Cukai GST Dimansuhkan Serta Merta Bermula 1 Jun 2018

Bismillah

LEGA!

Sejak diperkenalkan sistem cukai GST ni, kita rasa terbeban kan? Masa diperkenalkan waktu itu saya masih belajar di UMP. Penyambung pengajian sepenuh masa dalam bidang penyelidikan bermaksud kita akan sentiasa ada ujian untuk dilakukan bagi mendapatkan keputusan eksperimen. Berlaku kenaikkan kos pada setiap harga ujian yang kami jalankan. Dan anda bayangkan setiap ujian boleh memakan kos belanja RM200 ke ribu ringgit. Jika sebelum ini tiada GST, kita hanya perlu membayar kos ujikaji sahaja tanpa kos tambahan dan apabila GST diperkenalkan maka banyak kos tambahan dan ini menyebabkan geran bagi setiap penyelidikan kami menjadi sedikit gara-gara kos GST.

Itu bab pengajian. Bebanan pada universiti, pengajar dan pelajar.

Bagaimana pula dengan rakyat jelata?

Ada yang kata, ala biasalah harga naik bayar sahajalah, Ya sudah tentu. Namun taraf kewangan kita tidak sama. Tanggungan kita tidak sama. Kesukaran kita juga berbeza. Yang sudah kaya raya mungkin tidak terasa namun kami yang kecil pendapatan ini dengan besar tanggungan masya Allah. Jika kita mampu menyimpan dan menjimatkan setiap nilai GST itu agak-agak menguntungkan atau tidak bagi kami?

Alhamdulillah. Lega perasaan kami. Sekurang-kurangnya tiada lagi GST atau over cas.

Terima kasih saya ucapkan kepada kerajaan Baru. 

Terima kasih kerana memikirkan kami semua. 


Catat Ulasan

0 Ulasan