Ambil Kelas Belajar Blog Untuk Bisnes Tidak Pernah Mengecewakan

Mengupah saya buat blog atau sertai kami dalam kelas buat blog sendiri adalah dua perkara berbeza. Mengupah saya untuk bina sebuah blog kedai sesuai bagi mereka yang hanya inginkan kedai blog dan bukannya blog branding. Lihat sebagai contoh, blog saya sendiri, emmemarina.com merupakan blog branding aka kedai aka informasi.

Weblog ialah dimana kita boleh jadikan blog sebagai diari peribadi, diari pencetus aspirasi, info terkini dan ilmiah juga kedai blog semata-mata. Ianya bergantung kepada kita sambil mengambil tahu apa kekuatan blog dan fokus utama dalam pembinaan sesuatu blog branding. Jika kita tidak mengambil tahu dua faktor ini maka blog anda bakal menjadi blog caca merba dan hilang arah.

Contoh blog kedua saya, iaitu blog DMS hanya fokus kepada produk DMS, syarikat DMS dan informasi menjurus kepada produk-produk iaitu tips kecantikan, info kecantikan dan masalah kegemukan yang semakin membimbangkan di kalangan rakyat Malaysia.

Bila anda belajar dalam Kelas Blog, anda lebih tahu bagaimana nak jadikan ranking blog anda di carian utama. Anda belajar bagaimana mencari money keyword berbanding hentam keromo menulis di blog. Pelaburan belajar dalam kelas mungkin sedikit mahal tetapi anda bakal menjana wang ringgit dari sumber blog. Bukannya jadikan blog anda pekasam.


Upah buat kedai blog = RM60
Belajar kelas blog bisnes = RM250


Untuk menempah, whatsapp 018-9100 852


Catat Ulasan

0 Ulasan