Wednesday, January 24, 2018

Petua Surutkan Bengkak Gusi dan Gigi Rosak

Publish on : Wednesday, January 24, 2018 There is : 0 Comments Labels : , , , ,
2 Minggu lepas saya mengalami kesakitan yang amat sangat kerana gigi yang mula rosak. Saya perasan gigi tersebut sebenarnya sudah sakit agak lama, dan apabila saya makan terlalu banyak. Banyak menguyah, makan makanan keras memang akan sakit selepas tu. Jadi mungkin pada satu tahap, gigi ni dah tak mampu untuk terus jadi gigi yang baik dan meragam. Salah saya jugalah kerana membiarkan gigi tu sakit terlalu lama. Dipendekkan cerita dan ditambah lagi, gigi yang sakit ni gigi kanan, gigi kiri saya tiba-tiba tampalan pecah. Tampalan tu besar tahu nak tak nak saya elakkan makan sebelah kiri dan gunakan gigi kanan sepenuhnya. Haa, itulah bermulanya kesakitan teramat lalu gigi kanan membengkak. Nak sentuh juga sangat sakit.

Hari selasa pada 16 Jan, saya ke klinik untuk tutup gigi kiri yang tampalan pecah. Malangnya klinik kerajaan sekarang tak boleh buat rawatan lebih dari 1 gigi dan harus datang lagi. Dah tu, tak boleh juga buat tampalan kekal. Takpelah, nak tak nak kenalah terima. Doktor tampal sementara satu gigi kiri, sebelah lagi kene tunggu lain appointment. Manakala gigi kanan sedang sakit, dan saya dah pun maklumkan doktor. Bila doktor cek, katanya gigi tu sakit dan akan membengkak. Entah kenapa saya pun tak tanya banyak, ubat juga tak diberikan. Malam tu, bermulalah episod bengkak yang teruk. Rasa panas, bisa dan bengkak besar sehingga lah saya kembali semula pada hari jumaat ke klinik untuk rawatan bengkak. Doktor terkejut juga tengok muka saya, memang besar bengkaknya. Dah tak serupa muka dah. Doktor berikan antibiotik dan ubat tahan sakit. Saya pun pulang. Setiap hari saya tak berhenti ambil ubat tahan sakit kerana sakitnya yang bisa, alhamdulillah bila dah makan sehari antibiotik biasanya turun. Saya google juga cara nak surut bengkak. Dalam banyak-banyak cara dan petua, saya akhirnya kumur-kumur dengan air garam sahaja. Dan tuam bengkak dengan ais pek.

Alhamdulillah, bisa dan bengkak semakin reda. Bengkak akibat sakit gigi tu kan, bibir pun kebas, sampai bibir kering menggelupas, telinga sakit, bawah leher turut bengkak hingga tak rasa kulit kita tu. Punyalah seksa bila gigi ni sakit rupanya.

Jadi kepada pembaca sekalian, nasihat saya janganlah ditangguh-tangguhkan bila anda sakit gigi. Jangan buat seperti saya. Takut sangat jumpa doktor gigi inilah akibatnya.


Jadi saya kongsikan petua-petua surut bengkak gusi, mana tahu anda amat perlukan petua ini ketika ini kay:


Petua Atasi Sakit Gusi – 7 Info Penting
Jadi pada hari ni saya akan kongsikan dengan anda cara hilangkan bengkak gusi dengan menggunakan bahan semula jadi. Badan kita sekarang ni tidak boleh diajar untuk menggunakan ubat ubatan selalu jadi mari kita gunakan bahan tradisional. Bahan bahan tradisional ini tidak mempunyai bahan bahan yang mengandungi bahan kimia yang berbahaya antara kaedah yang kita boleh gunakan adalah :
#1 Minyak Cengkih
Minyak cengkih ini boleh didapati di kedai kedai. Cara dia amat mudah cuma sapukan minyak cengkih dibahagian gusi yang bengkak 2 kali sehari.
#2 Limau Nipis
Perah jus limau nipis tu kemudian campurkan dengan air suam & guna untuk berkumur. Seeloknya buat waktu masa nak tidur & selepas bangun pagi.
#3 Madu
Sebaiknya kita gunakan madu yang asli bukan madu yang dibeli di pasaraya. Cara merawat gusi bengkak menggunakan madu asli adalah sapukan bahagian gusi yang bengkak 3 kali sehari . 
#4 Bawang merah
Tumbuk bawang merah tu kemudian campur dengan sedikit garam kemudian sapu di bahagian gusi yang bengkak. Tetapi harap bersabarlah ye dengan rasa dan bau bawang yang boleh tahan kuat.
#5 Lemon & air panas
Cara menggunakan lemon ni pun sama macam guna limau nipis itu. Perah jus lemon kemudian campurkan dengan air panas, tetai seeloknya air suam la takkan kita nak berkumur dengan air panas. Lepastu kumur dua hari sekali ye sayang sayang semua.
#6 Pijatan gusi
Apa benda pula pijatan gusi ni? Pijatan gusi ini adalah kaedah picit atau urut bahagian gusi yang bengkak. Cara dia urut atau picit gusi yang bengkak dengan cara membulat menggunakan jari telunjuk. Tetapi pastikan jari tu bersih dulu ye.
#7 Baking soda
Haa baking soda ni senang caranya. Ambil baking soda kemudia campur dengan air suam kemudian guna untuk berkumur. Buat banyak kali pun takde masaalah sebab die mampu mencegah bakteria dalam mulut kita.
Sumber: http://sensistop.net/cara-hilangkan-bengkak-gusi/



Tambahan:

#8 Garam

Amik garam dan larutkan dengan air suam. jangan terlalu panas ye panas mengakibatkan saraf anda lebih mengembang. Jadi pastikan airnya suam tetapi tidak terlalu panas. Kumur sebanyak yang mungkin untuk bunuh bakteria. (saya guna garam bukit himalaya)

#9 Tuam bengkak dengan ais

Apabila saraf sedang sakit, anda akan rasa panas pada muka dan area bengkak. Juga bisa kerana saraf panas yang mengembang. Sebaiknya ambil ketulan ais dan tuamkan pada area bermasalah. Balut ais dengan kain supaya tidak terlalu sejuk mengejut. Tuam beberapa ketika hingga saraf sejuk dan bengkak surut.

#10 Stevia

Stevia bagus kerana ianya anti bakteria semulajadi. Anda boleh titik atau kumur dengan air suam. (saya juga gunakan kaedah ini bersama air garam.)


Dalam anda semua mencuba petua-petua surut bengkak gusi, jangan lupa ambil antibiotik untuk merawat sepenuhnya jangkitan kuman pada gigi anda. Dan terus dapatkan rawatan selanjutnya, sama ada perlu ditampal atau dicabut gigi tersebut.


Semoga entri ini membantu kalian semua.


No comments:

Post a Comment