Tuesday, January 23, 2018

Tips Mula Berniaga. Apakah 4 Perkara Asas Yang Perlu Anda Ketahui?

Adakah anda sedang memikirkan untuk memulakan perniagaan secara online? Daripada membuang masa, mengeluh akan kewangan yang semakin sempit dan keperluan yang semakin tinggi lebih baik anda gunakan internet itu dengan lebih baik. 

Buang masa, buang duit jika setiap bulan harus bayar internet bukan menjana pendapatan. Dunia internet itu luas anda haruslah bijak menggunakan peluang ini sebaiknya. 

Apa yang perlu anda tahu untuk memulakan perniagaan online?

Apa itu ONLINE?

Online atau bahasa melalyunya dunia alam maya seperti mana kita berhubung dengan menggunakan whatsapp, berfacebook. Satu medium talian tanpa wayar menghubungkan kita dengan dunia luar tanpa perlu berdepan. 

Dulu, data internet agak sukar dimiliki namun dengan teknologi semakin canggih anda dianggap ketinggalan jika tidak memiliki internet ini. Kini semuanya online. Anda boleh membeli belah dalam talian. Berhubung dan bersosial dengan rakan-rakan dan keluarga yang jauh beribu batu, menuntut ilmu juga boleh. Oleh itu, jadikan medium ini juga untuk menjana pendapatan. 


Tanpa buang masa, mari kita semak 4 perkara asas yang perlu anda miliki sebelum bermula:

1. Internet - Wajib sangatlah memiliki data internet khas untuk anda. Berapa ya data yang diperlukan sebulan? Hmm, bergantung kepada jenis produk jualan dan method pengiklanan 3gb sebulan minimum adalah mencukupi.

2. Internet banking - perlu buka cimb atau maybank sekurang-kurangnya untuk memudahkan pelanggan membayar produk anda dan anda memantau urusan masuk duit dari pelanggan. Takkan nak pergi bank pula setiap kali urusan kan?

3. Medium beriklan - paling tidak memiliki whatsapp dan sertai group [email protected] untuk memasarkan produk jualan anda (namun jika kalian mahu elakkan hutang dan tiada modal jauhi group komuniti atau maklumkan mereka harus membayar dahulu untuk dapatkan produk)

4. Produk jualan - semestinya untuk mula berniaga anda perlukan produk yang anda boleh jual. Proses pemilihan ini bergantung pada anda sama ada minat atau keuntungan tinggi. Jika produk yang anda minati, anda mungkin lebih cepat memahami proses dan menguruskan pelanggan. 


Semak dahulu jika anda sudah miliki pilihan no 2, dunia online adalah tanpa batasan. Anda boleh beriklan di Selangor tetapi pelanggan dari Sabah. Tidak mustahil. Apa yang diperlukan ialah no akaun aktif anda dan barang dapat diposkan walau di mana berada. Begitulah mudah dan canggihnya dunia sekarang. Semuanya dihujung jari. Hanya klik dan beli! 


Permulaan mula berniaga tidak pernah mudah. Teruskan beriklan, tambah ilmu berniaga dan tidak putus asas. 
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 

Delivered by FeedBurner