Mari Kita Lihat Beezmall.com. Anda Sudah Bersedia Untuk Terbang Tinggi Dalam Marketing Online Anda?

Bismillah

Beezmall sudah mula menghubungi peniaga-peniaga online untuk mula berniaga di tapak website mereka. Bermula dengan Lazada, Shopee kini Beezmall pula. Bagi saya sendiri, ecommerce adalah sama di mana sahaja, setiap ecommerce sudah tentunya memiliki keunikan tersendiri. Paling penting bagi kita sebagai seorang pembeli, kita mahukan setiap tempahan yang dibuat melalui jaringan internet adalah selamat seratus peratus.

Membeli-belah di talian online terutamanya di ecommerce tanpa perlu menghubungi pembekal secara terus adakalanya menakutkan bagi sesetengah orang. Risau ditipu kan? Dah tempah, kemudian barang tidak sampai atau barang tidak seperti yang diiklankan. Itu juga salah satu bentuk penipuan. Anda mahu baju kaler biru, dapat kaler merah sudahnya berlainan corak pula. Tak ke hangin dibuatnya! Elok lagilah dapat dari terus kene tipu duit dilarikan!

Jadi, kita mahukan ecommerce yang :

✓ Boleh dipercayai.
✓ Mudah berurusan.
✓ Mudah pembeliannya.
✓ Mudah urusan melihat pergerakan perjalanan tempahan kita.

Jadi, setelah berjaya didaftarkan minggu lepas oleh staff Beezmall, saya pun melewati laman website tersebut.

Dari segi kesimpulan awalnya, kerana saya juga sebenarnya pembeli online tegar. Sejak dari dulu lagi, saya membeli pelbagai jenis barangan melalui Lelong, Lazada dan Shopee. Ini tiga ecommerce pilihan saya yang amat saya gemari. Taip sahaja keyword, anda akan bertemu dengan barangan pilihan anda dengan harga yang anda inginkan juga keperluan anda.

Beezmall.com tidak mempunyai applikasi android buat masa ini, oleh itu anda harus akses melalui browser anda sama ada di desktop atau handphone. Cara pembeliannya mudah sahaja insha Allah, anda pilih produk yang anda inginkan, check out dan buat pembayaran kepada Beezmall. Ya, Beezmall sebagai medium transaksi pembelian anda. Secure payment, oleh itu anda akan mendapat produk anda dahulu dengan selamat kemudian barulah pembekal dibayar (method ini sama seperti lelong, lazada mahupun shopee). Namun, sedikit kelemahan iaitu anda tidak dapat terus berhubung secara live dengan pembekal anda buat masa ini. Jika anda ada soalan, anda perlu ke kedai pembekal dan hubungi mereka secara manual (menelefon atau email atau whatsapp). Dari segi faktor, user friendly antara pembeli dan penjual agak kurang ini sama seperti Lazada sebelum ini. Sekarang pembeli sudah boleh chat atau bertanya terus kepada pembekal di Lazada kay :)

Serba sedikit ringkasan view saya sebagai pembeli. Meh saya tunjukkan beberapa gambar kay.


Halaman website Beezmall.com

Cara bayaran secara automatik

Cara bayaran secara manual

Anda boleh hubungi kedai-kedai di Beezmall melalui "Contact Us" yang diberikan


Jika kalian ada soalan untuk bertanya, boleh terus hubungi kedai online tersebut. 


Selesai part 1, nanti saya tunjukkan interface as seller ye. Insha Allah kalian boleh cuba berniaga di sini. Tidak salah membanyakkan pilihan dan tawakal supaya setiap usaha kita dalam mencari rezeki ini mempunyai hasil.

Catat Ulasan

1 Ulasan