Aktiviti Riadah Bila Berkelapangan

Melihat pemandangan halaman rumah selepas dipotong rumputnya adalah sangat indah. Itulah yang saya rasakan. Rumput yang panjang menyemak mata dan membuatkan kita tidak tenang memandang, namun bagi anak-anak mereka lebih gemar rumput yang panjang kerana ada banyak khazanah yang boleh dikumpulkan. Itulah dia rakan rama-rama dan belalang. 

Sudah lama mahu mengerjakan pasu bunga yang telah mati. Elok juga ditanam pokok baru kan?

Cuma menanam pokok bunga yang senang sahaja. Petik dan cucuk ke dalam tanah. Siap.






Cuba teka saya tanam pokok apa tu?







Pokok tajam ni agak merbahaya jadi saya kepungkan dengan pokok pasu yang lain. Risau pula rendah pokoknya terkena anak-anak yang bermain di halaman. 


Kejap tak sekejap jugalah. Hampir sejam rupanya saya berkebun. Alhamdulillah


Anda juga sukakan aktiviti berkebn?












Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. dulu suka, sekarang belum boleh mula, kasi badan rehat betul-betul dulu baru mula menanam semula

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang adakalanya aktiviti ni la paling sukar nak laksanakan.. huhu

      Padam