. Saya sukar bernafas gara-gara tak dapat merasa lidah nak telan air liur tak dapat. Keluar bunyi kuat dari mulut sebab asyik nak termuntah. Rehat la kejap dekat bilik kecemasan. Peristiwa ni sangat menakutkan saya sebenarnya. Bila gangguan pada tekak dan lidah sangat tidak selesa dengan sukar bernafas, ketakutan tu Allah sahaja yang tahu.

Berbalik kisah tadi dekat klinik, doktor tu sapu dahulu ubat bius kemudian baru bius pakai jarum. Masa tu hati tenang lagi. Kita ni nak tahu apalah bende yang doktor letak dekat gigi tu, lidah pun merasa. Tiba-tiba lidah kebas, doktor mula cucuk bius. Tak semena-mena badan saya seram sejuk, kepala rasa nak pitam, saya maklumkan pada doktor dan beliau terus cek tekanan darah saya. Bila cek tekanan darah okay, 129/88 malangnya heart rate (degupan jantung) saya tinggi jauh dari normal. Heart rate 103 vs normal 70. Doktor kata saya mengalami anxiety atau hypertension jika saya teruskan rawatan kemungkinan akan pengsan. Masa tu, tangan saya sudah mula menggigil. Saya rasa trauma kes tempoh hari masih menyelubungi diri saya. Saya rasa kesian pada doktor dapat patient macam saya, tapi saya memang takut. Bila lidah kebas kejadian tu seperti rewind semula, saya juga mula batuk-batuk dan nak muntah. Nak tak nak, rawatan korek kena berhenti dan saya hanya boleh ambil ubatan sahaja. Lama lagilah nak baik, doktor kata ambil ubat ni tanpa korek semula, tempoh sembuh dalam 2 ke 3 minggu. Pasrah sahajalah. Gigi lain yang harus dirawat juga terpaksa tunggu sehingga jangkitan tiada lagi. Semoga jangkitan ni cepat sembuh dan saya dapat teruskan rawatan gigi yang lain pula. Makan pun dah kurang, semuanya saya telan. Jika tak, saya minum air sahaja. Kesian pada anak sebab dia fully bf.

Sesungguhnya sakit itu penghapus dosa. Semoga kita dapat tabah menghadapi ujian sakit dari Allah dan bersyukur atas nikmatnya.


Read More...

Sunday, January 28, 2018

Jualan Mega CNY 2018 Khas Buat Peminat Jam Tangan Azan Solat dan Auto Kompas Kiblat

Publish on : Sunday, January 28, 2018 There is : 0 Comments Labels : , , , , , ,

Assalamualaikum, alhamdulillah, kami bawakan untuk anda Jualan Mega bagi peminat yang sudah lama menantikan harga istimewa dari kami.

Perkenalkan jam tangan azan dan solat dengan fungsi automatik kompas kiblat tanpa memerlukan data internet! Mudah, pantas dan tepat!

Mereka yang mementingkan masa apatah lagi kualiti masa solat inilah solusinya. Didik diri supaya kita dapat solat awal waktu dengan adanya jam tangan solat ini. Lihat waktu solat setiap hari tanpa tertinggal dan ada pula setting alarm untuk mengingatkan kita masuknya waktu solat.

Fungsi Utama Jam Tangan Azan Solat:

✅ 🕋...AUTOMATIK KIBLAT SEPANTAS 2.79 SAAT!
✅ 🕓WAKTU SOLAT
✅🔠📝TULIS NAMA MAKSIMA 7 HURUF
✅PENANDA AL QURAN
✅📆KALENDAR HIJRAH DAN MASIHI
✅🔀 DWI-BAHASA
-Bahasa Arab atau Bahasa Inggeris.
✅⏰ALARM
✅⏱STOPWATCH
✅🌕🌙MOON AGE
✅⏲AUTOMATIK KOMPASS
✅⏳DAYLIGHT SAVING TIME ( DST ) Untuk negara 4 musim sahaja!
✅🗓TAQWEEM MALAYSIA
✅💦WATER RESISTANCE ( 30 M)

Terdapat 4 Jenis Jam yang sedang kita promosikan!


Spesifikasi Teknikal Buruj Exclusive


⌚Weight : 130 g
⌚Diameter : 41 mm
⌚Thickness : 13.5 mm
⌚Length : 235 mm
⌚️Ukur lilit :24 cm
⌚️Material :Resin band(getah)


Spesifikasi Teknikal Buruj Ramadhan


⌚Weight : 39 g
⌚Diameter : 38mm
⌚Thickness : 11.6 mm
⌚Length : 230mm
⌚️Ukur lilit :23.5 cm
⌚️Material :Resin band(getah)


Spesifikasi Teknikal HARAMEEN 6505.

⌚Weight : 53g
⌚Diameter : 44mm
⌚Thickness : 10mm
⌚Length : 257mm
⌚️Material: Resin band(getah)


Spesifikasi Teknikal HA 6506

⌚Weight : 39g
⌚Diameter : 39mm
⌚Thickness : 0.9mm
⌚Length : 247mm


Size Harameen 6505 dan 6506


Sempena Jualan Awal Tahun ini. Anda Beli 1 Jam Tangan Azan anda dapat!!

GRAB 1, TAPI DAPAT 7 ITEM! .

1️⃣ Buruj Exclusive
2️⃣ Kotak Buruj Exclusive Smart
3️⃣ Kupon Diskaun RM10
4️⃣ Paperbag Buruj
5️⃣ Kad Warranty, 1 Tahun.
6️⃣ Sejadah Muka limit untuk 500 yang pertama! 🆓
7️⃣ Kalendar Buruj 2018 🆓

500 Yang Pertama Sahaja Dapat 7 Item! Lambat tinggal. Hehe . Sangat-sangat berbaloi💜

NOTIS SALES AWAL TAHUN

25 Jan - 15 Feb 2018

Start jam 11 pagi harga akan berubah 👇

Buruj Exclusive : RM 289 —> RM235

Buruj Ramadhan & Harameen 6506: RM 249 —> RM175

Harameen 6505 : RM293 —> RM187

500 yang pertama, akan dapat

✅ Kalendar Buruj 2018 🆓
✅ Sejadah Travel Buruj 🆓


Dapatkan jam solat sebelum kehabisan stok!


Whatsapp 018-9100 852 untuk tempahan hari ini.


Read More...

Saturday, January 27, 2018

Program Wakaf dan Infak Amal till Jannah (Januari 2018)

Publish on : Saturday, January 27, 2018 There is : 0 Comments Labels : , , , ,

💓 *makluman pada yang berhajat utk wakaf dan infaq*

🕋 wakaf al-quran fasa 1.0
Rm20 tiap penyertaan

Diperlukan 100 naskah
⭕ terkini 92, baki 8 naskah sahaja

Transaksi *wakaf quran*
----------------------------------------
🌱 infaq polibeg cili projek nur kasih
Rm10 tiap polibeg

Transaksi *pokok*

⭕terkini 47 polibeg dikumpulkan ATJ
----------------------------------------

💐 *ASNAF ZAKAT-BERAS BERSAMA ATJ bulan januari*

Infaq rm15 tiap penyertaan

Transaksi *infaq beras*
----------------------------------------

Masih dibuka utk ketiga wakaf & infaq di atas

*MAYBANK AMAL TILL JANNAH*
🏧 *5621 8831 9223*

📱 jangan lupa update pada admin *pn.fatin 0127865923*

Terima kasih semua..


Insha Allah, bagi kalian yang mahu menderma boleh terus salurkan kepada bank akaun rasmi Amal till Jannah ya. Sama-sama kita berwakaf dan mohon rakan-rakan kongsikan program ini kepada orang ramai. Semoga pahala terus mengalir buat kita semua. Aamin


Read More...

Wednesday, January 24, 2018

Punca dan Tanda Awal Rahim Peranakan Jatuh

Publish on : Wednesday, January 24, 2018 There is : 0 Comments Labels : , , ,

#infoLibospa

Bismillah. .

PUNCA2 RAHIM JATUH🤗

👉Angkat benda yg berat
👉Tidak Berpantang dgn baik selepas bersalin
👉Tolak benda dgn kaki terutama sekali menggunakan ibu jari
👉Obesiti
👉Pengerakan yang lasak

TANDA² AWAL RAHIM JATUH🤗

👉Selalunya waktu petang lepas asar badan rasa nk demam
👉Kaki tangan rasa sejuk
👉Terasa nk buang air kecil dgn kerap
👉Sakit pinggang Sengal² di bahagian bawah perut (ari²)
👉Kalau berdiri, terasa seperti rahim seakan jatuh dan rasa sengal
👉Cepat rasa penat bila buat kerja
👉Peha Betis Kebas²

#libospa
#terapispa
#terapifeminin
#FAVFamily


Read More...

Petua Surutkan Bengkak Gusi dan Gigi Rosak

Publish on : Wednesday, January 24, 2018 There is : 0 Comments Labels : , , , ,
2 Minggu lepas saya mengalami kesakitan yang amat sangat kerana gigi yang mula rosak. Saya perasan gigi tersebut sebenarnya sudah sakit agak lama, dan apabila saya makan terlalu banyak. Banyak menguyah, makan makanan keras memang akan sakit selepas tu. Jadi mungkin pada satu tahap, gigi ni dah tak mampu untuk terus jadi gigi yang baik dan meragam. Salah saya jugalah kerana membiarkan gigi tu sakit terlalu lama. Dipendekkan cerita dan ditambah lagi, gigi yang sakit ni gigi kanan, gigi kiri saya tiba-tiba tampalan pecah. Tampalan tu besar tahu nak tak nak saya elakkan makan sebelah kiri dan gunakan gigi kanan sepenuhnya. Haa, itulah bermulanya kesakitan teramat lalu gigi kanan membengkak. Nak sentuh juga sangat sakit.

Hari selasa pada 16 Jan, saya ke klinik untuk tutup gigi kiri yang tampalan pecah. Malangnya klinik kerajaan sekarang tak boleh buat rawatan lebih dari 1 gigi dan harus datang lagi. Dah tu, tak boleh juga buat tampalan kekal. Takpelah, nak tak nak kenalah terima. Doktor tampal sementara satu gigi kiri, sebelah lagi kene tunggu lain appointment. Manakala gigi kanan sedang sakit, dan saya dah pun maklumkan doktor. Bila doktor cek, katanya gigi tu sakit dan akan membengkak. Entah kenapa saya pun tak tanya banyak, ubat juga tak diberikan. Malam tu, bermulalah episod bengkak yang teruk. Rasa panas, bisa dan bengkak besar sehingga lah saya kembali semula pada hari jumaat ke klinik untuk rawatan bengkak. Doktor terkejut juga tengok muka saya, memang besar bengkaknya. Dah tak serupa muka dah. Doktor berikan antibiotik dan ubat tahan sakit. Saya pun pulang. Setiap hari saya tak berhenti ambil ubat tahan sakit kerana sakitnya yang bisa, alhamdulillah bila dah makan sehari antibiotik biasanya turun. Saya google juga cara nak surut bengkak. Dalam banyak-banyak cara dan petua, saya akhirnya kumur-kumur dengan air garam sahaja. Dan tuam bengkak dengan ais pek.

Alhamdulillah, bisa dan bengkak semakin reda. Bengkak akibat sakit gigi tu kan, bibir pun kebas, sampai bibir kering menggelupas, telinga sakit, bawah leher turut bengkak hingga tak rasa kulit kita tu. Punyalah seksa bila gigi ni sakit rupanya.

Jadi kepada pembaca sekalian, nasihat saya janganlah ditangguh-tangguhkan bila anda sakit gigi. Jangan buat seperti saya. Takut sangat jumpa doktor gigi inilah akibatnya.


Jadi saya kongsikan petua-petua surut bengkak gusi, mana tahu anda amat perlukan petua ini ketika ini kay:


Petua Atasi Sakit Gusi – 7 Info Penting
Jadi pada hari ni saya akan kongsikan dengan anda cara hilangkan bengkak gusi dengan menggunakan bahan semula jadi. Badan kita sekarang ni tidak boleh diajar untuk menggunakan ubat ubatan selalu jadi mari kita gunakan bahan tradisional. Bahan bahan tradisional ini tidak mempunyai bahan bahan yang mengandungi bahan kimia yang berbahaya antara kaedah yang kita boleh gunakan adalah :
#1 Minyak Cengkih
Minyak cengkih ini boleh didapati di kedai kedai. Cara dia amat mudah cuma sapukan minyak cengkih dibahagian gusi yang bengkak 2 kali sehari.
#2 Limau Nipis
Perah jus limau nipis tu kemudian campurkan dengan air suam & guna untuk berkumur. Seeloknya buat waktu masa nak tidur & selepas bangun pagi.
#3 Madu
Sebaiknya kita gunakan madu yang asli bukan madu yang dibeli di pasaraya. Cara merawat gusi bengkak menggunakan madu asli adalah sapukan bahagian gusi yang bengkak 3 kali sehari . 
#4 Bawang merah
Tumbuk bawang merah tu kemudian campur dengan sedikit garam kemudian sapu di bahagian gusi yang bengkak. Tetapi harap bersabarlah ye dengan rasa dan bau bawang yang boleh tahan kuat.
#5 Lemon & air panas
Cara menggunakan lemon ni pun sama macam guna limau nipis itu. Perah jus lemon kemudian campurkan dengan air panas, tetai seeloknya air suam la takkan kita nak berkumur dengan air panas. Lepastu kumur dua hari sekali ye sayang sayang semua.
#6 Pijatan gusi
Apa benda pula pijatan gusi ni? Pijatan gusi ini adalah kaedah picit atau urut bahagian gusi yang bengkak. Cara dia urut atau picit gusi yang bengkak dengan cara membulat menggunakan jari telunjuk. Tetapi pastikan jari tu bersih dulu ye.
#7 Baking soda
Haa baking soda ni senang caranya. Ambil baking soda kemudia campur dengan air suam kemudian guna untuk berkumur. Buat banyak kali pun takde masaalah sebab die mampu mencegah bakteria dalam mulut kita.
Sumber: http://sensistop.net/cara-hilangkan-bengkak-gusi/



Tambahan:

#8 Garam

Amik garam dan larutkan dengan air suam. jangan terlalu panas ye panas mengakibatkan saraf anda lebih mengembang. Jadi pastikan airnya suam tetapi tidak terlalu panas. Kumur sebanyak yang mungkin untuk bunuh bakteria. (saya guna garam bukit himalaya)

#9 Tuam bengkak dengan ais

Apabila saraf sedang sakit, anda akan rasa panas pada muka dan area bengkak. Juga bisa kerana saraf panas yang mengembang. Sebaiknya ambil ketulan ais dan tuamkan pada area bermasalah. Balut ais dengan kain supaya tidak terlalu sejuk mengejut. Tuam beberapa ketika hingga saraf sejuk dan bengkak surut.

#10 Stevia

Stevia bagus kerana ianya anti bakteria semulajadi. Anda boleh titik atau kumur dengan air suam. (saya juga gunakan kaedah ini bersama air garam.)


Dalam anda semua mencuba petua-petua surut bengkak gusi, jangan lupa ambil antibiotik untuk merawat sepenuhnya jangkitan kuman pada gigi anda. Dan terus dapatkan rawatan selanjutnya, sama ada perlu ditampal atau dicabut gigi tersebut.


Semoga entri ini membantu kalian semua.


Read More...

Tips Bermasker di Rumah. Ikuti Langkah-Langkah Ini Untuk Kekal Cantik dan Menawan.

Publish on : Wednesday, January 24, 2018 There is : 0 Comments Labels : , , ,


Read More...

Tuesday, January 23, 2018

Tips Mula Berniaga. Apakah 4 Perkara Asas Yang Perlu Anda Ketahui?

Publish on : Tuesday, January 23, 2018 There is : 0 Comments Labels : , , ,

Adakah anda sedang memikirkan untuk memulakan perniagaan secara online? Daripada membuang masa, mengeluh akan kewangan yang semakin sempit dan keperluan yang semakin tinggi lebih baik anda gunakan internet itu dengan lebih baik. 

Buang masa, buang duit jika setiap bulan harus bayar internet bukan menjana pendapatan. Dunia internet itu luas anda haruslah bijak menggunakan peluang ini sebaiknya. 

Apa yang perlu anda tahu untuk memulakan perniagaan online?

Apa itu ONLINE?

Online atau bahasa melalyunya dunia alam maya seperti mana kita berhubung dengan menggunakan whatsapp, berfacebook. Satu medium talian tanpa wayar menghubungkan kita dengan dunia luar tanpa perlu berdepan. 

Dulu, data internet agak sukar dimiliki namun dengan teknologi semakin canggih anda dianggap ketinggalan jika tidak memiliki internet ini. Kini semuanya online. Anda boleh membeli belah dalam talian. Berhubung dan bersosial dengan rakan-rakan dan keluarga yang jauh beribu batu, menuntut ilmu juga boleh. Oleh itu, jadikan medium ini juga untuk menjana pendapatan. 


Tanpa buang masa, mari kita semak 4 perkara asas yang perlu anda miliki sebelum bermula:

1. Internet - Wajib sangatlah memiliki data internet khas untuk anda. Berapa ya data yang diperlukan sebulan? Hmm, bergantung kepada jenis produk jualan dan method pengiklanan 3gb sebulan minimum adalah mencukupi.

2. Internet banking - perlu buka cimb atau maybank sekurang-kurangnya untuk memudahkan pelanggan membayar produk anda dan anda memantau urusan masuk duit dari pelanggan. Takkan nak pergi bank pula setiap kali urusan kan?

3. Medium beriklan - paling tidak memiliki whatsapp dan sertai group [email protected] untuk memasarkan produk jualan anda (namun jika kalian mahu elakkan hutang dan tiada modal jauhi group komuniti atau maklumkan mereka harus membayar dahulu untuk dapatkan produk)

4. Produk jualan - semestinya untuk mula berniaga anda perlukan produk yang anda boleh jual. Proses pemilihan ini bergantung pada anda sama ada minat atau keuntungan tinggi. Jika produk yang anda minati, anda mungkin lebih cepat memahami proses dan menguruskan pelanggan. 


Semak dahulu jika anda sudah miliki pilihan no 2, dunia online adalah tanpa batasan. Anda boleh beriklan di Selangor tetapi pelanggan dari Sabah. Tidak mustahil. Apa yang diperlukan ialah no akaun aktif anda dan barang dapat diposkan walau di mana berada. Begitulah mudah dan canggihnya dunia sekarang. Semuanya dihujung jari. Hanya klik dan beli! 


Permulaan mula berniaga tidak pernah mudah. Teruskan beriklan, tambah ilmu berniaga dan tidak putus asas. 
Read More...

Berapa Kali Sehari Boleh Post Entri di Blog?

Publish on : Tuesday, January 23, 2018 There is : 0 Comments Labels : , , ,

Soalan Lazim yang biasa ditanya oleh newbie blogger


Read More...

Pengalaman Bengkak Gusi Akibat Gigi Rosak. Masya Allah, Sakitnya Tak Tertahan!

Publish on : Tuesday, January 23, 2018 There is : 0 Comments Labels : , ,

Sudah tak serupa muka, kata suami😅


Read More...

Berniaga di Shopee. Alhamdulillah Sambutan Semakin Menggalakkan. Anda Bagaimana?

Publish on : Tuesday, January 23, 2018 There is : 0 Comments Labels : , , , ,


Assamualaikum,

Shopee semakin famous dek iklan di television dan dengan program "FREE SHIPPING". Sejujurnya nak memulakan perniagaan di Shopee memang agak mudah. Anda hanya perlukan handphone, mulakan mendaftar di Shopee dan mula membeli belah ataupun berniaga. Hanya 1 akaun sebagai keduanya. Maksud saya ialah, apabila anda mendaftar di Shopee anda hanya gunakan 1 akaun sahaja untuk menjadi sama ada pembeli anda peniaga. Tidak perlukan pendaftaran kali kedua untuk menjadi peniaga. Mudah sahaja kan?

Alhamdulillah, saya sendiri sudah berbulan berniaga di Shopee. Tidaklah terlalu mudah. Bezanya di Shopee jualan anda berjalan secara automatik, jika item anda diinginkan oleh pembeli mereka akan terus membuat bayaran serta merta tanpa perlu whatsapp anda atau hubungi anda, melainkan mereka anda soalan yang perlu ditanyakan kepada anda.

Persaingan tetap akan ada di mana sahaja. Bila anda berniaga di Shopee pastikan keyword anda, tajuk produk adalah tepat. Jadi pelanggan dapat terus menjumpai barangan yang mereka perlukan dan kebarangkalian bertemu dengan kedai anda juga tinggi. Dengan kelebihan "boost" yang disediakan oleh pihak Shopee anda boleh boost (iaitu naikkan produk anda ke carian atas) setiap 4 jam secara percuma. Haaa, baguskan?

Mungkin anda masih blurr kerana apa yang saya tuliskan ini anda tidak nampak gambarannya. Saya tidak katakan anda letak je produk di Shopee terus masuk sale beribu-ribu tetapi ianya lebih baik daripada tidak ada langsung. Insha Allah dengan terus konsisten mempromosikan kedai shopee anda, anda dapat jana pendapatan kedua di Shopee selain medium facebook, instagram dan lain-lain. Di Shopee tiada bayaran yang dikenakan. Ianya percuma. Jadi rugi jika kalian tidak gunakan medium ini.


Insha Allah next entri saya buatkan tutorial mendaftar di Shopee ya. Tunggu
Read More...

Monday, January 22, 2018

Peluang Berniaga di Beezmall.com . Ada Yang Pernah Membeli Belah di Sini?

Publish on : Monday, January 22, 2018 There is : 9 Comments Labels : , , , , ,


Beezmall.com mula mencari dan merekrut peniaga untuk berniaga di laman website ecommerce mereka. Ianya seperti Lazada, Lelong dan Shopee. Ecommerce mana-mana tempat adalah sama tetapi bagi peniaga kita cuba mencari pusat beli belah yang bukan sahaja menjadi tumpuan pelanggan namun memberikan kelebihan besar kepasa peniaga itu sendiri.

Paling menakutkan jika ada cas-cas tersembunyi yang perly divayar. Peraturan ketat hingga menyukarkan peniaga untuk beriklan juga diambil kira. 

Kisahnya, beberapa minggu lepas saya didatangi oleh wakil staff Beezmall.com untuk meletakkan produk jualan di sini. Ragu-ragu jugakan kerana kebiasaanya kita mencari tempat untuk beriklan. Tetapi beezmall, mereka mencari peniaga-peniaga pula untuk beriklan. Disebabkan hal ini kita was-was juga. Setelah di maklumkan tiada cas tersembunyi, prosesnya juga mudah. Oleh itu saya setuju sahaja untuk sertai pengiklanan di Beezmall. Lagi pula sebulan pertama, produk-produk jualan kita akan diiklankan di facebook page Beezmall secara percuma. Haa, bukankah bagus begitu?


Selamat sudah berdaftar. Sekarang haruslah saya meletakkan produk di Beezmall. Anda juga ada didatangi staff Beezmall? Nanti saya kongsikan ya apabila selesai meletakkan produk di sana. Beezmall buat masa ni tiada applikasi khas seperti Shopee atau Lazada. Anda harus menggunakam browser untuk melakukan aktiviti di Beezmall. Login dan uploadkan produk anda. Untuk kunjunhi website beezmall, sila ke www.beezmall.com . 

Read More...

Syampu Anti Kelumumur dan Anti Gugur Dengan Ektraks Green Tree Terbaik dan Termurah. Anda Dah Cuba?

Publish on : Monday, January 22, 2018 There is : 0 Comments Labels : , , , ,


Read More...

Rebranding Libo Spa Packaging Untuk Mass Volume. Jom Tengok! Cantik Tak?

Publish on : Monday, January 22, 2018 There is : 0 Comments Labels : , , , , ,


Read More...

Penipuan Lapuk Peniaga Fake Produk DMS360 dan Glowing Speed



Tolonglah berhenti menipu! Saya kasihan pada ramai pengguna DMS yang tertipu dengan penjual "DMS" yang mengaku sebagai agen sah. Mereka menggunakan gambar terkini produk-produk original DMS dan cuba sedaya upaya menjadi pro tetapi hakikatnya mereka menjual produk palsu DMS.


Ramai tersalah beli. Ramai kondem DMS. Akibatnya nama DMS yang ori juga rosak akibat perbuatan tidak bertanggungjawab. Seperti kes di atas, penjual guna gambar terbaru tetapi apa yang dimaklumkan kepada pelanggan adalah salah sama sekali. Sebab itulah kami tidak mengeluarkan gambar-gambar krim kepada umum. Inilah antara sebabnya. Jadi tidak mahu bercerita panjang la eh. Jika kalian nak order dms, tolong pastikan agen tu agen sah dms dan fokus dms. itu adalah yang terbaik
Read More...

Wonder Glow Bukan Pengeluar mahupun Pengasas DMS360







Beliau bukan pengasas DMS ya. Sekian.


Read More...

Gangguan Pemborong Tiruan DMS ke Seluruh Team Srikandi Emme Marina

Publish on : Monday, January 22, 2018 There is : 0 Comments Labels : , , , , , ,
Read More...

Tips Agar Lipstik Tahan Lama Seharian. Anda Suka Pakai Lipstik Apa Ya?

Publish on : Monday, January 22, 2018 There is : 0 Comments Labels : , , , ,
Read More...

Koleksi Peribadi Produk Kecantikan DMS360. Nak Tahu Lebih Lanjut? Jom Kenali DMS360

Publish on : Monday, January 22, 2018 There is : 0 Comments Labels : , , , ,
Read More...

Demam. Bagaimana Atasi Masalah Anak-anak Demam Ya? Ada Petua?

Publish on : Monday, January 22, 2018 There is : 0 Comments Labels : , , ,
Read More...