Testing Aplikasi Menulis Blog Menggunakan Blogit! (blogger)

Bismillah.

Assalamualaikum semua, terganggu dengan apps Blogaway sejak kebelakangan ni kerana tidak boleh upload gambar untuk entries. Jadi saya harus buang gambar dan kemudian barulah boleh publish entri. Perkara ni agak menyusahkan kerana kerja jadi bertindan kan. Tak semua gambar ada di laptop dan membuat kerja-kerja tambahan dengan masa yang mencabar agak menguji kesabaran.

Lalu saya cuba download beberapa apps bagi blogger namun kecundang. Termasuklah selepas uninstall dan install semula blogaway, bertambah haru apabila blogaway tak dapat detect blog di bawah emel yang didaftarkan. Puas mengerjakan apps yang ada. Jadi kita cuba satu lagi apps ni, Blogit! Untuk blogger. Dulu-dulu ada guna cuma tak berapa mahir. Bukan apa tahu, blogaway tu dah kira perfect la juga kerana memudahkan kita menulis entri dengan gambar.

Terima ajelah ye😂


Agak menarik, jika sebuah apps mampu membuatkan gambar anda di tengah (center) dan mempunyai pelbagai fungsi asas iaiti bold, italic, link... Etc.

Menulis di browser memang lagi best berbanding handphone tetapi adakalanya ianya lebih perlu dan lebih pantas. Jika anda seorang blogger, nampaknya apps Blogit ini salah satu apps kegemaran anda!

Catat Ulasan

0 Ulasan