Saturday, May 26, 2018

Kisah Imam Muhammad bin Hassan Jamalullail dan pembacaan al-qurannya.


Imam Muhammad bin Hassan Jamalullail adalah seorang alim yang kuat beribadah dan sangat suka membaca alquran. Beliau diberi gelaran "jamalullail" (unta malam) kerana beliau sangat kuat beribadah pada malam hari seperti unta yang kuat menempuh padang pasir tanpa penat lelah.

Tetapi bila sampai pada bulan Ramadhan beliau memilih untuk membaca alquran pada malam hari sahaja dan siang memperbanyakkan zikir. Hal ini menimbulkan persoalan kepada orang ramai di sekelilingnya. Apabila sering ditanya, akhirnya beliau terpaksa menjawab dan bercerita perihalnya itu. 

Beliau berkata "Aku setiap kali membaca alquran, hilang lapar dan dahaga. Walhal maksud puasa itu ialah untuk merasa lapar dan dahaga. Aku tak mahu hilang nikmat puasa ini dan sebab itulah aku hanya membacanya pada malam hari."

Hal ini bukanlah hanya berhenti pada penjelasan beliau sahaja tetapi juga dari pengakuan oleh mereka yang terdekat dengan beliau seperti ahli keluarga dan lain-lain yang mana setiap kali beliau membaca alquran akan tercium bau susu & madu daripada mulutnya.

Pada bulan Ramadhan, Imam Muhammad Hassan Jamalullail akan mengurungkan dirinya di dalam bilik sehingga hujung Ramadhan. Ahli keluarganya menghulurkan sekeping roti setiap hari untuk beliau berbuka, tetapi apabila tamat bulan Ramadhan, rupa-rupanya roti-roti yang dihantar dari awal Ramadhan tak disentuh pun.

Semoga bulan Ramadhan ini Allah masukkan kita dalam golongan yang cintakan alquran.

(kisah ini disampaikan oleh Habib Umar bin Hafidz dalam satu jalasah beliau) 

@nota_tasawwuf
Alfaqir Uthman Daud
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 

Delivered by FeedBurner