Tuesday, March 27, 2018

Penjimatan RM110 Apabila Anda Menempah Jam Tangan Azan Harameen Hari Ini! Sah Dari 23 Mac Hingga 2 April 2018 Sahaja!


SALES BULAN REJAB, BULAN SOLAT


23 Mac- 2 April 2018



Tapi Hanya HARAMEEN 6505 BBB SAHAJA



Harga asal : RM299
Harga promosi : RM189



Dengan hanya RM 189, korang akan dapat

  • Kotak Jam Harameen
  • Jam Harameen 
  • Warranty Setahun
  • Free postage
  • Manual Fungsi Jam 
  • Sejadah Travel (BONUS!) 

Ops! 200 je! Orang ke 201, tak layak untuk dapat Free Gift Sejadah Travel.


 Ini adalah Fungsi Utama Harameen 


  • Boleh tulis nama!  (max 6 huruf) 
  • Arah kiblat seluruh dunia sepantas 3 saat! 
  • waktu solat seluruh dunia.
  • azan reminder
  • zon taqwem Malaysia seperti e solat jakim!
  • penanda al quran
  • kalendar hijri atau masihi
  • stopwatch
  • 1 alarm
  • ☔️ water resistant(30m)



Risau stok Jam Azan Harameen Habis Cepat!!



Grab hari ini ASAP!




atau


Scan QRPay anda
Bayaran RM189.00 Sahaja





Dan Whatsapp Details anda ke 018-9100 852


Nama:
Alamat:
No Tel:
Bukti Pembayaran/Reference QRPAY atau Screenshot:



Read More...

Syarat Baru Membuka Current Akaun SSM di Maybank

Bismillah

Alhamdulillah, saya telah berjaya membuka sebuah current account di Maybank. Adakah anda sedang berfikir-fikir untuk membuka sebuah akaun semasa bagi perniagaan anda?


Cara Buka Akaun Semasa/ Current Account Maybank


Untuk perniagaan, anda memerlukan 4 perkara ini untuk membuka sebuah akaun semasa di Maybank.

1. SSM (lesen perniagaan)
2. Cop perniagaan (tidak kiralah bulat ke petak ke, saya pakai yang bulat sahaja - Letak nama SSM dan NO SSM)
3. Introducer (Diri sendiri atau kenalan yang mempunyai akaun semasa lebih 1 tahun di Maybank)
4. Deposit bank RM 1,000 (Jangan risau, lepas tu boleh terus keluarkan duitnya)

Jika anda sudah memiliki ketiga-tiga perkara di atas. Bolehlah terus mengunjungi cawangan Maybank berdekatan anda!

Hehe

Okay. Adakah bila anda je tiga perkara ni akaun terus dapat? TIDAK

Di cawangan tersebut anda akan mula mengisi borang dan seperti sesi pendaftaran. Jadi anda follow sahaja apa yang pegawai Maybank tersebut minta anda lakukan. Kemudian, anda perlu datang semula selepas 3 hari. Kiranya proses ini berlaku dalam masa 3 hari bekerja lah.

Jadi anda akan diberikan nombor akaun semasa dan juga wajib mendownload atau install applikasi Maybank yang terbaru iaitu QRPAY.




Saya baru tahu rupanya current account untuk perniagaan ni tiada kad atm rupanya. Jahil pulak. Selamat duit bisnes kita daripada dibelanjakan sesuka hati kan? Itula yang selalu disebut oleh Tuan Bukhari Ramli, merompak duit sendiri. huhu

Jadi selepas ni, boleh sangatlah kita kawal perbelanjaan bisnes kita dan aliran tunai keluar dan masuk khususnya kita peniaga ni kadang terlepas pandang bab ni. Akhir sekali, duit masuk ke mana, duit keluar ke mana. Gitu.

Untuk pemilik akaun semasa SSM, anda boleh dapat cheque book tetapi saya tidak ambil. Memandangkan saya berniaga 100% atas talian tanpa keperluan fizikal secara offline oleh itu, saya mengelak untuk mengambil buku cek. Biarlah begitu sahaja kan.

Belajar dulu untuk kawal duit perniagaan sendiri. Semoga saya dapat jadi akauntan untuk perniagaan sendiri dengan lebih baik selepas ni.

Apa itu Maybank QRPAY sistem?


QRPay Maybank ni ialah satu applikasi pembayaran/shopping yang sangat dahsyat. Kita boleh terus buat bayaran kepada mana-mana seller Maybank yang memiliki QRPay secara terus.

Kebiasaannya kita transfer akaun kan, atau menggunakan debit atau credit card selain penggunaan tunai, tetapi dengan apps ini anda boleh membuat bayaran terus kepada seller tanpa sekatan!

Mudah bukan?

Jadi keistimewaannya jika anda seorang yang suka COD barang, pembeli atau penjual. Anda ada apps ni urusniaga anda akan jadi sangat mudah. Pembeli hanya perlu scan sahaja QR Code kedai anda dan transaksi siap!

Jadi tiada isu, duit tunai tak cukuplah. Tiada duit kecilla. Jika customer anda ada Maybank akaun. Ada install maybank2u apps maka amat mudah transaksi ini dilakukan. Insha Allah

Potensi urus-niaga anda akan jadi lebih mudah, dan lebih terurus dalam menguruskan duit syarikat. 


Bagaimana Jadi Seller QRPay Maybank?


Tidak kiralah anda pemegang akaun maybank atau tidak, anda boleh menggunakan apps ini bagi pembeli yang mempunyai akaun Maybank!

Yang penting ada SSM :)


Who can apply for Maybank QRPay? 

You must be at least 18 years old and operate a legal business to use Maybank QRPay. Sellers need not be a Maybank account holder to register for this service. Nevertheless, it is highly advisable for you to open a Maybank account for better experience and smoother process when using this service.


Mudah sahaja kan cara membuka akaun semasa di Maybank? Oh ya, anda akan terus dibukakan akaun semasa menggunakan Maybank Islamik kay. Sebab tu depositnya ialah RM 1,000 berbanding RM 2,000 akaun semasa konvensional.
Read More...

Monday, March 26, 2018

15 Nasihat untuk Kematian Khasnya Berumur 50 Tahun

Publish on : Monday, March 26, 2018 There is : 0 Comments Labels : , , , ,

15 NASIHAT UNTUK YANG DAH BERUMUR 50 TAHUN

BERAPA UMURMU?  -  SUDAH 50 TAHUN?

"Allah tidak lagi memberi alasan bagi siapa yang telah dipanjangkan umurnya hingga 50 tahun"
(Hadith Riwayat Bukhari)

Al-Khattabi berkata : "Maknanya, orang yang Allah panjangkan umurnya hingga 50 tahun, tidak diterima lagi keuzuran/alasan. kerana usia 50 tahun merupakan usia yang dekat dengan kematian...

Maka inilah kesempatan untuk memperbanyak taubat, beribadah dengan khusyuk, dan bersiap2 bertemu Allah."
(Tafsir al-Qurthubi)

Fudhail bin Iyadh berkata kepada seseorang yang telah mencapai umur 50 tahun,

*Nasihat Fudhail kepadanya : *"Bererti sudah 50 tahun kamu berjalan menuju Tuhanmu, sekarang hampir sampai... Lakukan yang terbaik pada sisa usia senja-mu, lalu akan diampuni dosa2mu yang lalu. Tapi jika engkau masih berbuat dosa di usia senjamu, kamu pasti dihukum akibat dosa masa lalu dan masa kini sekaligus..!"

Maka para alim ulama memberi nasihat cara menjalani umur yang sudah mencapai 50 tahun :

1. Jangan berlebihan berhias, bersolek, dan berpakaian.

2. Jangan berlebihan makan, minum, dan berbelanja barang yang kurang diperlukan untuk mendukung amal salih.

3. Jangan berkawan dengan orang yang tidak menambah iman, ilmu, dan amal.

4. Jangan gelisah, berkeluh kesah dan kesal dengan kehidupan sehari-hari. Selalu penuhi diri dengan rasa sabar dan bersyukur.

5. Perbanyak doa mengharap keredha-an Allah agar Husnul Khatimah dan dijauhkan dari Su'ul Khatimah.

6. Tambahkan ilmu agama, perbanyak mengingat kematian, dan bersiap menghadapinya.

7. Siapkan wasiat dan lakukan pembahagian harta.

8. Kerapkan menjalin silaturrahim dan merapatkan hubungan yang renggang sebelumnya.

9. Minta maaf dan berbuat baik terhadap pihak yang pernah dizalimi.

10. Tingkatkan amal soleh terutama amal jariah yang dapat terus memberi pahala dan syafa'at setelah kita mati.

11. Maafkan kesalahan orang kepada kita walau seberat apapun kesalahan itu.

12. Bereskan segala hutang yang ada dan jangan buat hutang baru walaupun untuk menolong orang lain.

13. Berhentilah dari semua maksiat !

*mata, berhentilah memandang yang tidak halal bagimu*

*tangan, berhentilah dari meraih yang bukan hak mu*

*mulut, berhentilah makan yang tidak baik dan yang tidak halal bagimu, berhentilah dari ghibah, fitnah, dan berhentilah menyakiti hati orang lain*

*telinga, berhentilah mendengar hal2 haram dan tak bermanfaat*

14. Berbaik sangka lah kepada Allah atas segala sesuatu yang terjadi dan menimpa

15. Penuhi terus hati dan lisan kita dengan istighfar & taubat untuk diri sendiri, orang tua, dan semua orang beriman, di setiap saat, waktu dan keadaan

Semoga bermanfaat bagi kita semua, walaupun Anda belum 50 tahun, kerana...

*KEMATIAN TIDAK MENGENAL UMUR.*

(Dipetik daripada facebook Ustaz Iqbal Zain)

📮Join Telegram Taman Orang Soleh
telegram.me/RiyadusShaliheen


Read More...

Sunday, March 25, 2018

Anda Nak Putih Gebu Dalam Masa 14 Hari? Glutax DMS Boleh Bantu Anda! Cuba Dulu Baru Tahu. Ada Sale Tahu

Bismillah

Berita baik! Kami mengadakan jualan besar-besaran bulan ini khas untuk anda yanh nak putihkan seluruh badan.

Anda nak putih?
Anda nak rawat jerawat?
Benci muka mula berbintik hitam?

Kami ada penyelesaiannya buat anda semua

Perkenalkan, produk terlaris dari DMS

GLUTAX DMS360
------------------
- Premium Chocolate flavour
- 100% Pure Whitening Collagen
C 10x fair dan glow skin effect

Glutax adalah minuman coklat yang lazat dan dipenuhi dengan kandungan nutrisi natural seperti Premium Cocoa Powder, L Yophilized powder, Glutathione, Alpha Lipoic Acid, Ascorbine Acid, Pure Collagen extract dan Enhanced EGF

- Berat bersih 250gm

- Kandungan khas yang diinspirasikan dari rahsia kecantikan korea

Manfaat :
---------
# memutihkan kulit
# meningkatkan keanjalan kulit
# membantu memulihkan kesan parut
# mencegah perubahan warna ketika terdedah kepada cahaya matahari
# mengurangkan garis halus
# melembabkan kulit
# anti pigmentasi dan mencegah jerawat
# menyihatkan kulit
# mengenyangkan

Cara penggunaan:
------------------
Campurkan 2 sudu Glutax DMS360 dengan 120 ml air panas/air sejuk. Kacau hingga sebati dan minum.

Harga sebotol RM100

Harga Promosi RM50 Sebotol!

Dengan pembelian 5 botol GLUTAX Supplement Pemutih Badan anda bakal jimat separuh harga!

1 botol RM80
2 botol RM150
3 botol RM220

Nak lebih penjimatan?

Terus order 5 botol sekaligus. Share dengan rakan-rakan, keluarga.. Rugi tak grab sementara stok masih ada :)

WA 018-9100 852

Testimoni Glutax by DMS

Read More...

Saturday, March 24, 2018

Jam Tangan Azan Buruj Watches Tahan Lasak Tak?

Adakah jam keluaran buruj tahan lasak?

Ya, jam kami tahan lasak dan kebanyakan pelanggan Buruj Watches memakai jam tersebut semasa travel, hiking dan juga berkerja offshore.

Ketiga-tiga jam tangan azan kami iaitu Buruj Exclusive, Buruj Ramadhan dan Al-Harameen 6505 adalah jam berkualiti tinggi dengan material yang super lasak walaupun jam tangan Ramadhan khususnya nampak sangat comel kan?

Nak tahu lebih lanjut tentang Jam Tangan Azan? Boleh WA saya di 018-9100 852.

Read More...

Friday, March 23, 2018

Percuma Sejadah Mini Bila Anda Tempah Jam Azan Digital

Publish on : Friday, March 23, 2018 There is : 0 Comments Labels : , , , ,

Khas untuk 500 pembeli sahaja. Setiap tempahan anda 1 unit Jam Azan Digital dan 30 Juzuk Quran anda akan dapat sehelai sejadah mini.

Bukan sekadar sejadah sahaja tahu. Macam-macam lagi dapat.

Jam Azan Digital dengan 30 juzuk al quran dan kompas kiblat. Sesuai diletakkan di mana sahaja. Juga ada remote control tuk adjust volume dan quran.

Spesifikasi Teknikal BURUJ QURAN

⌚Weight : 520 g
⌚Diameter : 25.6 cm
⌚Thickness : 1 cm
⌚Length : 25.4 cm
⌚️Material: Plastik
⌚️Batery: AA(4 biji) / boleh diplug in
⌚️Jarak Bunyi : Lebih 5 meter
⌚️Boleh digantung dan diletakkan(stand) di atas meja
⌚️Ada remote control (bateri bulat CR2430)
⌚️Ada buku panduan
⌚️Warranty: 1 tahun

Harga asal RM489
Harga promosi RM298

Percuma pos seluruh malaysia
WA 018-9100 852

  


Read More...

Thursday, March 22, 2018

Kad Baru untuk Agen Sah DMS Three Sixty (DMS360)

Bismillah

Banyak perubahan berlaku tidak kira produk DMS itu sendiri mahupun urusan pentadbiran. Sejak awal Januari CFU umumkan akan membuat pelbagai rombakan dan penelitian bagi melahirkan agen berkualiti.

DMS menghadapi pelbagai tohmahan gara-gara lambakan produk fake dan terpaksa membuat strategi baru termasuklah mengeluarkan produk baru yang lebih luar biasa berbanding produk lama. Alhamdulillah, sambutan pengguna DMS tetap utuh.

Oleh dengan ini, tiada lagi kad lama DMS ya.

Insha Allah dengan perubahan ini anda sebagai pengguna tidak keliru lagi dengan seller yang cuba menipu kalian. Insha Allah pakai produk original 100x lebih baik dari terpakai yang tiruan.


Siapa saya?
Saya stokis vvip bagi syarikat DMS
Boleh whatsapp saya di 0189100852


Read More...

7 Sebab Kenapa Anda Perlu Miliki Jam Tangan Azan Solat

Publish on : Thursday, March 22, 2018 There is : 0 Comments Labels : , , , , , , ,

Bismillah

Semua jam fungsinya adalah sama. Ianya untuk melihat masa. Perancangan masa hadapan, melihat masa kini. Mereka yang mementingkan masa akan sentiasa menghargai kehadiran sebuah jam. Tidak kira di tangannya, di dinding rumah atau di mana sahaja.

Seperti mana yang disebut di dalam Surah Al'Asri (103)

"Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka berpesan-pesan dengan kebenaran, dan berpesan-pesan dengan kesabaran"

Adalah lebih rugi apabila kita sebagai hambaNya tidak tahu menghargai masa lalu mengabaikan waktu ibadah. Bukankah ibadah solat itu ada waktunya?

Dengan adanya Jam Tangan Azan Digital ini pastinya hidup kita akan jadi lebih baik. Kenapa?

✓ Semakin peka dengan waktu solat, dengar Jam Tangan Azan Solat berbunyi beep sahaja terus bersemangat nak solat


✓ Paparan waktu solat setiap masa di depan mata, boleh setkan diri kita untuk bersolat awal. Alhamdulillah


✓ Mudah nak rujuk bila masuk waktu solat


✓ Dapat menentukan arah kiblat sebenar untuk kegunaan rumah, pejabat mahupun travel/melancung tanpa risau perlukan data internet


✓ Boleh jadikan barang hadiah kepada yang tersayang khususnya kepada diri sendiri, pasangan, anak-anak juga ibu bapa


✓ Mendidik diri solat awal waktu setiap hari


✓ Aksesori wajib bagi setiap muslimin yang menghargai masa khususnya mengubah diri menjadi muslimin yang lebih baik


Ada 2 jenis jam iaitu jam tangan dan jam dinding/meja.

Anda boleh miliki kedua-duanya sekali dengan harga promosi yang amat istimewa.

Apa Kata Pengguna Jam Azan Kami?


Untuk terus menempah:

Whatsapp ke +6018-9100 852


Read More...

Wednesday, March 21, 2018

Kenikmatan Hidup Dibawah Bayangan Al Quran

Publish on : Wednesday, March 21, 2018 There is : 0 Comments Labels : , , , , ,

Aku telah hidup dibawah bayangan Al Quran dan di sana aku melihat jahiliyah berkecamuk di muka bumi ini dan aku melihat minat dan cita cita penduduk penduduk dunia ini amat kecil dan kerdil.

Aku melihat pemuja pemuja jahiliyah itu berbangga bangga dengan ilmu pengetahuan yang ada pada mereka, iaitu ilmu pengetahuan kanak kanak, kefahaman dan pemikiran kanak kanak.

Aku merasa terkejut dan hairan mengapa manusia jadi begini, mengapa mereka jatuh ke dalam lumpur yang sangat kotor dan penuh penyakit ini?

Mengapa mereka tidak mendengar seruan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Besar, iaitu seruan yang dapat meluhurkan, memberkatkan dan membersihkan usia seseorang?

Aku telah hidup dibawah bayangan Al Quran dan di sana aku dapat menikmati kefahaman yang sempurna dan meliputi tanggapan yang tinggi dan bersih terhadap alam al-wujud, matlamat seluruh alam al-wujud dan terhadap matlamat kewujudan manusia itu sendiri.

Kemudian aku bandingkan dengan kefahaman kefahaman dan tanggapan tanggapan jahiliyah yang dihayati oleh umat manusia di timur dan di barat, di utara dan di selatan.

Kemudian aku bertanya, "Mengapakah manusia sanggup hidup dalam paya yang busuk di tahap yang amat rendah dan di dalam gelap gelita kesesatan yang menghitam itu sedangkan mereka mempunyai padang padang yang bersih, tempat tempat yang tinggi dan cahaya yang terang benderang?"

Aku telah hidup dibawah bayangan Al Quran dan di sana aku dapat merasa adanya keseimbangan yang indah di antara harakat manusia seperti yang dikehendaki Allah dengan harakat alam buana yang diciptakan Allah.

Kemudian aku melihat keadaan simpang siur yang dialami oleh umat manusia yang telah menyimpang dari undang undang alam buana, juga melihat percanggahan di antara pengajaran pengajaran yang merosak dan jahat, yang diajarkan kepada mereka dalam kewujudan fitrah semulajadi mereka.

Lalu aku berkata di dalam hatiku : "Syaitan manakah yang jahat yang telah memimpin umat manusia ke Neraka ini?"

Alangkah ruginya manusia!

[Tafsir Fi Zilalil Quran - Asy Syahid Sayyid Qutb Rahimahullah]

Lajnah Dakwah Dan Tarbiyah
Kompleks Darul Umara'
Kampung Kelip Kelip Kuala Selangor


Read More...

Friday, March 16, 2018

Ambil Kelas Belajar Blog Untuk Bisnes Tidak Pernah Mengecewakan

Mengupah saya buat blog atau sertai kami dalam kelas buat blog sendiri adalah dua perkara berbeza. Mengupah saya untuk bina sebuah blog kedai sesuai bagi mereka yang hanya inginkan kedai blog dan bukannya blog branding. Lihat sebagai contoh, blog saya sendiri, emmemarina.com merupakan blog branding aka kedai aka informasi.

Weblog ialah dimana kita boleh jadikan blog sebagai diari peribadi, diari pencetus aspirasi, info terkini dan ilmiah juga kedai blog semata-mata. Ianya bergantung kepada kita sambil mengambil tahu apa kekuatan blog dan fokus utama dalam pembinaan sesuatu blog branding. Jika kita tidak mengambil tahu dua faktor ini maka blog anda bakal menjadi blog caca merba dan hilang arah.

Contoh blog kedua saya, iaitu blog DMS hanya fokus kepada produk DMS, syarikat DMS dan informasi menjurus kepada produk-produk iaitu tips kecantikan, info kecantikan dan masalah kegemukan yang semakin membimbangkan di kalangan rakyat Malaysia.

Bila anda belajar dalam Kelas Blog, anda lebih tahu bagaimana nak jadikan ranking blog anda di carian utama. Anda belajar bagaimana mencari money keyword berbanding hentam keromo menulis di blog. Pelaburan belajar dalam kelas mungkin sedikit mahal tetapi anda bakal menjana wang ringgit dari sumber blog. Bukannya jadikan blog anda pekasam.


Upah buat kedai blog = RM60
Belajar kelas blog bisnes = RM250


Untuk menempah, whatsapp 018-9100 852


Read More...

Wednesday, March 14, 2018

Feedback Jam Dinding Azan dan Kompas Kiblat Buruj Quran

Publish on : Wednesday, March 14, 2018 There is : 0 Comments Labels : , , , , , ,

Assalamualaikum

Bismillah. Alhamdulillah, sambutan pelanggan terhadap Jam Dinding Azan sangat menggalakkan. Kami masih mendapatkan feedback dari pelanggan sejak baru dilancarkan bulan lepas.


Harga yang mahal bukanlah mahal jika ianya pelaburan yang tepat. Terus menjana pahala buat keluarga dan meningkatkan ibadah.


Anda boleh buat 2x bayaran ansuran insha Allah.

Harga Jam Buruj Quran atau Jam Dinding Azan ini RM 489 tetapi diberikan diskaun sehingga RM 298 sahaja. Percuma postage seluruh Malaysia


Read More...

SSC 9.0 : SHOPEE SELLER COACHING [RAYA 2018!]

Publish on : Wednesday, March 14, 2018 There is : 0 Comments Labels : , , , , ,

SHOPEE SELLER COACHING 9.0


Ini adalah kelas online yang berkongsi cara-cara menjadi Seller di Shopee. Bermula dengan langkah paling asas iaitu membuat akaun dan cara tetapan pengeposan sehinggalah cara advance iaitu database customer, marketing, Shopee Ads, penalti dan pelbagai tajuk yang lain.

Kelas akan berlangsung selama enam malam bersama tiga orang Shopee Preferred Seller yang akan membimbing anda from zero to hero. Barisan trainers diketuai oleh Puan Syaza Yasmin, pengasas Channel Shopee MY Class dan open group Shopee Q&A yang juga merupakan Shopee Seller of the Month (July 2017).


SSC 9.0 [RAYA!] akan membantu anda memahami sistem Shopee dengan jelas supaya anda boleh ledakkan jualan raya anda!

Jika sebelum ini anda berjualan di FB dan IG, kini Shopee adalah platform e-commerce terkini yang boleh membantu anda meningkatkan jualan dan pasaran produk anda.

Yuran: RM89

Tempoh = 6 hari 
Hari = Isnin - Rabu
Tarikh = 2 April 2018 hingga 10 April 2018 (Tiada kelas Jumaat, Sabtu & Ahad)
Jam = 9:00 Malam Hingga 11:00 Malam
Tempat = Kelas Online Di Telegram

Topik yang akan dibincangkan:
  • Shopee Apps
  • Setting
  • Upload Product
  • Shopee Seller Centre
  • Mass Upload, Mass Shipping
  • Category
  • Performance
  • Penalty System
  • Shopee Shipping Programme
  • Option 1
  • Option 2
  • Free Shipping
  • Marketing
  • Voucher
  • Campaign
  • Discount Tag
  • Ads
  • Database
  • Tips & Tricks

Kenapa Seller Shopee Coaching?


  • Akses percuma SSC Premium Channel
  • Kumpulan sokongan kekal
  • Sesuai untuk semua peringkat sellers termasuk Preferred Seller
  • SSC telah membantu lebih 700 orang sellers sejak March 2017 sehingga kini.

Apa kata peserta SSC?


[Lihat testimoni lain di @shopeemyclass3]



"Sangat-sangat bermanfaat, jelas, full of info, trainers sgt membantu. Yang penting kena praktik je ape trainer bg. Dulu saya kelas SSC 6.0 tapi x cuba nak ikut pun.. Sampai ade kesedaran nak scroll balik nota2 n rejoin dlm kelas SSC7.0 pula. Alhamdulillah. Baru hidup kedai shopee saya." ~ Bahirah

******


"Alhamdulillah da dapat prefered seller...moga rezeki makin kencang selepas ni..aminn Alhamdulillah..tu la xsangka jgk dpt offer sebegini cepat..byk lagi lum bljr..tengah usha2 lagi nota2 yg ticer bg kat SSC tu. Nota-nota tu banyak membantu...terutamanya kalau da banyak produk n nak kna update selalu..terbaik nota2 trainers" ~ Sheila

****

"SSC membantu sangat. Kalau tau lama dah saya menjual kat shopee ni. Berjaya buat sales RM3600++ dari class SBC yg lepas" ~ Puan Shila



****

"Wah seronoknya.. byknya order. Alhamdulillah. Saya dah 6 bulan join shopee tp tak pernah tau mcmana nak menjual kat sini. Alhamdulillah, lepas join kelas ni.. dah start ada order. Terima kasih semua cikgu2 kesayangan.. semoga bertambah lagi rezeki cikgu2 dan kita semua.."~Eina Aziz

****
"Sangat membantu walaupun masa saya join ni saya dah ada sorang buyer hasil boost je. Tapi lepas join SBC saya lebih buka mata. Banyak perkara yang saya belajar melalui SBC 2.0. Sebelum mula kelas saya agak keberatan nak join dan bayar sebab saya alah dengan kelas berbayar. Tapi lepas join saya rasa rugi besar kalau haritu saya tak join." ~ Siti Khadijah Mohd Fadzil


Untuk tempahan


Terus bank in ke akaun, jangan tunggu sampai kelas tertutup ye. 
tak tahu lagi bila ada lagi kelas ni

Read More...

Kelas Shopee Untuk Beginner dan Advance Seller (WAJIB MASUK JIKA NAK TERER!)

Publish on : Wednesday, March 14, 2018 There is : 0 Comments Labels : , , , , , ,
Assalamualaikum,


Alhamdulillah ada kelas berbayar dan paling menguntungkan buat anda semua yang tertanya-tanya bagaimana nak berniaga di Shopee commerce.


Ramai bertanyakan kepada saya, namun khas untuk anda. Saya bawakan kelas yang saya sendiri masuk, ni saya join bulan May 2017. Alhamdulillah, sejak tu pelbagai support dan bimbingan diberikan. Malah banyak lagi kelebihan sebagai pelajar Kelas Shopee (SSC) yang saya perolehi. 


Sejak berniaga di Shopee sebulan alhamdulillah walapun masih belum advanced atau preferred seller, ada sahaja pelanggan membeli di kedai saya. Boleh lihat kedai Shopee saya: www.shopee.com.my/emmemarina


Untuk pengetahuan anda, pengajar Kelas Shopee SSC ini adalah seorang seller yang bertaraf PS (preferred seller) dan sentiasa mengikuti kelas dari pihak Shopee sendiri. Malah pernah mendapat anugerah PS paling top di Shopee. 


"Saya baru je berniaga di shopee dan masih terkial kial nak kenal selok belok shopee. Ada yang boleh bantu ke?"


Jangan risau


JOM SERTAI CHANNEL DAN CLASS KAMI DI TELEGRAM. INSYAALLAH DENGAN BANTUAN TENAGA PENGAJAR KAMI, ANDA BERPOTENSI MENJADI PREFEREED SELLER.


1) SSC 9.0 : SHOPEE SELLER COACHING 9.0 (RM89)
Tarikh : 02/04/2018-10/04/2018

• Sesuai untuk newbie yang baru sahaja bermulakan perniagaan
• Bermula dengan langkah basic hingga advance
• Kelas di Telegram


2) PAID CHANNEL MiniSSC : MY ADS (RM10)

• SELF STUDY - Nota nota yang penuh dengan tutorial/tips & trick membuat ads
• Tiada tamat tempoh (Bayaran seumur hidup)
• Perlukan Telegram


3) MINISSC : MY ADS (RM20)
Tarikh : 21/03/2018

• Berpeluang mengikuti tutorial ads secara VIDEO LIVE 
• Memiliki nota premium SSC yang lengkap seperti Paid Channel MiniSSC : MY ADS
• Kelas online di Telegram



4) MINISSC : MY ADS WHATSAPP GROUP (RM20 untuk 50 orang pertama)
Tarikh : 22/03/2018

• Berpeluang mengikuti tutorial ads secara VIDEO LIVE 
• Memiliki nota premium SSC yang lengkap seperti Paid Channel MiniSSC : MY ADS
• Kelas online di Whatsapp



Selamat belajar dan terus sukses melalui medium marketing dan ecommerce Shopee.MY

Read More...

Tuesday, March 06, 2018

Mula Berniaga di Shopee Part 1

Publish on : Tuesday, March 06, 2018 There is : 0 Comments Labels : , , , ,
Selamat datang dan follow Shopee saya tahu! ID: emmemarina

Assalamualaikum

Saya ucapkan terima kasih pada pengunjung blog yang tak henti-henti bertanya bagaimana nak menjual di Shopee. Antara soalan lazim korang

"akak, macam mana nak start jual kat shopee"

"akak, senang ke jual kat shopee?"

"akak, macam mana nak upload produk kat shopee"

Dan banyak lagi.


Jadi insha Allah, dengan izin Allah saya tunjukkan sedikit tutorial. Tolong follow dengan lapangkan dada, banyakkan sabar dan buat dulu ye. Benda-benda ni kene cuba barulah tahu. Bak kata orang, sila godek dengan berhemah.

Jadi part one tutorial mula berniaga di shopee merangkumi asas nak mula. So bagaimana nak mula? Kena buat apa? Apa patut ada?

1. Handphone dan simkad
2. Internet


Kalau takde dua benda asas ni, korang jangan mula. Huhu. Ok, sambung..

3. Produk (mesti kene ada produk sebab nak berniaga kan?)
4. No akaun (tolong buat siap-siap banking online, karang bila shopee masukkan duit korang tak dapat pula nak cek secara cepat. Takkan nak gi bank/atm setiap kali cek duit masuk ye tak?)


Ok. Semua ada ye?

Jadi jom mendonlod apps Shopee MY. Sila donlod apps Shopee Malaysia bukan negara lain ye. Ni kisah benar sebab ada yang bila saya kata, "sis donlod apps shopee dlu ye".. Dia tanya balik, "shopee yang malaysia ke sis?".. Hehe... No komen dik.


Sila donlod apps shopee malaysia. Atas sekali tu ye
Ni interface yang korang akan jumpa bila dah buka apps Shopee tersebut.
Tekan Me. Nampak tak icon Me dekat bawah tu? Tekan dan akan keluar macam gambar saya ni. Ok. Kita nak sign up/ daftar akaun kita. Tekan "sign up"
Verify hp no kita. Ok. Nak bagitahu. 1 hp hanya boleh buka 1 kedai shopee sahaja! Dan tolong ada emel sekali sebab shopee akan notify produk terjual kat emel ya
Ok. Siap kita nak daftar kedai. Nota! Username ni kalau dah set tak boleh tukar. Jadi fikir betul2 barulah letak username. Nama kedai bole tukar, username tak boleh!
Siap!! Inilah rupanya bila anda dah siap akaun di Shopee. Mudah kan?

Baiklah. Ikut langkah-langkah seperti gambar satu per satu. Mudah sahaja kan?

Kelebihan kat Shopee ni anda boleh lihat setiap urusan dengan terperinci hatta sebagai penjual/peniaga atau pembeli. No hidden agenda. Cewah. Saya suka shopee😂😂😂

Jadi apa perlu buat bila dah siap?

1. Perkemaskan kedai shopee anda (letak gambar sesuai, isikan ruangan maklumat kedai, isikan dan lengkapkan maklumat bank akaun anda - refer gambar kedai shopee saya tu)


2. Mula meletak produk jualan


Bagaimana nak letak produk jualan kat Shopee?



Tekan "upload new product"
Pilih mana yanh sesuai. Jika produk dekst album, pilih upload "photos"
Akan keluar borang macam ni. Anda isikan yang wajib. Dah siap submit ya

Nota tambahan: untuk shipping atau pengeposan, Shopee pakai Poslaju. Jadi untuk rebate RM 2 sem/ RM 6 ss anda perlu pakai Poslaju baru dapat rebate.

Kos rebate ni bakal berubah bila-bila masa oleh shopee. Jadi sentiasa cek ye. Ramai juga tanya program FREE SHIPPING BY SHOPEE. Yang ni next entri kay. Selamat bershopee!


Jangan lupa follow kedai kita ye
 www.shopee.com.my/emmemarina 


Terima kasih


Read More...

Friday, March 02, 2018

Keluarga dan Bisnes. Apa Keutamaan Anda?

Publish on : Friday, March 02, 2018 There is : 0 Comments Labels : , , ,

Bismillah

Setiap ibu bapa mahu melihat anak membesar di depan mata. Dari lahir, mula merangkak, berjalan dan berlari. Saat-saat apabila mereka mula menyebut nama panggilan kita sebagai papa... Mama... Abi.. Umi.. Apa jua panggilan kita, mendengarnya dari mulut kecil sentiasa mengujakan. Ianya membahagiakan. Walaupun anda akan geram kemudian (hehe)

Teringat sewaktu saya bekerja di Nilai dahulu, biasanya pengasuh akan maklumkan apa perkembangan anak saya. Masa tu saya tinggal berdua sahaja dengan anak sulong, suami di Kuching dan saya di Nilai. Adakalanya apabila pengasuh yang dapat dulu tengok perkembangan anak.. Wah, ada terselit jeles tau. Dan disebabkan waktu kita singkat bersama anak, kita kurang rapat dengannya, kurang mesra kerana masa yang ada itu kurang bonding. Namun, alhamdulillah sekarang terlebih bonding pula (haru)

Saya dikurniakan 4 cahaya mata dan kesemuanya perempuan. Masya Allah, ujian membesarkan mereka ini. Setiap seorangnya berlainan identiti, jiwa, emosi.. Usah ditanya adakah mendengar kata. Atau tidak menangis. Rasanya tangisan itulah makanan mereka. Lalu, apalagi mama pun hari-hari bertukar jadi hulk.


Sejak tahun 2016 saya mula duduk di rumah sepenuh masa, cuma adakalanya saya akan ke universiti untuk menyiapkan tesis atau ulang kajian. Jadi bila kita sepenuh masa di rumah, tentulah kita yang mengasuh anak sendiri. Sejujurnya ianya bukan mudah. Realitinya anak ini lebih mudah diasuh oleh orang luar berbanding ibu bapanya sendiri. Mereka mendengar kata, menurut arahan dan sangat sopan. Siap ada waktu tidur kan? Cuba jika mama besarkan, waktu tidur tunggang langgang, kesopanan kesusilaan tu terus hilang dari pandangan. Manjanya, mengalahkan bayi yang baru lahir😂 Mencabarnya lah. Barulah saya faham mengapa ramai down bila mengajar anak sendiri.

Lalu, yang mana satu? Jika anda diberi pilihan untuk bekerja makan gaji atau boleh berdikari bergaji sendiri yang manakah pilihan kalian? Sejujurnya walau hidup saya kini penuh dengan cabaran membesarkan anak-anak, penat seharian menguruskan rumah, anak dan kerjaya. Ianya sangat berbaloi. Walaupun saya masih jauh sebagai ibu yang bagus untuk anak-anak, saya tetap merasakan bahawa inilah pilihan terbaik untuk saya buat masa ni. Anak yang paling kecil sedang mula berjalan, mulutnya menjerit setiap hari apabila teruja, gelak tawanya mengekek-ngekek setiap kali hatinya diusik. Sudah pandai bermanja pula, datang pada mama dan papa dilentokkan kepalanya di riba kami. Dan apabila suami bekerja, ianya juga satu tugas tuk saya menceritakan kisah anak-anak ini padanya. Saya tidak mahu suami terlepas detik-detik indah anak-anak sedang membesar. Jadi jika kedua kami bekerja di luar maka siapa akan ceritakan kepada kami?


Entri saya hari ni bukanlah untuk menyedihkan kalian atau menyuruh berhenti kerja. Tidak. Namun ianya boleh menjadi satu impian bagi ibu-ibu bekerjaya untuk terus berbisnes dan capai satu tahap yang anda mampu bergaji lebih tinggi melalui bisnes anda. Dan saya juga berharap agar entri ini buat semangat bagi surirumah yang sedang berdukacita kerana masih belum dipanggil kerja. Atau mungkin anda sedang down kerana baru sahaja kehilangan kerja dan sedang struggle mengenali anak sendiri. Apa pun jua situasi anda, keep it up!


Mereka ini bisa buat saya hangin tapi sentiasa mendamaikan. Semoga saya dapat terus membesarkan mereka menjadi seorang muslimah yang berjaya ilmu akhirat dan duniaawi


Read More...

Thursday, March 01, 2018

Customer Dari Blog. Jana Pendapatan melalui Carian Google. Anda Bagaimana?

Betul ke blog boleh menjana pendapatan?



Memang betul kalau tahu cara dan kena gaya. Kenalah selalu update blog, menulis dengan cara yang betul, perkenalkan produk melalui penulisan dan penceritaan di blog.

Sama juga kalau kita ada kedai, kedai selalu tutup. Barang pun tak dipamerkan. Macam mana orang nak tahu kan. Betul tak?

Ramai masih tidak mempunyai blog juga memandang enteng kepentingan blog kepada perniagaan mereka, maklumkan google ni tak selaju medium sosial seperti facebook atau instagram. tetapi tahukah anda? Rate closing pelanggan lebih tinggi melalui blog daripada kedua medium tersebut?


Kenapa?

1. Pelanggan mencari produk atau solusi dengan keinginan MEMBELI.
2. Pelanggan membaca setiap bait iklan/ penulisan/ pengalaman anda melalui produk tersebut. 

Jadi jika pelanggan dah baca, dah suka, dah menghayati agak-agak terus boleh convert kepada jualan?

KONFIRMLAH boleh!

Oleh sebab itu, iklan di blog kita perlu sentiasa lengkapkah setiap perincian produk, servis atau apa sahaja yang kalian promotkan termasuklah harga dan cara tempahan.

Jangan pula suruh PM dekat blog. Haru jadinya!







Ada 2 peluang kalian di sini

1. Menyertai program kelas blogshop melalui Akademi bekerja di rumah (KLIK SINI)
2. Mengambil tempahan buat kedai blog melalui saya sendiri (KLIK SINI)
Read More...