Laptop Prelove Dell Latitude 6430 Dari Shopee Shop

Bismillah

Assalamualaikum semua, alhamdulillah akhirnya setelah menimbang tara dok membelek kat shopee, mudah. Saya beli juga laptop second hand ni dari sebuah kedai di Shopee. Laptop lama masih boleh digunakan tetapi sudah tidak boleh guna wifi, chargernya siap dipakai bersama buai anak. Heating yang tinggi hingga boleh shut down sendiri apabila terlalu lama digunakan. Sayang sangat pada laptop lama kerana banyak jasanya pada saya sejak di zaman Master lagi. Mungkin rosak kerana terjatuh dari tempat tinggi berkali-kali (salah saya). 

Apabila suami kata simpanlah elok-elok bagi kita letak atas meja tu selamat dah. Malangnya ramailah anak-anak kecil lagi suka duduk atas meja agaknya. Lalu gedebush ditolak atau tertolak maka terjatuhlah laptop tersebut. Untuk laptop baru ni, saya kenalah cari beg khas untuk dia. Itulah laptop lama pun takde beg. Bila kita hargai barang kita, insha Allah barang tu pun tahu hargai kita ye tak? Kiasannya

Semoga dengan adanya laptop baru ni, banyak entri boleh disiapkan. Banyak kerja dipermudahkan. Saya berniaga sepenuhnya di atas talian dan menggunakan blog. Anda bagaimana?




Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Alhamdulilah. Ada jugak laptop walau yang secondhand. Akak tulis entri pun kat phone ni jee. Insha Allah ada rezeki nak beli jugak. Cantik blog Emma ni. ����

    BalasPadam
  2. Semoga urusan dipermudahkan dengan kehadiran laptop baru itu.

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam