Keluarga dan Bisnes. Apa Keutamaan Anda?

Bismillah

Setiap ibu bapa mahu melihat anak membesar di depan mata. Dari lahir, mula merangkak, berjalan dan berlari. Saat-saat apabila mereka mula menyebut nama panggilan kita sebagai papa... Mama... Abi.. Umi.. Apa jua panggilan kita, mendengarnya dari mulut kecil sentiasa mengujakan. Ianya membahagiakan. Walaupun anda akan geram kemudian (hehe)

Teringat sewaktu saya bekerja di Nilai dahulu, biasanya pengasuh akan maklumkan apa perkembangan anak saya. Masa tu saya tinggal berdua sahaja dengan anak sulong, suami di Kuching dan saya di Nilai. Adakalanya apabila pengasuh yang dapat dulu tengok perkembangan anak.. Wah, ada terselit jeles tau. Dan disebabkan waktu kita singkat bersama anak, kita kurang rapat dengannya, kurang mesra kerana masa yang ada itu kurang bonding. Namun, alhamdulillah sekarang terlebih bonding pula (haru)

Saya dikurniakan 4 cahaya mata dan kesemuanya perempuan. Masya Allah, ujian membesarkan mereka ini. Setiap seorangnya berlainan identiti, jiwa, emosi.. Usah ditanya adakah mendengar kata. Atau tidak menangis. Rasanya tangisan itulah makanan mereka. Lalu, apalagi mama pun hari-hari bertukar jadi hulk.


Sejak tahun 2016 saya mula duduk di rumah sepenuh masa, cuma adakalanya saya akan ke universiti untuk menyiapkan tesis atau ulang kajian. Jadi bila kita sepenuh masa di rumah, tentulah kita yang mengasuh anak sendiri. Sejujurnya ianya bukan mudah. Realitinya anak ini lebih mudah diasuh oleh orang luar berbanding ibu bapanya sendiri. Mereka mendengar kata, menurut arahan dan sangat sopan. Siap ada waktu tidur kan? Cuba jika mama besarkan, waktu tidur tunggang langgang, kesopanan kesusilaan tu terus hilang dari pandangan. Manjanya, mengalahkan bayi yang baru lahir😂 Mencabarnya lah. Barulah saya faham mengapa ramai down bila mengajar anak sendiri.

Lalu, yang mana satu? Jika anda diberi pilihan untuk bekerja makan gaji atau boleh berdikari bergaji sendiri yang manakah pilihan kalian? Sejujurnya walau hidup saya kini penuh dengan cabaran membesarkan anak-anak, penat seharian menguruskan rumah, anak dan kerjaya. Ianya sangat berbaloi. Walaupun saya masih jauh sebagai ibu yang bagus untuk anak-anak, saya tetap merasakan bahawa inilah pilihan terbaik untuk saya buat masa ni. Anak yang paling kecil sedang mula berjalan, mulutnya menjerit setiap hari apabila teruja, gelak tawanya mengekek-ngekek setiap kali hatinya diusik. Sudah pandai bermanja pula, datang pada mama dan papa dilentokkan kepalanya di riba kami. Dan apabila suami bekerja, ianya juga satu tugas tuk saya menceritakan kisah anak-anak ini padanya. Saya tidak mahu suami terlepas detik-detik indah anak-anak sedang membesar. Jadi jika kedua kami bekerja di luar maka siapa akan ceritakan kepada kami?


Entri saya hari ni bukanlah untuk menyedihkan kalian atau menyuruh berhenti kerja. Tidak. Namun ianya boleh menjadi satu impian bagi ibu-ibu bekerjaya untuk terus berbisnes dan capai satu tahap yang anda mampu bergaji lebih tinggi melalui bisnes anda. Dan saya juga berharap agar entri ini buat semangat bagi surirumah yang sedang berdukacita kerana masih belum dipanggil kerja. Atau mungkin anda sedang down kerana baru sahaja kehilangan kerja dan sedang struggle mengenali anak sendiri. Apa pun jua situasi anda, keep it up!


Mereka ini bisa buat saya hangin tapi sentiasa mendamaikan. Semoga saya dapat terus membesarkan mereka menjadi seorang muslimah yang berjaya ilmu akhirat dan duniaawi


Catat Ulasan

0 Ulasan