Thursday, February 15, 2018

Servis Upah Buat Facebook Page dan Blog/ Website dengan Harga Mampu Milik.


Pengenalan
Online Positioning

" in today's World, if they can't find your website, your company doesn't exist " - Bill Gates

644 Million Active Website in The internet - Netcraft's March 2012

7 Billion Worwide Internet User

28 Million Malaysian

17 Million Internet Users in Malaysia ( 60% )

kalau kita amik sorang MYR1 . . dah jadi jutawan dah . . 

. .. tp ramai masih tak nampak lagi . . sibuk nak ber #FB . . dan acah-acah femes semata-mata ..




Adakah anda masih ditakuk ini?




Marilah kedepan!


ALHAMDULILLAH
SERVIS BUAT BLOG DENGAN HARGA TERBAIK KINI DIBUKA


Saya mulakan dengan

APA ITU BLOG?


Rata-rata masih blurr bila menyebut tentang blog. Blog tu apa? Website bagus lagi kan? Tak boleh ke buat website sahaja sis? Susah tak buat blog?

Bermakna ramai lagilah orang yang mengaku ber"ONLINE" ni kurang ilmu dan informasi tentang jauhnya alam maya ini boleh pergi dan terlalu rugi ilmu ini jika anda seorang peniaga. Tidak kiralah anda berniaga secara online atau offline. Di zaman yang serba canggih dan internet menjadi perkara paling penting dalam hidup kita lebih dari sms dan panggilan telefon maka anda patut mula menggunakan blog atau website untuk mengiklankan kedai anda dan produk jualan anda!

Pada satu ketika, blog digunakan untuk kita berinteraksi dengan berkongsi pengalaman, kisah atau apa sahaja yang kita inginkan kepada orang ramai. Blog merupakan satu medium percuma yang kita boleh gunakan untuk menulis apa sahaja tanpa sekatan. Dua medium blog percuma paling popular ialah blogspot dan wordpress. Haa, pernah dengar?


Contoh:

www.jamtangansolat.blogspot.my
www.abc.wordpress.com


Maksud blog secara penuh ialah,

Blog adalah jurnal peribadi dalam talian atau buku harian yang kerap dikemas kini. Ia adalah tempat untuk mengekspresikan diri anda ke dunia. Tempat untuk berkongsi pemikiran dan hasrat anda. Benar, ini apa sahaja yang anda mahu. Untuk tujuan kami, kami akan mengatakan bahawa blog adalah laman web anda sendiri yang anda akan kemas kini secara berterusan. Blog adalah bentuk pendek untuk kata weblog perkataan dan dua perkataan digunakan secara bergantian.

Maka, BLOG JUGA ADALAH WEBSITE! Cuma takdelah namanya terus dot com. Takla sebab kita meminjam website tersebut daripada blogspot atau wordpress kan, jadi nama website kita akan diberi nama kepada blogspot.com atau blogspot.my.


Dan berita baik! Anda boleh tukarkan blog anda kepada dot com dengan blogspot. Tiada masalah!  


Hakikatnya website saya sendiri, www.emmemarina.com adalah dari blogspot malah saya sangat senang menggunakan medium blog ini berbanding hosting dan uruskan website selain blog.

Kenapa Guna Blog?


- Percuma
- Mudah digunakan tanpa kepakaran IT
- Mempunyai applikasi di Play Store
- Mempunyai jaringan besar di alam maya
- Merupakan anak buah GOOGLE







Oleh itu KERUGIAN BESAR jika anda berniaga tetapi tak ada website atau blog.

Berniaga setiap hari cari pelanggan, 
tapi tiada pelanggan cari anda


Sampai bila?



Mulakan blog anda hari ini!


Kerana saya juga berniaga sepenuh masa melalui blog sejak tahun 2011.
Alhamdulillah, sejak mula serius menjana pendapatan melalui blog dan bertemu guru blog melalui Akademi Bekerja di Rumah

BANYAK yang berubah
INCOME juga bertambah



Sebab itulah saya merasakan sangat rugi jika kalian tidak ada satu pun blog untuk kedai anda


Izinkan saya untuk lakukan sedikit magic dalam hidupan bisnes anda.



UPAH BUAT BLOG

biasanya RM100 ke RM300


tetapi
 dengan saya hanyalah RM60 SAHAJA!!


Kita akan menyiapkan sebuah blog kedai yang lengkap untuk anda


Kita boleh buat sebuah blog 

branding
kedai

atau keduanya sekali


Juga servis buat Facebook Fanpage


Kenapa perlu buat Facebook Fanpage?


1. Ianya keperluan untuk peniaga facebook
2. Boleh link dengan blog
3. Mendapat carian di google enjin


Tak Percaya Ke Bisnes di BLOG BAGUS?



SATU SOALAN!


"kalau nak cari apa-apa, anda google atau facebook?"




Ini bukti kenapa anda perlukan



BLOG DAN FACEBOOK PAGE




SERVIS UPAH BUAT BLOG DAN FACEBOOK PAGE



BLOG : RM60
FACEBOOK FANPAGE : RM30

HEADER/FB FANPAGE COVER : RM50


BONUS!!



Insha Allah saya akan kongsikan tips blogging dan blogging marketing untuk anda serta bagaimana berblog dengan mudah 



Untuk tempahan

Whatsapp 018-9100 852
Whatsapp 018-9100 852
Whatsapp 018-9100 852





p/s: jika kalian nak belajar buat blog sendiri dan blog marketing, boleh sign up kelas blogshop RM250 sahaja


Read More...

Saturday, February 10, 2018

Program Infak Pembinaan Jalan Raya dan Kolam Wuduk dk Kemboja

Publish on : Saturday, February 10, 2018 There is : 0 Comments Labels : , , , ,

💓 *makluman pada yang berhajat utk infaq*

🚦 *1. INFAQ JALAN RAYA UNTUK SEKOLAH MARKAZ AL BASSAM, di KAMPUNG BENTEAY PREY, KEMBOJA*
➡Keperluan RM1200 sahaja lagi.

🎀 *2. KOLAM WUDHU' DI MASJID KG BENTEAY PREY,SIHANOUK VILLE,CAMBODIA*
➡keperluan RM2100

--------------------------------------
Transaksi *infaq kemboja*

Penyertaan  serendah *rm10* untuk kedua2 infaq

Tempoh infaq: *sehingga dimaklumkan*
----------------------------------------

*MAYBANK AMAL TILL JANNAH*
🏧 *5621 8831 9223*

📱 jangan lupa update pada admin Puan Fatin

0127865923/infaqkemboja

💓💓💓


Read More...

Friday, February 09, 2018

Baru! Buruj Quran Jam Alarm Pertama dengan Aplikasi Waktu Azan Dan Arah Kiblat

Publish on : Friday, February 09, 2018 There is : 0 Comments Labels : , , , ,

#BARU! NOW RELEASE BURUJ QURAN 2018! .
.
.
Buat pertama kali dalam Malaysia, Buruj Watches melancarkan Produk Terbaru : Buruj Quran.

Buruj Quran adalah Jam Meja atau Jam Dinding ada Suara Azan 8 Negara, Waktu Solat 2000 negara dan juga Audio Al Quran 30 Juzuk.

Ini Fungsi Utama Buruj Quran : 👇
✅ Audio Al Quran 30 Juzuk.
✅ Waktu solat di 2000 bandar seluruh dunia.
✅ Ada 8 jenis Azan dan Doa antaranya Makkah, Madinah, Masjidil Aqsa, Turkish, Indonesia, Morocco dan Malaysia.
✅ Paparan 5 waktu solat di skrin utama dengan azan secara automatik.
✅ Fungsi arah kiblat dan jarak.
✅ Paparan kalendar hijri atau masihi pada masa yang sama.
✅ Paparan Suhu Bilik.
✅ Alarm harian.
✅ Alarm automatik.
✅ DST (Untuk negara 4 musim).
✅ Snooze Pengera Waktu.
✅ Kawalan Volume.

==============================
Harga berapa ni ?? Tak sabar nak letak di ruang tamu rumah saya!
==============================

Harga Asal : RM489
Harga Promosi : RM298
Harga Pengenalan : RM279 + FREE POSTAGE (sehingga 12 Febuari 2018)
.
.
Dan untuk 50 orang, kami bagi FREE GIFT SEJADAH TRAVEL + FREE GIFT KALENDAR BURUJ 2018!
Terhad 50 orang je tau. Orang ke 51, dah tak valid! 😝

==============================
Wow! Macam mana nak order ni Kak?
Nak sangat rumah ada azan macam kat Mekah tu!
==============================

Mudah je :
Whatsapp 018-9100 852
Whatsapp 018-9100 852
Whatsapp 018-9100 852
.
P/s : Nak feeling2 rumah macam kat Mekah, elok sangat tuuu ada Jam Buruj Quran 😊 tak percaya? Amek 1! 😍
.
#quran #radioquran #radioalquran #jam #koleksijam #jamunik #jamquran #jamrare #sayajualjam #alquran #burujmalaysia #buruj #jamburuj #jamazan #jamdinding #bazarpaknil #bazaaronline #trustedseller #malaysiaigshop #santaibmf #kedai1malaysia #muslimwear #islam #islamfashion



Read More...

Thursday, February 08, 2018

Channel Telegram Bagi NgO Amal Till Jannah. Sebuah Institusi Medium Sedekah Anda

Publish on : Thursday, February 08, 2018 There is : 0 Comments Labels : , , , ,

Amal Till Jannah (ATJ) Channel rasmi NGO Amal till Jannah. Ikuti dan sertai program2 infak dan wakaf ATJ. Bersama-sama kita ubah diri menjadi insan yang cintakan sedekah💞 https://t.me/amaltilljannah

Kongsikan bersama entri ini ya.

Bismillahirrahmanirrahim, berkat Rahmat dan Kasih Sayang Allah, Amal Till Jannah memasuki tahun ke 4 dalam melaksanakan program2 infaq istiqomah mingguan,bulanan dan tahunan. Syukur segala perancangan telah dipermudahkan Allah selama ini.

Berikut ialah antara *PROGRAM ATJ* sepanjang tahun 2018 bersama team Amal Till Jannah☺

🔳 *PROGRAM MINGGUAN*

1. *SEDEKAH JUMAAT*-RM20 setiap penyertaan
-sedekah tahlil arwah di tahfiz terpilih.
-sedekah makanan ke rumah kebajikan anak yatim & asnaf terpilih.
-sedekah makanan di hentian petronas terpilih.
-sedekah makanan di masjid terpilih.

🔳 *PROGRAM BULANAN*sentiasa dibuka untuk ruang infaq bagi;

1.Asnaf Zakat Beras -RM15 setiap penyertaan
2.Anak Yatim Tahfiz-RM10 setiap penyertaan
3.Wakaf Kit Jenazah- RM10 setiap penyertaan
4.Tajaan Umrah-RM30 setiap penyertaan

5. *PII BULANAN* RM20 setiap penyertaan
khas Jemaah yg telah berdaftar sbg *Ahli ATJ*
melibatkan agihan infaq program seperti di bawah;

✅1)Wakaf Buku Ilmiah RM200
✅2)Infaq utk bayaran bil air/bil api
-Tahfiz@madrasah RM500
-Masjid@Surau RM500
-Rumah Anak Yatim RM500
✅3.Tabung Kebajikan Pengurusan ATJ-RM300

*semua budget tertakluk kpd penyertaan jemaah☺

🔳 *LAIN-LAIN INFAQ* (TERBUKA SEPANJANG MASA)

6. Tabung PENDIDIKAN KAFA SHORHU JANNAH-seikhlas

7. Tabung Zakat-ikut haul dan nisab

🔳 *SEMPENA RAMADAN*

8. Program Infaq/wakaf Mekah & Madinah- mulai *MAC 2018*

9. KIT RAMADAN ASNAF & ANAK YATIM-RM50 setiap penyertaan

10.AGIHAN BERAS FIDYAH- ikut perkiraan fidyah masing2 & ZAKAT FITRAH

11. TAJAAN IFTAR 30 HARI RAMADAN
-agihan bubur lambuk/juadah berbuka-peringkat cadangan☺
-program kasih gelandangan Ramadan☺
*program SJ akan berlansung sebagai tajaan iftar mingguan*

9. WAKAF MASJID BALIK BATU- *Infaq terus ke akaun khas BANK ISLAM ATJ*

10. INFAQ KHAS misi kemanusian dan lain2 keperluan semasa-
- Tabung Wakaf Telekung solat (RM45 setiap penyertaan)
-Tabung Wakaf Van ATJ(RM10 setiap penyertaan)

11. Tabung KORBAN & AQIQAH *sempena Raya Haji*

12. Tajaan Kit Sekolah Anak Yatim & Asnaf *dibuka 2 bulan sebelum cuti persekolahan hujung tahun*

@Lain2 program insyaAllah Admin akan update dari masa ke masa. *sebarang perubahan program yg berkaitan akan admin maklumkan*☺

Setiap infaq/wakaf atau sedekah..mohon jasa baik jemaah semua menggunakan akaun Rasmi ATJ.

💳 *Maybank Amal Till Jannah*
*5121 8334 0641*

*"Perumpamaan orang yg berSEDEKAH hartanya pada jalan Allah (akan TUMBUH HARTA itu) seperti satu biji benih, daripada SEBIJI benih itu Allah akan TUMBUHKAN TUJUH TANGKAI, pada setiap TANGKAI yg tumbuh itu Allah akan TUMBUHKAN SERATUS BIJI yg lain..."* (surah Al-Baqarah, ayat 261)

---------------------------------
-update 4 FEB 2018-
ADMIN PENYELARAS
PN ROHSAMILA YUNUS ATJ 001

disahkan oleh;
PN PUTERI EMME MARINA MOHAMAD ATJ069
S/U I

PN SITI NOORZARINA MUSA ATJ010
S/U II

PN NOOR FATIN HAMAMAH MISKIRAN ATJ006
BENDAHARI

CIK RAFIDAH YUNUS ATJ044
AJK MEDIA

Read More...

Soalan Lazim Jam Tangan Azan Solat dan Kompas Arah Kiblat



Top soalan lazim yang selalu ditanya oleh pelanggan jam tangan azan solat dan auto kiblat :)

Insha Allah jika ada soalan lain daripada anda, boleh terus hubungi saya ya di 018-9100 852.


Q: Jam Tangan Azan boleh set nama kepada berapa huruf?
A: Untuk Buruj Exclusive dan Ramadhan boleh set maksima 7 nama, manakala Al-Harameen 6505 dan 6506 boleh set nama kepada 6 huruj sahaja.

Q: Jam ni boleh tulis nama dengan huruf jawi ke?
A: Tiada lagi buat masa ini. Hanya huruf rumi sahaja ya.


Q: Jam Tangan Azan Solat dan Kompas Kiblat ada waranti tak? 
A: Ada. Malah kami akan berikan anda kad sebagai bukti waranti bagi jam tangan anda. Waranti ini bermula dari hari kami poskan jam kepada anda. 

Q: Berapa lama waranti jam azan ni?
A: Waranti diberikan selama 1 tahun (12 bulan)


Q: Adakah jam ini akan set secara automatik waktu solat dan arah kiblat bila kita travel?
A: Tidak. Ini kerana jam ini tidak mempunyai internet, ianya menggunakan software yang telah direka mengikut tempat/ lokasi. Jika anda travel, sila setkan lokasi anda dan cari semula arah kiblat. Mudah sahaja kerana semua lokasi seluruh dunia ada di dalam jam tangan arah kiblat anda! Bagi arah kiblat pula carian hanya 1 klik dan anda akan dapat tentukan arah kiblat dengan sangat pantas dan mudah. 


Q: Jam tangan azan ni bila masuk waktu solat ada bunyi suara azan ke?
A: Tidaklah begitu :) Jam ini apabila masuknya waktu solat kan berbunyi BEEP tahu. Anda boleh setkan berapa kali nak beep ni berbunyi. Bunyinya sama sahaja macam bunyi alarm di mana-mana jam. Bolehlah set nak 10x beep ke, malah anda boleh pilih nak volume kuat ke slow. ada pilihan volume 1 atau 2 (kuat).


Q: Macam mana sistem takweem pada jam di update?
A: Setiap jam telah disetkan dengan databased sehinggalah ke tahun 2099. Oleh itu selagi mana belum sampai ke tarikh tersebut, databased waktu solat, takweem bahkan kiblat juga adalah tepat insha Allah.



Q: Waktu solat lari dari setting. bagaimana ya?
A: Okay, ini sebenarnya normal. Disebabkan data kita berdasarkan sistem software oleh itu ada beberapa tempat akan ada sedikit lari dari yang asal. biasanya 1-3 minit sahaja. Anda boleh pergi ke menu "azan safety" dan betulkan di situ. Anda boleh tolak atau tambah masa pada waktu solat yang lari waktunya :)


Q: Arah kiblat macam tak tepat. bagaimana nak buat?
A: Okay, anda hanya perlu calibrate sahaja. Selepas calibrate, insha Allah arah kiblat akan kembali tepat semula. Untuk malaysia, arah kompas kiblat 292-293 degree.


Q: Apa maksud DST? 
A: DST bermaksud Daylight Saving Time (DST) iaitu waktu musim panas atau masa ni waktu 4 musim. Kita sedia maklum di sana perubahan masa adalah tidak sama seperti mana di Malaysia. Oleh itu, jika kalian travel, tidak perlu risau perubahan masa lagi. anda setkan sahaja DST ya setiap kali travel ke negara 4 musim :)

Alhamdullillah, semoga panduan soalan-soalan lazim mengenai jam tangan azan dari Buruj Watches ini membantu kalian semua. 



Sale CNY Jam Tangan Azan dan Arah Kiblat masih berlangsung

Dapatkan jam buruj sementara stok masih ada


Buruj Exclusive

Buruj Ramadhan

Al harameen 6505



NOTIS SALES AWAL TAHUN

25 Jan - 15 Feb 2018

Buruj Exclusive : RM 289 —> RM235 ✅

Buruj Ramadhan: RM249 —> RM175 ✅

Harameen 6505 : RM293 —> RM187 ✅

500 yang pertama, akan dapat 

✅ Kalendar Buruj 2018 🆓
✅ Sejadah Travel Buruj 🆓

✅(harga promosi awal tahun)

POSTAGE FREE



Untuk tempahan segera

Whatsapp 018-9100 852

Read More...

Wednesday, February 07, 2018

Feedback dan Testimoni Pengguna Jam Tangan Azan Solat Al Harameen Malaysia

Publish on : Wednesday, February 07, 2018 There is : 0 Comments Labels : , , , , ,

Ini adalah Fungsi Utama Harameen

✅ 🆕 Boleh tulis nama! 😍 (max 6 huruf)
✅ 🆕Arah kiblat seluruh dunia sepantas 3 saat! 😊
✅ ⏲ waktu solat seluruh dunia.
✅ 🕋 azan reminder
✅ 🇲🇾 zon taqwem Malaysia seperti e solat jakim!
✅ 📖 penanda al quran
✅ 🗓kalendar hijri atau masihi
✅ ⏱stopwatch
✅ ⏰ 1 alarm
✅ ☔ water resistant(30m)

Alhamdulillah. Ramai pengguna berpuas hati. Jam ini bukan sekadar cantik dan bergaya. Ianya jam mengingati waktu solat, mendisiplinkan diri kita sebagai seorang muslim sejati.

Bila kita jaga solat kita, Allah jaga kehidupan kita. Insha Allah.

Harameen tengah sale sehingga 15 Februari 2018. Harga asal RM 299. Promosi hanya RM187 sahaja!

Percuma postage.

Untuk tempahan, whatsapp saya terus di 018-9100 852.

Read More...

Skim Simpanan Persaraan 1 Malaysia. Berita Baik buat Semua Peniaga dan yang Bekerja Sendiri.


Bismillah


Saya mendapat kabar mengenai Skim Simpanan Persaraan I Malaysia daripada rakan. KWSP untuk mereka yang berniaga sendiri atau bekerja sendiri, ianya menarik perhatian saya. Sekarang saya tidak bekerja, berusaha setiap hari berniaga secara online bagi membantu suami menampung keperluan kami serta menyelesaikan hutang yang masih berbaki. Alhamdulillah, kini surirumah yang berniaga sendiri walaupun kecil-kecilan boleh menabung untuk persaraaan masa hadapan. Lebih baik kita mula menabung persaraan kita daripada tiada langsung. Lagi pun, menabung di KWSP adalah pelaburan terbaik kerana kita tidak mudah nak keluarkan duit di KWSP kan? Hehe. 

Mudah sahaja rupanya apply SSP1M ni. Anda terus ke KWSP berdekatan anda, mohon borang Skim Simpanan Persaraan 1 Malaysia, isikan dan siap! Apa yang diperlukan hanyalah salinan kad pengenalan anda sahaja. 

Okay, saya ingin ceritakan kelebihan menyimpan atau mencarum di SSP1M ini bagi kita semua tidak kiralah kecil atau besar atau berapa banyak pendapatan anda. Jika anda masih tiada pelaburan untuk diri anda atau keluarga anda, mulakanlah di sini. 

Anda boleh menyimpan serendah RM50 di simpanan SSP1M anda, tidak memerlukan komitmen wajib mencarum setiap bulan pun. Anda simpanlah bila-bila masa anda perlu. Tiada masalah. 

Apa kelebihan mencarum di Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia?


1. Mendapat dividen 15% sebagai ahli KWSP
2. Layak mendapat RM250 (maksima) daripada kerajaan apabila anda mencapai jumlah simpanan tahunan iaitu sebanyak RM 1670 (minimum) bermula tahun ini 2018 sehingga 2022. (nilai RM 1670 ni nilai yang dimaklumkan oleh pegawai KWSP, tiada pula maklumat ini bila saya baca di website dan RM250 diberikan bermula tahun 2018, sebelum ini RM120 sahaja)


Haaa, siapa nak bagi betul? Apa salahnya kita menabung.

Contoh:

Tahun 2018 (12 bulan) anda berjaya mencarum sebanyak RM 2000. Anda bakal mendapat 15% dan RM250 ya.

Jadi, RM 2000 x 15% = RM 300
Berjaya capai kriteria minimum simpanan caruman setahun di SSP1M = RM 250

untuk tahun 2018, jumlah simpanan anda termasuk bonus dan dividen = RM 2550!!

Bagaimana? Teruja?

Jom kita mencarum di SSP1M. Saya sudah. Anda bila lagi :)

Okay, anda mungkin tertanya bagaimana kelak jika anda bekerja. Jika esok lusa anda bekerja setelah beberapa tahun menyimpan di SSP1M, secara automatik caruman anda di sini akan terhenti. Ini juga dimaklumkan oleh pegawai KWSP hari tu. Kita tidak perlu maklumkan KWSP yang kita dah bekerja, mereka akan dapat notis sebabnya bila kita kerja dengan majikan kita akan punya caruman bekerja dengan majikan pula. Jadi dari situ, pihak KWSP akan tahu lah :) gitu. huhu. Jadi takde lah impian jika anda sekarang sedang bekerja dan nak apply skim ni. Tak eh, Skim ni hanya untuk mereka yang memang tiada majikan iaitu bekerja sendiri :)

Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia oleh KWSP


A. TUJUAN
Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia adalah inisiatif Kerajaan untuk memastikan golongan orang yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap mempunyai simpanan apabila mencapai umur persaraan.
 
B. KONSEP DAN RASIONAL
Konsep atau kemudahan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia adalah bertujuan menggalakkan golongan yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap untuk mencarum secara sukarela mengikut kemampuan. 
 
Rasional Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia:
a) Menyediakan saluran untuk golongan yang bekerja sendiri dan mereka yang tiada pendapatan tetap menabung bagi tujuan persaraan.
b) Meningkatkan jumlah orang yang bekerja sendiri menabung dengan KWSP
c) Menzahirkan keprihatinan Kerajaan kepada orang yang bekerja sendiri melalui pemberian insentif untuk menabung bagi persaraan mereka.
d) Mengurangkan jumlah warga tua yang bergantung kepada peruntukan program Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
     
C. GOLONGAN YANG BEKERJA SENDIRI DAN TIADA PENDAPATAN TETAP
Antara pihak yang tergolong dalam golongan bekerja sendiri dan tiada pendapatan   tetap adalah:    
Petani/ nelayan/ pemandu teksi
Peniaga kecil/ penjaja/ peniaga pasar malam/ peniaga uptown
Baby-sitter
Ejen menerima komisyen (cth: ejen insurans, ejen hartanah)
Freelancer (cth: menerima bayaran selepas memberi perkhidmatan sebagai deejay, penyanyi, pelakon, fitness instructor, perunding)
Pemilik perniagaan (pemilik tunggal/rakan kongsi) yang membeli dan menjual barangan/perkhidmatan
Pemilik perniagaan dalam talian (online business)
Pemilik praktis sendiri (cth: akauntan, doktor, peguam)
Surirumah
Pekerja Berpencen
 
D. SYARAT-SYARAT KELAYAKAN 
a) Warganegara Malaysia
b) ‘'Orang Yang Bekerja Sendiri" ertinya mana-mana orang yang melakukan sesuatu pekerjaan yang mendatangkan hasil dan bukannya seorang pekerja.
c) Merupakan ahli KWSP; DAN
d) Telah membuat pilihan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia menggunakan Borang KWSP 16G(1M).
 
E. AHLI YANG MENCARUM DI BAWAH ‘'CARUMAN BEKERJA SENDIRI''
Ahli perlu membuat permohonan pilihan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia menggunakan Borang KWSP 16G(1M) terlebih dahulu dan tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan.
 
F. PEKERJA BERGAJI TETAP
Seorang pekerja bergaji tetap tidak boleh menyertai Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia dan tidak layak untuk menerima sumbangan Kerajaan.
 
G. CARA PERMOHONAN 
Ahli perlu mendaftar sebagai pencarum SP1M dengan cara berikut:
a) Menggunakan Borang Permohonan Pilihan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia [KWSP 16G (1M)] yang boleh diperolehi di Kaunter KWSP atau Laman Web KWSP (www.kwsp.gov.my)
b) Serahan permohonan di Kaunter KWSP atau melalui mel.
 
H. CARA BAYARAN
Cara membuat bayaran caruman Simpanan Persaraan 1Malaysia:
a) Menggunakan Borang Bayaran Simpanan 1Malaysia [KWSP 6A(2)] yang boleh diperolehi di mana-mana Kaunter KWSP atau Laman Web KWSP (www.kwsp.gov.my)
b) Borang KWSP 6A(2) hendaklah diserahkan bersama tunai/cek di kaunter KWSP/mel atau di kaunter ejen bank yang dilantik iaitu RHB, MBB PBB dan BSN.
c) Perbankan Internet: MBB dan PBB. 
 
I. AMAUN BAYARAN CARUMAN 
Amaun bayaran caruman Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia boleh berubah-ubah tertakluk kepada amaun minimum RM50.
 
J. BAYARAN CARUMAN 
Bayaran caruman Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia boleh dibuat pada bila-bila masa mengikut kemampuan.
 
K. DIVIDEN 
Simpanan di bawah Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia akan menerima dividen tahunan sehingga ahli berumur 100 tahun.
 
L. SUMBANGAN KERAJAAN
Simpanan ini akan menerima sumbangan Kerajaan sebanyak 15% dari amaun caruman tertakluk kepada jumlah maksimum sebanyak RM250 setahun (Kadar baru berkuatkuasa 1 Januari 2018). Sumbangan Kerajaan ini telah dilanjutkan sehingga 2022. 
 
Walaubagaimanapun sumbangan ini tidak layak bagi ahli yang mempunyai caruman majikan secara tetap (bekerja dan mempunyai pendapatan tetap). Sumbangan Kerajaan juga adalah terhad kepada ahli SP1M yang berumur kurang daripada 55 tahun sahaja. 
 
M. PENGKREDITAN SUMBANGAN KERAJAAN KE AKAUN AHLI
KWSP akan membuat tuntutan sumbangan Kerajaan secara berkala berdasarkan caruman bagi separuh tahun tempoh pertama (Januari hingga Jun) dan separuh tahun tempoh kedua (Julai hingga Disember) setiap tahun. Wang sumbangan akan dikreditkan ke akaun ahli selepas KWSP menerimanya daripada Kerajaan. Sumbangan ini akan dikreditkan ke dalam Akaun 1 ahli (Akaun Persaraan). 
 
N. PENGELUARAN 
Simpanan Persaraan 1Malaysia merupakan sebahagian daripada simpanan KWSP ahli. Oleh itu, ahli boleh menggunakan/ mengeluarkan simpanan ini tertakluk kepada syarat & prosedur semasa pengeluaran KWSP.



Semoga membantu! Mohon share kan kepada rakan-rakan seperjuangan, surirumah tentang kewujudan SKIM SIMPANAN PERSARAAN 1MALAYSIA ni kay :)
Read More...

Friday, February 02, 2018

Mari Kita Lihat Beezmall.com. Anda Sudah Bersedia Untuk Terbang Tinggi Dalam Marketing Online Anda?

Publish on : Friday, February 02, 2018 There is : 0 Comments Labels : , , , , , ,
Bismillah

Beezmall sudah mula menghubungi peniaga-peniaga online untuk mula berniaga di tapak website mereka. Bermula dengan Lazada, Shopee kini Beezmall pula. Bagi saya sendiri, ecommerce adalah sama di mana sahaja, setiap ecommerce sudah tentunya memiliki keunikan tersendiri. Paling penting bagi kita sebagai seorang pembeli, kita mahukan setiap tempahan yang dibuat melalui jaringan internet adalah selamat seratus peratus.

Membeli-belah di talian online terutamanya di ecommerce tanpa perlu menghubungi pembekal secara terus adakalanya menakutkan bagi sesetengah orang. Risau ditipu kan? Dah tempah, kemudian barang tidak sampai atau barang tidak seperti yang diiklankan. Itu juga salah satu bentuk penipuan. Anda mahu baju kaler biru, dapat kaler merah sudahnya berlainan corak pula. Tak ke hangin dibuatnya! Elok lagilah dapat dari terus kene tipu duit dilarikan!

Jadi, kita mahukan ecommerce yang :

✓ Boleh dipercayai.
✓ Mudah berurusan.
✓ Mudah pembeliannya.
✓ Mudah urusan melihat pergerakan perjalanan tempahan kita.

Jadi, setelah berjaya didaftarkan minggu lepas oleh staff Beezmall, saya pun melewati laman website tersebut.

Dari segi kesimpulan awalnya, kerana saya juga sebenarnya pembeli online tegar. Sejak dari dulu lagi, saya membeli pelbagai jenis barangan melalui Lelong, Lazada dan Shopee. Ini tiga ecommerce pilihan saya yang amat saya gemari. Taip sahaja keyword, anda akan bertemu dengan barangan pilihan anda dengan harga yang anda inginkan juga keperluan anda.

Beezmall.com tidak mempunyai applikasi android buat masa ini, oleh itu anda harus akses melalui browser anda sama ada di desktop atau handphone. Cara pembeliannya mudah sahaja insha Allah, anda pilih produk yang anda inginkan, check out dan buat pembayaran kepada Beezmall. Ya, Beezmall sebagai medium transaksi pembelian anda. Secure payment, oleh itu anda akan mendapat produk anda dahulu dengan selamat kemudian barulah pembekal dibayar (method ini sama seperti lelong, lazada mahupun shopee). Namun, sedikit kelemahan iaitu anda tidak dapat terus berhubung secara live dengan pembekal anda buat masa ini. Jika anda ada soalan, anda perlu ke kedai pembekal dan hubungi mereka secara manual (menelefon atau email atau whatsapp). Dari segi faktor, user friendly antara pembeli dan penjual agak kurang ini sama seperti Lazada sebelum ini. Sekarang pembeli sudah boleh chat atau bertanya terus kepada pembekal di Lazada kay :)

Serba sedikit ringkasan view saya sebagai pembeli. Meh saya tunjukkan beberapa gambar kay.


Halaman website Beezmall.com

Cara bayaran secara automatik

Cara bayaran secara manual

Anda boleh hubungi kedai-kedai di Beezmall melalui "Contact Us" yang diberikan


Jika kalian ada soalan untuk bertanya, boleh terus hubungi kedai online tersebut. 


Selesai part 1, nanti saya tunjukkan interface as seller ye. Insha Allah kalian boleh cuba berniaga di sini. Tidak salah membanyakkan pilihan dan tawakal supaya setiap usaha kita dalam mencari rezeki ini mempunyai hasil.
Read More...

Whatsapp Business Kini Di Malaysia. Sudahkah Anda Bertukar?

Publish on : Friday, February 02, 2018 There is : 0 Comments Labels : , , , , ,


Bismillah

Panggilan ke semua peniaga Malaysia. Sudahkah anda mencuba applikasi terbaru dari Whatsapp ini?

Mulanya saya mencari bahan bacaan dan review mengenai Whatsapp GB 2 minggu lepas rasanya, saya membaca tentang applikasi ini sudah mendarat di Play Store Indonesia, masih lagi belum ada di Malaysia. Tup tup beberapa hari lepas, viral bahawa Whatsapp Business sudah boleh dimuat turun di applikasi Play Store Malaysia! Hah, teruja ke tak?


Baca review dari Play Store, ramai peniaga tidak berpuas hati atau memberi rating yang tinggi. Mungkin kerana tiada perbezaan ketara anda Whatsapp sedia ada dengan Whatsapp Business ni. Walaupun penambah baikkan itu lebih bagus namun "TERLEBIH MENGHARAPKAN" nampaknya bertukar kepada kekecewaan. Tetapi jangan risaulah! Jika bagi anda applikasi whatsapp biasa dah superb, tentulah Whatsapp Business ni MARVELOUS! Bersyukurlah anda tidak perlu menambah pelbagai cara untuk boostkan marketing Whatsapp anda. Nak tahu sebabnya? Mari baca lagi..

Nah!


4 Ringkasan Fungsi WhatsApp Business Yang Boleh Bantu Ramai Usahawan Online - Thumbs Up!!


Ada yang dah dapat mesej dari WhatsApp tuk pindah ke WhatsApp Business?

WhatsApp Business ada 4 feature utama yang sangat2 membantu usahawan online (market Malaysia khasnya)
.
1. Automated Messages
- Pernah tak dapat mesej wassap bertalu2 sampai tak sempat nak balas first mesej. Habis hilang first impression prospek nak cuba produk anda. Peluang untuk close sale boleh menurun wei kalau tak jaga first impression.
.
Melalui fungsi automated messages, anda boleh set kata-kata aluan untuk bakal pelanggan anda. Kagumkan bakal pelanggan anda dengan mesej auto sepantas kerdipan mata. Buatkan pelanggan anda berasa 'WOW' dengan mesej auto tersebut.
.
2. Quick Replies
- Biasa guna app clippers, kuaiboard, clips dll yang anda guna untuk simpan skrip2 close sale anda. Nah, kini fungsi terssebut wujud dalam WhatsApp Business ini.
.
Setkan sahaja skrip2 anda dalam WhatsApp ini dan terus forward kepada pelanggan anda. Mudah dan sangat2 membantu anda. Percayalah ,kepantasan anda  dalam menjawab soalan dan membantu prospek menyelesaikan masalah boleh menigkatkan peratusan close sale anda sehingga 150%.
.
3. Messaging Statistics
- Fungsi ni antara yang paling membantu dalam menguruskan data-data mesej anda kepada cold, warm, dan hot prospek anda. Melalui fungsi ini, anda boleh tahu, sejauh mana keberkesanan mesej anda itu.
.
4. Labels
Labels ini sangat menarik kerana anda boleh melabel setiap chat anda dengan notis tersendiri. Contohnya, anda menerima tempahan baru dan mungkin nak cepat jadi labelkan dahulu "NEW ORDER" supaya amda tidak terlepas pandang. Labelkan mengikut kesesuaian anda sebagai seorang peniaga.


Berapa orang sudah menerima mesej anda. Berapa orang sudah membaca mesej anda. Berapa orang dah block anda dari list wassap mereka. Cool bukan.
.
So, lepas ni anda dah boleh buat check anda balance. Samada mesej wassap anda terlalu extreme, proses follow up anda caca marba dan macam2 lagi masalah yang boleh berlaku. Dengan pantas dan efisyen anda boleh baiki aspek2 tersbut. Nice right?

Bagaimana?

Sangat mengujakan bukan?



BONUS!

Disebabkan Whatsapp Business masih terlalu baru dan terlebih baru di Malaysia. Ramai yang bertanyakan pelbagai soalan. Dua soalan paling top saya dapat sejak 2-3 hari ini ialah:-

Boleh ke install dua whatsapp iaitu Whatsapp Business dan sedia ada pada 1 handphone?

Jawapan: BOLEH! Kedua whatsapp ini tidak sama, Whatsapp Business bukanlah "program update" tetapi merupakan applikasi baru dari syarikat pengeluar Whatsapp. Oleh itu, anda boleh install sahaja tanpa perlu risau.

Bagaimana nak pakai Whatsapp Business dan Whatsapp sedia ada serentak?

Jawapan: Anda memerlukan 2 nombor untuk applikasi ini berjalan serentak. 1 whatsapp 1 nombor. Jika anda terus menggunakan no sedia ada (no lama), anda kemungkinan besar akan hilang segala data tanpa anda sedari! Pastikan anda backup siap-siap data di Whatsapp lama dan simpan data yang penting di tempat lain supaya jika berlaku kehilangan, anda tidak perlu panik. Jika anda menggunakan no lain (baru), anda boleh terus pakai tanpa sebarang masalah. 


Of course bagi taiko-taiko whatsapp, siap pakai whatsapp GB, anda memang boleh pakai 3 whatsapp sekali gus. Pastikan handphone anda RAM dan storage besar ye!


Insha Allah, saya akan sharekan review saya sendiri selepas bertukar ke whatsapp Business kay. Tunggu :)
Read More...